Cari Blog Ini

Selasa, 26 Ogos 2008

Latihan menembak di Sepang

Lokasi : Lapang Sasar, Sepang (berdepan Litar F1)
Anjuran : PPDNHEP Selangor


Free Pistol Centre Fire Pistol/Precision Side=Arms"25M
Pistol ini bukan pistol yang biasa aku buat training dulu, jadi aku tak tahu nama dia. Can anyone name it? Malunya, nak cerita pada orang tapi tak tahu nama pistol ni. Tadi lupa pula nak tanya. Sebab sibuk dengan rasa teruja. Huhuhuhu...

Pagi tadi aku menghadirkan diri untuk latihan menembak yang diuruskan oleh Cawangan Sepang. Buat aku inilah kali pertama menyertai latihan ini setelah keluar dari kursus 1 bulan di SLPGA, Ulu Kinta.

Yang duduk berbaju merah itu adalah salah sorang urusetia dan tuan rumah menganjurkan aktiviti ini. Yang lain tu semua rakan-rakan satu pejabat. Pilih nak yang mana satu...?

Kalau aku post gambar dalam ni dah tentu-tentu tak cukup space, setelah ditapis-tapis ini sahaja yang aku nak tunjuk pada readers, kalau nak tengok yang lain sila tengok dalam Friendster.

Amacam? Ada gaya sharp shooter tak? Tapi korang tak tahu macamana nervousnya aku masa nak petik picu pistol itu. Bukan tak biasa, tapi perasaan itu akan wujud juga dek lepas terdengar bunyi letupan yang kuat. Tanyalah orang lain. Melainkan kalau orang itu tiap-tiap hari training menembak sampai muntah.



Actually kami agak tersesat untuk menyampai ke destinasi kerana kepala si Cik Fais agak pusing. Pikiaq apa tah! Tapi mujur grup kami belum dipanggil. Bila sampai, ngam-ngam selepas 2 grup, giliran kami menunjuk ke-terer-an masing-masing. Semua dalam barisan menunggu wisel dibunyikan. Aku memang tak pandai menembak, dah lupa to be correct. Dan sangatlah berbesar hati, seorang brader yang ku kira agak hencem (tak dapat nak snap gambar curi), sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang nak menghabiskan 10 bullets itu. Ah!! Aku tak yakin aku boleh tembak dengan baik, selalunya tersasar.



Kami semua pergi ke sasaran. Memang tak sangka dalam tak yakin itu aku berjaya menembak 9/10 bullets dalam target. Satu lagi, aku ni agak tak nampak, rasanya mata/penglihatan macam rabun jauh. Dalam 25meter jarak, not bad bagi aku mendapat result tersebut. Sengih lebih sikit sebab rasa macam tak percaya. Lihatlah target tengahku.

Untuk 1st session (tembak jarak 25m, 10 bullet, gaya bebas) bolehlah berasa riak, ujub dan takbur kepada rakan-rakan perempuan. Aku dapat 62/100. Kira okay lah tu daripada telurkan? Lagipun kami semua tak ada practice pun. Untuk sesion ke II (tembak jarak 25m, 10 bullets, gaya berirama), aku gagal mempertahankan markah tersebut. Aiseh sangat memalukan. But somehow, untuk sesi ke III (jatuhan 10 tin plate, jarak tak pasti) hanya 4 nama sahaja (antara markah tertinggi) dipanggil untuk sesi tersebut. Aku tersenarai bersama mamat yang tunjuk peace diatas, secara tak langsung kami berdua adalah wakil dari Kuala Selangor. Yeay! Tapi malang juga bagi aku, kerana tak ada satu pun tin plate itu jatuh dengan tembakan aku.

Satu pengalaman best untuk aku pada hari ini. Sekian...

Kesimpulan : Don't mess with me. I know how to shoot, and what to target. So BEWARE... muahahahha-gelak evil

Isnin, 25 Ogos 2008

Mooncake

Aku mengantuk. Cerita En.P masih berlegar-legar dalam benak fikiranku. Tapi seharian aku di pejabat, aku rasa ni mat-mat rempit perdajalkan kereta yang lalu lalang kat situ.. Boleh jadikan??


Nak kata aku dibawah pengaruh mengantuk pun tak juga, tapi kalau betul kutu-kutu malam tu punya kerja, aku sumpah diorang dikelilingi makhluk yang serupa juga.


