Cari Blog Ini

Selasa, 14 Disember 2010

Amanah Hartanah Bumiputera

PM kita telah mengumumkan tentang Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) pada Belanjawan 2011 yang lalu. AHB diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) yang menawarkan unit sebanyak 1 billion dan dijangkakan akan menaikan nilai kepada 500 billion unit pada tahun hadapan. Ini ringkasan tentang pelaburan AHB.

1. Khas untuk bumiputera
2. RM 500 sebagai permulaan
3. RM 200 000 unit maksimum
4. Setiap pertambahan unit dalam gandaan RM100
5. Pengeluaran hanya sekali setiap bulan (Bukan 30 hari sekali)
6. Baki minimum akaun ialah RM 500
7. Seawal 3 tahun boleh melabur
8. Harga unit yang tetap. RM 1
9. Tarikh akhir bagi setiap tahun ialah pada 30 September
10. Dividen akan diberikan 2 kali setahun
11. Hanya boleh dibeli di semua cawangan Maybank Berhad

# Pelabur tidak akan diberikan buku seperti Amanah Saham yang lain, sebaliknya diberikan sijil sahaja.

Setakat ini dahulu,

 

Jumaat, 3 Disember 2010

Malam birthday, malam hampir tragedi

It's been a week since my last birthday. Thank you for all the warm wishes to me.

Aku saja enablekan wall FB aku balik, nak tengok ada orang wish aku ke tidak. Hahaha gila pathetic.

Hercules aku datang seperti biasa untuk dinner bersama aku. Macam hari jadi aku sebelum ini, sentiasa ada perkara suprise untuk aku. :)

***

I'm fully dressed up. Dah comel mekap, touch-up sana sini. Nak dinner for pre-birthday kononnya. As i walked into the car, I had a glanced to my Flora. I saw a motorcyle.

Dan.... BANG! Dalam sekelip mata Flora dilanggar oleh motor tersebut. Aku panik dan blank. Aku nampak Flora menggelupur. Motor tadi berpatah balik ke arah kami. Masa tu air mata dah berjurai-jurai. Aku menjerit panggil As.

Ya aku nampak dengan mata kepala sendiri Flora di langgar. Betul-betul tempat si anak anjing Ravi mati. Aku usap kepala Flora. Mulut dia berdarah. Nak angkat takut ada tulang yang patah. Flora cuba untuk bangun dan berjalan. Kesian sangat. Aku cuma tahu menangis. Yang si bawak motor tu budak-budak lagi, pakai kopiah. I bet dorang baru balik masjid. Nak maki tapi tak termaki. Sebab dorang pun datang balik dan minta maaf banyak kali.

Aku fikir aku akan kehilangan Flora sepertimana aku kehilangan Jacob. As cuba mengangkat Flora dan bawa ke dalam rumah. Aku menelefon kawan-kawan dan mak untuk tanya apa yang patut aku buat. Gila drama time tu.

Keadaan kembali tenang. Kami bajet Flora masih dalam keadaan terkejut. Itu sebab dia jalan lemah longlai dan terhoyong-hayang. Dan aku berharap yang cerita 9 nyawa kucing itu wujud.

***

Dinner tetap dinner walaupun tak dinner kat Hotel Nikko atau Menara Kuala Lumpur. Malam pre-birthday aku tu, aku makan char kuew tiao je dengan Hercules. Walaupun outfit aku ketika itu tak boleh blah makan tepi jalan. Hahaha.

Instead of that i got a bouquet of roses. Smiling face.

Balik rumah, terus terjah ke arah Flora. Dia suka sangat lepak-ing di bilik As. Selamat. Masih hidup.

Tido macam orang menahan kesakitan. Kesian dia. Tapi Flora memang pandai berlakon pun.
Lena. Plus terkejut dengan insiden tadi.
Baru perasan, taring dia patah. Itu punca mulut dia berdarah.
Flora bagaikan anak buat aku. Sunyi hidup kami (aku dan As) kalau tak ada dia. 

Setakat ini dahulu,

 

Dengan harga RM53 aku di raba-raba abg Bangla

Sejak balik tempat yang best untuk mengurut hari tu, aku macam addict untuk mengurut lagi. Aduyai.... masak... dapat housemate tak reti mengurut (hehehe), ada kawan yang boleh mengurut tapi tak bole nak tolong free. Last-last cari tempat yang berbayar.

Aku dah serik pergi rumah-rumah makcik pakcik yang kononnya boleh urut kaki aku secara batin atau dari jauh. TIPOOOO! Dah lah sekejap, pastu sakit lagi.

Aku ke sini untuk try tempat spa dan massage yang agak besar di sekitar Kuala Selangor.

Kerusi tu empuk. Amat lazat untuk tido lama-lama. Tapi malangnya aku bayar untuk sejam saja. Papa, if you read this please buy this chair/couch for me. Please...

Machine ni dok vibrate bagi geli kaki aku. Tapi sebab air panas, aku suka lah...

