Cari Blog Ini

Sabtu, 30 Januari 2010

Disampuk hantu wel wel




Cari gambar hantu ke?? Kekekekeke...
Ini gambar-gambar sewaktu perayaan, atau upacara semayang tahun lepas di kuil Hindu Batu 2, Kuala Selangor yang menyebabkan traffik bergerak perlahan.

Happy Thaipusam everybody...

Huk! Huk! Huk! Currently i'm not feeling very well.

Banyak sangat bencana yang berlaku pada aku semalam.
As yesterday, aku kena bertugas di pejabat until 10pm. Tapi petang tu minta excuse nak suruh pomen tengok-tengokkan kereta sebab nak balik jauh. Tengahari semalam dah macam perit-perit tekak. Minum banyak pun serupa juga.

Masa nak merepair kereta tu, bersin tak berhenti-henti, asyik berhingus saja. Mula-mula nak check lampu saja. Suspect ada wiring yang tak kena sebab lampu asik terbakar. Lepas tu meleret sampai ke botol air wiper bocor, then air wiper tak mahu keluar. Nasib baik tauke banyak ngam, tukar itu ini kena RM50 sahaja. Adeh... Last minute memang selalu begitu. Then tokey tanya, tayar macam kurang angin. Aku tepuk kepala. Lagi masalah??!

Rushing pula la ke kedai tayar. Harap-harap angin saja yang kurang. Check punya check ada paku comel dan kecik tapi panjang menyucuk tayar kereta ku. Mujur RM5 saja upahnya. Tapi tauke tu minta aku promote rim tayar kereta dia pula kat kawan-kawan opis.

Sampai opis dalam 7.45ptg badan aku dah mula rasa sengal-sengal dan sakit. Nafas rasa panas, telan air liur pun macam tak cool. Tapi perut lapar, beli kuewtiao tomyam bungkus tapi berjaya makan 5 suap saja.

Tak ada angin tak ada ribut, tetiba macam nak demam. Atau aku kena "tegur"??



HOWEVER i'm on my way back to the family's. Doakan aku selamat sampai ke JB.


Khamis, 28 Januari 2010

Seluk-seluk.... Kantoi!!


"Ermmmm....."


"Aaahhhhhhhhhh...."


"OMG!!!!!"


Sila buat dialog anda sendiri...
* Sources: Email

You should see This!!

Perkara yang menggemparkan seluruh Sweeden.


Video ini mungkin mengambil masa, tetapi worth it. Percaya lah!!


TEKAN SINI.




Selasa, 26 Januari 2010

Romen Jahat

Dah lama tak macam ni ramai-ramai. Gila-gila, nyam-nyam, jilat-jilat, sedap-sedap, suka hati!



Roma-roma ma ma, gaga u la la...



Bukan cerita gang-bang atau beromen ramai-ramai. Ish!!


Pergi karaoke saja. Bukan projek geli-geli.

Semalam sesi menjerit puas-puas kerana kami mendapat kunjungan terhormat dari en. suami colleague ke tempat kami selalu menyumbangkan suara. Jauh tu, dari Melaka ke Klang untuk tengok bagaimana si isteri bersosial bersama kawan-kawannya.

Macam biasa, sesi pecah anak tekak dan makan-makan memang akan sentiasa diadakan di Green Box, Aeon Bukit Tinggi.


gambar aiskrim tak sempat nak snap*

Aku... mungkin nak lepaskan tekanan perasaan. Seminggu ni, i never looked at what i took for my lunch and dinner. Pergi mam la. Diet ku berkecamok sebentar.

Awek ni memang sentiasa over-feeling, drama queen la katakan. Kebetulan suara ala-ala serak Ella. Nama baru: Sella

Dah kenyang melantak; Tido. Dalam kebisingan suara-suara yang tak berapa cemerlang ni dia tak ada rasa terganggu pun. LOL

Gambar ni tak boleh komen, sebab ada gambar aku.

