Cari Blog Ini

Selasa, 28 Julai 2009

Soalan makan diri

Sepanjang ketiadaan aku beberapa hari ini, aku auto publish la beberapa entry untuk sesiapa yang sudi baca. Macam biasa ini masih bahan kopipes. Ujian Dementia untuk menilai kecekapan otak ada berfungsi. Kita uji diri kita ok?

Personal Test-ujian dementia
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Kamu perlu menjawab dengan pantas. Kamu tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri kamu...



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Kamu menyertai perlumbaan. Kamu mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang kamu ditempat yang ke berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan kamu tempat yang pertama, sudah tentu jawapan kamu salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!



Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?



Soalan Kedua:
Jika kamu memotong tempat orang yang terakhir, jadi kamu di tempat...? (lihat bawah).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan kamu tempat kedua terakhir, kamu salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana kamu boleh memotong orang yang terakhir?



Adakah kamu pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan hanya menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan kamu 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika kamu tak percaya gunakan mesin kira-kira! Mungkin ini bukan hari kamu kan ? Mungkin kamu boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.

Mudah sahaja.




Isnin, 27 Julai 2009

Kenali pasangan kamu melalui jenis DARAH

Rahsia Diri Melalui Darah

LELAKI

SI DIA BERDARAH “A”
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…

SI DIA BERDARAH “B”
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…

SI DIA BERDARAH “O”
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…

SI DIA BERDARAH “AB”
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…


PEREMPUAN
ANDA BERDARAH “A”
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…?

ANDA BERDARAH “AB”Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki…


Ahad, 26 Julai 2009

Pergi kursus lagi



Hari ini aku akan berangkat ke PD lagi. Aku amat teruja dengan swimming pool dia. Sekarang tengah berfikir-fikir, nak bawak swimming suit ke, bikini? Kang aku terjun dalam tu habis splash besar nanti.














Kalau la aku ada badan macam ini.... Santik betul badan si Bunga Citra Lestari ni kan?


Cincin disarung tanda tunangan orang

ALHAMDULLILAH, satu langkah lagi untuk ke jinjang pelamin dan memegang status isteri.

Maafkan aku kerana tidak menjemput kawan-kawan sekalian.



Orang kata kalau ada jodoh tak kemana.




Memanglah aku tak dapat jemput kamu semua sebab bukan majlis aku pun. Hahahaha. Matilah kena parang dengan tuan punya diri yang bertunang kalau aku jemput orang lain.




Tinggal aku dan beberapa kawan lagi yang sedang tercari-cari dahan untuk bergantung. Tapi perlu ke? Bukan wanita sekarang independent?? Ok, dah terkeluar tajuk.


Aku suka tengok hantaran belah perempuan. Sangat santik! Sebab pink kot, macam lembut keayuan gitu. Kalau ditakdirkan aku untuk ada majlis bertunang kelak, aku nak buat tema hitam yang jahat. Muahahaha. Tapi nanti orang kata aku buat majlis berkabung pula kan??


Siapa yang paling comel? Sila undi Comel diikuti dengan no 1, 2 atau 3 ke 034430. Kiraan 1, 2, 3 dari kiri.



Mereka tersipu-sipu malu

Ini dia tunang tersayang Cik Rieha Oren kita. TAHNIAH Cik Rieha sayang!!


Sabtu, 25 Julai 2009

Rindunya nak lepak disana lagi


Benci tengok kapel tu! (nada irihati)

Aku pergi kursus.

Balik dari kursus aku singgah sini.

Mendamaikan.

Lagi best kalau ada insan tersayang di sisi. Dah lama tak bercuti tempat macam ni dengan keluarga. Rindu juga nak merasa tertelan air laut.









Cerita seks aku



Aduyai, awat la kreatif sangat sampai nak search cerita main dengan aku ni? Aku tak adalah bingai nak menceritakan segala aktiviti seks dalam blog. Bodoh ke apa??

Pelik... pelik...macamana boleh sesat dalam blog ni. Mesti menyesal orang tu membaca.