Konon-konon bila dah ada berrylicious kat tangan boleh la dok surf internet.
Dah sedap sangat kena massage, (sedap-sedap sakit la tapi...) akhirnya aku tertidur. Tido-tido ayam je lah. Kudrat lelaki dengan perempuan siam rasa macam tak ada beza. Dua-dua best. Mesti ada orang cakap, "ni lelaki bukan muhrim, bersentuhan." Mmm, macam ni lah aku niat nak pampered diri sendiri. Takde niat nak stim dengan abang bangla ni, maka jangan persoalkan persentuhan antara bukan muhrim.


Ada orang kata mahal. Mungkin la kot. Tapi puas hati. Terasa dia urut. Harga RM53 bukan setakat foot massage je, lepas kaki dia urut belakang badan, tengkuk dan kepala serta muka aku. Haip, mesti la dia cuci tangan dulu sebelum nak sentuh muka aku kan? Apa lah... Kalau harga happy hour RM38 rasanya.

Cuma masa dia urut belakang aku tu my notty tought came up, aku cakap dia nak meraba. Hahaha! Mana tak, masa dia pegang bahagian lengan yang hampir dengan ketiak aku, kan dah dekat sangat dengan kawasan dada aku tu. Tapi open-air tu, tak kan nak buat onar pula. Kan?

Nanti nak try body massage pula. RM78-2hours time Happy Hour. Body massage fully handle by china woman la. Jom try!

Setakat ini dahulu,

Khamis, 2 Disember 2010

Boyfriend baru saya ialah......

Tiada siapa.
.
.
.
.
.

Ish! Kecil pula hati dia nanti. Ok, adalah orang tu. Orang yang berani approached saya dengan perangai saya yang agak liar ini. Orang yang tidak teragak-agak untuk menentukan pilihannya.

Kali ni saya tak nak kapel lama-lama. Tak nak kapel 3-4tahun. Tak selamat. Rentung hati saya makan hati kalau bercinta lama-lama ni.

Nama dia.... HERCULES. Dia tak hensem macam Hercules sebenar, dia juga tak sesasa badan si Hercules. Tapi dia Hercules saya, sesaat dia menerima dan menyelamatkan saya dari orang-orang yang pernah menganggap saya seperti sampah dahulu.



Ini boleh consider sebagai Hercules tak? Sbb ada iras-iras boyfriend saya. Hahaha


Biarpun tak hensem dan ada yang memerli tentang pilihan saya, lantaklah... bukan korang yang nak hidup dengan dia kan? Saya berharap sangat hubungan kali ini tak gagal seperti yang terdahulunya.

Setakat ini dahulu,

 

Jati Diri ada dalam Paint Ball. Apa tu?

Aku berpeluang untuk pergi kursus lagi pada saat penghujung tahun. Walaupun dan exceeding 7days. Dan motif utama adalah untuk terus ke JB memandangkan lokasi berkursus adalah di PD. Banyak aktiviti yang melibatkan grup dan komunikasi dua hala yang diadakan. And i missed 2 classes on the first day. Hahaha. Jati diri lah sangat....
Aktiviti renggangan badan mengikut tabiat binatang. Tapi kan... apa motif?? Aku sibuk amek gambar sampai tak tau tujuan aktiviti ni.
Tak ketinggalan, kami juga mewarna, melukis, gunting dan tampal. Kembali ke dunia tadika.

Syimalicious: Faktor dalaman dan luaran amatlah penting dalam menentukan pembentukan jati diri seseorang. Kuatnya kita sebagai manusia untuk berdepan dengan setiap dugaan, berhadapan dengan segala rona liku hidup adalah sentiasa dipantau oleh dua faktor ini. 
Kita yang menentukan setiap hala tuju diri kita.




Paint Ball yang pain ball
Memang aku expecting this game dalam mana-mana kursus pun. Selain counter strike, aku juga sudah berjinak-jinak dengan dunia paint ball ni. Tapi selama yang aku pernah main game ini, kali ni lah ciri-ciri keselamatan amat kurang.

Cuba lah cari saya.
Aku beraksi seolah-olah seperti komando pascal yang dah trained 30tahun. Ok tipu sangat! Konon-konon nak jadi sniper, menyorok je belakang. Janji tempat mengena!

Mangsa-mangsa yang terkena tembakan dan lebam yang dahsyat. Baik terkena tembakan curi atau tertembak oleh member grup sendiri. Ahha...!

Paint ball memang best. Kenangan sakit yang terindah  setakat ini.

















Setakat Sampai di sini dahulu,

 

Rabu, 1 Disember 2010

Saya jahat. Dan mulut lepas.

Barangkali perkara ini tak perlu diwar-warkan. Sebab ramai yang dah tau.

Aku tak boleh jadi cikgu walaupun masa buat test career, result dia aku sesuai jadi cikgu. Aku mudah hilang sabar. Mudah nak maki hamun. Bila orang yang diajar tak pick-up, aku rasa nak menjerit dan sekeh kepala orang tu.

Bila orang tu merajuk. Aku rasa bersalah dan berdosa.

Ya! Aku berdosa.



Setakat ini dahulu,

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...