Instagram Shots

Ahad, 12 September 2010

Berita Sosilawati yang hangat diperkatakan

Tak perlu nak bercerita panjang. Dan ini bukan berita yang serius.

Umumnya semua orang mengikuti kes pembunuhan jutawan kosmetik ini. Biarpun belum ada keputusan laporan ujian DNA dari Jabatan Forensik lagi. Tapi ramai yang beranggapan 4 orang manusia yang mati di Tg Sepat itu adalah arwah dan rakan-rakannya. Kita tunggu berita jam 8pm nanti.

Sungguh duit dan kuasa mampu membuat manusia hilang pertimbangan. Dan cinta juga. Selain melalaikan kita.

Aku agak berdosa kerana beranggapan motif kehilangan mangsa tempohari adalah agenda untuk mempromosikan produk syarikat beliau sempena Hari Raya. Jahat gila kepala otak aku. Dan aku memohon maaf kepada keluarga mangsa atas pemikiran jumud aku itu.

Mudah betul manusia melunaskan tuntutan nafsu dengan membunuh tanpa memikirkan kesan kepada keluarga dan kekuasaan Allah. Bila bercakap tentang busuk hati, dengki tak ada cara lain nak diselesaikan kot melainkan melenyapkan seseorang itu dari dunia dengan cara yang kejam.


Syimalicious: Cerita ni wujud dari sembang-sembang dengan mak petang tadi. Why so serious? Hihihih...


Setakat ini dahulu,


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...