Cari Blog Ini

Rabu, 6 Ogos 2014

Kad kahwin. Apa jadi selepas kita terima kad kahwin itu?

Melihat kawan sepejabat yang tengah sibuk melekatkan setem di sampul kad jemputan perkahwinan, saya teringat saat saya dan Isdin sibuk-sibuk begitu juga.

Memikirkan hal bilangan jemputan, berapa ramai nak datang, kalau jemput datang ke tak memang sesuatu yang memenatkan. Satu teka teki.

Lima bulan dah berlalu, baru rasa terbuka hati nak buat post mortem tentang cerita kahwin saya. Itu pun mungkin berbulan lagi baru up cerita post mortem yang lain. Mihmihmih

So hari ni nak buat post mortem pasal KAD UNDANGAN PERKAHWINAN (selepas kad sampai kepada penerima)

Dulu masa dapat kad kawin kawan yang ekslusif, tebal, berat, ukiran yang unik saya macam...
"wahhhh... kaya nya depa ni... siap kad keras lagi"
"banyak betul duit allocate untuk kad kahwin. Tempah khas kat Bandung hari tu."
"Dia ni mesti kawin dengan orang besar-besar. Suami bukan calang-calang orang."
"Keluarga dia orang berduit, boleh la..."

Saya pun kumpul dan kumpul dan kumpul  dan kumpul sampai satu masa laci office penuh saya pun BUANG. Ok buang. Saya tak rasa kad-kad jemputan tu penting sehingga memenuhi ruang laci saya. Habislah semua kad-kad kahwin yang berharga RM3-RM12 sekeping itu saya campak ke dalam tong sampah.

Bila saya dan Isdin plan nak berkahwin hari tu saya memang nekad cari kad murah saja. Kalau ikutkan hati nak design sendiri lepas itu fotostat. Tapi kena ingat... air muka mak ayah kena juga kita jaga. Jadi kami memang dah sebulat suara cari kad kahwin yang paling murah dalam dunia tapi masih mengekalkan ciri-ciri kad kahwin yang ada kelas. 

So masa saya mengumumkan dalam FB dan Whatsapp untuk berkahwin dan meminta alamat-alamat untuk diposkan, ramai kawan-kawan yang pm. Tak ramaipun dalam 40-50orang sahaja. Satu sampul setem RM0.60. Disitu sahaja expenses untuk setem dalam RM300. Memang saya mengharapkan kedatangan kawan-kawan saya ni. 

Percaya atau tidak, dalam 50 keping kad yang dihantar cuma 4-5 orang yang tunjukkan muka. Serious frust. Saya bukan mengharapkan mereka datang kena bagi hadiah, saya cuma nak share rasa gembira (akhirnya aku berlaki juga) dengan mereka. Hahaha

Nampak tak permainan di situ? Mungkin 30% ada hal penting yang tak dapat dielakkan. Yang selebihnya saya assume nak tengok kad kawin saya ni cantik ke? Simple sangat ke? Kad kahwin dia ni glamour ke tak? Kad kawin dia ni up to date ke tak? Saya marah sebab kawan-kawan yang tinggal tak sampai 2 marhalah dari tempat saya buat majlis semua tak datang. Sedih tau.

Ada satu insiden seorang auntie ni berhabis sampai RM2000 untuk 300 keping kad undangan perkahwinan anak dia. Itu kira plus dengan goodies bag segala macamlah. Saya rasa macam satu pembaziran. Tapi nak buat macamana, semua orang ada nafsu, semua orang ada keinginan untuk berbuat sesuatu yang different. Semua kad kawin tu diletak dengan diamond, memang blink-blink kad kahwin anaknya.

But at the end, ke tong sampah juga akhirnya. I don't think kad kahwin itu petunjuk kelas seseorang. Betul tak?

Dengan teknologi yang segalanya di hujung jari, saya menjemput ramai kawan-kawan melalu RSVP di Facebook, melalui Whatsapp, Wechat dll. Dan sehingga kini kad kawin saya masih berbaki lebih kurang 100 keping lagi. Haha. Nak buat apa lebihan itu?

Lepas beberapa minggu majlis perkahwinan saya, beberapa kawan lama bising kerana tidak mendapat undangan. Memang saya rasa ralat dan bersalah. Di situ saya mengaku salah saya kerana saya tak betul-betul list down nama jemputan. Memang saya ada buat senarai jemputan tu tapi masih ada beberapa nama yang terlepas pandang. Rasa macam nak buat majlis sekali lagi bila jadi macam ni. 

Satu kes dalam FB, kawan saya tu jarang online FB tapi saya jemput dia melalui RSVP tu lah. Kemudian beberapa minggu tu juga dia call marah saya kenapa tak SMS dia. 

Satu lagi kes saya hari itu, kad dah bagi melalui si polan A awal sebulan dari tarikh majlis. Tapi kad tak sampai pada si polan B sebab si polan A peram (lupa kot) nak sampaikan. Situ pun silap saya juga tak call balik si penerima. Apakan daya, dalam waktu yang menekan begitu dengan nak fikir baju nikah tak siap beading, pelamin tak tau apa cerita, katering tak betul-betul konfem, bergegas booking dewan ke sana ke mari, cari barang untuk goodies bag, bunga telur tak gentel lagi... langsung jadi lupa. Saya rasa majlis kahwin saya ni macam one man show. Saya seorang je yang senak kepala fikir macam-macam. Tipu, mak saya ada membantu. Tapi itu bahana buat majlis di tempat orang.  Nanti saya cerita kalau ada masa. Mihmihmih.


Untuk B2B, nasihat saya 

  • Double check your invitation list. Check setiap pelusuk negeri saudara mara, sahabat handai korang. Dan jangan lupa call untuk tanyakan kad dah sampai ke belum atau mereka sedar atau tidak invitation through FB tu. 
  • Anggaplah 40% dari jemputan korang tu memang tak boleh nak datang. Jangan berharap, nanti keciwa macam saya.
  • Janganlah terlalu overspend untuk kad perkahwinan anda. Orang akan buang. Baik lebihkan pada makanan.


Setuju tak dengan saya? Kalau nak tambah apa-apa silakan ye...

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis syima.. rindu fizah nk jalan2 dkt blog. hehe..

    kann.. byk membazir sebenarnya issue kad kahwin ni. tapi kalau tak buat karang org tua2 bising.

    bebalik laa pada zaman dlu kala.. buat 1 fotostat 1000 :)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...