Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mei 2009

Kenapa kami mamai pergi kerja hari ini??

Jangan tanya mana aku menghilang.
Aku dah hilang mood untuk berblogging lagi.
For the time being, aku memang tersangatlah sibuk dengan kerja dan tanggungjawab.

Hari ni beberapa kawan-kawan aku agak kalah untuk menempuh hari siang mereka dalam keadaan sedar. Contoh kecil; jam menunjukkan 9.40pg tapi oleh kerana mental tidak seimbang dia menyebut 9.20pg. Pening.

Dari minggu lepas aku sibuk dengan aktiviti so-sial; yang berlaku tanpa dirancang. Kenapa tiba-tiba begini? Kalau mengikut hipotesis aku, kebanyakan aktiviti yang dilaku pada sepanjang hari yang blog tak ber-update ini adalah kerana ia salah satu kaedah "meroyan secara terhormat" atau "pembaziran yang pra-tidak sengaja" mungkin kerana gaji akan dibayar tidak lama lagi.

*Aku dalam keadaan mengantuk yang tidak terhingga ni, jadi macam malas nak bercerita panjang-panjang.


Aku dengan sabar menunggu kawan aku balik dari BTN untuk menyumbang suara di pusat karaoke. Niat suci murni itu direstui dan kami berjaya merakamkan beberapa gambar kenangan untuk program-lepak-ing julungkali beramai-ramai begini, maksud aku geng perempuan di pejabat. Lagipun aku nak mereka rasa sensation nyanyi di sini. Diorang first timer di tempat baru ni.



The best part is the FOOD. Memang aku suka sangat. Kadang-kadang datang sini bukan nak menyanyi, makan je lebih. Heavennya kalau tiap-tiap hari dapat makan macam ini.



Kita mamam dulu.






Banyak-banyak gambar aku paling suka gambar ini.


Dan ini.

Penuh ilusi yang kontroversi. Pandai sungguh camerawoman i ni..



"Astaghfirullah. Tak malu ke korang? Aduh!"




Orang lain sibuk pose. Ada pasangan merpati tidak secoli langsung tak mengendahkan kami. Mereka seoalah-olah berada di alam lain. Cinta sedang berputik.

Owh, aku paling ghairah bila nyanyi dangdut. Walaupun tak pandai gerudi, badan mesti nak gerak-gerak. Tengok back-up dancer i pun dah cukup. Pinggang dia dah gelek dengan kecondongan 70 darjah menghampiri rekod Inul. Percaya?




Time ni kami sesat. Nak buat kepala sendiri, tak mahu ikut group lain cari jalan keluar. Kami main terjah lif turun at nowhere. Masa ni aku dah feeling-feeling horror. Dalam cerita mat saleh kan selalu ada cerita macam satu kumpulan remaja (remaja lagi ke??) tersesat dalam suatu mall yang sangat luas. Keluar zombie ke, alien ke, binatang yang berevolusi beribu-ribu tahun mengejar kami dari kedai-kedai yang tertutup tu. Takut! Jauh pula aku pikir.

So, apa kena mengena dengan mamai?? Pendekkan cerita dengan enam kepala, dinner and supper buffet yang meriah lagi lazat kami di charge cuma RM170++ sahaja. Murahkan? Kami melalak dari pukul 9.00pm hingga 3.15am. Puas hati!!! Dah lama tak overnight macam ni.
Sampai rumah pukul 4.00am. Pukul 6.30am dah kena bangun pergi kerja.

Sekian. Geng gedik melaporkan dari sini.


Syimalicious: Aku mengantuk. Tapi kalau ada yang berminat nak pergi karaoke, roger aku dan belanja ok?

Rabu, 20 Mei 2009

Aduhai setan, jagalah "anu" kamu sendiri, jangan sibuk dengan "anu" orang!

Hari ini aku super sibuk, seharian berada di Shah Alam untuk taklimat kerja unit ku.

Lupakan tentang kerja, mari baca tentang apa yang hendak aku sampaikan.