Tapi aku lupa, bukan aku sorang nama Syima kan??


****


Cerita tentang pengucapan awam, kalau hangpa search memang tak berbaloi. Sebab aku tak ada skill untuk berucap depan public. Sorrylah, tak dapat nak bagi tunjuk ajar. Yang kamu jumpa cuma adalah video yang aku upload dalam youtube untuk aku gelakkan bersama anak cucuku akan datang.




Khamis, 16 Julai 2009

Tanda-tanda suami/lelaki yang cintanya jujur dan ikhlas

*Sumber masih lagi berbentuk kopi dan pes dari email. Rasanya dalam majalah dan suratkhabar pun ada publish.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya..

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah..
  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk pasangannya dengan rela bukan kerana terpaksa

  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati pasangannya

  3. Dia banyak menasihati pasangannya kerana dia sayang akan pasangannya

  4. Dia sentiasa takut kehilangan pasangannya

  5. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu pasangannya melakukan apa saja

  6. Dia akan menggelabah apabila pasangannya berjauhan daripadanya terlalu lama

  7. Dia sentiasa memastikan keselamatan pasangannya

  8. Dia mementingkan pasangannya dari diri sendiri

  9. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya

  10. Dia akan cuba meluangkan lebih masa dengan pasangannya walaupun menunggu pasangannya dengan sabar

  11. Dia membanggakan pasangannya depan orang lain

  12. Kalau dia ditinggalkan oleh pasangannya,dia akan berasa serik dan tidak percaya cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan pasangannya kembali padanya

  13. Apabila timbul orang kedua,dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali pasangannya

  14. Dia menganggap pasangannya sebagai orang yang paling dipercayainya dan menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri

  15. Dia tidak akan berlaku curang pada pasangannya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai pasangannya

  16. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan



Lelaki menangis comelkan??









Syimalicious: No komen.

Rabu, 15 Julai 2009

Saya rindu sama dia!

Tunggu ya, aku akan balik menjengukmu disana.












Syimalicious: Sekadar pemberitahuan bahawa aku akan pulang ke kampung halaman.

Isnin, 13 Julai 2009

Adakah hati saya amat sensitif?

Aku tak tahu kenapa, setiap kali mendengar alunan nyanyian lagu ketuhanan atau doa buat ibubapa, aku pasti tersentuh. Mudah benar aku menitiskan air mata. Adakah aku terlalu sensitif?

Aku cuba buat ketat, macam tak ada feeling. Tapi tak boleh juga. Adakah disebabkan video ini mengandungi orang-orang yang menangis hiba?




Sesuai sangat untuk adik-adik kita (kalau kamu kakak atau abang yang masih ada adik-adik yang bersekolah, cikgu pun boleh gunapakai juga) yang bakal menduduki peperiksaan besar; UPSR, PMR, SPM, STPM pada tahun ini.









Syimalicious: Tak berkat ilmu kalau derhaka pada mak ayah dan cikgu ni...

Sabtu, 11 Julai 2009

Rumah bujanganku sebelum dilanggar Todak

Bila hari Sabtu yang panas terik sambil membuka baju dan dalam keadaan santai aku membuka balik folder-folder gambar yang dulu.

Aku terjumpa gambar lama rumah bujang yang aku duduki sekarang.

Ini adalah sebahagian himpunan gambar setahun lepas. Hangpa mai la ni, hangpa akan pengsanlah, tak ada rupa perempuan yang duduk di rumah ni. Sebab rumah la ni macam tongkang pecah, bak Singapura dilanggar todak.

Ini adalah ruang tamuku yang terhad. Aiseh, kenapa ada muka Meon dalam TV tu? Tak bombastik langsung tengok cerita sebegitu. (ayat cover line...)
Rumah ini adalah terus, maksud aku dapur, ruang makan dan ruang tamu tiada dinding divider seperti rumah design lama. Kalau buka pintu belakang, jiran belakang boleh nampak siapa jiran yang di depan rumah aku. Very straight away.

