Aku teruja nak pergi jalan-jalan dengan budak-budak ofis. Teruja nak relax-relax sambil fun main game dengan diorang. Tengok balik entry ni rasa macam meronta-ronta nak mencari tempat untuk berkumpul beramai-ramai. Last BBQ dengan mereka pada tahun 2009!! Ramai yang dah berpindah dan beranak-pinak. Asal set je tak jadi, asal nak plan je ramai plak ada hal.
Jap! Ke aku sorang je yang beria nak bercuti dengan mereka??!
Baru-baru ini bos tetiba keluar memo untuk adakan Family Day.
Idea bos untuk mengadakan Family Day telah menyebabkan aura excited aku menjadi-menjadi. Terus google destinasi untuk buat Family Day kononnya. Jadi tak jadi belakang kira. Janji buat proposal dulu. But very short time, ya lah tengah bulan Julai kita dah berpuasa. Aku tak nampak pun orang lain beria macam aku. Semua "I follow". Itupun kalau kena bajet.
Lantik diri sendiri jadi Penyelaras Program Hari Keluarga. Hehe. Gila kuasa sebentar.
Hasil undian semua nak ke PD, cek punya cek semua fullbook pula.
List yang paling last ialah Kalumpang Resort & Training Centre di KKB. Ada orang tanya, KKB tu kat mana? Itu shortform Kuala Kubu Bahru, masih dalam Selangor. Google website Kalumpang Resort macam best tempat ni. Jadi aku nak turun padang tengok tempat tu sendiri. Minggu lepas aku ke sana dengan.... ehem. Pakcik lah... tak ada orang lain dah.
Dari Tol Bukit Tagar ke exit Tg Malim, perjalanan cuma sejauh lebih kurang 75km dengan bayaran tol sebanyak RM2.80 sehala. Murah saja kan? Ini pengiraan dari Kuala Selangor.
Entrance |
Ada pool untuk kanak-kanak juga |
Banyak chalet dan dorm |
Mendamaikan |
Cuba teka siapa ambil gambar? |
Tangan parkinson siapa ambil gambar gegar-gegar ni?? |
Tak surelah projek Hari Keluarga ini berjaya atau tidak. Jumaat ini baru nak bentangkan pada jawatankuasa induk. Kita try, mana tahu ramai yang nak pergi juga. Doakan ya?? Kalau tak dapat sambutan, aku pergi dengan pakcik saja lah.
Abaikan tajuk. Tak ada siapa yang gila kuasa kat resort tu. Huhu
Ok bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...