Cari Blog Ini

Jumaat, 16 April 2010

Lebih dahsyat dari putus cinta

Aku mati. Betul-betul mati.

Aku macam dah hilang akal.
.
.
.
.
.
.

Laptop ROSAK!!!

Kenapalah asyik aku je yang mendapat masalah? Nasib tak baik, tak ada ong langsung. Belum sampai setahun, dah dua kali claim warranty.

Itu hari sebab keyboard.

This time sebab harddisk tak boleh baca.

Shhyyytte!! All the memorable pictures GONE!!

*nak lari nangis....


Selasa, 13 April 2010

"Walaupun aku berzina, aku tetap solat"

Macamana tu ye??

Jijik ke tidak?

Tak ada manusia yang perfect. Tapi yang hipokrit dan merasakan diri itu sempurna memang ramai. Tak sangka kan?? Tunggang tunggeng sujud pada kain sejadah lima kali sehari, tapi bab nak jatuh hukum pada kesilapan orang serahkan pada dia. Dia tahu siapa masuk neraka, siapa masuk syurga.

Kenapa wujudnya manusia sebegini? Suka menilai orang dengan menyingkap balik kisah silam? Dah tahu buruk orang dikejinya pula. Bukankah Allah Maha Pengampun??

Dia boleh meramal masa depan. Dia boleh nampak kebahagiaan atau kecelakaan yang akan mendatang. Dia boleh tahu sekiranya sesiapa yang berkawan atau bercinta dengan aku bakal mendapat musibah nanti.

Situasi #1-Pejabat
"Bos nak buang salah sorang staff. Rasa-rasanya mungkin si anu sebab dia berkawan dengan Syima. Bos kan tak suka Syima, dia membawa influence yang tak baik dalam organisasi ini"~Penganalis

Situasi #2-Kawan-kawan
Berkawan dan menggatal dengan laki orang. Tiba-tiba dapat menyakit kulit yang aneh dipercayai disantau orang. "Aku dapat rasakan Syima punya kerja ni, sebab dia kenal isteri si polan" ~Bomoh Iblis

Situasi #3-Percintaan
"Saya tak boleh lupakan kehidupan awak dulu, mesti kahwin nanti kita tak bahagia." ~Tukang tilik nasib

Kenapa ada persoalan dan andaian macam tu????!!!

Sebab mereka nampak aku saja yang sering melakukan dosa. Walhal mereka dahsyat melakukan dua perkara (dosa dan pahala) seiring. Dan mungkin pada mereka itu lebih relevan.

Ego dan angkuh menyebabkan "dosa; dosa jugak tapi kena sembahyang kena buat juga."






Syimalicious: tsk...tsk...tsk... hipokritnya!! Skru bulat, skru bunga... mengata orang dia pun sama... hehehehe

Isnin, 12 April 2010

Jangan nak terasa dengan status FB orang tak tentu pasal

Aku respek idea korang kreatif berbagai. Ha3x


Ada grup baru lagi. Gila kelakar. Tapi bukan grup yang buat serangan peribadi.

Nak join?? Silalah, jangan malu-malu.


Manusia sering tersasar bahasa bila dalam keadaan marah

Aku bukan malaikat.
Bakal ahli syurga? Itu pun aku tak pasti.

Tapi aku ialah manusia yang terlalu banyak celanya.

Bergaduh adalah sesuatu yang tak best. Merenggangkan sesebuah perhubungan dan Tuhan tidak suka walaupun pastinya syaitan bertepuk-tepuk tangan gembira. Berperang mulut juga menunjukkan sesuatu kebodohan.

Marah ialah penyakit rohani. Memang fitrah manusia. Bila emosi dikawal oleh amarah dan syaitan membaja rasa marah itu dengan macam-macam cara, aku pasti walaupun perkara itu tak sebesar mana tapi dek rasa berapi-rapi, kemarahan itu terpancul jua.

Dan biasanya kemarahan itu disusuli dengan tindakan, perbuatan dan bahasa-bahasa yang menyakitkan.

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa.

Aku cuma mampu mengungkap kemaafan yang barangkali susah untuk orang menerimanya. Dan sekali lagi, Aku minta maaf.



Ahad, 11 April 2010

Makan apa hari ini??

My homemade lasagna

Last week my housemate and I done something try and error but marvellous. Hahaha.

Kami main masak-masak jenis campak-campak ingredient. Tapi kenyang dan tampung kelaparan for two days.

Sedap...

Nak resipi? Silalah komen...

Sabtu, 10 April 2010

Aku gersang

Entry hari ini dibawa khas oleh Syimalicious untuk peringatan readers semua.

Biasanya untuk setiap kali log in FB, aku dapat RM100 aku akan terus dapat access memandangkan aku memang sudah klik pada "Keep me logged in". Tak susah-susah nak key in user id dan password.

