Cari Blog Ini

Isnin, 24 Mei 2010

Siapa cakap orang tu anjing, dia juga spesis anjing kerana hanya anjing dapat mengenali anjing lain.

Hahaha. Tajuk entry terpanjang setakat ini.

Orang gila tak akan kata diri dia gila. Begitu juga anjing. Orang yang menuduh orang lain anjing juga perlu terima kenyataan bahawa dia juga anjing. Sebab dia yang menyalak dulu.

Its really childish and immature since i have to tell everybody about what is going on in my office. Don't feel offended if you read this. I do aware that i have a lot of haters and i don't even care at all. I was the one who bring/create problems. Ok, i admit.
Saya memang pencinta anjing.
I was called "Anjing" by my colleague. Because i like to bark. Woof!Woof!

Eh, kita tukar medium bahasa ye?

Bukan apa, senang orang pejabat juga nak baca cerita anjing ni lepas tu jadi penyampai dan menyampai. Macam tak biasa pula? Sebab ada orang tu (see, aku tak guna perkataan anjing pun) dia cakap, aku ni suka mencari kesalahan orang lain tanpa menghisab diri sendiri. Yang mengata tu, betul sangat yer? Macam tak pernah cari salah orang lain? 2 x 5 je. Budak laki ni pun satu, dah baca status FB orang tu senyap-senyaplah, ni tolong bagitahu aku. Semangat betul bergosip.

Dah nama manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita bukan Nabi yang maksum.

Apabila marah ia secara tak langsung mempamerkan kebodohan sendiri bila tidak terkawal. Tapi bila kemarahan itu hanya melibatkan antara dua individu dan salah seorang individu itu menyebarkan pergaduhan itu melalui apa jua medium untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang lain, itu dipanggil KEBODOHAN BERGANDA! BERLIPAT GANDA!!

Aku dah berjanji tak mahu membuka aib sendiri dan orang lain, tapi kadang-kadang perempuan ni boleh tersasul untuk bercerita.
Aku nak tanyalah pada siapa-siapa yang baca entry ini, adakah kamu pasti orang disekeliling kamu itu ikhlas berkawan kerana diri kamu sendiri atau berkepentingan yang lain?? Jangan rasa hebat mempunyai kawan-kawan yang ramai. Pada aku lebih baik dikelilingi kawan-kawan yang berapa kerat saja dari puluhan ribu orang. Bergerak dalam grup, umpat sana-sini, adakah kamu pasti mereka tak akan mengumpat kamu kembali??

Adapun perselisihan faham atau pergaduhan tak perlu dipanjang-panjangkan. Kawan yang baik ialah mereka yang sering mengaku kalah dalam setiap pertelingkahan dan tidak berat utk mengucapkan perkataan"maaf". Aku tak cakap aku baik, tapi sekurang-kurangnya aku dah ungkap perkataan maaf tersebut.

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tak mati hilang kawan sebegini.

Saya dah dapat baby. Baby Pink.

Ingat lagi tak? Saya pernah berkampung selama hampir 3 hari 2 malam untuk majlis perkahwinan sahabat saya. Sila klik ~ Cerita 1, Cerita 2, dan Cerita 3.

Diam tak diam selepas majlis itu saya tidak lagi berjumpa, melepak dengan isteri dia hampir setahun lamanya. Si laki dok kerja sekali maka tiap-tiap hari la jumpa. Tapi lagi best kalau bertanya khabar dan seterusnya bergosip dengan si isteri.

Yer, saya nak bagitahu si isteri selamat melahirkan baby perempuan yang diberi nama Damia Adlina.

Marah betul dia bila tidur diganggu. Sekejap yer sayang.. aunty gorges nak tangkap gambar.
Tahniah untuk mereka berdua.

Aku memilih nak cium baby tau.


Khamis, 20 Mei 2010

Se-morning di Cameron Highland

Sebab nak bergambar sangat dicelah-celah ladang teh itu, saya dapat lebam kerana terlanggar dahan yang tebal dan keras ketika menuruni bukit ~ daya tarikan graviti yang kuat menyebabkan saya turun dengan cepat.

Last week saya berkesempatan mengikut sekumpulan kawan-kawan di Kuala Selangor untuk berkunjung ke Cameron Highland. Konvoi yang menarik walaupun tak ramai dan itu ialah kali pertama saya participate aktiviti mereka.

Owh! nak pergi lagi.


Jumaat, 14 Mei 2010

Sifat seorang kawan

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Teman yang baik adalah mereka yang mempunyai pendapat dan idelogi yang serupa dengan kita.Tetapi ini tidak bermakna mereka juga harus sefahaman. Apabila konsep sefahaman ditimbulkan ,maka keduanya mahu melakukan perkara yg sama serentak. Ini bermakna segala penyampaian msg tidak dapat dihantar dengan sempurna.Oleh itu,sahabat yg baik ialah mereka yang mendengar apabila kita berbicara dan memberi pendapat apabila diminta.

Sahabat yang baik ialah mereka yang mempunyai sikap dan tingkah laku yg cemerlang. Bersopan santun serta jujur dalam setiap tindakan. Mereka boleh menjadi contoh dan tempat rujukan kita Sahabat yang baik ialah mereka yang bersifat optimis, sederhana dan boleh berdikari di kaki sendiri. Mereka peka pada apa yang berlaku di sekitaran mereka. Ini termasuklah membantu kawan yang dilanda dalam kesusahan. Sahabat yang baik ialah mereka yang lebih suka memberi daripada menerima.Ini termasuklah dari segi minda mahupun material.

5.Sahabat yang baik ialah mereka yang sering mengaku kalah dalam setiap pertelingkahan dan tidak berat utk mengucapakan perkataan"maaf"
6.Sahabat yang baik ialah mereka yang patuh pada tuntutan agama dan senantiasa menasihati kita ke arah yang baik.
7.Sahabat yang baik ialah mereka yang tahu utk menghargai sebuah persahabatan dan senantiasa menjaga maruah temannya dalam apa jua keadaan.
8.Dan yang penting sekali sahabat yang baik ialah mereka yang tahu utk menimpan rahsia. Biar pecah di perut jgn pecah di mulut!
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Dalam pada itu apa yang kamu buat disambut baik, dipandang mulia


Kerana manusia ini mempunyai sifat yang tercela yang kadang-kadang tanpa disengajakan berlaku maka
Jangan sebab terasa hati terus nak menyumpah orang.

Jumaat, 7 Mei 2010

Dia semakin jauh

Jiwa aku agak terganggu. Sudah sebulan lebih aku begini. Menangis dalam hati.

SMS tadi betul-betul melukakan aku. Aku concerned tapi kau marah. Maaf, perkara itu tak akan berulang. Sudah ketentuan.

Aku perlu memandang ke hadapan, tak perlu menoleh lagi. Lepaskan jiwa dan cuba untuk terima keadaan.

Terima kasih. Penghargaan untuk sebuah pengorbanan. Pemergian yang dirancang. Kau menang.



Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...