Ruang makan dan fridge cinonet aku. Fridge aku ini kecil tapi padat dengan makanan-makanan instant zaman prasejarah (dah expired la tu)
.
Ini pula ruang dapur untuk memasak, tak kan nak main dam di sini kan? Di sini tak ada wet kitchen, dry kitchen bagai. Rumah sewa tak perlu nak modified melampau. Sila ignore susunan barang kering yang begitu cincai. Oven tu perhiasan semata-mata, sebab selama 3 tahun ini aku tak pernah buat kek lagi. Hahaha

Meja studyku telah berubah menjadi meja untuk main masak-masak. Tempat membasuh automatikku letakkan disebelah kiri, manakala water filter Bio-Aura (pomot sikit) itu diletakkan dibawah sahaja. Sangat berat sehingga menyebabkan sinki aku bertukar dua kali akibat melendut.

Sesuai tak jadi rumah kelamin? Korang rasa sesuai tak??

Entry ini saja di-up-kan untuk mengisi masa lapang. Ada komen ke?









Syimalicious: Jangan mengada nak request gambar bilik tempat berkubangku dan gambar rumah sesudah dilanggar todak.

Jumaat, 10 Julai 2009

Lupa nak wish Birthday pada bibik

Ucap secara verbal, sudah...

Tapi ucap secara maya belum lagi. Jadi hari ini aku ni nak ucap Happy Birthday (yang ke berapa yer?) pada bibikku merangkap housemate yang tak padan dengan kecil tapi playerz (ramai skandal).
Hari jadi dia pada 7hb Julai lepas. Aku wish ontime, aku nak korang wish dia pula.

Untuk menghargai adik aku ini, aku telah meminta kumpulan The Beatles untuk menyanyikan sebuah lagu untuk beliau.






Hadiah khas untuk kamu, kek versi skandal meriah. Huhuhu.







Kereta kamu hebat sangatkah?

Dulu ada orang sound aku, "Kereta kau tak stailo, tak nampak ganas lagi"

Bagaimana untuk nampak ganas? Bagi pakai skirting dan bumper serupa ikan jaws atau spoiler macam nak terbang tapi tak terbang tu? Atau pakai air scoop macam ikan paus makan plankton?

Aku teringin juga nak letak spoiler, perhiasan bagai kan? Tapi bila kenang kembali kata-kata ayahanda ku, memadailah untuk aku modified kereta secara kecil-kecilan. Nak tahu apa dia kata? "Kalau setakat spoiler tinggi mencanak tapi tak boleh speed, lupakanlah niat awak tu. Buat malu je..."




Tapi aku tukar juga. Aku tukar window visor yang besar tu. Cahaya matahari tak tembus. Itu je main function dia. Tapi tak nampak different sangat kan? Janji dah cat gelap. Hitam gelap kan warna orang jahat?? Hahahah <-- Mari gelak evil....








Syimalicious: Tapi terserah pada individu. Itu kereta dia, hak dia kan. Kalau heavy modified sangat sampai tak kena pada penglihatan umum, kita gelakkan saja.

Khamis, 9 Julai 2009

Gambar gadis rempit posing ayu dan cubaan untuk menahan beliau dalam gerimis malam yang sejuk

Ayu tak?



Now i know, why people love to take picture from this kind of sight view... nampak KURUS kan...? Hahahaha sekarang aku sudah pasti, perbuatan mereka yang suka nak tangkap gambar dari atas adalah kerana untuk menutup kekurangan diri kerana lebihan lemak. Bajet kiut kah?

Ayu la sangat....? Uweek! Aku sebenarnya teruja nak bergambar dalam keadaan ber-helmet. Nak sesaja pakai helmet untuk tangkap gambar tak ada kerja la namanya. Lagi gila kalau pakai helmet bawa kereta, bukan dekat Litar Sepang nak buat macam tu kan? Ini Kuala Selangor.

.

Alkisah, suatu malam yang hening aku telah mengajak housemate aku untuk bersiar-siar dan menjamu selera dengan menaiki motor LC merah adikku yang tersadai di depan rumah.

