Cari Blog Ini

Selasa, 31 Januari 2012

Pil Kurus dari Turki

Datang sorang kawan dengan lenggang lenggok membawa sampul pos ekspress.

"Syim, pil kurus awak dah sampai..."

Aku mana pernah order pil kurus online. Haha. Boleh jadi kad kahwin. Siapa pula yang nak kahwin ni? Minggu ni saja aku dah terima 4 kad jemputan kahwin.

Tapi rupanya dari blogger yang baru balik Turki. Wah tenkiu!!

Saya dah terima!!

Terima kasih tanda ingatan
p/s: nanti pi jalan mana-mana jangan lupa kat cheq no....

until then.... bye!

I am deeply sorry

An apology is a good way to have the last word. ~Author Unknown



*Countdown start today

Isnin, 30 Januari 2012

Premium Beautiful: Bagaimana hendak mengira saiz yang sesuai untuk anda?

Kalau anda malu untuk orang lain mengukur badan anda, boleh je kalau nak buat sendiri. Tapi kena make sure ukuran itu tepat dalam ukuran cm. Jangan tipu-tipu ukuran. Karang bila dah order corset, dah terima dalam tangan... ketat pula sampai tak bernafas bila pakai. Kemudian masukkan figure yang anda ukur tadi dalam calculator ini. Mudah saja kan?
Untuk sebarang pertanyaan boleh contact saya. until then.... bye!

Jumaat, 27 Januari 2012

Saya nak bunuh diri...

credit: Google

MITOS
Orang yang bercakap tentang bunuh diri, tidak membunuh diri. 
FAKTA
Mana-mana 10 orang yang akan melakukan, 8 telah diberi amaran pasti  dengan niat untuk membunuh diri mereka. 


MITOS
Orang yang bercakap tentang bunuh diri, tidak membunuh diri. 
FAKTA
Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang membunuh diri memberikan banyak petunjuk dan amaran mengenai niat mereka untuk membunuh diri. 


MITOS
Orang membunuh diri memang berniat untuk mati. 
FAKTA
Orang-orang yang membunuh diri belum membuat keputusan mengenai hidup atau mati, dan mereka menggunakan kaedah “gamble with death”, berharap ada orang lain untuk menyelamatkan mereka. Hampir tiada satu pun kes membunuh diri tanpa membiarkan orang lain tahu bagaimana mereka rasa. 


MITOS
Apabila seseorang itu ingin membunuh diri, mereka akan berterusan berkeinginan yang sama.
FAKTA
Individu yang ingin membunuh diri hanya untuk tempoh masa yang pendek. 


MITOS
Bunuh diri adalah diwarisi atau penyakit keturunan
FAKTA
Ia bercorak individu


MITOS
Bunuh diri lebih kerap berlaku di kalangan orang kaya, atau sebaliknya, hampir secara eksklusif di kalangan golongan miskin
FAKTA
Bunuh diri bukan penyakit orang kaya, mahupun orang miskin. Bunuh diri berlaku dalam semua peringkat masyarakat. 


MITOS
Bila krisis untuk membunuh diri dalam diri seseorang berkurangan bermakna bahawa tiada lagi risiko untuk orang itu membunuh diri.
FAKTA
Kebanyakan kes bunuh diri berlaku kira-kira selepas 3 bulan individu mempunyai kekuatan untuk meletakkan pemikiran dan perasaannya untuk membunuh diri.


MITOS
Orang yang cuba bunuh diri hanya mencari perhatian
FAKTA
Kebanyakan orang yang sering berfikir untuk bunuh diri hanya inginkan orang yang ikhlas menghulurkan tangan untuk membantu. Tangisan dan permasalahan mereka tidak harus dipandang ringan.


