Macamana raya tahun ni?
*gigit kuku*
Aku macam biasalah, masih tak ada feel. Tak rasa happening, tak rasa apa-apa pun. Just another ordinary day. Makin meningkat usia aku merasakan Raya adalah hari-hari biasa ataupun perasaan itu wujud dek kerana aku masih solo? Tapi ramai lagi yang masih men-solo-kan diri dan bergembira di hari lebaran. Kan? Kan? Kan? No harm pun...
Tahun ni aku terlepas menyaksikan takbir dari rumah ke rumah macam tahun lepas. Gara-gara balik malam raya sangat. Dan gara-gara itu berpunca daripada En. Jacob. Apa khabar lah dia di sana??
Jacob hilang. Dari pagi sampai ke petang tunggu tapi dia tak balik-balik. Aku terpaksa meninggalkan dia. Berpesan aku pada jiran sebelah untuk tengok-tengokkan kelibat dia. Kalau jumpa, sms. Sampai ke hari ini raya yang ketiga tiada sms pun tentang Jacob. Mungkin dia dah jumpa tuan baru. Lepas ni aku akan merindui ekor bushy dan perangai miang dia. Sob...sob...sob :((
***
Ingatan masih terkenangkan dia. Well, life must go on omputih kata. Dah ketentuan aku di uji sebegini kot. Dan sebenarnya aku dah menjangkakan ini yang berlaku. Ex-chenta mesti happy-happy dengan famili dia dan future fiancee to be or wife or gf. Tak kisahlah. Aku dah maafkan semua sekali. Aku tak sedih tentang perkara itu. Pasti.
He knows whats best for us.
Be u are married or single..relationship with your boyfriend/ girlfriend/ husband/ wife has it's own ups n downs too ~Hajar Ayob
Setakat ini dahulu,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...