Cari Blog Ini

Rabu, 15 September 2010

Blogger dating dalam bird nest di Alibaba

Ini bukan nak cerita pasal Alibaba yang Alibaba website pengiklanan produk tu. Ni lain, ni cerita pasal dua lelaki yang dilanda keboringan dan seorang budak perempuan yang tak ada kawan. Budak perempuan...? Tapi tak budak dah sangat.

Orang kata sesuatu aktiviti yang bukan formal kalau kita dok rancang sangat, tak menjadi. Yang adhoc mengejut ni yang selalu on. Begitulah alkisahnya semalam. 

Sebulan berpuasa, sesi berkaraoke pun puasa sekali. Eh, dah lama dah stop karaoke atas banyak faktor. Sebab colleague aku yang sorang tu mengandung dan sebab kurang kouta dek ex-chenta aku dah bekerja di tempat lain.  Sambung ke cerita asal, maka semalam kami bertiga menjejakkan ke Alibaba Karaoke dalam Giant Tampoi.


Silapnya aku tak tahu nak ke sana, kalau tak mesti aku berpakaian tema alibaba. Lalalalala..

Entrance
Kaunter bayaran dan registration
Pokok tamar menghiasi interior building. Nice kan??
Cantek sangat...
Karaoke room kami. Inilah birdnest yang aku cakap dalam tajuk entry ini. Love sangatkan? Bilik kecil siap ada langsir transparent. Ala-ala kelambu. Sangat unik di sini.
Agaknya malam tu dah abih small room, so kami dapat medium room. Tak silap aku 3 jam = RM80. Mahal tak? Ntah, malam tu aku di sponsor oleh abang-abang yang baik hati. Sponsor dengan ikhlas ya abangs~

Screen LCD. Walaubagaimanapun control system dia agak kekok sikit, tak macam di Redbox/Greenbox 
Ini buah hati saya di JB. Saya pinjam dia temporary. Dan saya suka suara dia yang macam Marc Anthony. Tapi apakan daya saya tak mampu jadi JLo dia. Huhuhu
Tengok en hafis kita. Dia ialah hantu lagu-lagu dari seberang juga. Semua lagu Kerispatih ada dalam kepala dia.  Nasib baik suara memang terbaik dari ladang.
Kusyuk dan penuh perasaan brader ni menyanyi.
Tapi siapa dia ni? Aku tak kenal dia. Itulah first time berjumpa. Dan kami boleh bermesra alam. Aku kan friendly?
Anda kenal dia??

Masyaallah. Kecik betul dunia kan? Adik aku sekian lama kenal dengan dia. I mean tahu kewujudan brader ini dalam dunia blogging. And all this while dok blogging aku langsung tak alert brader ni. Ye la, aku kan selalu sakit jiwa, blog aku dalam dunia tersendiri.

Sila lah hit blog beliau. En Rohaizad. Pada mulanya aku menyangkakan kawan aku ni memperlekehkan aku pasal blog. But went i get thru blog dia pagi ini, alangkah terkejutnya bila En. Ijad ini menjadikan blog sebagai punca pendapatan dan dia adalah fulltime blogger. Sila kagumi beliau. Dan beliau juga seorang photographer.

Aku ada klip dia menyanyi lagu yang berunsurkan patah hati. Nak tengok??


Setakat ini dahulu,

 

1 ulasan:

  1. waaaaahhh! harus mau diskodeng nih! ;D best beno aku nengoknye.. love nest tu yg x bley blah tu.... hehehe..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...