Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Julai 2014

Raya dan lesen memandu

Jumaat. 27 Ramadhan 1435H

Jumaat yang terakhir untuk Ramadhan kali ini. Dan juga permulaan episod bersesak di atas jalan raya. Lama cuti, so hari ni bos dah bagi half day. Separuh Jumaat sampai hari Selasa, 4 hari kau. Yang mana tamak cuti sambung sampai Ahad depan. Bestnya lah...

Saya?? Saya masih di pejabat. Pandang fail-fail yang tertangguh rasa dah tak lalu. Memang banyak yang pending tapi mood yilek. Saya tak balik mana-mana. Raya pertama sebagai suami isteri dan pertama kali juga tak bersama mana-mana keluarga. Suami bertugas. Sedih.

Terlanjur hari ni sangat free baru saya teringat lesen memandu saya dah tamat tempoh. Sebulan. Semalam saya dengar radio operasi abang JPJ dah berjaya menyaman hampir 3000 pesalah trafik terutama yang memandu tanpa lesen. Dah sebulan saya merayau sana sini macam tak bersalah.

Saya ke Pos Malaysia sini dengan Isdin, tak sangka ramai betul umat yang nak renew roadtax & insurans dan bayar bil utiliti. Letihnya menunggu. Ish... kenapalah mereka tak nak guna Myeg?? Tak pun bayar bil guna akaun bank online. Giliran saya ada lagi 15 orang. Tunggu setengah jam baru 4 orang. Jadi saya hantar Isdin balik yard dulu.

Bila saya patah balik ke pejabat pos nombor saya pun dah terlepas 2 orang. Jalan raya dah mulai sesak. Saya terus ke kaunter. Terkial-kial juga nak renew lesen ni, lupa dah berapa ringgit nak bayar. Oleh sebab lesen saya mati pada bulan 6 dan tarikh lahir saya pada bulan 11 saya cuma dikenakan RM2 sebagai bayaran tambahan untuk menyamakan tarikh expired lesen memandu dengan tarikh lahir yang akan datang. Jadi untuk tiga tahun saya cuma perlu membayar RM92. Misal kata tarikh mati lesen ialah selepas dari tarikh lahir ada tambahan RM15 untuk samakan tarikh mati lesen tersebut dengan tarikh lahir korang.

Saya baru tahu sebenarnya. Hihihi

kedut-kedut jari jemari saya sekarang :'(
So, selepas ini saya boleh jadi co-pilot Isdin, nak balik kampung raya ke 3 nanti. Hati-hati memandu ye??

Rancang perjalanan anda di musim perayaan

Gerenti sesak yang amat lah highway sana sini. Adik saya dari Kuala Pilah nak balik ke Lumut pun dah mula risau, baru tercari-cari smart tag. Tak best nak queue kat tol tu untuk bayar tunai. Lama!! Kalau dah tak ada sangat pergi Watson beli kad Touch N Go kat sana.


Sempena keberangkatan umat manusia yang akan membanjiri jalan raya, highway Plus nak bagi rebat 30% untuk kad Plusmiles Touch n Go. Best tu. Apa lagi, rancang baik-baik waktu perjalanan korang.


Waktu yang tak peak ialah pada sebelah pagi subuh. Tapi mampu ke menahan rasa mengantuk??

Jumaat, 18 Julai 2014

Video pesawat MH17 jatuh terhempas

null

Pagi tadi kita digemparkan dengan berita mengenai pesawat #MH17.

Saya macam tak percaya insiden begini berlaku lagi. Kali ni memang berita disahkan bangkai pesawat dijumpai terhempas di timur Ukraine dengan 295 kematian.

Berdasarkan video yang viral tersebar melalui facebook, whatsapp saya percaya letupan begitu memang tiada nyawa yang terselamat.

Belum sempat #MH370 berlalu pergi #MH17 pula meninggalkan kesan dihati pada ramai rakyat Malaysia. Saya turut bersedih dan bersimpati dengan ahli keluarga yang terlibat.

Saya mohon kepada mereka yang fanatik, hentikan mengaitkan bencana sebegini dengan politik bodoh. 

#alfatihah
#prayforMH17

Khamis, 17 Julai 2014

Nile.com.my : Semalam bayar hari ni dapat

Nile.com.my

Lagi seminggu kita akan menyambut Aidilfitri. Puasa kali ni rasanya bergerak terlalu pantas. Tau-tau dah sampai penghujung bulan puasa. Dah nak masuk Syawal rupanya kita.

So nak cerita lah juga saya dan suami belum buat apa-apa persediaan lagi. Kuih raya tak cari lagi. Duit raya belum tukar lagi. Sibuk mencari rumah baru. Sibuk dengan loan rumah. Haa.. sibuk menguruskan si Snow yang dah beranak empat semalam. Haih macam-macam. Tapi kan... saya masih curi-curi baca blog orang semasa di pejabat.

