si bunting ni ada masalah kurap, sedang beransur pulih |
Sejak dia bunting, masuk ni dah dua kali aku handle dia, I mean dari segi penjagaan, mandi dan makan dia. Ya Allah, jaga kucing pun aku dah kurang sabar, macamanalah nak jaga anak sendiri nanti.
Dari aku balik kerja, dia asyik mengekor ke mana aku pergi. Rimas! |
Sekarang makan pun tak nak. Tadi mengeow sangat. Dah buka pack makanan basah, dia buat tak pandang. Tapi terus mengeow. Bising, rasa nak pukul saja tadi. Aku buat tak reti. Sambung balik meniarap mengadap laptop.
Dia tak puas hati tengok mommy dia tak concern kot, dia kacau pula mommy yang tengah sibuk meng-google pasal ciri-ciri kucing nak terberanak. Mommy dia sibuk hal dunia sampai lupa nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran bakal cucu-cucunya nanti.
Then I found out from this website dan this website, basically it tell me, Flora is about time. Melalui calculation rambang aku dari tarikh last Flora projek dulu, lebih kurang akhir bulan Januari 2012, sekarang dah masuk hari ke-60 lebih and she are ready to deliver the babies. Cuaknya saya. Saya tak mahu terlepas moment melihat proses kelahiran anak-anak Flora seperti dulu. Saya mahu menjadi mommy yang bertanggungjawab dan memberi semangat serta kekuatan pada Flora untuk mengharungi proses yang mendebarkan ini.
Aku berjalan ke bilik belakang, aku pesan pada dia "Flora ini wad kecemasan awak, kalau awak nak terberanak. Duduk sini diam-diam. Jangan pindah-pindah macam dulu". Flora pun masuk dalam kotak yang digubah khas sejak dia beranak kali pertama dulu. As arkitek untuk wad khas ini. Flora curious pergi cium setiap penjuru kotak ini. Aku cari kain, kain yang dulu aku campak hilang mana entah. Alas dengan paper saja dulu. Aku harap dia selesa. Tapi bila aku keluar dari bilik, dia pun sibuk keluar juga.
Dia kacau aku lagi. Mengekor dan membuat bising saja dia tahu.
Tak mahu berenggang. Asyik menggesel pada mommy dia. |
Last-last fed-up, merajuk duduk atas beg laptop. |
Mommy nak buat apa sekarang? |
Halamak!!! Air ketuban dia dah pecah! Aku panik! Aku panik!
Babai, aku dalam misi menyaksikan keajaiban dunia....
Dier mmg nak org tgk dia beranak la akak... sbb dia kucing over manja... dulu pon letak dlm wad kecemasan tu pon dia tanak... utk berehat pas beranak je boleh...
BalasPadamdulu dia budak2 lagi... sekarang umur dia dah 25tahun. dah matang... kali ni proses beranak dia sangat cemerlang... dia beranak dgn behave dalam wad bersalin dia ni...
BalasPadam