Cari Blog Ini

Ahad, 2 Disember 2012

Dendam. Marah. Benci. Pukul. Bunuh.

Dendam? Hidup takkan tenang...

Marah? Akan terbit sel-sel kanser nanti...

Benci? Muka akan nampak tidak sihat dan cepat tua...

Pukul? Sakitnya cuma sekejap, lepas dipukul luka akan baik dan hidup seperti biasa.

Bunuh? Siapa kita nak tarik nyawa makhluk tuhan? Lagi pun perbuatan itu terbatas oleh undang-undang.

5 perkara yang paling dan sangat-sangat disukai syaitan. Aku sedang dirantai dengan semua rasa itu.

Sedang.

Entah bila kemuncak rasa amarah dan negatif ini akan berakhir. I have to get rid of this.

Semua perkara ini langsung tidak membantu aku untuk keluar dari masalah. Langsung tidak. Ia menambahkan luka yang sedia ada.

Otak tak dapat menjana perkataan yang baik-baik. Tiap kali jari laju meluncur kata-kata, mata membaca semula. Setiap kali itu juga ayat dipadam. Berkali-kali. Payahnya untuk menyampaikan rasa hati kali ini.

Gagal dalam perhubungan sesama manusia untuk kesekian kali lagi. Aku tak pernah menyesal dengan sebuah kegagalan. Kegagalan itu lah mengajar aku untuk lebih sedar diri. Biarpun menyakitkan. Buat apa menyiksa diri? Melakonkan watak yang hakikat bukan diri sendiri?

Dah... rasanya 30 juta kali kata nak berubah, tak mahu marah-marah. Tapi still terbawa-bawa rasa marah itu bila teringat kembali. Hidup kena teruskan. Apa yang pernah berlaku memang tak boleh nak dihapuskan sekelip mata. Tapi kali ini nak erase terus. Aku adalah aku sebelum aku mengenali dia dan tetap adalah diri aku selepas aku mengenali dia. Hidup aku, aku sendiri yang caturkan. Bukan dia.

Manusia mempunyai 60000 fikiran setiap hari. Apabila ia sama maka hasil kehidupan akan sama. Jika ingin ubah kehidupan maka harus ubah fikiran -Prof Dr Muhaya

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...