Cari Blog Ini

Ahad, 15 Jun 2014

Bila nak bayar DUIT aku??

Hari ni aku rasa down sebab duit. Eh bukan pasal duit semata. Pasal kerja dan environment juga mendorong untuk aku rasa nak murung 480jam. Tapi aku nak cerita pasal duit je hari ni.

Dalam dunia ni kalau kau tak ada duit, orang tak pandang kau. Realiti zaman sekarang.

Kes 1
Orang yang mak ayah aku percaya, mak bapak mertua aku kenal buat taik pada kami berdua, aku dan Din. Sakit mental agaknya. Kesian.

Mak aku cakap mungkin dia sakit jiwa akibat beberapa faktor. Kes tipu duit. Duit "pelaburan" dah lesap entah ke mana. Tak ada explanation pun. Kata dapat refund. Tapi sonyap jo. Masa kahwin hari tu kata nak ganti duit flight dulu pun tak terganti lagi. Tambah lah duit repair kereta 3 tahun lepas, dia buat lupa je. Lebih bangsat dia pandang aku buat macam tak kenal langsung.

Haih... syaiton ni rojim betul perangai. Tak tau kenapa dia jadi macam tu.

Hmmm tak hairanlah pada umur macam tu masih begitu je keadaannya. Ish tak baik kata macam tu. Tuhan bayar cash nanti. Aku anggap duit-duit yang "hilang begitu saja" tu adalah duit-duit dari kerja-kerja tak sah (mengulau time kerja dsb.)

Ada orang cakap dia berperangai syaiton tu disebabkan aku juga. Kira what you did you get back. Aku yang jahat maka dia nak main duit aku? What the heck.

Jap.. jap.. kalau betul aku buruk laku kenapa tak ada siapa yang berani nak perbetulkan aku?? Kenapa? Kenapa? Macamana nak berubah jadi baik ni kalau semua manusia jenis pandai cakap belakang?? Ok ini suara hati.

Tak apa perempuan syaiton. Aku tak pernah halalkan duit yang pernah aku bagi. Tak akan pernah. Anggap je lah kita tak pernah kenal.

Kes 2
Aku baik dengan dia, sebab kenal dah bertahun, memang lama. Bila kawan dah cuba tolong, faham-faham sendirilah cuba manis mulut pelawa belanja makan ke, upah seringgit dua. Sebenarnya bukan harap sangat pun ganjaran beribu-ribu. Atleast sejuk hati kita bila kita dah tolong dia offer kebaikan yang lain. Bukan berkira, bukan tak ikhlas. Orang melayu kan penuh dengan peradaban. Mana adab kau kawan?

Aku pinjamkan sepuluh sen tanda aku faham dengan kesusahan kau. Tapi takkan sepuluh sen tu pun ambil masa bertahun kau nak bayar. Lama-lama persahabatan kita terhakis dek perangai kau yang liat nak bayar hutang. Kau susah? Aku pun ada time susah juga. Lupa kot? Aku jenis tak malu nak minta hutang maknanya aku dah kerap remindkan kau bayarlah hutang aku. Jadi sekarang bila kau susah aku macam "lantaklah kau nak hidup ke nak mati ke"...

Kes 3
Sekali dah bagi berhutang dia buat aku ni bank untuk loan setiap kali sesak. Tapi orang macam ni bayar dalam tempoh yang singkat seperti yang dia janji. Tapi bila dah kerap sangat bagi hutang aku jadi macam "Eh dia ni dah kenapa selalu sangat cari aku??" Yang aku isukan ni sebab dia tak pernah pun tanya khabar aku, tak pernah nak beramas mesra pun dengan aku. Itu boleh dianggap kawan ke? She come and go. Bila sesak baru tanya aku ada sen ke tak. Bila tengah bertenang haram nak tanya "how's life??"

Mungkin entri pasal duit ni dah banyak aku up. Malas nak korek balik entri lama. Bila isu ni terlintas dalam fikiran aku... laju je aku nak menulis. Blogging also is the way to release your stress kan?

Ok chow...


Posted via Blogaway

Isnin, 9 Jun 2014

Ulangtahun 3 bulan

Ulangtahun katanya. Tak, isdin tak kata apa-apa. 

Aku je yang poyo bagi tajuk entry macam ni. Sebenarnya keteringinan pada green tea Starbucks dah memuncak sejak 2 minggu lepas. Tapi ada je hal yang membuatkan kami terpaksa postpone.

