Cari Blog Ini

Ahad, 16 Disember 2012

Gila??!

Hari ini, FREE. Tak ada deting, tak ada outing, tak ada fotografi. Boyfriends? Semua jauh, kerja. Sangat lepak di rumah. Aku seharian tak mandi tapi tetap wangi. Owh, wangi sebab tadi aku mandikan 3 ekor anak kucing aku. Kali ini aku mandikan mereka dengan air suam. Bila aku test siram dengan air paip, mereka bising, menjerit, mencakar dan melompat-lompat. Baru aku tahu kucing nak mandi pun kena ada air panas. Lepas ni cari water heater.

Sebenarnya bukan pasal kucing aku nak bercerita. Sesuatu yang menakjub dan berada diluar pengetahuan dan jangkaan aku dan aku agak terkejut.

Siang tadi, tengah bersemangat, berkobar-kobar untuk mencari business partner Sophie Paris, aku pm almost everyone dalam FB aku. Prospek la kiranya. Aku cuba nasib meng-contact ex Chenta ku. Respon yang professional. Cuma very un-sangka-rable bila dia cakap ada seorang lelaki call dia bertanya dan bercakap tentang aku.

WTH!! Aku rasa aku tahu siapa makhluk perosak itu. Tak sangka sampai tahap nak call ex-boy aku nak tanya perihal aku. Apa kes??!! Sampai ex aku cakap "saya tak suka gaduh-gaduh". Ish... siapa entah nak bergaduh pasal aku ni?? Malu i...

Memang gila lah!!

Pertama aku tak sangka makhluk perosak itu call ex aku yang jauh itu.

Kedua - aku telah meng-contact ex aku yang hampir 1.5 tahun senyap tanpa berita.



Kenapa aku buat kerja gila yeh??

 

Jumaat, 14 Disember 2012

Referre Gangnam Style kena rasuah dengan perempuan Siam

Tak rancang nak tengok bola.
Nak lepak mamak tak kuasa, tak ada member. Stay di rumah sambil baring atas sofa yang dah melendut itu. Sambil-sambil itu tangan menaip mesej hantar pada member-member whatsapp.

Kali ini aku tekun melihat perjalanan game antara Thailand dan Malaysia. Kusyuk. Sampai lupa nak makan.

Alangkah tergamam dan terkejutnya aku bila pengadil berat sebelah ini melayangkan kad kuning dan merah kepada pemain Malaysia, Fadhli Shas. Read his lip dengan mata terbuntang kerana terkejut dengan tindakan ref tersebut " Apa aku buat??!". Confirmlah pasukan Harimau Malaya akan down. 10 pemain saja yang tinggal berdepan dengan pemain Siam yang ngokngek dengan padang yang buruk.

Owh dem! Tapi salah ref ke salah Raja G??

Sedih sangat bila Malaysia tak dapat sumbat sebarang gol. Mau heart attack aku bila tengok Gajah Perang menyumbat gol ke 2 dalam jarak masa yang tidak jauh. Dem u referre!! Kau mesti dah merasa kena Thai massage.



Marilah kita memboikot Gangnam Style dan Tomyam campur. Ayuh!! 

Selasa, 4 Disember 2012

Nak happy seumur hidup carilah isteri yang FUGLY. Haha


I enjoy the music. Muzik evergreen, lagu-lagu lama. Tune yang happy dan ceria. Walaupun lirik lagu ini agak gampang memerli.

Haha. Betul dengan lagu ini, If you wanna be happy for the rest of your life never make a pretty woman your wife.

Kan Ustaz Azhar Idrus ada pesan, kalau bini tak comel boleh tutup lampukan? Itu sebab alasan tak bahagia (kononnya...) anak tetap berderet. Lawak... lawak...

Isnin, 3 Disember 2012

Friends with benefits = Fuck buddy?? Or else?

Never come across in my mind that the actual meaning for friends with benefits has something to do with sex.

Credit to Mr. Google
UrbanDictionary tell us that friends with benefits is when you don't want a serious relationship but you want him / her as your toy to fuck around with. It also can be when she / him are already in a realtionship but you like that person so he/she agrees to be your friend with benefit.

