Cari Blog Ini

Khamis, 29 Mac 2012

Firefly Villa, Sg Gulang-gulang, Bali

Pintu gerbang senibina Bali uolls!

Bali? Makcik ke Bali lagi? 

No...no...no.... makcik feeling-feeling saja ke Bali.

Cuba gugel Sg Gulang-gulang. Mana ada kat Bali pun, propa saja lebih. Sg Gulang-gulang ni di Tanjung Karang. So hari tu, aku dan pakcik meredah ke kampung orang - saja berjalan sambil meluaskan pemandangan. Kami terpandang satu signage "FIREFLY VILLA". Tak ada pun tulis 'For rental' ke rumah agam orang, jadi kami memberanikan diri pergi menerjah ke tempat tersebut. Sebab rasa tempat itu unik.

Melihatkan persekitaran macam tak berapa terjaga, agak gerun juga nak masuk. Mana tahu tetiba anaconda datang serang kami. Tapi sebab aku berjalan dengan bouncer, tak takut sangatlah.

Entrance. 
Kena posing dulu, bukti dah jejak ke sini
Apsal pipi nampak tembam. Owhh tidak!!

Kandang kambing
Kami terpandang seorang lelaki sedang mengetam rumput. Eh mengetam ke namanya? So kami menghampiri lelaki tersebut, the rest pakcik yang uruskan sebab aku sibuk pergi berkenalan dengan kambing exotic si Jumbo Jr. dalam kandang itu.

Ada set BBQ set. Boleh buat party buih at nite uolls!!
Kedai pun ada. Tapi tak tahu bila waktu operasi
Rasa nak terjun dengan baju kurung hari itu


Gambar bilik dan lain-lain lihat di sini.

Nice tak? Ia milik persendirian yang untuk disewakan secara harian dan mingguan, jadi dari segi maintainance outdoor mungkin tak berapa nak "class" berbanding tempat yang ada kontraktor pembersih yang dilantik (mengikut penilaian peribadi aku). Semua buat sendiri. Kolam ikan talapia pun aku tak perasan ada ikan lagi ke tidak, tapi kalau betul-betul jaga compound luar di homestay ini pasti akan lebih cantik.

Time kami singgah kebetulan ada family yang menyewa duduk di situ, jadi tak dapatlah aku nak tengok-tengok dalam rumah itu dengan mata sendiri. Pakcik banyak membuat pertanyaan kepada pemilik homestay ini, En Affendi namanya. Very humble and friendly I must says.

Homestay ini sangat selamat untuk mereka yang nak bawa anak bini bercuti. Kolam pun tidak membahayakan. Ada tempat BBQ. Boleh buat makan-makan. It is nice place to stay. Pagi-pagi mesti udara dingin menyapa diri dengan bunyi kicauan-kicauan burung yang mendamaikan, maklumlah dalam suasana kampung jauh dari deruan enjin kenderaan dan dikelilingi dengan tumbuhan menghijau. Tempat ini tak jauh pun dari petak sawah padi, kalau nak pergi berjalan-jalan sekitar Kuala Selangor pihak homestay boleh aturkan program.

Wah! Dah jadi jurucakap homestay pula. 

Dari segi rate, pada aku reasonable sebab interior rumah ini sememangnya nampak mewah. Dari blog mereka, dalam rumah ini ada jacuzzi tahu??!! Siap ada tukang masak. Tapi tak pasti masak untuk breakfast saja ataupun camana. Wifi pun ada! Dan banyak lagi. Kena pergi tanya sendirilah kalau berminat.

Best tak? Best lah pada mereka yang menyintai ketenangan dan keindahan alam semulajadi dan nak buat baby.

Jemputlah datang. Alamatnya ialah:-

No 1, Jalan SGG 5/4 Sungai Gulang Gulang , 
Tanjung Karang , Kuala Selangor, 
45500 Selangor, Malaysia.
Phone:             +60192177371      


until then.... bye!

Rabu, 28 Mac 2012

Wordless Wednesday: What am I doing here??

Fine lahhhh.... tak ada orang nak ngorat aku, aku pergi ngorat KAMBING

"Siapa tu? Kita ada tetamu lah. Awek tu...."


Aku kenalah pergi mengadap tuan rumah dulu, sebelum nak berkenalan dengan yang lain-lain. Tanya khabar, nak buka bicara. Ayat mesti mahu manis. Nanti 1st impression tak cantik.

