Instagram Shots

Selasa, 9 Mac 2010

Ahad yang panik

Dalam FB status bukan main bercerita aku mengemas rumah. Ambik ko, 2 hari untuk buang sawang dan sampah bagai. Tapi tetap tak kemas sepenuhnya. Kesian anak tiri angkat aku dapat ibu tiri angkat yang penyepah.

Kalau ikut plan memang kami berdua nak keluar tengahari untuk jumpa Nemo dan Acik Yieha. Tiba-tiba tak jadi. Masing-masing ada hal. Tapi aku dan As tetap ke rumah acik yieha, saja jalan-jalan hujung minggu.

Kami berdua dah sepakat nak tengok The book of Eli di Cineleisure. Acik Yieha pula buat peel nak tengok cerita romantik je pula. Tapi kami berdua paksa acik yieha redah juga Mutiara Damansara tu.

Sekali jam ko... Dua kali pusing area Ikea nak cari parking. Baru aku teringat motor kipas baby hamster aku jahanam. Tutup ekon buka tingkap, tapi sudah terlambat. Temperature meter naik mendadak dan memuncak which is aku kena juga berhenti atau baby hamster aku tak boleh bergerak lagi.

Tekan lampu hazard. Asap berkepul-kepul. Bau hangit tak hengat. Aku cuak. Matilah kalau rosak.

Telefon minta bantuan. Haram. Friend list semua dalam henpon yang kena curi hari tu. Adalah dua tiga kerat no phone orang. Cuba call. Tapi semua tengah ada komitmen time tu. Aku ala-ala relax. Acik yieha call pomen dia. Pomen dia bagi khidmat nasihat je kat aku. Mujur tak kena caj. Yang si As sibuk main suluh-suluh torch light.

Detik-detik cemas yang tak mencemaskan.

Gambar asap yang berkepul-kepul tak sempat nak ambil. Tak bersedia pun. Ko ingat aku tahu bila nak berasap?? Bila dah parking tepi jalan tu ramai yang lalu lalang sambil mengangkat tangan mereka. Semangat 1Malaysia. Nama nak tolong hulur air tak ada.

Aku dalam panik yang tak panik sangat. Mungkin sebab badan dah melekit peluh.

Lepas berjaya mendapatkan sesorang over the telephone:<<<>>>

Aku: Rieha.. jangan risau, rescuers kita nanti akan datang dengan Sam.
Acik Yieha: Sam mana?
As: Adnan Sempit.


Acik yieha dah melompat suka.... (hahaha! Aku tipu)

Motif? Sebab PA dia cakap dorang akan lalu laluan yang sama. Eh! PA Sam tu sebenarnya tunang kawan aku. Aku tumpang minta tolong je.

Aku teruskan telefon orang-orang yang berkaitan. Sehingga orang JB dan Triang pun aku call minta bantuan. Apakah??!

Agak seperti berputus asa, tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan bantuan dari Litrak. Yes! Aku dah tak gusar lagi!

Dorang dah tolong isikan air. Boleh balik!

So girl, next time bring at least a bottle of water and standby torch light. Kereta aku nak kena pakai 2 botol air MINERAL. Gedik sangat baby hambster aku kan??









Syimalicious: Kalau aku tunggu bantuan si PA Sam tu dah tentu pukul 3am-4am sampai rumah.

Ubat Dupasthon

Medicine Overview of Duphaston Tablet Uses of Duphaston Tablet Duphaston 10mg Tablet is used in infertility,  endometriosis  and  ...