Cari Blog Ini

Selasa, 17 November 2009

Berlibur di kota air Lagoona Sunway

Aku suka aktiviti di dalam air. Aku juga suka aktiviti yang melibatkan penyertaan kawan-kawan. Meriah sikit kan? Maka 2 weekend lepas kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Sunway Lagoon!

Last aku menjejakkan kaki di Sunway Lagoon adalah pada usia kanak-kanak, kalau tak silap ketika masih dibangku sekolah rendah bersama-sama keluarga.

Perancangan dibuat pada Sabtu lepas, konon-konon nak bertolak seawal jam 8am. Tapi aku terjaga pukul 8.30am.


Selepas mencari parking, beratur memberi tiket, dalam 1030am kami berjaya mendapatkan tag tangan setelah menyerahkan kad pengenalan untuk harga tiket rate Malaysian. Dah awal pagi begitu dengan orang yang ramai, aku terbau macam-macam... tambah-tambah anak-anak cha-ya-nun-alip berbau semacam... euuww!

Seperti rusa masuk kampung, kami tercari-cari tempat persalinan. Jakun yang amat! Kesiankan?


Time ni kami nak bergambar, huru hara sekejap. Sebab tak ada orang, salah seorang kenalah berkorban jadi tukang tangkap gambar, tak dapek nak tangkap gamber bertiga. Datanglah seorang mat saleh. "Can I help you? I can take picture for three of you."

Aku serahkan handphone cap ayam aku. Mat saleh tu tanya, "you don't have a proper camera?" Adeh, aku dah malu. Sebab tak ada seorang pun bawa kamera melainkan handphone. Hahaha!


Berendam didalam air juga menyebabkan kami cepat lapar. Pembakaran lemak yang laju adalah punca keterpaksaan kami mencari bekalan perut untuk meneruskan lagi aktiviti berendam kami. Aku tak jangka makanan di situ mahal mencekik. Tapi normallah kan?


Nasi goreng dia memang mahal RM10, tapi boleh tahan sedap la juga. Kuewtiao pun manyak syok, RM11 (tak menyempat snap gambar sebab empunya kuewtiao pelahap sangat). Air mineral RM3, air berkarbonat RM4. Lapar punya pasal, kami redha, bayar saja lah.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kami pun sangat suka hati men-try semua game yang adoooo... Huh! Berani juga aku.






Next trip, kami bercadang nak men-try Extreme punya pakej. Siapa nak join??


3 ulasan:

  1. seronoknya berlibur..cuaca cantik ekk..best2

    BalasPadam
  2. agak2...ngan perut aku camnie leh join gak tak?
    ;P

    BalasPadam
  3. mahu join..mahu join..
    ade gak plan nk p awl next month..
    padahal sunway tu seblah kilang tmpt fizah keje jek..kekeke

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...