Inilah pasangan mempelai~pengantin baru yang muda dari kami semua. :(




Ye la...ye la... mesti korang tanya apa ke bangang aku letak tajuk entry Romen Jahat?

SEBAB...

Aku suka nyanyi lagi Bad Romance. ~lalalala






Syimalicious: *Jilat-jilat diatas adalah merujuk kepada aiskrim walaupun hakikatnya aiskrim tersebut dimakan dengan menggunakan sudu.

Ahad, 24 Januari 2010

Sunburn dulu



Akibat bersukaria tempoh hari di Sunway Lagoon, lengan dan beberapa part di badan aku mempunyai bekas sunburn.

Dan masih kelihatan. Aku dah tak nampak macam anak mat saleh lagi. Ptui! Kekekeke

Ada harapan untuk kembali ke warna kulit asal??


Cerita lama>>> ini & ini.

Update cerita kawin orang

Cerita ni dah berzaman. Bulan Nov tahun lepas kalau tak silap. Ini update sekadar nak suruh orang hit blog bersawang ni. Kekekeke...

Kebetulan time tu aku balik ke kampung halaman, dan diajak secara paksa rela untuk meramaikan majlis perkahwinan yang aku sendiri tak kenal siapa.

Oleh kerana yang diraikan itu anak jiran, ku gagahi jua kaki disamping nak menyibuk untuk tengok pelamin angan ku musnah yang ditempah oleh jiran mak ayah aku ini.

Aku tak tahu anak teruna dia ni kerja apa tapi kahwin mak ayah yang tanggung. Best wooo...! Mak dia jutawan senyap Zhulian. See? Ini adalah contoh melayu kepochi hal orang. Tapi dah orang berceritakan??!

Disebabkan khemah khawin sampai 10 buah, antara rumah yang kena blok ialah rumah parent aku. Maka aku keluar-keluar rumah terus duduk makan. Kekekeke

Rumput ayah aku tanam penyek kena pijak orang. Tuan kenduri pergi letak air basuh tangan berdekatan lanskap taman ayah aku. Orang yang makan kenduri bukan pikir tu rumput orang ke tidak, kan?

Pengantin berarak dari mana entah ke pelamin untuk bersanding.

Pelamin simple lebih indah dari pelamin sarat dengan ukiran.

Budak-budak dan mak-mak budak dah ramai berebut tempat menanti upacara seterusnya. Masa ni bau kepam bercampur baur. Tapi eksaited tengok orang kawin kami stay juga. (Padahal masa tu mata meliar tengok interior design rumah tu, tengok design pelamin, tengok baju dan mekap pengantin) Hiks!

Acara baling-baling duit syiling dan gula-gula semakin membahayakan kepala dan dahi aku dan mak, jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari situ.


Untuk lebih jelas, aku pun ke tempat mereka bersantap. Sah! Sombong... Jadi aku snap lebih kurang pastu balik rumah. (ahhhh! sesuka hati je aku cop orang sombong, padahal dia pun tak kenal aku. Cet!)

Ayah aku terpandang jejaka luar biasa ni. Dia tanya "kenapa dia pakai songkok warna tu?" Hahaha mata orang tua kan? Aku pun sebenarnya tak berapa nak berkenan kalau orang warna kulit dia terlalu kontra dengan warna rambutnya. Macam tak masuk. Last-last rambut dia dah rupa macam ekor tupai.

Minta-minta kawan-kawan aku tak buta fesyen.



Selasa, 19 Januari 2010

Tak sabar nak balik kampung main loceng!

Just now I was reading my youngest sister's blog.

Dia la yang paling comel (ptui!) dan gedik dalam famili. Dan dia juga ala-ala nurse di rumah tu; menjaga kebajikan ubat dan makan minum abah dan mak.

Tapi satu masalah dia ni, kalau dah tidur susah nak bangun. Subhanaallah, tidur matinya betul-betul menduga kesabaran kita kalau nak kejutkan dia. Kalau rumah terbakar, dia rentung sekali. Kalau perompak masuk rumah, perompak tu rogol dia sekali. Wakakakaka!