Sebenarnya malam itu malam perjumpaan makan-makan kecilan yang diadakan oleh keluarga angkat BFF aku, kebetulan pula hari itu juga ialah harijadi housemate aku, alang-alang kita sekalikan.

Setelah mengucapkan Alhamdullilah kerana rezeki yang disaji, kami berhasrat untuk pulang. Malangnya hujan mencemburui kami lalu turunlah ia tidak seberapa lebat. Kami sabar menanti sambil melayan karenah budak-budak kecil yang sangat capoi mulutnya.

Akhirnya sebulat suara kami berhasrat untuk meredah hujan yang renyai-renyai itu. Ya ampun, hujan yang seperti cat & dog itu membasahi kami dan menyebabkan aku menggeletar kesejukan.

Sampai di selekoh untuk memasuki taman perumahan kami, ada sebuah kereta sangat memperlahankan kelajuannya. Aku fikir BFF yang gatal mengagah kami. Setelah kereta itu melepasi baru aku perasan bahawasanya kereta itu ialah milik polis.

Semasa memberhentikan motor untuk masuk ke simpang, bapak-bapak polisi yang berada dalam kereta itu menyoal dan menyuluh kami dengan lampu suluh. (versi dialog telah diolah semula)

Polis: Nak pergi mana?
Aku: Balik rumah la.
Polis: Ni motor siapa?
Aku: Adik saya punya. Kenapa?
Polis: Plat Johor?
Aku: Saya orang Johor la!
Polis: Tinggal mana ni?Aku: Taman bla...bla...bla...

Kemudian tanpa ada rasa bersalah mereka blah begitu sahaja.
Persoalan di sini ialah:-

  • Adakah aku suspek kepada kecurian motorsikal?

  • Atau,

  • Mereka merancang untuk mencuri motorsikal adik aku?

  • Atau,

  • Mereka ingin mencari peluang untuk meng-pow duit aku?






  • Syimalicious: Tapi sebenarnya aku patut bersyukur kerana pada ketika itu aku tak bawa satu kad pengenalan diri atau lesen memandu pun. Kalau tidak, naya je kena saman.

    Rabu, 8 Julai 2009

    Cinta itu berbisa


    Betul kata orang, bila dekat selalu bercakaran, bila berjauhan rindu-rinduan. Aduhai... poyonya perasaan aku sekarang...


    Cinta...


    dapat mengubah


    debu beralih emas


    keruh menjadi bening


    sakit menjadi sembuh


    derita menjadi nikmat


    dan kemarahan


    menjadi rahmat










    Syimalicious: Sedang meniti bahana percintaan jarak jauh.

    Selasa, 7 Julai 2009

    Sekadar update

    Aku tahu blog aku ini agak berdebu dan bersawang. Aku juga tahu ramai yang ternanti-nanti untuk membaca entry baru dari aku. (statement perasan - syok sendiri)

    Sepanjang masa aku tidak berblogging ini bukanlah sebab aku tiada bahan cerita, tetapi kesibukan yang melampau menjejas masa aku untuk bermesraan bersama blogspot. Kesibukan dari bulan lepas hingga sekarang adalah disebabkan berita pengauditan ISO (Ingin Susah Orang) yang bakal mengunjungi setiap cawangan kementerian tempat aku bekerja sekarang. Maka tercetuslah huru hara, urat otak putus, minda tercalar, emosi pra-tak-stabil untuk membetulkan kembali dokumentasi-dokumentasi yang tunggang langgang itu.

    .

    Hari ini aku tidak bekerja. MC.
    Aku ber-MC-an berhampiran Putrajaya dalam sejuk gedi aircond di dalam bilik persembunyianku. Hotel? RM40 saja semalaman. Marilah berteka teki dengan aku. Tempat persembunyian aku adalah milik kerajaan dan berorientasikan penyelidikan.

    Soalan: Dimanakah Syimalicious bersiaran pada ketika entry ini diupdate?







    Syimalicious: Nantikan banyak cerita suka duka dariku, okeh babeh...?

    Salam Kenal

    Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...