Semalam member serumah aku pergi dating di KL, lalu dengan baik hati boyfriend baru dia belikan mooncake. Entah apa mimpi kawan aku ini mengidam, mujur ada orang sanggup carikan. Diorang mencari sehingga KLCC. Ini mungkin gara-gara 2 minggu lepas kami makan mooncake bersama-sama yang dibeli di Cold Storage, SACC, Shah Alam. Sangatlah heaven. Korang pernah makan kuih bulan? Tak ramai yang rasa nak makan makanan ni. Rugi-rugi, sebab kuih ni ada yang dah halal. Aku mula belajar makan kuih bulan masa darjah 4, Sekolah Rendah Convent dulu. Yang ajar makan kuih ni nama dia Tan Tong Ying. Masa tu semua suspek aku makan kuih yang berinti isi babi. Huahuahua... Tak okeh?? Dalam kuih tu ada telur itik/angsa yang kemasinan. Shedap...





Lihatlah packaging dia, sangat menarik perhatian. Bak kata kawan serumah aku ini " Cantik, menarik, tertarik, kau memang daboom! (tembam pun boleh)" So colourful, macam nak bagi hadiah pula. Tapi budak ni cakap, dah benda free, dia tak keluar sesen pun, kira hadiahlah. Siap ada paper bag lagi. Cantik tak?





Mari kita check kotak dia, siap ada label halal dan superbrand. Bermakna ini bukan calang-calang mooncake tahu? Ada sekali list down semua Tai Thong Group of Restaurants which is 21 branches all together.






Ada banyak pilihan di booth mooncake KLCC itu, sayangnya As cakap terlupa nak ambil gambar sebab terlalu teruja untuk membuat pilihan. Setelah dipujuk dan dipaksa oleh auntie di kedai itu, kawan aku ini membawa balik 4 perasa yang berlainan. Harga untuk 4 mooncake itu ialah RM46.75.


Kita berkenalan dengan mooncake-mooncake ini terlebih dahulu secara anti clockwise. Yang warna kuning Snow Skin Tropical Paradise = RM11.50, yang warna putih itu namanya Snow Skin Vanila with Tiramisu = RM11.50, yang warna coklat cair itu namanya Snow Skin Coffee with Chocolate Bits = RM11.50, lastly yang berbentuk empatsegi, our all time favourite Lotus Paste Double Yolks (harus yang paling mahal) = RM12.25.




Kami mengambil giliran untuk memotong. Air liur dah meleleh ni, asyik snap gambar sangat. Nak makan, nak makan... kerana nafsu negro kami dah sampai...

Lastly untuk tatapan semua, sebelum di NGAP oleh kami yang sedang bernafsu negro ini.

Catatan buat hari ini:Mengikut eksperimen kami, yang warna putih (yang ada nama tiramisu) sedap dimakan ketika sejuk, baru keluar fridge. Rasanya aku tak tahu kerana As dah habiskan. Sebab semalam amat sukar tekakku untuk menerima.

Yang warna kuning tu (keyword tropical) lebih kepada rasa mangga. Aku tak suka. Kan ada 2 layer, aku makan yang layer warna hijau, rasa macam ntah. Tapi sedap.

Yang coklat cair itu, favourite As juga, walaupun aku suka minum coffee tapi aku tak suka bila ia jadi mooncake.

Kenapa dipanggil snow skin, sebab tekstur dia sangat lembut dan agak kenyal. Macam best sekiranya aku dapat kulit macam itu.

Kesimpulanya 70% mooncake itu boleh diterima oleh tekak As sahaja.

Sekian laporan saya...

Ahad, 24 Ogos 2008

Kene tag

Setelah diperanjatkan oleh en. pocong pagi tadi, aku dengan jayanya bangun pukul 6.30ptg tadi. Kawan serumah aku pula keluar pergi KL, takut menjelma lagi. Untuk menghilangkan ketakutan aku telah lalu lalang ke blog-blog kengkawan. Dah lama tak singgah blog Farah, tak sangka dia tag aku yang tak glemer ini pada 19/08/08.

Ini soalan dan jawapannye.

What were you doing 5 years ago?
Masa itu aku masih terkebil-kebil belajar di UiTM Shah Alam dalam Jurusan Dip. Kej. Awam, antara yakin boleh atau tidak untuk grad.

What were the 5 things on your to do list today
1. Terserempak dengan en. pocong
2. Tidur dengan nyenyaknya selepas subuh hingga petang 6.30ptg (takut punya pasal)3. Makan kerepok lekor (Chenta bawa dari Terengganu, dia hantar ke rumah tadi.)4. Tengok tv, melompat ke blog kawan-kawan sementara menunggu housemate aku balik
5. Makan lagi - makan mooncake. (Nanti aku post cerita itu.)

