Cari Blog Ini

Selasa, 26 Jun 2012

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa

Kecewa.

Aku manusia biasa yang terlalu meletakkan harapan tinggi pada manusia lain.

Bila orang tersebut tak seperti yang aku harapkan, seriously aku frust.

Aku nak jadi seorang yang mengungkit sekarang. Terpaksa. Kalau dulu mungkin minor mengungkit sekarang aku nak mengungkit besar-besaran.

Serius hampa dengan perangai segelintir manusia.

Kelmarin, berlaku satu kesusahan yang mana kereta aku terkandas di suatu tempat jadi aku minta pertolongan beberapa kawan secara rawak untuk mengambil aku di rumah pada pagi ini. Minta tolong. Minta ihsan daripada mereka.

Tapi of course aku akan minta bantuan dari orang yang biasa kita berurusan kan?

Semalam.
Hantar sms. Tak berbalas.
Call berpuluh kali. Tak berjawab.

Ahhhh... Tak apalah, mungkin ada hal, mungkin dah tertidur. Pagi nanti cuba lagi.

Pagi tadi.
Hantar sms. Tak berbalas.
Call berpuluh kali. Tak berjawab.

Pagi tadi, tegur di pejabat. Dengan tak memandang ke muka aku dia jawab "Aku sibuk sikit. Pagi tadi tergesa-gesa."

Alasan. Cb!

Dulu masa belum berkereta, nak ke situ ke sini puas berusung. Bila dah dapat kereta aku pun tak heran.

Tapi mengenangkan kawan, aku tak kisahlah.

Dulu masa kereta jahanam, aku carikan bengkel untuk pembaikan. Berhutang. Memandangkan tauke kenal, bagi hutang tapi sampai sudah tak bayar. Tak banyak pun RM700 tu.

Tapi mengenangkan kawan, aku anggap nanti bila ada duit bayarlah tu.

Dah banyak kali bila aku dalam kesusahan manusia-manusia jenis ini hilang pentingkan diri sendiri.

Penatlah...
Malasnya berkawan kalau jenis berkira. Dan seriously bila tak berkereta ni orang rasa macam menyusahkan. Aku patah kaki.

Ini baru kesusahan tiada kenderaan, kalau tak ada duit esok? Macam sampah kot kita ni.

"Hina besi kerana karat, hina manusia kerana miskin"

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...