I'm not going to elaborate "this" again. Lebih kurang saja maksudnya. Penat. Bukannya orang yang ditujukan khas itu faham dengan cuma membaca. Beliau akan faham dengan sumpahan dan cerca sahaja.

Ok, back to my own fahaman.

Satu ketika dahulu, masa selalu buat kerja misi-misi khas dengan bos, beliau pernah berkata "saya berkawan dengan awak ni ada sebab. Kalau tak ada kepentingan, saya tak buang masa begini." Tet~~! Maksudnya kawan = friend, kepentingan / faedah = benefit. Alahhhh lebih kurang juga maksudnya. Kalau tidak mendatangkan kepentingan pada beliau masakan beliau boleh nak rapat dengan aku. Walaupun... no sex at all. But still aku dikatakan berkepentingan. Friend FOR benefit la kot kan??

Tapi wujudkah istilah bersahabat semata-mata keikhlasan hati? Wujud lagi kah?

Note to self. - Umur dah menginjak 30thn, pada aku no such thing berkawan tanpa ada kepentingan sesuatu.  Orang cuma akan rapat dengan kita bila berkehendakkan sesuatu.

Menaip dan memaksa otak untuk generate perkataan pada masa hati membenci cuma akan menambahkan kekacauan minda sahaja. Aku sangat membenci kehidupan 6 bulan lepas. Menyimpan rasa marah pun tak elok, memakan diri. Baru sekarang terasa untuk meluahkan.

Nak contoh? Banyak sangat contoh. Kalau aku publish dalam blog, seolah-olah aku mengaibkan diri sendiri juga. Aku pun banyak dosa.

Cuma baru-baru ini aku tersangatlah TERKILAN. Dan dari situ aku belajar lagi, umur bukan petunjuk kematangan seseorang. Dan berpelajaran tinggi bukan jaminan untuk seseorang itu berwasatiah dan berhati suci.

Meminta pertolongan dari kawan yang bermotifkan berkepentingan ini amat menyakitkan hati. Dia akan okay bila kau ikut kehendak dia - yes, according to his plan. Tapi bila kau tak ikut rentak dia, dan bila kau tiba-tiba seek for him/her advice masa itu juga dia kata kau pergi lah cari orang lain kalau nak minta tolong. Sial tak?

Kecik besar kecik besar je aku tengok makhluk macam ni.

Semoga kawan aku itu bertabah. Sebab aku tak mampu bertabah mengawal rasa hati yang nak menghamun orang sebegini. Knock! Knock! Wake up... (ketuk dahi beliau) Tolong jadi dewasa sikit please. You acting like a child. Benda macam ini professional lah sikit.

Nanti bila-bila masa yang akan datang sampailah sms/email apa jua cara saluran untuk dia menghamun aku kembali. Dah biasa.

Credit to Mr Google

Friend FOR benefit? Or Friend WITH benefit?

Ahad, 2 Disember 2012

Sweet 30th birthday bash

Untuk menjiwa entry saya pada kali ini sila mainkan lagu ini sambil menari-nari okey?

Ok, 1, 2...
Dengan bangganya aku mengumumkan aku telah masuk ke alam 3 series.

Happy 30 years old Zatul aka Syimalicious
(harijadi hamba dah lepas, 25 Nov 2012 aritu)

xoxo.

Cerita 1.
YB datang malam itu kononnya nak lepak makan memandangkan keesokan harinya beliau bekerja. Sob... bekerja di hari ulangtahun  kelahiranku.

Sampai kedai makan, macam biasa kena order dinner dulu. Sementara menunggu makanan sampai, masing-masing sibuk dengan hp. Tiba-tiba YB minta excuse nak cari barang. I never suspect anything yet. Macam agak lama dia menghilangkan diri, aku dah fikir macam-macam yang tak best. "Ini mesti telefon awek dia yang lain ini..."

Dia sampai.

