Pintu gerbang senibina Bali uolls! |
Bali? Makcik ke Bali lagi?
No...no...no.... makcik feeling-feeling saja ke Bali.
Cuba gugel Sg Gulang-gulang. Mana ada kat Bali pun, propa saja lebih. Sg Gulang-gulang ni di Tanjung Karang. So hari tu, aku dan pakcik meredah ke kampung orang - saja berjalan sambil meluaskan pemandangan. Kami terpandang satu signage "FIREFLY VILLA". Tak ada pun tulis 'For rental' ke rumah agam orang, jadi kami memberanikan diri pergi menerjah ke tempat tersebut. Sebab rasa tempat itu unik.
Melihatkan persekitaran macam tak berapa terjaga, agak gerun juga nak masuk. Mana tahu tetiba anaconda datang serang kami. Tapi sebab aku berjalan dengan bouncer, tak takut sangatlah.
Entrance. |
Kena posing dulu, bukti dah jejak ke sini |
Apsal pipi nampak tembam. Owhh tidak!! |
Kandang kambing |
Kami terpandang seorang lelaki sedang mengetam rumput. Eh mengetam ke namanya? So kami menghampiri lelaki tersebut, the rest pakcik yang uruskan sebab aku sibuk pergi berkenalan dengan kambing exotic si Jumbo Jr. dalam kandang itu.
Ada set BBQ set. Boleh buat party buih at nite uolls!! |
Kedai pun ada. Tapi tak tahu bila waktu operasi |
Rasa nak terjun dengan baju kurung hari itu |
Gambar bilik dan lain-lain lihat di sini.
Nice tak? Ia milik persendirian yang untuk disewakan secara harian dan mingguan, jadi dari segi maintainance outdoor mungkin tak berapa nak "class" berbanding tempat yang ada kontraktor pembersih yang dilantik (mengikut penilaian peribadi aku). Semua buat sendiri. Kolam ikan talapia pun aku tak perasan ada ikan lagi ke tidak, tapi kalau betul-betul jaga compound luar di homestay ini pasti akan lebih cantik.
Time kami singgah kebetulan ada family yang menyewa duduk di situ, jadi tak dapatlah aku nak tengok-tengok dalam rumah itu dengan mata sendiri. Pakcik banyak membuat pertanyaan kepada pemilik homestay ini, En Affendi namanya. Very humble and friendly I must says.
Homestay ini sangat selamat untuk mereka yang nak bawa anak bini bercuti. Kolam pun tidak membahayakan. Ada tempat BBQ. Boleh buat makan-makan. It is nice place to stay. Pagi-pagi mesti udara dingin menyapa diri dengan bunyi kicauan-kicauan burung yang mendamaikan, maklumlah dalam suasana kampung jauh dari deruan enjin kenderaan dan dikelilingi dengan tumbuhan menghijau. Tempat ini tak jauh pun dari petak sawah padi, kalau nak pergi berjalan-jalan sekitar Kuala Selangor pihak homestay boleh aturkan program.
Wah! Dah jadi jurucakap homestay pula.
Dari segi rate, pada aku reasonable sebab interior rumah ini sememangnya nampak mewah. Dari blog mereka, dalam rumah ini ada jacuzzi tahu??!! Siap ada tukang masak. Tapi tak pasti masak untuk breakfast saja ataupun camana. Wifi pun ada! Dan banyak lagi. Kena pergi tanya sendirilah kalau berminat.
Best tak? Best lah pada mereka yang menyintai ketenangan dan keindahan alam semulajadi dan nak buat baby.
Jemputlah datang. Alamatnya ialah:-
No 1, Jalan SGG 5/4 Sungai Gulang Gulang ,
Tanjung Karang , Kuala Selangor,
45500 Selangor, Malaysia.
Phone:
memang serius feeling2 bali la uols!
BalasPadamgerbang tu mmg attract org nak pi sana....good syima..review tempat2 yang orang tak berapa tau...
huii... tatau pon ade tempat best camni... menarik btol ahh~~!!
BalasPadam