Instagram Shots

Sabtu, 14 November 2009

Phobia2


Masa dilalui pemeriksaan tiket nak masuk ke panggung 6 tu, brader tiket tu cakap "Terima kasih, dan selamat menjerit!" Wah??! Horror sangat ke cerita tu? Memang dah rasa creepy la juga.

Overall i can give 3/5.

Sebabnya cerita dia ada yang tak masuk akal. Memang ada certain part yang horror tapi ada juga part yang kelakar.



Layan sneak preview movie ini.


Babak Novice

Dalam cerita ini lebih kepada hukum karma. Buat baik di balas baik, buat jahat, siap la kau kena santau. Eh! tak ada lah macam tu, maknanya setiap perbuatan kau tu akan dibalas tak kira lambat atau cepat.

Babal Ward

Yang ini aku kurang pengertian, tapi apa yang aku boleh huraikan ialah tentang saka yang nak mencari tuan yang baru.

Babak Backpackers

Dalam cerita ini aku kesian yang amat pada orang Jepun tu. Tapi sebab budak perempuan jepun tu menggedik cakap telepon, aku rasa dia patut mati. Kesimpulan di sini menggambarkan Thailand ialah laluan untuk penyeludupan manusia serta dadah. Jangan pergi Thailand seorang diri. Pergilah dalam group yang besar kalau nak selamat. Hahaha.

Babak Salvage

Cerita ini patut dipertontonkan pada car dealers semua supaya jangan menjual kereta yang pernah eksiden tapi claimed kereta tu sihat. Akibat menipu dan ketidak jujuran dalam bisnes, anak beranak kau juga nanti yang susah. Lepas tengok part ni aku takut nak cari kereta secondhand.

In The End

Ni part aku tak berhenti ketawa. Ok bohong la sangat. Tapi cerita ni buat adrenalin kita calm down. Tengok sendirilah kan?



Ubat Dupasthon

Medicine Overview of Duphaston Tablet Uses of Duphaston Tablet Duphaston 10mg Tablet is used in infertility,  endometriosis  and  ...