Tiba-tiba YB cakap sejuk. Kebetulan table kami bawah kipas dan tengah gerimis. Memang logiklah dia rasa sejuk. Aku gemuk, tak rasa. Dia suruh waitress tutup kipas. Tak lama lepas itu lampu pulak terpadam. Haaa sudah... blackout lagi. Bukan tak pernah aku makan dalam gelap.

Kalih-kalih belakang (pusing belakang) baru perasan waiter tengah bawa kek yang amat besar untuk diletakkan atas meja makan kami. Masa ni sengih tak sudah-sudah. Nak menjerit melompat pun ada. Cover line... kena sopan sikit.

YB bisik, "Potong-potong bagi orang-orang dalam kedai ini. Amek berkat." Tang situ lagi buat aku terharu dan teruja. Dia tak lupa pada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah walaupun ada orang cakap, "KEK je??" At least YB mengaku, dia mampu yang itu sahaja. TQ sayang.

Kan saya dah bagitahu, saya sengih macam kerang busuk daaa...
Kek saya.
SC Kuala Selangor memang tak artistik. Tulisan tak berseni. Sedih.
Sweetnya awak ni YB. Memang dasar playboy. Apapun TQ again! Patutlah dok bertanya pasal Secret Recipe, ada plan lain rupanya.

****

Cerita 2.
Girl's outing!! Transform.
Janji pukul 1130pm boleh sampai. Hampeh. Polis buat roadblock di jalan nak masuk Setia Alam.
Jam
Malam yang gila sengal! Walaupun bodoh dan kelakar. 

Me with my new watch.
TQ besties!!
TQ Steph (not in any picture). TQ Lina. TQ to all that I forgot to mention their name. My family. TQ for the wish. You all are the best thing ever happened in my life. Saya sayang kamu semua.

Dendam. Marah. Benci. Pukul. Bunuh.

Dendam? Hidup takkan tenang...

Marah? Akan terbit sel-sel kanser nanti...

Benci? Muka akan nampak tidak sihat dan cepat tua...

Pukul? Sakitnya cuma sekejap, lepas dipukul luka akan baik dan hidup seperti biasa.

Bunuh? Siapa kita nak tarik nyawa makhluk tuhan? Lagi pun perbuatan itu terbatas oleh undang-undang.

5 perkara yang paling dan sangat-sangat disukai syaitan. Aku sedang dirantai dengan semua rasa itu.

Sedang.

Entah bila kemuncak rasa amarah dan negatif ini akan berakhir. I have to get rid of this.

Semua perkara ini langsung tidak membantu aku untuk keluar dari masalah. Langsung tidak. Ia menambahkan luka yang sedia ada.

Otak tak dapat menjana perkataan yang baik-baik. Tiap kali jari laju meluncur kata-kata, mata membaca semula. Setiap kali itu juga ayat dipadam. Berkali-kali. Payahnya untuk menyampaikan rasa hati kali ini.

Gagal dalam perhubungan sesama manusia untuk kesekian kali lagi. Aku tak pernah menyesal dengan sebuah kegagalan. Kegagalan itu lah mengajar aku untuk lebih sedar diri. Biarpun menyakitkan. Buat apa menyiksa diri? Melakonkan watak yang hakikat bukan diri sendiri?

Dah... rasanya 30 juta kali kata nak berubah, tak mahu marah-marah. Tapi still terbawa-bawa rasa marah itu bila teringat kembali. Hidup kena teruskan. Apa yang pernah berlaku memang tak boleh nak dihapuskan sekelip mata. Tapi kali ini nak erase terus. Aku adalah aku sebelum aku mengenali dia dan tetap adalah diri aku selepas aku mengenali dia. Hidup aku, aku sendiri yang caturkan. Bukan dia.

Manusia mempunyai 60000 fikiran setiap hari. Apabila ia sama maka hasil kehidupan akan sama. Jika ingin ubah kehidupan maka harus ubah fikiran -Prof Dr Muhaya

 

Saat genting Flora nak ter-beranak

Aku telah menyaksikan satu keajaiban dunia. Subhanallah. Hebatnya kejadian-Mu.

