Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Disember 2010

Malam birthday, malam hampir tragedi

It's been a week since my last birthday. Thank you for all the warm wishes to me.

Aku saja enablekan wall FB aku balik, nak tengok ada orang wish aku ke tidak. Hahaha gila pathetic.

Hercules aku datang seperti biasa untuk dinner bersama aku. Macam hari jadi aku sebelum ini, sentiasa ada perkara suprise untuk aku. :)

***

I'm fully dressed up. Dah comel mekap, touch-up sana sini. Nak dinner for pre-birthday kononnya. As i walked into the car, I had a glanced to my Flora. I saw a motorcyle.

Dan.... BANG! Dalam sekelip mata Flora dilanggar oleh motor tersebut. Aku panik dan blank. Aku nampak Flora menggelupur. Motor tadi berpatah balik ke arah kami. Masa tu air mata dah berjurai-jurai. Aku menjerit panggil As.

Ya aku nampak dengan mata kepala sendiri Flora di langgar. Betul-betul tempat si anak anjing Ravi mati. Aku usap kepala Flora. Mulut dia berdarah. Nak angkat takut ada tulang yang patah. Flora cuba untuk bangun dan berjalan. Kesian sangat. Aku cuma tahu menangis. Yang si bawak motor tu budak-budak lagi, pakai kopiah. I bet dorang baru balik masjid. Nak maki tapi tak termaki. Sebab dorang pun datang balik dan minta maaf banyak kali.

Aku fikir aku akan kehilangan Flora sepertimana aku kehilangan Jacob. As cuba mengangkat Flora dan bawa ke dalam rumah. Aku menelefon kawan-kawan dan mak untuk tanya apa yang patut aku buat. Gila drama time tu.

Keadaan kembali tenang. Kami bajet Flora masih dalam keadaan terkejut. Itu sebab dia jalan lemah longlai dan terhoyong-hayang. Dan aku berharap yang cerita 9 nyawa kucing itu wujud.

***

Dinner tetap dinner walaupun tak dinner kat Hotel Nikko atau Menara Kuala Lumpur. Malam pre-birthday aku tu, aku makan char kuew tiao je dengan Hercules. Walaupun outfit aku ketika itu tak boleh blah makan tepi jalan. Hahaha.

Instead of that i got a bouquet of roses. Smiling face.

Balik rumah, terus terjah ke arah Flora. Dia suka sangat lepak-ing di bilik As. Selamat. Masih hidup.

Tido macam orang menahan kesakitan. Kesian dia. Tapi Flora memang pandai berlakon pun.
Lena. Plus terkejut dengan insiden tadi.
Baru perasan, taring dia patah. Itu punca mulut dia berdarah.
Flora bagaikan anak buat aku. Sunyi hidup kami (aku dan As) kalau tak ada dia. 

Setakat ini dahulu,

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...