Jumaat lepas, tanpa memikirkan bahawa keesokkannya nak pergi tolong mekap kawan, kami tetap juga meredah ke Setia Alam. Esok nya pagi-pagi subuh nak ke Serendah pula. Isdin kata tak ada masalah. Tomorrow you gonna be fine. Gitew...
Sampai je ke Starbuck Setia Alam, aku tepuk kepala tengok setiap sudut dipenuhi umat. Ramai sangat!  Jam menunjukkan 10.30pm. Tak pe kita gamble, masuk order baru cari tempat duduk.
Umat mereka saja yang memenuhi ruang
Dah order, kami tercanguk menunggu orang bangun dari tempat duduk mereka. Rata-rata minum 1 ice blended besar share 2 straw, sembang je lebih. Tak taulah dah berapa jam mereka macam tu sambil gentel-gentel straw. Tapi majoriti mengadap gadget memasing dan berdekah-dekah ketawa.
Nyum nyum...
Termanggu lagi. Dekat 15min jugalah jeling orang tapi org buat tak faham. Orang melayu aku tengok dalam 8orang je. Yang lain bangsa Cina. Isdin dah mula grumpy, perut dah lapar ni. Nasib sangat lepas tu ada kapel yang bangun. Ahhhh... lega dapat tempat duduk.

Aku macam biasa, tengah obses dengan green tea cream frappucino. Tak kira dah kalori semua tu. Bila masuk ke tekak, nikmatnya...
Green tea ni rasa macam pandan kan? Pastu mengadap tab balik.
Haah rasa macam pandan la sangat. Tapi aku punya green tea habis dulu. Sedapkan?
Lebiu.
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut mak suka hati. Yeay! Jom balik. Nak kejar tengok Running Man pula.

Selasa, 3 Jun 2014

Grill kau kualiti sangat!

Mental betul aku dgn ayah tuan umah aku ni. Kira menyesal juga la bila ingat balik dia offer rumah anak dia untuk di sewa. Ingatkan genuinely la nak membantu pasangan yang baru nak mula kehidupan macam kami ni.

Ceritanya sewa rumah aku sekarang ni akan disertakan sekali dengan grill. Seronok aku dengar. Masa tu rasa terjamin keselamatan aku since jiran kiri kanan ialah kap lam ya nga. Lagipun ada dengar cerita kes kena pecah rumah time tengahari. Aku pun cari la tukang buat grill. Tanya jiran-jiran, mereka bagi contact tukang besi India. Semua kata kerja dia kemas. Aku bawa dia ukur semua area yang nak dipasang grill. Siap dengan bunga kerawang dan beberapa zink separuh add on dia quote kami harga RM1700 dan akan siap dalam masa sebulan.

Kami jumpa dengan orang tua (ayah tuan rumah, Kahar Pembelit) ni kononnya nak diskas bagi mudah cara. Tapi dia buruk-burukkan orang ni kata pakai besi tak kualiti, besi recycle. Dia insist nak geng dia yang buat. Malas nak cakap apa bagi je lah geng dia nak buat.

Janji orang tua ni bulan 3 siap, sebab aku nak tinggalkan rumah untuk tempoh yang lama dalam bulan tu. HARAM... sampai ke sudah tak siap.

Semalam, anak dia Nurul Hafizza Kaharuddin yang seriously kekurangan ajaran moral minta duit sewa umah. Sekarang dah beradab sikit kot. Hew..hew.. Aku lepaskan semua hal rumah pada Isdin sebab aku takut tak dapat kawal kenerakaan aku nanti.

So lepas sebulan ke sebulan mendesak pasal grill tu dalam jam 5 petang tadi baru mereka datang nak pasang grill. Itupun selepas janji dia nak pasang bulan 3 hari itu.

4 BULAN BARU SIAP GRILL??

Mesti cantik, besi mampat dan design tak mudah pecah masuk.



Design yang paling cantik di abad ini.

Aku tak tengok dia pasang grill belakang rumah ni. Malas nak ambil port. Sekarang nak masuk bilik pasang grill tingkap.




Acu-acu ke tingkap, tak muat pula. Kata dia simen terlebih plaster. Alasan bangsat tau tak? Nampak sangat kerja kau cemerlang. Orang tua tu dua kali ambil ukuran grill siap seluruh ruang rumah. Lepas tu tengah bulan 4 mereka datang lagi ambil ukuran. Masuk bilik kami panjat katil dengan kaki kotor. Sial sangat. 3kali ukur tak kan ukuran masih tak accurate??

Aku tak tau la esok mereka nak datang jam berapa. Melayu kan? Kacau program dating je. Memang la rumah sewa tak patut aku nak mengomel itu ini. Kamon lah, aku pikir keselamatan aku bila Isdin kerja malam. Aku nak grill yang selamat bukan setakat melepaskan batuk di tepi tangga.

Laki aku kata palang besi-besi ni pakai jack kereta pun boleh access dah. How safe is that?!



Dah siap drill dinding rumah tak ada hati nak sapu habuk pun. Memang tak profesional macam kaum lain buat kerja lah. Memang aku nak ludah sangat kerja cincai macam ni. Sian Isdin jadi tukang sapu mereka.

KUALITI MBAH KAU LAH!!!

posted from Bloggeroid


Posted via Blogaway

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...