Bahan-bahan untuk menggoreng ikan keli
Serbuk Lada hitam
Tepung Jagung
Sedikit garam dan kunyit
*perap selama 30 minit
Cara-cara:
Goreng secara deep fry la.
Tips: Ikan keli lain kali jangan beli besar-besar, beli comel-comel senang ratah dan sedap. Besar pun best juga tapi kena deep fry lama-lama bagi garing. Mak suka masak dengan minyak yang sikit maka goreng ikan keli selalunya akan meletup jadi masukkan asam keping untuk kurangkan letupan minyak dalam kuali.
Bahan-bahan untuk sambal pedas meletup
2 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
30 biji cili padi
5cm belacan
3 senduk kecil cili boh yang memang dah pedas
garam dan gula kabung (gula melaka)
Cara-cara:
- Goreng ikan bilis sampai garing
- Potong kasar bawang putih, bawang besar dan cili padi
- Goreng belacan dan masukkan bahan yang dipotong tadi dan tunggu sehingga layu.
- Masak cili boh sampai agak-agak kering
- Tunggu semua bahan agak sejuk dan kisar kasar.
- Kemudian masak balik bahan yang dikisar dengan cili boh tadi dan masukkan garam serta gula kabung secukup rasa.
Tips: Masukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma sambal pedas meletup ini.
Sambal cili dia yang memainkan peranan untuk menyedapkan makanan.
Setakat ini dahulu,
kencur tak masuk ke?
BalasPadammsklah utk i kakak..
BalasPadamoh letak asam keping tanak kasi letup eh? bukan apa...sakit hati la. kadang minyak sampai cecah siling.
BalasPadamkena komen selalu ni. sapa komen baik hati kannnnn?