Ingat tak lagi Sandra? Yang baru nikah tu. Sementara Sandra ( dia Pegawai IT untuk KPDNHEP, Selangor ) menggodek-godek pc baru ini, aku jalan-jalan cari pasal. Aku tengok si Fais tekun buat kerja, aku berhasrat nak kacau dia kerana aku agak dengki tengok orang buat kerja.
Fais pakai gelang kaki. Aku minta Fais tanggalkan gelang kaki dia, nak test di kaki aku pula. Macam seronok pula bunyi loceng setiap kali melangkah. Rasa seperti perempuan manja gitu. Tapi keterujaan aku tak kekal lama...
Kebetulan ada troli dekat dengan tempat Fais, aku terjah naik tanpa memikirkan apa natijahnya nanti. Dah kata main naik je kan? Aku naik penjuru troli tu... dah tentu-tentu kalau ikut secara fizik, troli tu senget, dan aku... dah tersungkur ala-ala cover. Gambar ni tak berapa jelas, tapi kat situ la kejadian memalukan ini berlaku. Ramai jugalah yang tengok. Tapi aku kan dasar tak malu, aku cakap pada dorang (budak-budak pemantau harga), "Hah! Jangan gelak... Apsal tadi tak ambik gambar?" Itukan statement coverline. Mula tadi masa jatuh tu, aku ingat nak pura-pura kena sawan ke tapi tak reti nak buat mulut berbuih, aku nak buat-buat pengsan, kang kena sentuh aku geli pula, tu sebab aku bangun balik buat-buat rentung je. Tapi Sandra lagi dahsyat, ada ke patut dia cakap gegaran yang dihasilkan oleh aku tadi menyebabkan pc dia ter-shutdown sendiri. Chiper sungguh!
Aku rasa sebab Fais tak ikhlas bagi aku try gelang kaki dia, tu yang aku jatuh tu. Inilah gelang kaki ber-badi tu. Scarykan? Lepas kejadian tu baru dia bagitahu orang yang menghadiahkan gelang kaki ni tak bagi siapa-siapa pun pinjam. Sumpahan boyfriend rupanya. Dan paling sadis, aku ter-golek-dog dengan berbaju kebaya.
*******************************
I cover up my embarrassing moment with FOOD! Okeyyy!!
Untuk hari ini, me and my partner in crime bawa la mereka; Sandra dan Nik untuk menjamu selera. Mana lagi kalau bukan di seafood restaurantkan? Kuala Selangor tak ada apa yang HEAVEN lagi selain seafood je. Kami ke tempat biasa, Kuala Sungai Seafood. Antara yang kami order, feveret aku dan mungkin orang lain iaitu udang ketak. Untuk entri yang lepas pun banyak gambar udang ketak, kali ini kami introduce siput duri rebus yang sangat lazat bila dicicah dengan sosnya tersendiri. Malas nak eloborate panjang-panjang. Tengok gambar pun boleh fahamkan??
Alhamdullilah... Leganya dapat makan macam ini! Tapi sebenarnya makanan laut tak boleh makan selalu sebab tak baik untuk kesihatan kerana ia bakal mengundang penyakit gout dan banyak lagi.
Later...
weh.. ko ni asyik post pasal makanan je. aku lapor jadinya.
BalasPadamhaah makan jer keje ko...aku nih tanduk makan kene potong dah tu yang wat tak tau jer nih....
BalasPadam1stly..
BalasPadamSy x mo jadik org yg tak mandi (kt comment) coz sy dh mandi =)
2ndly..
Apsal lah nk main2 ngn trolley.. kang dh terkena impak maxima!!! :D
3rdly..
Happy Friday :)
syim....bkan awk raja sgale sawan ker???slalu ngan kite mlut awk brbuih2 jer xkire mase......awk malu eh nk tnjukkan klebihan mmbuat sawan awk kat dorg ek????
BalasPadamchoy sab... sangat tidak baik awk ckp sy raja sawan. kekadang je jadi sawan tu, itu pun depan awk jer... huhuh apa da.. kantoi la kita....
BalasPadamizan.. aku nak cerita apa lagi?? kuala selangor hebat tang seafood ja...
BalasPadam