Untuk orang pemalas seperti aku, kaedah "dunia dihujung jari" sangat efisien.
MyEG Services Berhad merupakan sebuah syarikat pemegang konsesi kerajaan elektronik Malaysia di bawah aplikasi Perdana MSC. Berperanan sebagai pembekal aplikasi e-khidmat yang menghubungkan pihak kerajaan, rakyat dan syarikat perkhidmatan. Semua ada. Kamu boleh check saman JPJ ataupun PDRM, renew roadtax, insurans kereta dan banyak lagi.
Cuma pemilihan insurans kereta terhad kepada 3 jenis insurans iaitu Etiqa Takaful, RHB dan MAA. Sebelum ini aku dah ada experience dengan Kurnia dan Uniasia. Sekarang aku pilih MAA. Belum try belum tahu kan?
Apa beza insurans itu semua? Secara peribadi aku pun tak pasti. Tapi menurut kawan aku, semua insurans tak best sebab kena ambil duit kita. Dia cakap insurans yang best ialah insurans yang cover kita tapi tak perlu bayaran dari kita. Boleh macam tu?
Cara untuk memohon pembaharuan lesen memandu dan roadtax. Aku gabungkan sekali.
Ini ialah form untuk renewal driving license.
Ini pula form untuk renewal auto-insurans. Setelah kamu isi semua particular, kamu klik "Hantar".
Kemudian akan tertera form untuk confirmation dan seterusnya klik "Hantar" lagi.
Selepas itu kita akan diberi pilihan untuk buat bayaran. Ikut kesesuaian, aku guna Maybank2u.
Setelah itu satu resit pengesahan bayaran akan keluar. Kalau rajin print-out, kalau tak rajin print screen saja. Ini ialah contoh e-resit untuk bayaran insurans kereta mak aku.
Dan step terakhir ialah resit penghantaran, iaitu pemberitahuan bahawa duit telah diterima dan penghantaran akan dibuat terus ke alamat yang kamu isikan dalam masa 1 - 2 hari.
Kalau tak silap aku, pembaharuan roadtax dan insurans dengan cara ini boleh dapat diskaun dari agen. Tak percaya cubalah. Mengenai cover note/ polisi insurans kereta, mereka (wakil MyEG) akan terus hantar kepada email kita dalam tempoh 5 hari bekerja.
Dengan duduk seperti tok sami di depan desktop, semua roadtax, lesen dan polisi insurans akan berada
Ada pertanyaan?
*Diskaun akan diberi untuk renewal roadtax, bukan insurans kereta.
weh, asal da tak de chatbox kat blog ko nih. sila letak balik...
BalasPadamwahhh... rajin meneroka dpt banyak info.
BalasPadamsecara jujur aku pun ragu2 gak dan sebenarnya masih samar-samar.
Ok akan cuba nanti.
hmm biasa kitoang call 1 kawan ayah ni then dia datang buat sume termasuk bayarkan saman.kitorang dok kangkang je kat umah tgg roadtax...
BalasPadamooo gitu ekk..thanks sifu!
BalasPadamadoii fenin fenin.. hhehe
BalasPadamizan
BalasPadamaku malas nak letak chatbox dah sebab orang jarang dtg kat chatbox aku ni. haha
zan-xray
apa yg perlu diragukan mengenai teknologi ni? Sah disisi undang-undang. Aku dh check.
syima syaz
dulu pun guna orang juga. tapi sampai bila nak pasang macai. buat sendiri sudah. dapat diskaun pada roadtax lagi...
lily-lotus
try la kalau nak tau keberkesanannya.
rashid
awat pulak cikgu fenin ni??? eleh... nak suruh gufren picit kepala la tu...
kalau kereta nama sedara,insurans nama abg ipar,aku boleh bayarkan gak ker?
BalasPadamcandleprince
BalasPadamaku rasa itu tak ada masalah... tp macamana boleh ada dua nama yang berbeza? insuran nama abg ipar, kereta nama orang lain??
apa pun ko boleh direct terus ngn helpdesk MyEg.