Dah banyak penyakit aku rupanya. Makin meningkat usia, makin menjadi-jadi. Baru nak masuk 30 tahun. Sempat ke nak merasa duit pencen nanti.
Wooo wooo wooo merintih. Tak habis-habis merintih.
Hari ini aku tak kerja. Mood ke laut. Monday blues. Maklumlah letih travel sampai ke Kota Bharu kononnya. Sampai rumah 5am tadi. Jadi nak save cuti aku cari MC. Lagipun memang tak sedap badan. Semalam pun muntah-muntah. Berak tak lawas. Macam-macam hal.
Sepagian tidur. Tengahari baru bangun. Petang, masuk jumpa doktor. Doktor tak hensem kali ni. Pffft! Sebabkan tadi menangis beria dalam kereta (emosi kucar kacir lagi), hidung aku tertutup injap. Selsema. So bagitahu doktor, aku selesema selain susah nak berak dan kejadian muntah pagi tadi. Doktor tarik lengan aku dan ambil tekanan darah.
Doktor kerut muka dan cakap "Adik, you selalu bangun tidur atau buat apa-apa ada pening kepala?". "Itu biasa lah doktor, selalu juga. Kenapa?", aku bersuara. "Your pressure is below 100", dia respon. Aku jeling pada pengukur tekanan tu. Alamak tak reti tengok. Tanya balik. Doktor sebut 90 tadi.
Mulalah nak emosional. Cakap dalam hati, aku dah nak mati ke? Dah la sebelum ke klinik memang emosi tengah berombak. Menangis macam orang mati laki. Balik rumah terus terpa laptop untuk gugel menatang yang doktor tu bagi tahu tadi.
Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi Tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
- usia
- aktiviti seharian
- perasaan
- ubatan
- pendarahan
- infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
- stroke
- penyakit jantung
- penyakit pada mata
- pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
- cepat lelah
- pening kepala ketika posisi badan berubah
- sukar untuk berkonsentrasi
- mata berkunang-kunang
- mual
- kulit berasa dingin, pucat dan lembap
- pernafasan cepat dan pendek
- defresi
- cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
- Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
- Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
- Masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
- Keadaan otot yang lemah
sumber.
Aku selalu ignore semua simptom-simptom tu. Aku selalu pening kepala. Selalu dahaga dan minum air kosong sampai bos perasan. Selalu lelah. Mata selalu berpinar. Masalah kabur bila melihat tulisan tapi bila periksa mata tak ada apa-apa pun. Kadang-kadang orang tegur muka aku pucat. Selalu depressed (itu memang jadual rutin hidup aku). Semua tu simptom rupanya.
Itu sebab bila aku call mak dan cerita pasal apa yang doktor bagitahu tadi, jawapan mak pendek. Depression.
Dulu bila pening kepala aku selalu ingat aku ni bakal menerima wasiat darah tinggi. Keturunan memang dah ada. Selalu minum air sebab ingatkan aku ni nak ke arah simptom diabetes, lagipun aku memang dah capai tahap obesiti. Mata berpinar sebab selalu tengok screen laptop lama-lama walaupun dah berkacamata. Kanta khas untuk silau kononnya. Siap bodohkan kedai cermin mata sebab ingatkan dorang yang salah buat cermin mata.
Aku cerita pada doktor aku susah nak berak. Air bergelen pun doktor cakap belum tentu boleh buat aku berak. Kena makan sayur. Aku selalu makan sayur, buah tapi still susah nak berak. Cuma malas bersukan. Antara solution untuk tekanan darah rendah ni ialah kena selalu beriadah. Supaya ada circulation darah untuk dipam ke jantung, otak dsb.
Ish... tak boleh jadi ni. Kena cari insurans cepat-cepat. Better safe than sorry! Tapi kena tunggu lagi 5tahun, bagi gaji stable dulu.
p/s: hipotensi = hyppo + tension dalam bahasa melayunya badak yang tertekan. Haha!
sumber - dalam versi bahasa Indonesia. Dalam artikel ini disebut tekanan darah rendah tak boleh dipandang ringan kerana ia juga merbahaya kepada pesakit.
Mari makan ubat. Tak bestnya. :(
until then.... bye!
bahaya penyakit ni..hehehe
BalasPadamSalam,just sharing..cuba ambik vitamin shaklee..kawan saya ada tekanan rendah,kurang selera mkn..selalu sakit kepala n letih,punca xmkn..n ambik set optimum shaklee..alhamdullilah..dia makin selera mkn..tekanan darah dia dah normal..dah tak selalu sakit kepala n mcm nk pitam..kl saudari berminat..boleh hubungi saya di 0125706701.. Atau boleh lawat blog saya di http://liyanasonestop.blogspot.com .. sharing is caring:)
BalasPadamSalam shima, sekadar nak kongsi pengalaman nama akak nooraini umur 51 dr penang sebelum ni akak hidap tekanan darah rendah n bergantung kepada ubat/supplement tp setelah dijemput ke kelab nutrisi di sana akak dibantu n dididik mengenai pemakanan n gaya hidup kini akak semakin sihat, ceria n bertenaga tanpa ubat. For more info shima boleh tweet ngan sifu akak dr. idros abd hamid https://twitter.com/kelabnutrisi atau call(012-3437675)jika dr. tanya just mention nama akak nooraini from penang (019-4568844) TQ sharing is caring...
BalasPadamSalam shima, sekadar nak kongsi pengalaman. Nama akak nooraini umor 51 dr penang. Sebelum ini akak pun hidap tekanan darah rendah yg mengganggu aktiviti harian bergantung kpd ubat n supplement. Setelah dijemput ke kelab nutrisi di sana akak dibantu n dididik ttg pemakanan n gaya hidup kini alhamdullillah kesihatan akak semakin sihat, ceria n bertenaga sepanjang hari tanpa ubat.. tksh kelab nutrisi yg telah mengubah kehidupan akak. Utk penjelasan lanjut shima boleh tweet dr. idros abd hamid https://twitter.com/kelabnutrisi atau call 012-3437675 jika dr. tanya just mention nama akak nooraini from penang (0194568844)TQ sharing is caring..
BalasPadamGood sharing info dear...
BalasPadamAkak nak share boleh? Jaga diri elok2 yer..
tq
sy pun mengalami low blood pressure.sume symptom2 tu ada dkt sy
BalasPadam