But that one have be reminded so many time, jangan log in sebegitu (anything about online personal profile or account) sebarangan di public pc. So memandangkan di pejabat I got my own pc, aku berpendapat tiada masalah untuk aku access dengan begitu mudah tanpa rasa takut disalahgunakan pihak lain.

Nak dijadikan cerita, pada hari berkenaan aku mendapat tugas luar. Jadi aku biarkan pc aku itu tanpa pengawasan sesiapa. Untuk makluman aku juga pengguna Celcom SMS dan bermakna aku juga akan mendapat update melalui SMS.

Baru masuk kereta nak panaskan enjin, ada SMS masuk, "Penapis mulut dia dah bocor". Pelik juga, sebab sebelum tu aku tak ada update apa status pun dalam FB. Masuk pula SMS ke dua, "Ko kenapa beb?".

I'm so curios, i call officemate yang nearby my cubicle. Dia tolong check my FB's profile, so status update stated : نور ذات الشيماء كمل (Syima Kamal) Gersang

I ask her to delete. Panas hati and wondering siapa punya kerja la yang palat sangat tu. Dalam hati tak ada orang lain dah nak dituduh memandangkan "dia" suka pergi pc ke pc untuk violence chatbox atau status secara sorok-sorok.


Dah selesai tugas aku update status yang baru. Tapi siapa "dia"? Takkan nak cerita pula kat sini. Bahaya.

Yang best tu, "dia" yang aku suspek tiba-tiba IM,
Dia: Eh, hari ini aku tak pergi kat tempat ko dan tak main komputer ko. Harap maklum
Aku: Ok, tak pe lah, mungkin ada babi-babi sekitar situ.
Dia: Apsal lah orang tu nak buat ko macam tu??

Pada akulah kan, kalau bukan ko yang buat kenapa nak rasa bersalah sampai nak kena declare begitu? Bukankah itu mengkantoikan diri sendiri?

Tak apa, biarlah orang tahu aku GERSANG. Biarlah orang mengganggap aku berusaha mendapatkan publisiti murahan. Mujur "dia" tak bubuh status aku, نور ذات الشيماء كمل (Syima Kamal) perlukan SEKS.

So readers, don't ever leave ur pc unattended. Mana tahu orang nak dajal kita. Sebab status tu penyebab ex-bf aku berfikiran aku begitu desperate sehingga dia malu untuk mengaku aku ni GF dia.

Malang tidak berbau. Orang nak menganiaya kita ni ada di mana-mana, semua tunggu peluang. Mungkin secara langsung atau tidak langsung. Macam kes cagu di kaki.







Syimalicious: Dikelilingi ramai sangat kawan-kawan yang tidak berpelajaran dan cacat otak.

Jumaat, 9 April 2010

PJJ: Percintaan Jarak Jauh adalah demanding!

Berapa peratus pasangan dalam dunia ni yang sanggup untuk bercinta jarak jauh? Bagitahu aku??

For me, i hate PJJ. Really HATE it! Orang banyak bagi tips ~ bagaimana untuk stay on dalam jenis percintaan sebegini. Tapi tak tahu kenapa, it doesn't work on me.

Terlalu banyak dugaan. Cabaran dalam perhubungan?


Mengikut kata Brother Love, bila sunyi kita tend to fill up the loneliness dengan orang yang berdekatan. Aku akui ada kebenaran. Kita tak nak terlalu dibuai-buai rasa sedih kerana terlalu merindui si dia.

Bukan isu percaya atau sangsi atau kesetiaan jadi pertikaian. Kadangkala hati kita senang diusik oleh bisikan Syaitan. Sekuat mana pun kita untuk tidak memperdulikan bisikan itu tapi hati kecil pasti meronta-ronta. The chances to break up sangat tinggi. Hanya yang betul-betul kuat boleh survive.

So many blog tell us to do and don't. I just don't give it a f##k. Kita memang boleh apply, tapi sampai bila?? Ada yang aku baca tu, gunakan teknologi untuk terus dekat dengan si dia. Gunakan telefon bimbit untuk ber-3G. Gunakan YM untuk chatting sampai lebam. Guna itu dan ini.


Tapi lambat laun yang jauh tetap jauh, yang dekat mendapat tempat di hati. Ok, ini ialah kata-kata seorang yang tidak gemar dan tidak percaya pada perhubungan jarak jauh ni. Worst come to worst, si jantan (dalam konteks pengalaman aku ye) sudah pandai memberi alasan "HP tertinggal dalam kereta.", "Tengah jumpa orang ni, nanti call balik" atau pun sangat aktif mengomen gambar-gambar (cth: "Leh cair hati lelaki tengok) atau status kawan-kawan di FB dan langsung terlupa yang aku pun ada FB. Ayooo! Termelalut pula, panas hati punya pasal.