What are 5 snacks that you enjoy?
1. Super Ring (Farah, kamek juak sama) <-- betul ke sarawak ni?
2. Pringles
3. Choki-choki
4. Muruku, kerepek seangkatannya
5. Kacang

What are 5 things that you do if you were a billionaire?
1. Nak bayar semua hutang-hutang tertunggak- rumah, kereta, and the worst PTPTN
2. Nak tambah rumah, bangunan dan tanah di seluruh pelusuk dunia (...bilionaire dalam currency ape yek??)3. Nak bawa seluruh ahli keluarga pergi mengerjakan haji, umrah dan travel around the world
4. Simpan sikit duit tu main saham bagi dia beranak lagi.
5. Lastly, buat reality show "Mencari suami soleh" untuk diri sendiri.

What are 5 jobs you've had?1. Lepas SPM jadi cikgu sementara mengajar Ting 2, subjek Matematik, Ting 1, subjek English di SMK Pantai Remis, Perak.
2. Quatity Surveyor (masa buat praktikal- UiTM dulu-dulu)
3. Secretary for Bahtera Offshore Sdn Bhd, USJ 21
4. Penguatkuasa untuk KPDNHEP (curent job)
5. Penjual kain-kain batik (to be soon), batik sutera, tudung high quality dan juga cendawan tiram kelabu untuk pasaran Lembah Klang sahaja. (Usahawanita la ni....)

Who are 5 person you want to tag?
1. Cikgu Rashid
2. Cik CintaMiloAis
3. Cik Fariha
4. Cik Nughul
5. En JD Kiss

extra request Dr Hannan dan semua.

Pocong!!

Memang padan dengan muka aku...

Keluar tak minta restu Chenta, ini padahnya.

Kisahnya macam ini... Hari minggu telah aku lalui dengan cemerlangnya. Penuh dengan aktiviti yang cuma aku saja yang tahu. Aku soka!!

Memang pada mulanya aku tak planning nak keluar malam-malam macam ini. Biasanya aku lebih suka duduk dirumah saja. Aku dan Chenta berbalas-balas mesej. Aku di sini, Chenta di kampung halaman. Tiba-tiba Chenta senyap, aku call tak berjawab. Sahlah dia dah tertidur. Dalam pukul 11pm, sahabat aku dari Savoc (stand for savvy owner club) ajak jumpa. Dah lama kami tak jumpa, lepak-lepak, gosip-gosip together-gether. Aku bersiap macam biasa.

Asyik bercerita makan, minum dan menyembang, sedar-sedar dah pukul 5am. Aku bagi cadangan untuk beransur pulang. On the way back to Kuala Selangor, i drove so farking laju. Memang speed tak hengatlah. Sampai Sg Janggut, i was planning to top up my fuel, tapi lampu minyak tak blinking lagi. So it's ok for me to continue my journey. Masa nak masuk area Jeram (belum sampai pun lagi sebenarnya), ada lampu biru berkelip-kelip, hebat betul polis Kuala Selangor, buat kerja bersungguh-sungguh. Masa sampai kat tempat mereka, boleh dia suruh aku ke tepi, nak check driving license. Mujur mintak driving license je, sebab kad pengenalan aku missing in action pula. Dah tak ada apa-apa aku teruskan lagi perjalanan.

Masa menghampiri kawasan Jeram, dekat dengan jejantas, suddenly aku ternampak benda melompat-lompat berbungkus kain putih on my left handside. Otomatik darah aku berderau, naik bulu roma. SHIT!I saw that THING!! (to be truth masa aku menaip cerita ini, aku buka semua lampu yang ada dalam rumah ini and i feel seram sejuk!) Aku tekan paddle minyak sekuat-kuat hati. I called my colleague as i knew he used to hangging out in KL after clubbing. Mulut aku dah baca segala doa yang terlintas. Aku takut!! After a while, when i almost arrived to Kuala Selangor, my dear friend did called. I told everything to her. And she said "Itulah tadi awal-awal aku dah ajak tidur rumah aku". My mistake lah tu.

At first she asked me to stay at her family's house in Puchong, tidur kejap then balik dalam pukul 9am. But i refused. Padanlah muka. Kalau aku ikut dia balik tadi mungkin aku tak terserempak. Before this my colleagues ada yang dah nampak tapi aku menidakkan dan beranggapan itu ilusi. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri. Hurm... sendiri mau ingat la.

I'm still shacking, afraid to get some sleep eventhough mata dah mengantuk tahap gaban. Make up pun tak sempat nak buang.