Bila bercakap mengenai dua menjadi satu, aku okay dengan itu. Aku selalu dihujani soalan-soalan provokatif mengenai ke-suci-an-ku atau lebih dikenali virgin. Sangat tak bagus untuk aura positif aku.

"ko ada dara lagi ke?"


"ko dah main dengan berapa ramai orang?"

MACAM HARAM!!

I am very open minded person, so i do talk about anything including SEX! But should you claimed ~ Syima already lose her virgin? If YES is the answer ever, who are you to judge me? Prove me with evidence. Mind your words babi babe! I shared my knowledge as i was told sharing is caring. Tak kisahlah kalau sources yang aku dapat itu dari pembacaan, pengalaman sendiri atau orang lain.

Kamu ingat bila hilangnya kedaraan itu berakhir semua kehidupan si perempuan? Janganlah terlalu singkat pemahaman kamu, jangan terus menerus menyempitkan ideologi kamu tentang ketiadaan dara ini. Kalau yang kena rogol paksa rela, yang pernah lalai sewaktu alam remajanya dahulu tak boleh bertaubat? Tak boleh berubah? Salah mak ayah?

Mengapa timbul persepsi begini pada perempuan yang belum/lewat berkahwin? Sangap sangatkah aku??

Tak pernah terfikirkah kamu, tentang sang isteri yang masih dalam ikatan sah suami-isteri menyerah tubuh badan pada sang lahanat (tiada ikatan apa-apa) yang sentiasa mendambakan seks dari ramai wanita? Janda yang belum habis edah yang bersekedudukan dengan bukan muhrim? Sang isteri yang berpeleseran dengan suami orang? Bagaimana terjemahan pemikiran kamu?

I’ve come to believe that many of our problems about sex and virginity are actually problems of definition. What is virginity worth today? Come on people, virgin sekarang dah boleh dipalsukan, dah boleh dibeli.

Mencanang cerita tentang ini memang gosip yang panas tambah-tambah bila bercerita time makan goreng pisang waktu petang di pejabat. Best betul bila dapat mengata orang. Betul tak?

Kamu cuma menggandakan kontroversi kehidupan aku. Nama aku menjadi hits. Aku tetap macam ini juga. Kata-kata yang kamu sampaikan untuk menghancurkan kisah cinta aku, well... sampai bila kamu nak lari ligat untuk jadi putar alam?

Ingatlah wahai mat rempit/bohjan/kasanova/mulut puaka dan mulut hanjeng sekalian, kamu mengimpikan suami/isteri yang soleh/solehah dan yang beriman dan bertanggungjawab serta mempunyai dara(perempuan) tapi layakkah kamu? Dream on!!



Syimalicious: What you have to do is mind your on business...



Selasa, 19 Mei 2009

When I'm MAD, feed ME!

Dek kerana emosi agak terganggu petang tadi, seseorang telah membawa aku ke suatu tempat yang biasa menjadi kunjungan kami ketika awal percintaan persahabatan dua tahun yang lepas.

Ok, tipu...

Sebenarnya tempat itu memang menjadi saksi percintaan medan santapan untuk memuaskan nafsu perut kami.

Lama bangat aku tak mengungjungi seafood masakan melayu. Acapkali menjadikan seafood masakan cina sebagai alas perut di kala kemewahan melanda. Hahaha! Ini antara apa yang aku makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram tadi.

Venue: Aroma Ikan Bakar, Jeram





Aku tak berapa suka singgah sini sebab merasakan charge dia mahal, tapi lain pula pendapat BFF aku, dia kata sini agak reasonable harganya.

Masa order tadi rasa macam sikit je, tapi bila dah terhidang... macam empat orang makan. Tapi perut kami kali ini agak terer untuk melicinkan semua makanan. See!!



Beginilah rupa orang kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut bertambah gendut.


Syimalicious: Alamak, lupa nak jemput korang semua makan.

Jangan jadi barua

Siapa cakap perempuan macam aku tak ada jiwa yang halus? Siapa kata perempuan yang kasar itu keras juga hatinya? Siapa cakap?

