Cari Blog Ini

Khamis, 31 Mei 2012

Kenapa aku rasa hidup aku seorang saja yang menyedihkan?

Suatu ketika dahulu,

Pergi kerja.
Turun breakfast seorang. Kadang-kadang berdua. Selit mana-mana meja yang available.

Ada kawan pejabat, tapi diri sendiri memilih untuk tidak berkawan.  Kera sumbang. Bawa diri buat hal sendiri. Cuma sekali sekala bila dah terbeban rasa kesunyian baru mix around dengan mereka.

Naik office, mata pandang desktop, tangan terkuis-kuis pegang keyboard. Blank

Tengahari.
Kadang-kadang turun makan, kadang-kadang tak. Tapi tak kurus-kurus juga.

Naik office, mata pandang desktop, tangan terkuis-kuis pegang keyboard. Bos lalu, buat pura-pura sibuk. Masih blank.

Petang.
Cuba buat sikit kerja. Done typing 1 paragraph tiba-tiba punch card bunyi, time to go home. Tapi time itu lah baru nak serious tengok kerja. Evening person la katakan. Almost maghrib, kemas workstation dan balik. Very unproductivity!

Reached home. Perut bergendang lapar. Di rumah tak ada siapa melainkan kucing. Siapa yang available nak minta temankan pergi makan? TIADA. Semua ada komitmen. Kawan-kawan office mana? Ala... siang dah jumpa kat office, malam orang lain pula. Nak kawan tapi bukan orang pejabat. Screening punya screening, tak ada yang available.

Terpaksa pergi grocery beli roti, balik sapu mentega. Mengadap roti sorang-sorang.

Mengadap laptop sampai tengah malam. Bersama dengan jantang-jantan gersang seks online. Ptui!

Rasa macam totally LOSER. Owh!!



Sekarang,




Pergi kerja. Excited!
Pagi-pagi ada orang greeting "Morning!"
Dengan mesej "jom!" mean breakfast sama-sama dan pergi jauh-jauh dari office. Fuyooo!
Aku dah ada kawan baru.

Naik office, dia pesan "Work comes first". Maka diri ini bersungguh nak melakukan kerja.

Tengahari.
Mesti turun makan. Mesti! Sebab nak jumpa kawan baru. Dari 66kg sekarang sudah 70kg. Terbaeekk!!

Naik office, buat kerja. Adalah dua helai siap di taip. Ada peningkatan sikit. Bila ada kerja luar memang semangat nak pergi together-gether.

Petang.
"Jom tutu kambing". Jumpa kawan baru tu lagi.

Balik rumah.
Sambung chit chat through telefon until kawan baru reach home.

Love in the air. Kegembiraan itu berlangsung 3-4 bulan. Pendek kata, impak kehadiran kawan baru itu memang tersangatlah positif.

Sampai lah aku realize...
Balik rumah rasa nak bersembang. Sembang kosong saja. Tapi dengan siapa? Kawan baru sebenarnya ada kehidupan lain di luar sana. Selepas 8.30pm alam fantasi ini terputus. Kawan baru ada dunia dia yang lain. Jauh disconnected dari aku.

Screening lagi.

Ha!! Budak itu bujang. Tak salah ajak kawan ni. Konfem dia boleh teman pergi makan-makan tanpa banyak soal dari siapa-siapa. Tak perlu takut bini.

Bila kawan punya kawan, macam best pula. Ya lah kepala budak lagi, masih nak happy-happy. Tak adalah kosong sangat. Boleh ajak lepak sekali sekala. Tak boleh ajak lepak selalu, badan aku dah tua untuk berembun. Bila ada kawan perut pun kenyang malam-malam. Orang jiwa muda sentiasa memikirkan keseronokan. Terisi sikit malam ku. Kawan biasa kan??

Tapi kawan baru aku itu smell something fishy about me and budak itu. So bagi tidak mengeruhkan keadaan, aku silent. Rupanya perbuatan silent aku itu dianggap seperti menyorokkan aktiviti skandal. Aku silent sebab tak nak buat dia marah. Tapi ada pula orang curah petrol dalam api.

Now choose... kawan atau cinta?

Tersepit.



Kini,

Kawan baru, morning greeting dah tak selalu.
Dah jarang breakfast, dah kurang nak tutu kambing, dah rare nak bergayut over the phone.

Cycle of life. Habis madu sepah dibuang. Tapi esok kutip balik, lusa campak semula. Nanti habis sepah, nak buang apa??


Menyedihkan tak?
Eh??! Apa pula? Sebenarnya ada lagi orang yang life lebih menyedihkan dari ini. (sedapkan hati sendiri) Dem! I choose this path, why regret one??? Aiyooo....

Sila bersyukur cik Syima. Nanti kena panah petir....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...