Moral of the story;
  1. Jangan balik lewat pagi/malam lebih-lebih lagi kalau berseorangan.
  2. Percayalah bahawa alam ghaib itu wujud, dan sememangnya ada dalam rukun iman kita.
  3. Ia juga makhluk tuhan, jadi kenapa kena takut? <-- Aku terkejut mungkin.
Aku yang masih ketakutan...

Selasa, 19 Ogos 2008

Cara terkini memutihkan gigi

Tak de makna ini gigi aku. Aku pinjam gambar gigi orang lain.

Gigi putih dengan sinar UV

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI -utusan Malaysia (19.8.08)

Masukkan mouth guide yang di dalamnya mengandungi jalur getah berbusa hidrogen peroksida.

WAJAH yang cantik dan jelita tidak akan menarik tanpa diiringi senyuman manis dengan deretan gigi yang tersusun cantik dan putih bersih.

Namun begitu, bukan semua senyuman yang dihulurkan disertakan dengan gigi yang cukup cantik, ada yang kuning dan berkarat sehingga merosakkan senyuman yang manis itu.

Inilah yang selalu berlaku apabila seseorang itu agak kedekut untuk menghulurkan senyuman, takut ‘rahsia’ selama ini akan terbongkar.

Rahsia terpendam yang dimaksudkan itu ialah gigi yang bermasalah termasuklah warna gigi yang tidak putih ataupun tidak kelihatan cantik apabila individu tersebut mengukir senyuman.

Memiliki barisan gigi yang cantik dan putih bersih adalah impian semua orang.

Selalunya untuk mendapatkan gigi seindah itu, teknologi yang digunakan iaitu secara mencuci gigi (scaling) dengan menggunakan peralatan seperti scaler yang akan memecahkan karang gigi.

Begitupun, peralatan tersebut sering menakutkan dan menimbulkan rasa nyilu serta menyakitkan terutama apabila karang gigi memasuki gusi.

Begitu juga jika dibuat berulang kali, struktur gigi akan lemah. Untuk menggilapkan gigi pula, peralatan seperti pumice akan digunakan.

Situasi-situasi ini sering menyebabkan seseorang itu enggan mendapatkan rawatan gigi sekali gus membiarkan gigi berkarat dan berwarna kuning lebih-lebih lagi jika individu berkenaan adalah perokok.

Kini, terdapat satu teknologi baru dikenali sebagai Cosmetic Bright yang mampu memecah kebuntuan individu yang berhasrat untuk mendapatkan deretan gigi cantik dan putih.
Bagi yang memiliki gigi kuning, kini boleh tersenyum gembira kerana sistem rawatan itu berupaya membantu memutihkan gigi tanpa perlu menderita dengan penggunaan peralatan scaler atau rawatan laser.
Rawatan berkenaan hanya menggunakan sejalur getah berbusa yang mengandungi hidrogen peroksida dan dimasukkan ke dalam mouth guide (seperti replika mulut).

Namun sebelum itu, gigi pelanggan akan diperiksa untuk menentukan tahap kekuningannya dengan berpandukan plate gigi.

Kemudian, pelanggan perlu memakai kaca mata penahan cahaya lembayung ungu (UV) sebelum berbaring dan lampu UV Britelite akan dikenakan kepada bahagian mulut pelanggan.

Pengarah Globaltrenz Malaysia, Michael Loone berkata, teknologi tersebut merupakan satu sistem pemutih gigi yang unik dan profesional.

“Kepanasan dan sinar daripada lampu UV dan penggunaan jalur getah berbusa yang mengandungi hidrogen peroksida boleh mengurangkan masa rawatan dan mendapatkan kesan yang segera.

“Anda tidak akan merasa sesuatu yang tidak menyenangkan dengan rawatan pemutihan ini. Yang lebih menarik, ia hanya memakan masa selama 20 minit berbanding dengan rawatan laser yang memerlukan satu hingga satu setengah jam,’’ katanya ketika ditemui di Sunway Damansara, Subang Jaya, Selangor.

Tambah beliau, sistem ini merupakan teknologi terbaru dari Belgium, di mana seorang pelanggan perlu menjalani sekurang-kurangnya lima kali rawatan untuk mendapatkan gigi yang benar-benar putih dan boleh bertahan selama tiga tahun.

“Jika cuma sekali rawatan ia hanya bertahan selama tiga atau empat bulan. Untuk sekali rawatan bayarannya RM200 tetapi lebih jimat jika mereka mengambil pakej lima kali rawatan pada harga RM880,’’ jelasnya.

Katanya, formula hidrogen peroksida Cosmetic Bright tidak mengandungi asidik dan selamat apabila menembusi enamel gigi bagi menghilangkan karang gigi dan sekali gus memutihkannya.