Yang paling penting kawan-kawan, sebarang gambar-gambar bersama tidak dibenarkan mengexpose untuk tatapan umum. Apa tanda-tanda itu ye?? Perkara remeh korang cakap?? Mungkin sebab aku terlalu memberatkan kepala dengan isu-isu sebegitu kot. Sebab aku memang seorang yang pen-jeles tahap Hardcore.


Jarak bukan pemusnah.

Aku tak jadikan poin jarak sebagai pemusnah cinta. Lagi pun 222km je pun. Bila tiada cinta di hati, macam-macam boleh berlaku. Macam-macam alasan boleh wujud.
Malu dengan kawan-kawan, sekejap baik sekejap gaduh. Sampai dijadikan bahan untuk joke around. Senang cerita tamatkan semua. Biar yang sibuk-sibuk nak makan nasi minyak aku dengan teman percintaan jarak jauh aku tu tidak kesampaian.
Walaubagaimanapun... dalam hati ada taman, aku tetap perempuan yang lemah walaupun bermulut jahat. Aku tetap ada rasa sedih. Aku tetap menangisi segala memori dan kenangan bersama. Aku ego tapi aku tak sanggup hadapi dugaan. Aku sayang dia tapi tak berbaloi bersama lelaki yang malu mengakui kita teman istimewanya.








Syimalicious: Kalau ada jodoh tak ke mana. Tapi aku dan dia masa dah rugi almost 3years. Enggak ada keberhasilan antara kami walaupun diusahakan.

Rabu, 7 April 2010

Love Story

Tiba-tiba, malam gini hati rasa syahdu. Nak dengar lagu-lagu macam ni.
Tengah feeling ni. Jangan kacau ok?

I know someday with god will there is a man who truly in love with me.




Where do I begin to tell the story
Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me

Where do I start
With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
They'll never be another love another time
She came into my life and made the living fine

She fills my heart
She fills my heart with very special things
Angel songs and wild imaginings
She fill my soul with so much love
That any where I go I'm never lonely
With her around who could be lonely
I reach for her hand
She's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now
But this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there


note: 1 day passed (6th April 2010) ~ 8th



Selasa, 6 April 2010

Kenali Personaliti Wanita Melalui Warna

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

KOKO
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

*sumber dari email berantai

Isnin, 5 April 2010

Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI ~ WTFish

RAFIQIN DARWISY
Itu nama dia yang sebenar ke?? Sedap sangat namanya.


Dalam FB dah meletus kemarahan orang ramai terhadap budak ini. Ya, hasil carian internet aku ~ Rafiqin Darwisy masih seorang budak mentah yang belum mahir menyusunkan kata-kata untuk tatapan umum. Aku yang hampir 30-an pun masih ada cela bila berkata-kata.

Bak kata kawan aku, budak ini sunat pun tak kering lagi, kencing pun bercabang, buat apa nak dikecam sebegini? Ignore saja. Ini sampai buat fanpage dalam FB. Kelakar...Kelakar....

Dalam news feed FB: (you know who you are) became a fan of Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!

Ramai pula yang jadi fan. Tsk...tsk...tsk...

Silalah google untuk mengetahuinya.

But dik, dont self claimed sebagai malaikat yang diupah oleh tuhan untuk mengutuk orang lain. Tuhan tak pernah suruh, kita sendiri yang nak kutuk.

Orang kita ni pantang ada peluang, bila orang buat salah terus nak menyalak. Kalau orang yang nak menyalak tu kawan-kawan dia, lantaklah... ini sampai hampir 9,000 members (at this moment) yang tak berkenaan pun pakat-pakat nak join hentam dia. Apa dapat??

Ada yang siap beria nak add si RAFIQIN DARWISY dalam FB, Myspace dll. Gila annoyed la aku dengan orang yang suka selak kain orang ni. Tak kurang juga yang update blog mengecam perbuatan budak ni. Aku juga update, tapi pasal cerita mereka yang kaki propa pasal budak ni. Hahahaha!

Provokasi akan terus dibalas dengan provokasi. Macamlah korang tak pernah jadi budak-budak yang nak menang je dalam bergaduh. Cuba jadi macam kawan-kawan aku, bila aku berangin dorang relax buat tak tahu, nanti aku cool down sendiri.

Mereka yang baru di alam remaja, memang suka gaduh mulut meleret-leret. Power la konon. Tapi, kadang-kadang ada juga yang tua-tua ni asyik nak cakap tinggi supaya boleh menang. Manusia ni banyak ragam. Tak boleh nak jangka.

Fikir-fikirkan!!







Syimalicious: FB ni, kian lama kian ridiculous. Motif dah jadi tak ketahuan. Asal boleh je buat fanpage. Bongok!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...