Cari Blog Ini

Selasa, 21 September 2010

Harapan tipis untuk saya temui dia kembali


Putus cinta pun tak macam ni. Perasaan aku?? Huh!!

Aku tak pernah rasa macam ni punya sedih. Tak pernah berusaha berhari-hari mencari kucing ni waktu petang. Kucing-kucing peliharaan aku sebelum ni tak pernah dapat perhatian aku macam sekarang ni. Yang mana dah hilang, aku lantakkan je.

Hampir 2 minggu. Tak nampak bayang dia mahupun bau tahi dia di litterbox. Kesian Flora. Dia tak ada kawan main combat. Apa harapan aku untuk jumpa dia balik? Menangis lagi. Tiap-tiap malam sebelum tidur mesti berbantal dengan air mata. Silap aku. Silap aku sebab tak kurung dia sehari sebelum aku balik ke JB.

***

Petang tadi bertemankan seorang kawan dari MDKS, aku pusing taman aku tu lagi sekali. Lepas tengok iklan kucing hilang ni dia cakap kawan dia yang kebetulan duduk di taman yang sama pernah di tanya ada kehilangan kucing atau tidak. Katanya ada nyonya cina datang ke rumah nak bagi kucing. Merayau lagi kami mencari nyonya tu.

Tanya beberapa rumah yang ada kebarangkalian wujudnya nyonya tu, kami berjaya jumpa. Jumpa nyonya tu. Jacob tak jumpa lagi. Dia cakap kucing tu ada pakai collar warna hijau. Dia lari ketakutan dan menyorok bawah katil. Memandangkan dia ada anak kecil dia terpaksa buang kucing aku tu. Tapi dia cuba bagi makan, bagi biskut makanan anjing tu. Dan dia beritahu, kali terakhir dia jumpa kucing tu adalah pada Isnin lepas, 13 Sept 2010. Tak tau lah  macamana nasib si Jacob sekarang. Owh! Sedih betul aku dengar.

Jacob balik lah...

Setakat ini dahulu,


 

6 ulasan:

  1. alaa siannya miaow ni hilang.. moga dapat jumpa kembali..

    BalasPadam
  2. alo alo lo.. cian nyer.. msti dia takut kan skang... moga meow tue jmpa org yang baik nanti.. kalu u tak dpt jmpa dia..

    BalasPadam
  3. alololo..sian nyer..
    sentap kiter bace..
    nice blog n pic..
    tumpang lalu..meh ler singgah..

    BalasPadam
  4. salam singgah,

    semuga cepat jumpa kucg tu semula..hilang masa raya kan

    BalasPadam
  5. My cat also hilang since tuesday...until now mencari² tapi tak jumpe...so sad...kita sayang dia bagaikan anak sendiri...=(

    BalasPadam
  6. siannya..hope dia selamat..n pulang ke pangkuan u

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...