“Cosmetic Bright juga memastikan tahap dosnya tidak menyebabkan radang gusi dan mengurangkan sensitiviti gigi seperti mana rawatan pemutihan gigi yang lain,’’ katanya.

Menurut Michael, selepas menjalani rawatan individu terbabit dinasihatkan supaya tidak merokok dan mengambil makanan yang berwarna, berminyak seperti kari, masak lemak, minuman seperti kopi, teh, selama satu hari bagi memastikan keberkesanannya.

Tapikan, bukanlah aku nak menyangkal... masa kecik dulu-dulu ayah aku cakap, gigi berwarna kuninglah gigi yang sihat kerana ia kuat. Gigi yang berwarna putih cantik tu sebenarnya kena buat maintenance banyak sangat. Aku mengiyakan pendapat ayah aku ini kerana gigi dia kuning (heavy smoker) dan masih cantik. Gigi aku yang tak berapa kuning ini yang selalu sakit-sakit. Gigi putih = gigi tak kuat. Siapa setuju?

Wanita cantik yang suka menangis

Huh!! Tak ada maknanya aku wanita cantik itu. Aku cuma jelita. Matilah lalat-lalat yang baca statement ini. Aku nak kongsi salah satu keistimewaan wanita anugerah Yang Esa terutamanya untuk kaum-kaum lelaki yang kadang-kadang susah dan terlupa untuk menghargai wanita. Dan mungkin petunjuk kenapa aku suka menangis. Huahuahuahua...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

Kaum Adam khususnya, ingatlah dan sedarlah kamu akan kecantikan wanita kamu yang azali, bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Janganlah butakan mata dan hati kerana kecantikan yang cuma pinjaman itu. Chewah!!


Selami lah hati wanita mu.. (macam aku ni...) dan...

ingat lah...

Setiap Wanita itu Cantik.


Agak-agak korang Chenta aku pandai tak nak godek-godek blog aku ni dan baca??

Isnin, 18 Ogos 2008

Mental terganggu sudahnya

Aku dah hilang mood untuk ber-blogging akibat kejadian yang dua tiga hari lepas. Aku marah sebab rasa tak dipedulikan. Nak nangis...

Ke aku yang terlalu terbawa-bawa perasaan ini?

Aku rasa nak mengamuk.

Aku rasa nak pukul orang.

Aku rasa nak maki orang.

Aku rasa nak makan je.
(Owh! Tidak.... bulan ini aku dah naik 7kg semenjak balik dari kursus itu.)

Sekejap tadi aku dah makan 2 biji pisang which is sangat la tinggi karbohidrat kan? Kemudiannya slurp sup vono- potato mushroom, then makan maggi. Tak boleh diet di kala sakit hati.


Aku kena pergi pusat pemulihan. Bukan pusat pemulihan dadah. Tapi anger management centre. Siapa tahu di mana?

Aku nak tidur lagi. Tolong kejutkan aku nanti. Aku takut tidur selamanya.

!@$#()&^$#$~

Jumaat, 15 Ogos 2008

Horoskop

Hari ini horoskop tulis...
If you are currently in a relationship, you should be prepared to roll up your sleeves and get to work, soon. There will be some issues popping up that you'll need to deal with. It's nothing that will be all that difficult, but it will be time-consuming. Plus, all the work you put in will bring the two of you closer. If you're not in a relationship, then today you should work a little harder in order to connect to your latest crush. They're a bit thick -- you need to be more obvious.

Patut lah Chenta macam sengal hari ini, dari semalam tak mao cakap dengan aku. Tak apa. Perlu ke aku bekerja keras? Aku pun malas nak buat apa-apa. Aku mengantuk. Tidur lagi bagus!

ZzzZzzZZzzZzZZZzZZzZzZzzZz....

Khamis, 14 Ogos 2008

Tolong namakan masakan ini

Well dear friends, as today i don't have mood to update my Part III on kursus induksi umum story-telling.
Will update later... soon...

Setelah kebosanan melanda semalam akibat keterlampauan memakan oat campur susu pekat manis dan susu anlene coklat, aku dan as bercadang nak masak malam ini. Bujang-an hendak memasak, okay?

Nak masak sesuatu berasaskan oat. Oat bagus untuk kesihatan, kan kawan-kawan? Surf segala mak nenek website mengenai resipi tentang oat. Masuk website Martha Stewart (tak hengat...mengada-ngada), AFC (Asian Food Channel), My resipi, Mesra.net dan sebagainya.

Tapi ini yang jadi...