Jadinya semalam terbaca dekat blog Namee Roslan pasal Nile.com.my ni. Dia beli banyak baju dan handbag raya harga murah-murah. Of course la tak ada jenama. Terus tergerak hati nak klik website Nile ni. Random browse banyak juga yang murah cuma tak banyak sangat baju besar yang cantik-cantik untuk wanita agam. Susah betul jadi perempuan plussize. Fesyen terhad.

Saya berkenan dengan satu jubah ni harga tak sampai RM60 tapi out of stock. Hancur luluh hati nak bergaya di hari raya. Saya scroll punya scroll saya gamble beli satu baju saiz l. Saya tau tak kan muat tapi saya beli juga. Oyeahh kalau saya kurus memang saya berbelanja gila-gila. Kerugian saya semalam RM55 je.

Dalam minggu ni ramai IG online shop bagitahu poslaju tengah overload parcel. Penghantaran akan delay 3-4 hari. Jadi saya pun tidak menaruh harapan pada website Nile.com.my ni juga. Sangkaan saya lepas done payment barang saya akan sampai minggu depan atau selepas raya untuk itu saya alamatkan ke pejabat Isdin. Terkejut saya tengahari tadi bila dia balik ke rumah dengan bungkusan dari Nile.com.my ni.

Laju. Pantas. Cekap. Harap-harap lepas ni banyak stok baju untuk muslimah gemok yang nak bergaya.


Posted via Blogaway

Khamis, 10 Julai 2014

Sensitif | Sakit macam-macam

Isnin lepas aku ponteng kerja. Badan terasa berat sangat nak bangun. Sakit tekak, selsema, sengal badan. Memang tanda-tanda macam orang nak demam. Tambahan masa tu tengah redzone. Mujur tak berlaku cramp perut atau senggugut. Ada perubahan baik lah semenjak consume GLA Shaklee dari tahun lepas.

Nak bergerak sendiri macam malas, nak tunggu juga Isdin. Tapi sampai ke malam tak balik juga kerja. Aku gerak sendiri ke klinik panel. Gitu. Sejak kahwin ni suka betul pergi klinik panel, tak yah bayar. So the first thing masa masuk ke bilik rawatan doktor tanya sakit apa. Belum sempat aku nak cakap aku sakit dada, tekak dan selsema tu dia kata muka aku kering teruk. He went through my report, dia tanya cream yang aku kena apply sebelum ni tak jadi apa-apa ke? Treat paling mahal, sebotol ada 30biji capsul yang berharga sekitar RM400. Bukan tak jadi, cuma kurang efektif. Cecair dalam capsule tu cuma melembapkan dalam beberapa jam sebelum kulit kering ni terhasil kembali. Tak kan nak terus bergantung pada ubat itu? Doktor suggest refer pakar dermatologist. Ini surat reference ke dua yang sebelum tu aku abaikan.

Back to tujuan asal, aku nak ambil ubat selsema dan sakit tekak. Doktor minta aku ke bilik rawatan sebelah untuk pakai lampu. Lampu apa pun tak tau. Assistant doktor minta buka tudung sikit dan unbutton beberapa butang baju supaya sinar cahaya itu menembusi dada. Treatment tu cuma dalam 5minit, dan aku rasa selsema aku agak berkurang sumbatnya. 
Lampu ultraman menyala di dada. Tanda-tanda tidak sihat
Mesin sinar UV la kot namanya
Selesai treatment aku tunggu ubat dan surat susulan ke pakar dari klinik tu. Lepas ni nak kena cari pakai kulit untuk set appointment. Pakar kulit mana okay? KPJ? Seri Kota??

Rabu, 2 Julai 2014

Tips hilangkan rasa dahaga di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan,

Hari ni hari ke tiga kita berpuasa. Semoga puasa dan ibadat kita di terima Allah. Ingat bulan ni nak buat entry yang baik-baik sahaja. (eh selama ni jahat ke?)

Iolls is lupa nak kunci jam hari ni. Maka memang terlepas waktu bersahur. :'( Mampu ke nak bertahan lapar dan dahaga sehingga ke petang? Cewah, macam la masa bujang dulu selalu bersahur kan?

Mujur semalam sebelum tidur dah togok berbotol-botol air.

credit to Google
Sekarang musim cuaca panas lagi la terasa. Bagaimana untuk bertahan dari rasa dahaga melampau?

credit to Google
Satu artikel yang aku baca tempoh hari (www.nowloss.com) mengatakan kalau kita tak nak terlalu dahaga di siang hari kita kena minum atleast setengah dari berat badan (lbs.) kita dalam kiraan oz. (ounce) dalam jarak masa selepas berbuka sehingga waktu bersahur.

Contoh kalau badan kau 180lbs, kau kena minum sekurang-kurangnya 90oz.

Macam susah je kiraan pound, ounce ni kan? Pak google kan ada, kau taip je converter. Contoh berat badan aku hari tu 72kg maka kena minum lebih kurang 2.3liter.

Tapi mampu ke? Setakat ni aku cuma berjaya minum air dalam lingkungan 1.5 liter saja. Tak apa, kita cuba dan paksa diri okey?

Selamat berpuasa.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...