Kambing X: "Awak ini siapa??"
Jumbo Jr: (.... aiseh malu pula. Debor ni, debor... *sambil buat-buat makan 
rumput*)
Kambing X: "Tak payah nak malu sangat la Jumbo Jr. She's okay."
Jumbo Jr: *sambil mengerling* "Hi awek..."
Jumbo Jr: "Hello, En Affendi bagi nama I Jumbo Jr. What's yours??"
Aku: "Owhhh.. Nice to meet you, nama I Syima, manja sungguh you yeh?"
Jumbo Jr: "Janganlah cakap macam tu, I biasa-biasa je."
*malu*
Ada ke lagi jantan yang versi manusia yang pemalu macam Jumbo Jr ni?


until then.... bye!

Selasa, 27 Mac 2012

Pit...pit... Keretapi nak lalu...

Haha comel!



Beratur semua. Bagus! Disiplin betul anda semua.

Memang budaya atau pun arahan pihak berkuasa?

Aku rasa comel betul melihat pemandangan yang jarang aku pandang ini. Rata-rata bukanlah orang tempatan. Memang orang luar yang bertempatan di sekitar situ. Alangkah bagusnya semua orang di semua tempat begini, tak perlu berebut-rebut nak naik pengangkutan awam.

Gambar diambil sewaktu aku mengikut Azahar Ukir Photography untuk shoot outdoor pengantin di Kajang tempohari.

until then.... bye!

Saya nak buat juga, tak kira!

Degil. Orang kata jangan... jangan... Itulah yang kita nak buat juga. Betul kan?








sumber.

until then.... bye!

Isnin, 26 Mac 2012

Untunglah... Scha dapat Awal yang super-ROMANTIK

Aku sememangnya kurang mengikuti perkembangan artis luar negara tambah lagi artis dalam Malaysia ini. Mampus tak ambil tahu. Pening, ramai sangat.

Nak jadikan cerita, kejap tadi, baru kejap tadi, dekat timeline Facebook berduyun orang share pasal perkara ini. Aku tertarik untuk klik link Youtube yang mereka bagi.

Wah! Awal Ashaari melamar Scha Al Yahya live on TV. Untunglah. Tak semena-mena aku terharu dan bergenang airmata. *kesat-kesat airmata* Rasa macam mereka dua ini berlakon, tapi bila tengok Awal pun syahdunya sampai keluar air hidung, aku rasa ini bukan main-main. But well, both of them memang pelakon kan??

Makcik kalau kena proposed macam ni, pusing Stadium Kuala Selangor sambil tersengih macam kerang busuk non-stop selama 30 minit. Dush! Asyik berangan saja aku ni.

Cuba tengok video ini. Sweetkan? Tersentuh hati bila Awal cakap sambil knee-down gitu "Sudikah awak menjadi yang HALAL buat saya??" Auuwww.... cair hati makcik dengar. (Aku belum berkesempatan jumpa lelaki yang generous dan berani macam ni. Semua macam cibai!)


All the best for both of you. 
Eh... rancangan Propaganza itu apa dia? Baru lagi ye? 


until then.... bye!

Murah rezeki di Secret Recipe

Kawan lama ajak makan. Jom kan saja. Dia tanya mana mahu makan, haruslah aku ketuk makan tempat mahal-mahal. Alahai tak adalah mahal mana Secret Recipe ni kan? Tekak tetiba nak rasa makanan yang creamy dan masin.

Firstly aku order ayaq ni. Tapi makcik cepat pelupa tak ingat nama air. Nak kan kelainan, order minuman yang tak pernah order sebelum ni. Ya rabbi, pahitnya sukar untuk digambarkan. Dah kacau 2 sachet gula pun still melekat rasa pahit itu.

artistik tak cara snap gambar ni? guna BB je tau?

Yang ini pun aku lupa. Apa nama spaghetti ni? Ada nama carbonara juga kot. Aiseh, resit entah hilang pergi mana tak tahu. Puas hati dapat rasa kepekatan creamy-sticky-kemasinan spaghetti ni. Aku hantu masin. Bakal pewaris darah tinggi.


Dah kenyang. Tetiba ada kawan yang lagi lama telah masuk ke kedai. Mula-mula dia tak kenal, lepas aku tegur dia, dia terkejut cakap aku dah kurus. Huwaaaa! Aku tau dia perli. Kambing sangat. Jadi dia yang bayar. Haha. Bernasib baik betul kawan lama aku itu.


Oleh kerana kawan lama aku itu tidak mengeluarkan belanja, aku terus order carrot cake ini. Dessert la konon-kononnya. Tapi tak habis. Orang tamak memang selalu rugi kan? Tapi aku tak ada istilah itu, aku bungkus bawa balik bagi Flora makan. Selesai.

Adakah aku peng-kikis? Hahaha


until then.... bye!

Jumaat, 23 Mac 2012

Tiket ehsan ke F1 2012

Tak macam 2 tahun lepas, dapat VIP tix. Syukurlah daripada tak ada kan?