Ha... mesti korang fikir mee mamak. Silap tekaan korang itu. Ini ialah spaghetti. Tapi masak apa, aku pun tak tau. You name it. That's why aku letak post title yang begitu.

Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah dikopek isi perutnya







Bawang besar yang telah diracih halus, tak halus sangatlah







Cendawan tiram kelabu, atau cendawan yang lain-lain mengikut kegemaran korang






Bebola ayam atau apa saja bebola yang anda rasakan kena pada selera anda






Lobak asin, our favourite!!








Spaghetti
Sayur campur
1 biji telur
Sos tiram
Sos cili
Sos lada hitam
Kicap cair
Secubit garam

Bahan-bahan ini adalah bahan-bahan "terjah" yang terdapat dalam peti ais rumah kami.

Goreng bahan-bahan tadi seperti lobak asin, bebola ayam, ikan bilis, sampai agak garing dan rangup secara berasingan. Ikan bilis tadi hendaklah ditumbuk atau dikisar.


Masak semua sos tadi. Sukatan mengikut suka hati korang semua. Sementara itu rebuslah spaghetti anda dan toskan. Setelah sos tadi agak mengelegak dan likat, masukkan semua benda dalam senarai tadi kecuali cendawan. Cendawan masuk last sebab kalau kita bubuh awal-awal nanti jadi lembik sangat. Tak best dah. Agak-agak bahan-bahan tadi dah gaul rata baru masukkan cendawan dan last sekali telur. Masukan spaghetti dan wallah! Boleh ngap-ngap oredi.

Ada beran (berani) mencuba?

As masih makan walaupun cerita di tv dah tukar banyak kali, secara terus terangnya dia dah tambah 3 kali. Korang bayangkan betapa hoo-liau resipi kami ini.

Silalah mencuba resipi orang bujang ini.

Rabu, 13 Ogos 2008

Kursus Induksi Umum (Part 2) - TAKUT

Time to rest. Aku balik bilik kejap lepas makan tengahari. Hari kedua masih boleh lepak-lepak, rasa agak relax sikit. Bila dah terluang masa tu sikit, mula la gatal cari kerja. Aku tak pernah merasa tocang lipan atau bahasa kampungnya dandan lipan. Jadi aku telah paksa Kak T untuk mengikat tocang pada rambut aku ini.

Cantikkan? Kemas betul hasil kerja Kak T. Sampai malam aku tak buka ikatan dandan tu sebab teruja.

Day 3
Tiada gambar untuk hari itu. Hari pertama dan kedua berlalu dengan santai. Urusetia bagi penerangan serba sedikit untuk malam-malam seterusnya. Malam untuk mencabut undi - tajuk untuk kerja berkumpulan bagi pembentangan berkumpulan nanti. Apa yang mendebarkan ialah pengucapan awam yang telah pun bermula pada pagi hari ke 3 ini. Dup dap dup dap jantung aku. Yang kelakar tu, giliran aku mungkin terkena esok paginya atau petangnya tapi ketakutan sudah dirasai sehari sebelumnya. Member kiri kanan pelik tengok aku cuak. Aku pun cuak dengan diri sendiri.

Day 4

Pagi-pagi lagi dah seram sejuk menanti giliran untuk membuat pengucapan awam ini. Muka je harap brutal tapi penakut. Kantoi akhirnya aku ialah seorang yang penakut. Kalau korang ada sebelah aku masa tu, korang taulah betapa kelakarnya seorang minah brutal macam aku ini, pucat habis tangan-tangannya kerana takut. Tahap sejuk beku aku mengalahkan daging yang disimpan dalam fridge. Warna kuku pun dah bertukar ungu. Ish! aku tak sangka aku macam ni penakut.

Ok tak muka bersahaja aku ini? Kontrol macho ler, padahal hanya tuhan yang tahu betapa pantasnya degupan jantung aku. Aku takut!! Ini time rehat, lepas waktu makan tengahari. And i expecting my turn will be next in a few minute time. Takut!!

Adalah satu penceramah ini, dia kata aku muka garang dan seorang yang serious. Intonasi aku pun (suara) garang. Garang ke? Tapi apalah maksud garang itu sekiranya penakut nak bercakap depan 125 orang peserta kursus. Psiko je aku ni.

Aku bajet masa tak kan sempat. Ini antara pose-pose mengelabah aku. Kejap-kejap tengok hp, hantar sms, buat-buat pay attention pada penceramah, gelakkan orang yang buat public speaking. Macam orang tak betul dah. (Thanx la Nedd kerana candid gambar aku!!) Pukul 4.30ptg akan start balik pengucapan awam bagi sesi yang ke 4 kalau tak silap. Dan nama aku antara kena atau tak.