Hari ni hati aku macam sakit. Perit sangat bila tak dapat luahkan. Senak sangat dada bila menahan kemarahan. Kalau ikut sedap mulut, bukan setakat BABI aku nak ucap, banyak sangat azimat puaka yang boleh aku laungkan.

Aku mengaku aku bukan excellent, kerja pun bukan perfect 100%, at least appreciate sikit kerja aku. Jangan fikir aku ke pejabat setakat mengangkang and end of month dapat gaji.

Secara logik, bagaimana aku nak bekerja dalam hati yang suci murni, ikhlas?

B*llsh*t!

Aku menyesal segala ilmu-ilmu aku yang dikongsikan bersama. Aku menyesal bekerja bersungguh-sungguh. Serious aku menyesal! (Kan dah keluar statement macam tu?!)

Haramlah apa korang pelajari dari aku!

Isnin, 18 Mei 2009

Mimpi blue

Apa jadah mimpi blue? Tengok cerita blue? Tak kuasa... tak larat nak tengok dah.

Actually aku sedang berbelah bagi, tak tahu nak buat pilihan. Aku teringin sangat nak beli baju kurung baru untuk pesta muda mudi tapi sangat kecewa sebab tak dapat nak buat keputusan. Tema malam joget lambak itu light blue. Light blue tu macam biru laut tu ke??

Boleh tak aku minta bantuan korang untuk menilai? Aku kena confirmkan by Monday.


# 1



# 2


# 3


# 4



# 5




Selasa, 12 Mei 2009

Apa kau ingat kerja aku makan rasuah je ke??

Panas!!

Hari ini dalam tempoh tiga tahun aku rasa betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai penjawat awam. Dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan seiring Ops Trader arahan dari ibupejabat, aku bergerak secara berkumpulan ke premis-premis yang berkaitan. Pemeriksaan berkala ini memang akan dibuat setiap tahun.

Untuk mereka yang tak tahu, Ops Trader ialah operasi untuk membenteras salahlaku dalam hire-purchase agreement. Pernah tak korang berdepan dengan situasi tatkala korang nak membeli kereta, motor, membuat loan, membeli perabot secara ansuran dan korang diberi borang kosong untuk ditandatangan? Pernah tak?

Inilah sebahagian tugas aku untuk menjamin kesejahteraan pengguna. Ramai yang tak aware dengan akta ini. Kalau rajin sila kaji Akta Sewa Beli 1967 sendiri. Even aku sendiri pun tak pernah tahu kesalahan menandatangani borang perjanjian kosong sewaktu aku membeli Hamster aku dulu. Masa itu aku belum kerja dengan goverment lagi.

Sebenarnya kalau tak ada provokasi dari pihak yang lagi satu kita memang akan buat kerja secara berhemah. Tapi bila disergah, menyinga tak tentu pasal, darah muda aku pun secara otomatik akan turut menggelegak. Pantang aku bila kita cakap baik-baik pihak lagi satu meroyan semacam. Memang susah untuk berurusan dengan mereka yang sebegini. Bukan tak educated tetapi sengaja treat kita macam bajingan.

Yang aku heran, mereka ini mengaku tak cerdik, tak pandai dalam bab-bab begini tapi tahu pula mereka manipulasi pengguna/pelanggan dan kira untung rugi. Semua alasan-alasan itu terlalu biasa bagi aku. Ada pula tu yang buat-buat tak reti cakap bahasa melayu. Penat!

Ketika aku hendak memeriksa semua dokumen hire-purchase di kedai tersebut, terselit satu agreement kosong yang telah ditandatangani. Aku minta semua dokumen yang serupa untuk spot check. Aku dan Cik Minah memberitahu tentang kesalahan yang dia dah buat. Tuan kedai cakap "Kasi settle sajalah..."
Ketika itu aku bersama seorang pegawai berbangsa cina, jadinya tuan kedai ni bercakap sesuatu dalam bahasa cina.
"Saya sedang bekerja. Saya cuma bercakap dalam bahasa melayu."
Aku respect integriti pegawai seorang ini. Disebabkan tak nak menimbulkan fitnah dan keraguan dia bercakap dalam bahasa melayu walaupun dia juga seorang cina. Lepas itu bini tuan kedai mengamuk "Dia bukan cina, dia melayu. Dia tak makan babi. Tak tau cakap cina".

