Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Julai 2014

Raya dan lesen memandu

Jumaat. 27 Ramadhan 1435H

Jumaat yang terakhir untuk Ramadhan kali ini. Dan juga permulaan episod bersesak di atas jalan raya. Lama cuti, so hari ni bos dah bagi half day. Separuh Jumaat sampai hari Selasa, 4 hari kau. Yang mana tamak cuti sambung sampai Ahad depan. Bestnya lah...

Saya?? Saya masih di pejabat. Pandang fail-fail yang tertangguh rasa dah tak lalu. Memang banyak yang pending tapi mood yilek. Saya tak balik mana-mana. Raya pertama sebagai suami isteri dan pertama kali juga tak bersama mana-mana keluarga. Suami bertugas. Sedih.

Terlanjur hari ni sangat free baru saya teringat lesen memandu saya dah tamat tempoh. Sebulan. Semalam saya dengar radio operasi abang JPJ dah berjaya menyaman hampir 3000 pesalah trafik terutama yang memandu tanpa lesen. Dah sebulan saya merayau sana sini macam tak bersalah.

Saya ke Pos Malaysia sini dengan Isdin, tak sangka ramai betul umat yang nak renew roadtax & insurans dan bayar bil utiliti. Letihnya menunggu. Ish... kenapalah mereka tak nak guna Myeg?? Tak pun bayar bil guna akaun bank online. Giliran saya ada lagi 15 orang. Tunggu setengah jam baru 4 orang. Jadi saya hantar Isdin balik yard dulu.

Bila saya patah balik ke pejabat pos nombor saya pun dah terlepas 2 orang. Jalan raya dah mulai sesak. Saya terus ke kaunter. Terkial-kial juga nak renew lesen ni, lupa dah berapa ringgit nak bayar. Oleh sebab lesen saya mati pada bulan 6 dan tarikh lahir saya pada bulan 11 saya cuma dikenakan RM2 sebagai bayaran tambahan untuk menyamakan tarikh expired lesen memandu dengan tarikh lahir yang akan datang. Jadi untuk tiga tahun saya cuma perlu membayar RM92. Misal kata tarikh mati lesen ialah selepas dari tarikh lahir ada tambahan RM15 untuk samakan tarikh mati lesen tersebut dengan tarikh lahir korang.

Saya baru tahu sebenarnya. Hihihi

kedut-kedut jari jemari saya sekarang :'(
So, selepas ini saya boleh jadi co-pilot Isdin, nak balik kampung raya ke 3 nanti. Hati-hati memandu ye??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...