Tapi sangatlah tahi kucing kerana nama aku disebut juga sebagai giliran terakhir untuk petang itu, dan ini hasilnya...

I'm reading the text!!!

Ye... silalah komen. Walaupun aku pernah menjadi MC untuk majlis sekolah peringkat Selangor, tapi ketakutan untuk berucap depan-depan rakan-rakan seangkatan lebih terserlah.

Tapi tak kisahlah. Yang pasti aku pulang ke bilik pada petang itu dengan satu perasaan yang LEGA!! AKU DAH LEPAS!! Aku berlari-lari keriangan dalam bilik membuka tingkap bilik di Tingkat 5 itu dan menjerit "KL!! Aku dah lepas azab ini! Aku gembira!"

Selasa, 12 Ogos 2008

Kursus Induksi Umum (Part 1) - Ready to rumble

Hai!! Miss me?? Siapa rindu aku sila korek hidung!!

Aku berjaya melepasi dugaan dan rintangan kursus wajib ni. Cacat kesejapan. Well, masa untuk aku bercerita tak banyak hari ini sebab aku masih keletihan dan trauma minda.

Mari kita layan cerita aku masa mula-mula sampai ke tempat kursus. Aku keluar dari rumah dalam pukul 1100 pagi dengan perut yang kosong. Sengal. Semua preparation buat pagi itu sebab 2 Ogos 2008 ialah Hari Pengguna Peringkat Selangor dan aku menghadirkan diri dengan Chenta atas arahan bos. Cerita pasal Hari Pengguna tu aku akan cerita dalam entry yang lain kalau ada masa terluang.

Back to the story, lepas makan beberapa muffin di rumah Kak T, kitorang bergerak ke KL. Kebetulan aku bertolak dari rumah Kak T di Kajang, sebab hajat dihati nak check in serentak supaya dapat bilik sekali. Ye lah, aku tak bawa ubat gigi, shampoo, seterika, ingat nak kongsi-kongsi kan? Kitorang dah planning baik punya tapi sadisnya urusetia dah aturkan tempat penginapan. Jadi terpaksalah redha.
Oleh kerana sebal dek peraturan baru urusetia itu, kami makan lebihan muffin yang Kak T bawa dari rumah hari itu. Lapar. Mujur sangat sebab kami dipisahkan setingkat je. Aku di tingkat 6, Kak T di tingkat 5.

Nak cerita pasal muffin ini, Kak T sangatlah pandai membuat muffin ini kerana boyfriend dia suka makan. Aku pun suka makan. Tapi muffin hari itu agak sudah keras kerana dah sejuk bercampur dengan aircond. Salina kata muffin tu baling ke dinding pun takkan pecah. Tapi nak bagitahulah, muffin vanila + coklat inti chocolate chips dia sangat sedap. Cuma aku belum bersedia untuk belajar dari Kak T. Agak kelakarlah juga sebab kami terpaksa bertenggek makan tepi tong sampah sebab tak nak serdak dari muffin tu jatuh bersepah atas carpet.

Kata urusetia, hotel ada sediakan servis wireless. Tapi rupanya ditingkat-tingkat tertentu je. Penat je bawa notebook. Dah tu, notebook aku tak boleh pula nak access wireless. Penat dua kali sudahnya. Kawan aku sedang meng-test connection. Nak try juga, mana tahu tersangkut line kat notebook ni. Dia cakap tingkat 5 boleh dapat connection tapi nyawa-nyawa ikan. Itu pun kena buat macam-macam posisi dan duduk di bermacam-macam sudut. Yang pasti notebook aku tak boleh access wireless connection sampai tamat kursus. Sedih tau, macam nak campak je notebook ni!

Hurm, dalam satu bilik ada tiga peserta kursus, awal-awal lagi aku dah cop katil single tu. My room quite ok lah, agak luas dari sesetengah bilik yang macam padat sebab dekorasi dan built-in cupboard dia yang semak.

Day 2
Ini aku keesokkan paginya. Menunggu Kak T bersiap dibiliknya sebelum kami turun breakfast dan memulakan pagi kursus dengan ceria dan bersemangatnya. Aku mengenakan kebaya pagi itu dan sangat mengharukan orang tegur aku dah susut. Okay?? Tapi aku rasa macam diorang ni penipu je. Tapi dah 2 - 3 orang tegur kan? Tak kan diorang menipu pulak. Terima je lah. Gagagaga.

