Cerita asal >>> sini
(Kejadian minggu lepas) Hampir seminggu tak jumpa Flora, aku dah mula pasrah. Mula untuk menerima hakikat Flora tak ditakdirkan hidup tua bersama aku. Tak sempat nak tengok macamana kucing nyanyuk, tak merasa nak bagi anak-anak sendiri main dengan Flora.
Berita pasal Flora hilang aku kongsikan dengan famili aku. Mak whatsapp aku, ikhtiar minta aku buat flyer edarkan ke setiap rumah di taman selain buat solat hajat dan baca Yasin. Lantaklah orang nak kutuk, nak kata aku beria sangat sedih berlebih-lebih. Orang lain mungkin tak faham macamana bondingnya aku dengan Flora selama 4 tahun lebih. Dari aku bujang tak laku sampai dah berlaki. Semua dengan Flora, sedih dan gembira aku dengan Flora. Bila dia hilang, memang terasa sangat.
Sehari sebelum cukup seminggu aku hilang Flora.
Nak jadikan cerita, aku tengah bersiap nak pergi kelas Zumba. Dah masuk kereta hati aku rasa macam tak ada feel nak join kelas. Isdin pula call terus aku batalkan niat nak ke kelas, aku ajak Isdin teman cari Flora. Sebelum ni memang kami dah usaha mencari Flora, pusing dengan kereta. Taman tu walaupun ramai penduduk tapi pukul 8.30mlm dah sunyi.
Aku park semula kereta kemudian bawa keluar anak Snow dari sangkar dua ekor, aku pegang satu Isdin pegang satu dengan harapan Flora akan terbau bau-bauan yang dia dah biasa di rumah. Aku berjalan dari satu lorong ke satu lorong. Mueq dan Snow ikut kami berjalan sama. Asal ada orang kat luar rumah aku tegur tanyakan pasal Flora. Semua bagi jawapan negatif. Ada brader ni siap cakap pada Isdin, "Bang, kalau kucing cantik kurung je. Kat sini budak keling suka rembat lepas tu jual." Aku dengar memang jadi sayu terus. Memang rasa tak ada harapan nak jumpa balik Flora. Tapi sebenarnya jarang orang India suka bela kucing, jadi aku kurang percaya dengan tuduhan brader tu.
Aku dah masuk taman sebelah nak masuk lorong rumah yang ke 3, Isdin cakap "Sudahlah sayang, tak ada dah ni. Memang kena ambil dah." Aku berkeras juga nak masuk, sambil-sambil melaung nama Flora walaupun keadaan masa tu suara aku sangat serak kerana batuk. Bunyi tak bunyi je suara sebab batuk tu.
Tiba dekat satu rumah (pintu pagar bukan main tinggi) masa aku tengah menjerit nama Flora ada bayang-bayang seekor kucing mengeow dalam keadaan kelam kabut, tergesa-gesa. Bunyi dia mengeow tu macam minta bantuan, macam nak cerita sesuatu. Meow! Meoow! Meow! Aku tak tahu macamana nak cerita bunyinya. Aku rasa itu kelibat Flora. Isdin dah jauh ke depan. Dia meronta-ronta mencari jalan keluar di pagar. Aku panggil lagi, dia mengeow. Memang sah Flora!! Aku menjerit panggil Isdin. Dah lah memang tak ada suara, suara pun serak-serak basah gitu. Menjerit panggil "abang" pun keluar angin je dari tekak. Mencabar betul menjerit dikala batuk yang dahsyat ni.
Bila Flora dapat meloloskan diri dia terus terpa pada aku, Ya Allah... masa tu hanya Tuhan saja yang tahu macamana babak jejak kasih yang turut membuatkan Isdin sebak. Aku apa lagi, memang ber-drama air mata berderu-deru. Melutut aku depan rumah orang tu memeluk Flora. Flora kusut masai sangat. Even collar dia pun hilang. Tak tahulah orang tu buang ke macamana. Tapi tak kisahlah, asalkan dah jumpa. Aku tunggu juga orang dalam rumah tu keluar, mestilah dia dengar aku menangis sedu sedan depan umah dia. Tapi tak ada yang keluar.
Sepanjang jalan nak balik ke rumah aku dukung Flora. Diam je dia. Selalu dialah paling meronta nak bebas bergerak. Trauma agaknya. Sampai rumah, aku keluarkan semua anak kucing dalam sangkar letak dalam rumah. Nak buat kenduri doa selamat. Semua ekor aku hidangkan wet food.
Dah tak sedih lagi. Alhamdullilah. Terima kasih Allah. Doa kami didengari.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...