Cari Blog Ini

Isnin, 29 Ogos 2011

Quote Series

Sometimes u never realize how much u like someone, until u watch them liking someone else.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 26 Ogos 2011

Gewammm je tengok barang baby


Why oh why...??

Itu kan anak sedara aku. Mak ayah dia ada boleh beli kan baju...

Pejam mata! Pejam mata!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pandai panjat, tak pandai turun


Ni si oyen, degil, nakal, suka berebut time makan dan tak comel. Tapi sebab dah bela dari kecil kena hadap juga lah kan??

Tengahari tadi balik rumah jap, tetiba bunyi terngiau-ngiau macam bermasalah sgt. Cek dalam longkang tak ada, cek dalam tempat letak sampah (mana tau jiran sebelah sabotaj) tak ada juga. Langut-langut tengok atas bumbung.

Pelik la pula si kucing ni, pandai panjat naik atas sana tapi tak reti nak turun. Nak cari tangga celah mana. So aku buat direction suruh ikut turun tempat yg relevan guna kayu, tapi si oyen ni tak habis-habis mengiau.

Lantak dia, biar dia turun sendiri. Haha





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Renungan: Kawan atau Sahabat?

Kita boleh mencari ramai kawan, tetapi untuk mendapat sahabat yang baik bukanlah satu perkara yang mudah. Susahnya bagai mencari emas di dalam lumpur. Dalam ramai berkawan, kita sangka merekalah sahabat yang memahami dan setia. Apabila berlaku kesilapan atau kesalahan kita, sikap mereka pun berubah. Persahabatan pula menjadi makin renggang.

****

"Biarlah pd awalnya orang membenci dan mengata. Namun kita perlu bersabar dan anggaplaj ini ujiab untuk menguji persahabatan.



Satu lagi faktor penting dalam persahabatan, JANGAN TERLALU BERKIRA terutama dalam soal wang. Wang boleh dicari, namun mendapatkan sahabat setia memerlukan pengorbanan tenaga, perasaan dan mungkin harta benda kita. Kitalah yang terlebih dahulu patut menghulur atau berbuat baik tanpa mengharapkan balasan. Dan Allah S.W.T juga menyukai jika dapat berbuat baik kepada orang lain."



~Solusi isu #35





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 25 Ogos 2011

Saya, pari-pari DiGi yang dapat jemputan berbuka bersama Nuffnang.

Dapat email dari Nuffnang. Betul ke ni? Ke spam??

Macam mimpi. Tak sangka tweet aku tempohari di-perasan (noticed by) oleh Nuffnang. Saja cuba nasib.

Apa yang aku tweet hari tu??

Tak ingat, kena godek semula.

Sekarang perasaan bercampur baur, takut ada, malu ada, gabra ada, excited ada...ye la, nak berkumpul ramai-ramai dengan para DiGi Angels yang sorang pun aku tak kenal.



Hurmmm we'll see how. Jumpa di The Bee petang nanti...!



*nak pakai baju apa nanti?? Adoii blank!

Any idea??





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 19 Ogos 2011

Aku nak beraya, kau pun nak beraya kan?

Tengoklah.

Kau diskaunkan workmanship, tapi kau ada-adakan benda lain yang tak relevan untuk ditukarkan sekarang. Pandai heh nak buat pusing belit aku. Itu ini kena tukar.

Selalu gitu kan? Bila nak raya, atau outstation time-time genting macam tu lah kereta nak meragam. Sabarlah wahai hati. Ini ujian dari Allah SWT




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 15 Ogos 2011

Apa nak buat??

mendung
jalan basah. sejuk!
Tak kan nak tidur lagi??

Baca buku/majalah? Karang mesti terlena juga.

Cuaca sebegini hanya memungkinkan aku untuk sambung tidur. Letih lah tidur berjam-jam. Tiap kali aku balik sini, cuaca mesti sejuk dingin macam ni, kuyu je mata ambo.

Sedangkan status dan tweet kawan-kawan lain asyik kata panas membahang, di sini lain pula ceritanya. Semalam lagi dahsyat. Berapa kali trip karen sebab kilat sabung menyabung dan guruh yang maha kuat.



*menguap buat kali ke 88*


Owwh! What a cloudy and gloomy day. Bila masa nak pergi sopping pun tak tau.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 14 Ogos 2011

Sales! Sales! Sales!

Di Jakel JB.

Rambang mata. Baju, langsir, carpet semua sales! Kalau lah tak ada masalah duit... kan best...

Sekarang ter-ber-kenan pada satu kain nak buat langsir. Sangat gothic. Tapi... Nanti-nantilah. Lepaskan upah pomen kereta dulu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Nak raya kena semua baru ke?

Kesian kat mak. Dapat anak kerja pun gaji tak besar. Aku maksudkan diri aku la tu. Tiap kali raya, pakai je barang yang sama, ulang-ulang.

Tapi selagi boleh pakai, tak rosak, tak buruk buat apa nak tukar-tukar kan? Itu pendapat aku la. Jadinya... Tahun ni kalau ada rezeki mahu cari curtain baru kot. Hehehe... dan bukan aku yang sponsor.

Warna apa yang cantik untuk hall yang guna perabot kayu berukir? Blank sekejap. Perabot di hall pun memainkan peranan untuk pemilihan warna langsir. Ataupun tukar perabot tu dengan couch yang lebih up to date? Lagi byk pakai duit kan...?

*tengah pening pilih warna dan costing





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 13 Ogos 2011

Kejap lagi saya sampai la

Mata pedih, semalaman tak tidur. Asyik nak buang air kecil saja sebab sejuk.