I'm still under medication. Akibat gatal-gatal tempoh hari. Korang ingat lagi cerita aku? So inilah ubat-ubatnya. Pahit. Orang pun pelik, ye lah pil-pil yang aku telan tu comel macam pil perangcang.

Erm, kalau korang perasan Variasi itu adalah nama kumpulan aku. Pembahagian kumpulan dibuat dalam kelas malam pada hari pertama, hari yang aku melantak muffin itu. Urusetia yang aturkan semua. Variasi itu hasil persetujuan semua ahli dalam group aku dan nama itu dicadangkan oleh housemate aku, As. Huhuhu. Hebatkan teknologi? SMS lah penghubung kami.


Banyak lagi aku nak cerita. Excited nak cerita. Harap korang tak boringlah baca, tapi aku dah mengantuk tahap gaban. Sambung esok okay? ...kalau tak banyak kerja.

Later...

Ahad, 3 Ogos 2008

Kursus Finale; 3rd Aug - 11th Aug

Aku akan berkursus dari hari ini hingga 11hb Aug. Aku tak pasti dalam tempoh aku berkursus ini aku boleh post entry ke tidak. Takut tak sempat. Orang kata kursus yang aku akan pergi ini pack sikit.

Walaupun badan aku naik ruam gatal, aku terpaksa pergi juga memandangkan ini kursus terakhir bagi batch pembantu penguatkuasa 2006. Some more this is for confirmation in government service. Kursus ini lebih kepada pengucapan awam. I should arrived there between 2-4pm, and the course will be held at Hotel Putra.

Apa kaedah untuk tidak nervous in public speaking yer korang??

Abah cakap "...awak bayang kat depan awak tu muka kambing, muka lembu, muka tut..tut.. (sensor sikit)..."

Mak cakap "...awak buat tak reti je, anggap yang kat depan tu semua bodoh..."

Jahat gila mak ayah aku. Sebenarnya dorang tak nak tengok aku jadi bodoh piang termanggu-manggu ketakutan. Itu kata-kata perangsang yang mungkin kedengaran seperti jahat giler diorang ni. Aku bukan takut, aku gemuruh je. Takut, gemuruh tak sama ker?

Later...

Rieha... aku ada di Hotel Putra, meh la cari aku di sana...

Jumaat, 1 Ogos 2008

Happy Birthday Mak!


Today is my mom's birthday. I nak wish dia.

When i called her this morning she said she was in BBU with abah. Taking their late breakfast. Aku nak cakap aku rindu kat mak tapi aku malu. Sebab mak memang trained aku supaya jangan manja-manja ni sejak kecil. Mak aku garang. So bila dah besar panjang ni, jadi kelu pula nak cakap sayang kat mak.

I'm a bit sentimental lately. I miss my parent so much! Last three days i rang up abah, and i cried like hell. So childish...! Memang rindu sangat-sangat. Okay out of topic pula!
We hardly celebrate birthday or any special event. My family aren't like others. Tak tau kenapa. Setakat keluar makan-makan lepas tu balik.

In my primary school dulu, aku agak tercorot. Math spoiled my world. Mak beli buku latihan matematik banyak sangat, and then she gave me due or timing to finish up my math. Lagipun mak kerja di bank masa tu. Math, math, math. Every day trained like that, i must say i can do well in Math rather than writing. Flashing back all the memories back years, aku seorang yang sangat memberontak. Suka melawan. Tapi kalau aku tak dirotan, tak disebat aku mungkin tak macam aku sekarang.

Sekarang bila dah kerja, duduk berjauhan dari family, aku rasa lain sangat. Teringinkan masak lemak ayam mak juga walaupun di kedai-kedai boleh buat. Bila dah besar panjang macam ini, beli popiah ke, kuih koci ke, mak punya juga paling sedap. Daus kata nasi ayam mak aku paling best yang pernah dia jumpa. Aku rindu nasi ayam mak aku.

Aku teringat masa aku nak masuk UiTM dulu, kan kena buat medical check up? Aku pergi dengan mak. Masa registeration orang kat kaunter tu boleh tanya aku "Ini kakak ke?". Marah...marah... Orang nampak mak aku muda lagi okey. No wonder abah boleh cemburu poyo lagi.

Itulah serba-serbi cerita mak aku. Banyak lagi keistimewaan dia. Gambar setahun yang lepas masa birthday abah. Mak suka sangat air kelapa. Nampak macam mak juga suka sangat pada budak-budak ini. Itukan tanda dia nak cucu...? Uwaa!!





Mak, you are the best thing in the world. No one can ever took your place. I love you mak.
Happy birthday!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...