Tapi kebarangkalian untuk pergi itu 50-50. Nak bawa gear, tapi lense tak power... Tengoklah macamana.

Thanx to Amirul Hafiz dari Pejabat Belia dan Sukan Kuala Selangor sebab bagi tiket ini. :)

Selasa, 20 Mac 2012

Being scolded is so not nice

Permulaan hari yang kurang baik. :(

Bukan kurang baik, sangat tak baik.
He was yelling at me, with super high tone. Tak suka. Siapa pun tak suka kena jerit, kena marah.

My first time ever. Abah pun tak pernah buat macam tu.

I reckon he did that because he want the best for me. Tapi kenapa Rasa macam nak menangis tadi, perit rasa di dada tapi ada suara kecil seakan menyuruh lawan perasaan lemah itu. Tiba-tiba rasa nak memberontak.

Tadi dipaksa lagi untuk mengaku perbuatan yang memang aku tak buat. Macamana nak bagi orang faham aku flirt thru phone saja. Punca kena maki sebab aku rajin ber-flirting sangat. Padan muka.

Sebab itu aku tak boleh menangis. Memang salah aku.

Pengalaman lepas mengajar aku kesetiaan itu bullshit. Aku dah terbiasa 2 tahun hidup "memasang" ramai teman. Dah terbiasa. Dan bila nak diubah sesuatu kebiasaan itu mestilah ambil masa.

Lelaki bersifat menguasai kata kawan pejabat aku. Mereka tak suka berkongsi. Hmmm kenapa perempuan tak boleh bermadu ye? *pang!* kasi penampar dimuka sendiri.

Camana nak buang tabiat/habit "gelenyar"??


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 19 Mac 2012

Kuiz Online: Perkara yang agak bodoh untuk seorang perempuan yang banyak tanda tanya

Berapa ramai antara kita yang suka jawab kuiz-kuiz online ni?

Kuiz bagaimana cara duduk anda, kuiz cara tidur anda, kuiz perhubungan dengan seseorang, kuiz sedalam mana cinta kamu, kuiz personaliti, kuiz kenal diri anda melalui muzik dan bla...bla...bla..

Dari hal-hal tentang inner side of you, cinta, hubungan sesama manusia sehinggalah hal-hal pemikiran yang melampau. Banyak kuiz-kuiz tercipta dari seorang manusia yang berada dalam kalangan kita yang dicipta untuk orang-orang curios ataupun saja-saja nak main kuiz ni. Betul tak? Ada yang percaya, boleh diterima pakai. Ada yang totally crap. Ye lah, sebab manusia yang generate soalan dan manusia juga yang bagi jawapan. Kesahihannya kurang memberangsangkan sebab tiada persijilan.

Pendek kata kuiz-kuiz seperti ini wujud untuk some people yang nak digging "what-in-your-mind-now". Tapi pepatah mengatakan "curiousity kills the cat". Terlalu bergantung pada jawapan dan hujahan dari kuiz tertentu somehow boleh buat kita terpesong dari jalan kehidupan yang sebenar.


Yang terbaru aku bagi contoh, aku menjawab soalan-soalan kuiz tentang fobia terhadap perkahwinan- bagaimana untuk menentukan kita salah seorang berpenyakit takut pada perkahwinan. Jawab sepuluh soalan dan jawapan dia,

Gamophobia is very seriously impacting your quality of life. 

Owh tidak!! Rupanya makcik seorang yang takut untuk berkomitmen. Yelah, makcikkan seorang yang terkenal sebagai perempuan yang suka bertukar-tukar pasangan. Makcik takut kawin. :(

Dan ini satu lagi kuiz yang aku buat untuk menguji sejauh mana kekuatan perasaan aku pada pakcik. Kadang-kadang konfius dengan tafsiran dan definasi tentang Love, Lust dan Infatuation. Maka jawapan dia,





Certificate: Test results
Love, Lust, or Infatuation

Sounds like someone is in love! And for a good reason too! you sound like you both know each other very well... Trust and General Knowledge about each other is really important for a working relationship! Remember these key points and you are on your way to a happy life!
 
Take this quiz: Love, Lust, or Infatuation


Siap ada certificate kau.... Hahaha. I am head over heel, pakcik. Makcik jatuh cinta again? What? Mudahnya. Itukan kuiz? Tak semua betul. But I'm smiling. Tapi jadahnya aku syok kat seseorang tapi tak mahu kahwin. Berat ni!

Maka janganlah nak percaya sangat. Sebab entah siapa-siapa yang create kuiz ini. (Tapi macam nak percaya juga.... hehehehe) 


Ada ke uolls yang suka main jawab kuiz ni??


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...