Dan yang terbaru ayah aku membeli loceng pintu yang ku sangkakan untuk pintu pagar, tapi rupa-rupanya untuk pintu bilik dia.

Ntah, tak tau nak komen.

Hahaha ai teruja.









Syimalicious: Ada kesalahan ayat pada tajuk entry ini. Sila abaikan.

Isnin, 18 Januari 2010

Sempit punya pasal la ni




OMG!!




Kenapa jam??




Orang ramai-ramai ni nak beli stok untuk preparation gempa bumi or sebab nak tengok Adnan Sempit??




J Card Day rupanya! Manusia penuh sesak! Menakutkan!




Sempat ke nak collect tiket?






Memang tak sempat. Kami dapat tiket yang agak depan dan agak terkehel sikit leher waktu menonton. Sebab hari pertama tayangan harus la sambar juga. Hasil gamble dengan kawan-kawan main redah je. Sampai-sampai ternganga sebab terkejut orang ramai. Maklum la, Kuala Selangor tak ada JJ. Ada Tesco je.



Haih! Setiap kali pergi movie mesti orang belakang aku macam hanjeng! *tepuk dahi*








Syimalicious: Korang dah tengok belum cerita ni? Serious, kelakar!! Malas nak kasi review lebih-lebih. Pergi tengok sendiri!

Sabtu, 16 Januari 2010

I'm happy it's over!

Apa yang over?












Kisah chentaku?











Bukan, tapi aku rasa agak relieve bila semua ini sudah selesai.



Liaison officer yang berjaya!!

*cerita akan menyusul kemudian, sedang menanti gambar-gambar yang lain. Kalau rajin...

Khamis, 14 Januari 2010

Leisure yang menghitamkan aku

Ini cerita lama, tapi satu hari yang indah nanti akan ku cerita. Semua gambar dalam kamera. Dan kamera itu di tangan Shrek. Ada kesempatan aku cerita, walaupun cerita tu dah tahap basi berkulat.


Gambar ala-ala macam di oversea, konon-konon nak pegi panjat gunung.



Rabu, 13 Januari 2010

Bila si jakun cipanzi pergi gym

Dulu masa famili aku masih di Putrajaya, aku selalu berkunjung ke Presint 16 untuk swimming dan gym. Konon-konon nak bagi fit.

Dah kerja di kampung yang indah ini, tercari-cari juga swimming pool supaya *badak air ini boleh berendam, tapi nan-ado. Yang ada sungai Kuala Selangor yang dibayangi buaya di dasarnya dan air sungai yang berwarna teh susu.

Bila diajak ke gym oleh dua orang kesayangan aku secara free, maka cepat-cepat aku bersetuju.



KLCC




Mula-mula kayuh basikal untuk warm up




ok, target kat mesin situ nak burn 450 calories. Kayuh punya kayuh, baru burn 50 calories dah mengah. Tapi usaha tangga kejayaan.




Sit up. Buat 60 kali je. Tak leh buat banyak-banyak nanti cramp. Kan 1st time. LOL. Then pergi ke treadmill yang ada TV tu. Rasa nak beli letak kat rumah pula.


After for about 40min, kami masuk sauna for 15min. Time ni tak boleh la nak bergambar sebab aku pakai 2 pieces je. Sexy tau? Ai takut korang pengsan tengok tauhu gebu dalam steamer. LOL. Panas yang mendidih-didih tapi best. Yang sebenarnya tak boleh main snap dalam FF tu, tapi aku kan nak buat liputan, snap sikit-sikit sudah.

Next week macam nak repeat lagi.

Walaupun balik tu semacam lemau TAPI AKU SOOKA!!


Selasa, 12 Januari 2010

Terkaku

Feeling nak update blog. Petang tadi rasa rajin sangat nak update blog. Tapi bila housemate aku jumpa video ni, aku jadi kagum.

Aku dah jatuh cinta sama budak-budak.

Jatuh cinta pada budak comel saja.

Jom menari!!





Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...