Cari Blog Ini

Ahad, 1 Julai 2012

Cukup setengah tahun tanpa dia secara TOTAL




Tadi, dua kali terdengar lagu ini di radio.

Bila terdengar balik lagu ni aku jadi sebak. Semua dah berakhir. Aku dah mula untuk terima hakikat jodoh tak sampai. 


Dulu masa kerap berkaraoke dengan dia, aku suka sangat bawa lagu ni walaupun tak sampai. Haha... Konon-konon nak bagi mesej tersirat, aku nak kan jawapan. Tak lama kemudian dia pun pergi membawa diri ke kampung halaman untuk mencari perubahan which is the main reason for us to break up. I don't believe in long distance relationship.


"Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti"

Then... I start to mingle around. Flirt. Minor flirt. I enjoy it and it became habit. And him, tak ada juga jawapan. Berterusan main tarik tali. Sampai it shattered both of us punya feeling. Hati saya juga dah rosak.


Flirt. Most of the reason juga, why I cannot stay long in certain relationship. Sebab aku tak suka sesebuah perhubungan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk strike. Serik. "Flirt" kalau ikut bahasa kamusnya ialah behave as though attracted to or trying to attract someone, but without serious intention.
Sebab apa??
For killing time only.

But what happen is, that kind of thing (flirt) tak ada lelaki pun dapat terima terutama yang tradisional sangat ni. Maka keraplah aku mendapat cacian dan hinaan serta ungkit mengungkit yang tak berkesudahan.

Kata orang apabila cacian dan makian sudah menjadi amalan harian, hati akan bertambah keras untuk menerima teguran. Hati aku dah berbalut dengan ego dan dendam.

"Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu"  

That's how I ended my relationship plus I really can't trust man anymore. Main-main lebih.

And recently, thought of sharing love with a married man could save my life, tapi tak... hal yang serupa juga terjadi. Penuh dengan kepuraan. Boys will be boys. Biarlah dimata dia aku saja yang bersalah kerana tidak jujur. Sebab dia tak kan faham apa yang pernah aku lalui.

"No relationship is worth hiding. If you have to hide your relationship to be happy... it’s not worth having"

Untuk menjadi no 2, aku mesti kuat dari segi mental. Tak boleh cemburu membabi buta. Tak boleh demand masa berjam-jam seperti couple normal used to do. Semua kena sorok. Tak boleh itu ini dan menyebabkan aku terasa macam perempuan simpanan yang haknya tidak begitu dipandang. 

Seorang pembunuh dan penzina juga mempunyai hak di mata Allah,siapakah kita sehingga terlalu taksub menilai keburukan orang lain? Hakikatnya kita juga selemah-lemah hamba Allah juga  
Aku pantang bila lelaki mengungkit. Sangat pantang. Ego menyebabkan aku nekad untuk melepaskan rasa sayang terhadap individu tersebut.

I'm free now.

Before I ended my writing... Jealousy and insecurities destroy relationships... before they even begin.

Aku simpan tweet menghina lagi mengaibkan itu sebagai wallpaper. Comelkan? Hari-hari aku akan baca dan terus membenci kau.

Buat dia yang dah sangat jauh dari aku sekarang ini, memang aku sedang mencuba untuk tidak berdendam dan membenci kamu. Enam bulan bersih tiada sebarang perhubungan dari kamu. Bersih. Harap-harap takdir juga tak kan begitu kejam untuk menemukan kita semula.

Kalau aku nak bahagia, aku kena korban banyak perkara yang menggembirakan aku. Tapi kalau sebab nak tunduk pada seorang manusia yang bersifat mendominasi tanpa cuba untuk menyelami dan memahami perasaan aku, aku rela hidup dalam bahana.

   

1 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...