Flora dah tiga kali bunting. Dan inilah kali pertama aku turut berada bersamanya. Syahdu. Seolah-olah Flora nak aku bersamanya untuk sama-sama menyambut kelahiran bakal anak-anaknya. Masa dia bunting dulu, tiap-tiap malam dia akan tidur dengan aku. Untuk 5 minit pertama sebelum beradu atas katil dia akan tidur atas dada atau perut aku dan pada ketika itu aku dapat merasai suatu pergerakan dibahagian abdomennya. Agaknya macam ini wanita yang mengandung rasa di-tickle oleh bayi mereka.

Malam itu aku sibuk depan laptop mencari artikel tentang persediaan dan tips untuk berdepan dengan situasi kucing beranak. Macam biasa, Flora masih menghimpit aku. Khatam 2 artikel aku baca, aku rimas dengan ekor dan perangai Flora yang serba pelik. Aku tolak dia ke tepi. Dia duduk sekejap, kemudian dia mengeow. Aku dah nak anginlah kan? Langsung aku angkat dia.

Angkat-angkat, ya ampun air ketuban dah pecah. Harus la aku jadi kalut. First time nak handle. Dulu okey lah bidan yang bernama Aslina ada.
Terus masukkan ke dalam hospital bersalin sejak beberapa zaman dulu. Masih kuat dan tegap hospital yang aku dan As bina bersama. Haha. So, tak perlu ku huraikan proses-proses terberanak ini. Gap kelahiran antara anak-anak Flora tak jauh, dalam 10-20minit. 







Tiba-tiba terbaca taman aku akan berlaku ketiadaan air dan aku tak sempat menyimpan. Camana nak basuh darah  Flora ni??



until then.... bye!

Sabtu, 1 Disember 2012

Pondankah boyfriend bila bawa handbag girlfriend?

Abam botak kontroversi. Tak kontroversi sangat pun. Link

Dah berapa ramai tengok vklip Man Up Army ni?? Saja aku capture muka dia macam ni supaya nampak macam cacat spastik. Sorry bang, ini untuk bacaan blog saja. Tapi sebenarnya aku tak berkudis pun dengan statement dia - "real Malaysian men should not carry their girlfriend's handbags"

Aku baru sedar benda ini jadi isu dalam FB. Lawak juga lah bila aku go through the comments. Dah cecah 500 lebih kot komentar. Tak upaya aku nak view satu-satu 56 komen pun dah rasa macam nak muntah. Ada yang menyirap marah, ada yang rasa benda ni kelakar. Janganlah nak butthurt sangat.

But to my personal thought (sila tengok vklip tu bagi habis) mencomotkan muka boyfriend orang dengan cream pie is not a logical or unbecoming joke. Not approriate in Malaysia. Kita semuakan sopan?? Tapi mungkin lelaki tersebut dah dimaklumkan untuk diperlakukan sedemikian. Haruslah bersangka baik-baik sahaja.

Saya suka kalau boyfriend saya tolong pegang handbag saya yang berat dengan sampah-sampah resit itu. Nampak caring. Manja. Comel gitu. Biasanya time belum kahwinlah lelaki nak buat begitu. Time tu lah saya nak peluk-peluk lengan dia yang gagah perkasa. Dah kawin nanti sibuk pula nak dukung anak tak pun nak tolak troli. Belum tentu kita ni pun jenis nak berangkut bag tangan. Alkisahnya...

Abang-abang semua, andaikan anda diperhatikan dan diketawakan oleh jejantan telur kecik kerana menjinjing, mengusung beg tangan buah hati anda, usah khuatir... dimata kami yang wanita ini anda lah hero yang paling gentlemen. Satu kiss untuk abang dari saya.

Memetik kata-kata salah seorang buah hati aku, dia kata bila dia usung beg tangan girlfriend dia yakni beg tangan aku, dia telah berjaya dalam usaha mengawal nafsu aku dari berbelanja kepada perkara tak sepatutnya ditempat yang tak sepatutnya. Get it??

Haha. Sekian dulu dari saya...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...