Ok, 1, 2...
Dengan bangganya aku mengumumkan aku telah masuk ke alam 3 series.
Happy 30 years old Zatul aka Syimalicious.
(harijadi hamba dah lepas, 25 Nov 2012 aritu)
Cerita 1.
YB datang malam itu kononnya nak lepak makan memandangkan keesokan harinya beliau bekerja. Sob... bekerja di hari ulangtahun kelahiranku.
Sampai kedai makan, macam biasa kena order dinner dulu. Sementara menunggu makanan sampai, masing-masing sibuk dengan hp. Tiba-tiba YB minta excuse nak cari barang. I never suspect anything yet. Macam agak lama dia menghilangkan diri, aku dah fikir macam-macam yang tak best. "Ini mesti telefon awek dia yang lain ini..."
Dia sampai.
Tiba-tiba YB cakap sejuk. Kebetulan table kami bawah kipas dan tengah gerimis. Memang logiklah dia rasa sejuk. Aku gemuk, tak rasa. Dia suruh waitress tutup kipas. Tak lama lepas itu lampu pulak terpadam. Haaa sudah... blackout lagi. Bukan tak pernah aku makan dalam gelap.
Kalih-kalih belakang (pusing belakang) baru perasan waiter tengah bawa kek yang amat besar untuk diletakkan atas meja makan kami. Masa ni sengih tak sudah-sudah. Nak menjerit melompat pun ada. Cover line... kena sopan sikit.
YB bisik, "Potong-potong bagi orang-orang dalam kedai ini. Amek berkat." Tang situ lagi buat aku terharu dan teruja. Dia tak lupa pada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah walaupun ada orang cakap, "KEK je??" At least YB mengaku, dia mampu yang itu sahaja. TQ sayang.
Kan saya dah bagitahu, saya sengih macam kerang busuk daaa... |
Kek saya. SC Kuala Selangor memang tak artistik. Tulisan tak berseni. Sedih. |
****
Cerita 2.
Girl's outing!! Transform.
Janji pukul 1130pm boleh sampai. Hampeh. Polis buat roadblock di jalan nak masuk Setia Alam.
Jam |
Malam yang gila sengal! Walaupun bodoh dan kelakar.
Me with my new watch.
TQ besties!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...