Cantik tak??
sumber Qoo10.my |
Sebelum cuti raya hari itu, aku cuci mata di website Qoo10.my. Macam menawan sungguh koleksi baju, dress dan blazer yang dia letak untuk plussize. Tapi tak semua plussize tu adalah plussize. Kena rajin browse satu-satu. Bila belek-belek harga sangatlah affordable tapi bila tengok tang shipping cost, alahai macam tak berbaloi pula.
Aku cuba nasib membeli blazer kat atas tu selepas mengambil kira ukuran badan. Ye untuk langkah berjaga-jaga aku measure bahu, dada, pinggang dan labuh baju. Bagilah 1cm beza. Kemudian tawakal. Kalau tak sampai barang ni maknanya kena tipulah sebab barang ni dari China. Itu sebab aku kata shipping cost tak sepadan dengan barang sebab barang beli dari China. Tapi blazer ni free shipping. :) Seronok.
Saya buat payment 21/7/2014 lepas. Lepas tu buat-buat lupa, tak berharap sangat. Lagipun harga blazer ni RM48.50 saja. Semalam (7/8/2014), barang sampai. Lebih kurang 2 minggu, laju currier dari China. Berdebar juga nak buka parcel sebab baca review pembeli ada yang condemn ada yang happy tentang kualiti material blazer ni.
Tada... |
Cuma butang dia macam low standard, boleh beli lain dan kasi tukar. |
Ai amek saiz L gitu, sbb saiz XL rasa macam bahu terlebih pulak |
Cuba try test |
Overall, tak adalah sendat macam balut cempedak kan? Ni sebab sarung sekali dengan baju kurung, cuba padankan dengan singlet sure retis u... haha
Tata!
cantik la yang pink atas sekali tu... :D
BalasPadamlike!
BalasPadamtapi qoo10 ni delivery dia slnya lambat~
:(