Cari Blog Ini

Jumaat, 24 Oktober 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam

Kelmarin aku ditanya oleh kawan cina "Apsal Melayu banyak cuti? Cuti raya adilfitri, cuti raya potong lembu. Ini weekend pun ada cuti lagi. Apa itu awal muhalam?" sambil mata membaca kalender kuda dia.

Erk?! Macam tak bersedia kena soal macam tu. Ye lah ilmu tak khatam nak terangkan pada non-muslim. 

So aku jawab, "Macam Chinese New Year. Itu tahun baru cina kan? Macam itu juga minggu ni. Awal Muharam ialah tahun baru Islam.


Awal Muharam atau Maal Hijrah adalah untuk memperingati peristiwa Nabi Muhamad SAW berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. (aku ingat ni pun sebab nasyid masa sekolah rendah dulu). Muharam ni kira macam Januari la, bulan pertama dalam kiraan tahun Islam (Hijrah).

Jadi petang ni jangan lupa baca 3 kali doa akhir tahun pada waktu masa terakhir Asar atau sebelum waktu Maghrib.

 Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Selepas solat Maghrib baca 3 kali doa tahun baru

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Salam Maal Hijrah 1436H.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...