Cari Blog Ini

Jumaat, 27 November 2015

The Good Dinosaur

Musim cuti sekolah dah bermula. Sempena cuti sekolah ni, kakak nak buat review sikit pasal cerita kartun yang baru je kakak pergi tengok. Ceh! Kakak la sangat. Untuk couple yang tengah bercinta macam tak sesuai kot nak tengok, sebab mesej tak sampai nanti. Haha

Kakak baca banyak review tak best pasal movie ni, tapi kakak suka je. Eh kakak lagi. Keluarga dinosaur ni ada 3 ekor anak, yang last sekali tu (Arlo) spoil sikit. Dah la penakut, lembik, emosi betul aku tengok. Rasa nak pukul je. Nampak sangat belum ada naluri keibuan.

Cerita ni tentang kekeluarga, membina keyakinan, keberanian, ada satu part masa mula-mula cerita ni start aku tengok mak dan bapa bagi kata-kata semangat bila tengok anak dia gagal atau tak berjaya. Macam setengah keluarga melayu aku tengok bila anak buat hal sikit depa pun cakap "Itu la, kan mak dah pesan.. tak dengar cakap sangat" - contoh la tu.

Lepas tu bila part bapa dinosaur si Poppa tu mati sebab hanyut dalam kepala air aku ter-menangis. Emosi lagi.

Part humour bila Arlo jumpa Spot. Best... best... Pada aku bagus kot bawa anak-anak satu keluarga pergi tengok movie ni.
credit to google
credit to google
So semalam aku dan beberapa kawan pergi ke Cathay Cineplex, Damansara. Saja isi masa lapang, feeling-feeling bujang lagi.
Private screening event
Jadi kanak-kanak riang jap.

"Sometime you got to get through your fears to see the beauty on the other side"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...