Aku memegang dokumen yang satu itu, berlakulah aksi perebutan antara aku dan si tuan kedai. Masa tu takut siot! Walaupun tuan kedai itu kemetot, namun kudrat dia mampu untuk membuat rahang aku lari dari kedudukan sebenar. Jadi aku terpaksa beralah. Cik Minah terus membuat panggilan telefon meminta bantuan dari kumpulan yang lain.

Semasa menunggu bantuan tiba, bini si tuan kedai memeriksa dan mengambil semua dokumen perjanjian yang kosong tetapi bertandatangan itu untuk dikoyak. Dia memberontak, menendang-nendang kerusi dan menghalau kami keluar dari premis mereka. Memang sialan!!

Kecoh siot. Cik Minah dah terketar-ketar, bukan takut tapi menahan kemarahan. Mereka mempertikaikan kuasa kitorang untuk masuk ke kedai mereka. Cis! Siap ugut nak panggil polis. Perkataan cibai, lancau keluar dari mulut si bini itu. Ingat aku tak tahu kau mencarut?

Time bantuan datang bersama ketibaan seorang wakil polis, ada sedikit reda namum si bini tetap tak mahu bagi kerjasama. Datang bapa kepada bini tuan kedai tersebut menceritakan si bini ini ada masalah mental. Wooooo... kami berperang dengan orang sakit mental, patutlah!!



Kesengajaan membuat grafik ini tidak stabil adalah kerana untuk melindungi wajah-wajah mereka yang terlibat.


Ini sebahagian videoklip aksi tengahari tadi. Ia telah ditapis oleh Finas. Beberapa klip video telah dipotong kerana pengakuan terbuka tuan kedai mengaku biasa memberi sogokan kepada polis. Patutlah tak takut polis, kan? Chop! Aku pun tak clean 100% pun. Nobody perfect!



Syimalicious: Aku dah penat mengarang, cerita tak habis lagi. Tapi mata sudah mengantuk. Agak-agak kalau panggil Wonderpet yang tiga ekor tu, mereka boleh selesaikan kes amukan tadi?

Isnin, 11 Mei 2009

Adakah kau merinduiku sepertimana aku merinduimu?

Sayang... Sungguh lama kita tidak bersua. Adakah kau merindui kehadiranku? Katakan padaku tentang perasaanmu. Aku tahu rindu dendammu membara kerana ingin...

.
.
.
.

mendengar ku ungkapkan BABI...
...bahasa carutan yang sinonim denganku. Hahahaha!
Ampunkan segala tatabahasaku.

*Sila pastikan juga kanak-kanak dibawah umur untuk tidak membaca blog ini kerana kandungan blog ini tidak sesuai untuk proses tumbesaran mereka.

****

Yeay!! Akhirnya aku berjaya menempuhi ranjau serta onak berduri sepanjang April dan awal Mei ini.

Sudah ku usaha sehabis baik untuk mencubakan diri ke pusingan seterusnya semester depan. Tawakal saja. Sekiranya gagal, aku akan terus berkahwin. Wah! Statement tak boleh blah.

Tapi aku tetap tak boleh relax-relax juga, ada beberapa perkara penting bakal aku hadapi nanti. Haih... kadang-kadang boring hidup sebagai orang dewasa ini.

Sebenarnya, mode blogging aku belum sampai, marilah beramai-ramai menyeru "roh rajin" aku yang dulu bagi menggandakan kekerapan posting untuk tatapan korang.

Tak lupa juga kepada para ibu, ibu ayam, ibu Muryati, ibu negeri, ibu pesawat, ibu pertiwi, dll diucapkan Selamat Hari Ibu.



Eh... pembaca ku sekelian,
Apa pendapat korang sekiranya aku mengenengahkan imej begini?? Sila komen...



Syimalicious: Boleh sebut babi lagi ke kalau pakai gini?

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...