Instagram Shots

Sabtu, 18 Februari 2012

Kantoi: Video saya bermesra dengan abang fotografer dan videografer tersebar

Nak tengok? 

 Sumpah dulu jangan bagitahu orang.











 

Azahar Ukir pm aku di FB bagi link video ni. Hihi... Perasan tak muka aku dalam tu? Walaupun aku pelakon tambahan, appearance dalam satu dua saat saja, maknanya aku cukup manis untuk diselitkan dalam video belakang tabir perkahwinan pegawai aku tempoh hari. (haha... statement nak syok sendiri sajo)

Check me on minute 2.09, dah rupa macam nak makan microphone dah kan? Pastu tergedik goyang-goyang.
Then tengok pada minit 2.22 kan ada kemesraan terjalin aku dengan fotografer. Itulah sifu fotografi aku di Kuala Selangor.

Experienced memegang menatang stabilizer untuk dslr videography, masyallah... kus semangat berat. Sangat beratlah. Mau keluar otot bina badan kalau aku angkat tiap-tiap hari.

Tak sabar nak tengok speech aku untuk pengantin, yang penuh dengan kelu lidah, gagap dan laju. Aku malu masa tu. (Ptui!)

Oklah nak kemas rumah, esok Azahar Ukir nak bawa model muslimah bersiap mekap kononnya di rumah aku. Ada shoot untuk portfolio MUA. Tapi mampukah aku mengemas rumah yang bersepah macam saka beranak ni?


until then.... bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...