Mak, abah... Sat lagi I sampai...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 11 Ogos 2011

Secara rasminya saya adalah mak ngah

Abah sent me this sms...
"My name is muhammad muqri johaniff, born in hosp kemaman, dob 07.08.2011, when l first came to world l was very small and weighed 4 kilogram only, now l'm admitted to hosp again for jaundice, my father is panicking now, he called tokwan for advise.."

Abah is tok wan already. Mak is tok. Tok Lanchang is moyang. And automatically I am his aunt. Gila lah!! I got nephew dah?



*pengsan*





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan 2011 - day 9 (sahur nugget rentung)

Salam korang,

Sahur tadi makan apa? Aku cuba meringankan menu bersahur pagi ni sebab semalam dah bersantap nasi putih dan ayam goreng, maka pagi yang dingin ini aku cuma goreng telur dimakan dengan roti wholemeal dan nugget.

Tapi ntah macamana nugget yang ku goreng tu hanggit. Tinggal sekejap je dapur sebab buatkan nasi si flora dan oyen. Aduh kena makan juga la kan?

Menu ni agak macam lite-lite tapi perut ku sengkak, kang mesti jadi ular sawa sampai kat pejabat nanti.

Okeh darlings, time to get dress and work. Semoga hari ini kalian semua kerja dalam keikhlasan dan diberkati Allah (feeling ostajah memberi nasihat)



Muaahhh! XOxo



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jasadnya Tidak Diterima Bumi

"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat......
 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
UBI KAYU 
yang sangat besar. 


Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI 
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)




*entry ini dicilok dan di kopipes dari email-email berantai. Empunya entry ini, ai minta kopipes ye?





Khamis, 4 Ogos 2011

Ramadhan 2011 - day 4 (flu teruk)

Alhamdullilah, masih bernafas untuk meneruskan hidup.

Tapi hari ini agak menggangu gugat kewibawaan untuk berpuasa dek kerana flu teruk yang tak semena-mena. Nak kata sepanjang minggu ni bedal minum air berais, tak ada lah pulak. Ntah-ntah pasal air tebu tempoh hari kot.

Itu pun salah satu sebab kenapa hari ke 2 dan 3 tak berupdate langsung. Diri ini rasa amat lemau. Semalam ku gagahi jua pergi operasi di Puncak Alam. Sambil-sambil tu ku bantai 2 ulas durian yang lemak berkrim.

Then hari ini, batuk dan selesema semakin mengganas. UwaAaa! Harga yang perlu

dibayar. Pagi - tak terbangun untuk makan sahur kekdahnya. Harap-harap perut ini kuat sehingga ke petang. Amin



*muka bahagia sumbat durian...





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan 2011 - day 1 (kelalaian and marah lite-lite)

Done 1st puasa. 29 days left.
Okey, nak buat short entry saja.
Sahur - mineral water.

Pagi tadi ada manusia yang dah main acah-acah tarik tali nak kasi aku menyirap. Aku agak pantang bila bercakap, orang tak bagi eyes contact ataupun menjawab tanpa menoleh pada aku. Heh! Tak ada kesedaran sivik la awak ni. Kurang ajor namanya tu. Dalam masa dah mengkancingkan gigi tanda marah itu, tetiba ada suara hati cakap "Sabar syima, sabar. Dia memang gitu. Buat tak tahu jer" Moga2 sabar saya tu bole diterima.

Another story; Member aku bagitahu mak dia dah terbuka hati nak terima boifren dia yang laki orang tu buat suami. Tak sia-sia si lelaki tu pergi umrah mohon petunjuk. Cerita best di hari pertama berpuasa. Agak jeles di situ sbb dia dah nak kawin dah!! Tp dah rezeki dia kan?

Noon- try booking tiket Airasia nak balik teratak ayah bonda this coming Saturday. Apa sengal tah aku hari ni, terbooking another Sabtu and pay all for 2ways pergi balik. Without double check. Bila dah buat payment, masa tu pffftt! Aku dah tersedar salah buat bayaran right after I confirm it with my abah. So cuba la nak manage booking dengan reschedule flight departure and date. Gedebuk gedebak almost RM300 chargers semata-mata nak tukar tarikh n time. Modal tiket tengah promo RM33 sajo.


Nak cuba buat refund, kata Airasia cuma airport tax saja yang layak untuk dpt refund. Check semula airport tax cuma RM9.00 dan prossecing fee RM15. Owhh! Sangat tak relevan. Maka terpaksa ambil tiket baru ko!! Geram tapi disebabkan kebodohan sendiri, aku redha. TAPI duit tu... Apalah sengal sangat aku hari ini buat pembaziran disebabkan kecuaian sendiri.


Petang tadi ada kerja di Bazar Ramadhan Tg Karang, alang-alang tak kan buat kerja saja, sambil-sambil tu jeling tengok dan bau makanan. Rezeki murah la sikit, bila ada member nak belanja, (dipaksa belanja sebenarnya). So berbuka la aku dengan bihun sup, popia 2 ketul, air tebu dan kurma 2 biji. Di rumah. Seorangan.


Malam-hari pertama aku mengerjakan terawikh. Agak sayu rasa hati, bukan sebab berbuka seorang diri sebab aku ke masjid tidak berteman. Dulu As montek kan ada. Dan secara tak langsung menitis air mata aku mendengar alunan suara membaca ayat-ayat Al Quran.
Done with sajdah, 8rakaat terawikh.

Boleh tak nak update berat jebon jugak? Jebon tu bukan che embun, bukan james bond tapi aku lah.. Last 2weeks berat I ialah 72kg. Balik kerja timbang semula tadikan, weight scale tu pamer angka 69.4kg. Macam....boleh ke aku nak berat tinggal 59kg dalam masa 1bulan...?
Baiklah, mata dah kuyu. Nanti sambung lagi.... (Alamak terpanjang plop entry ni!)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...