MITOS
Bercakap mengenai bunuh diri menggalakkan orang ramai untuk melakukannya.
FAKTA
Bila sesuatu permasalahan diberikan perhatian, orang yang ingin membunuh diri berpeluang untuk meluahkan perasaan dan sekurang-kurangnya menenangkan diri mereka


MITOS
Semua individu yang membunuh diri adalah pesakit mental, dan bunuh diri ialah perbuatan orang gila.
FAKTA
Kajian beratus-ratus nota bunuh diri yang tulen menunjukkan bahawa orang-orang membunuh diri adalah seorang yang sangat tidak gembira dengan kehidupannya dan tidak berpuas hati, mereka tidak semestinya menghidapi sakit mental



Sumber: Befriender Malaysia


until then.... bye!

Khamis, 26 Januari 2012

Bila saya rasa TAK BEST!

Saya cepat ikut perasaan. Percaya pada rasa amarah hasil hasutan syaitan. Cepat melatah.
Bila saya terikut-ikutkan emosi, maka macam-macam bencana boleh berlaku. Saya dah kusut.

Kerana kecewa yang amat sangat, saya deactivate FB sekali lagi. Cerita dulu klik sini.

Kenapa saya dilayan sebegini dikala saya memerlukan kekuatan semangat orang tu. Owh kenapa? Untuk menumpang perhatian pun nak kena mengemis. Kenapalah kamu menyedihkan sangat Syima? Aura malang di awal tahun naga.

Tiada kata-kata yang sesuai buat masa ini. Saya tak mahu mencemarkan tahun 2012 dengan carutan atau cerita-cerita sedih di dalam blog.

Harap emosi berkabung saya ini tak lama.


until then.... bye!

Premium Beautiful : Apa kebaikannya?

Dah ada PB sendiri? Ayuh kaji kebaikkan PB pula.

Kebaikan Premium Beautiful dalam MEMBENTUK BADAN!!!
  • Dapat membentuk KONTUR KESELURUHAN badan yg menarik serta bentuk badan yg sihat & seimbang
  • Dapat memberi kesan secara SERTA MERTA di bahagian pinggang di mana ukuran badan akan berkurangan
  • Dapat memperbaiki bentuk badan dgn membentuk payu dara yg mempersona,pinggang yg lebih ramping dan kontur pinggul yg lebih menarik
  • Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit kerana pemakaian PB mengurangkan selera.
  • Pemakaian PB akan cepat mengurangkan berat badan melalui proses mampatan dan perpeluhan.
  • Kuasa lateks merangsang urutan secara mikro ketika anda bergerak,dengan itu dapat membantu menurunkan ukuran badan anda.
  • Menggalakkan pemulihan bentuk badan selepas bersalin kerana ia meningkatkan keanjalan badan
  • Ia berupaya memperbetulkan postur dan memperbaiki kadar metabolisme
  • Ia mengurangkan kesakitan bahagian pingang dengan pembetulan kedudukan tulang belakang
  • Kombinasi kebaikan tersebut memberi kesan yang luar biasa sertameningkatkan personaliti dan keyakinan diri.
Kesimpulannya, bentuklah BADAN anda dengan menggunakan PREMIUM BEAUTIFUL!!


until then.... bye!

Rabu, 25 Januari 2012

TUTORIAL: Bagaimana nak letak burung twitter yang pandai terbang

Cutekan burung biru ni? Kita scroll ke bawah nak baca entri yang lain-lain dia pun ikut. Pastu stop tenggek, pastu terbang lagi.

Jangan main-main, aku bela burung biru ni. Bagi makan ayam putih dengan setitik darah dari jari manis aku setiap malam Khamis.

Haha merepek lagi.

Hari ini makcik nak kongsi cara-cara untuk meletakan icon burung twitter ini. Mudah sangatlah. Sambil makan kacang kita boleh buat benda ni.

  1. Mula-mula pergi ke Blogger > Design > Edit HTML
  2. Backup dulu template (mana tau jadi apa-apakan?)
  3. Tekan Ctrl+F dan taip </body>
  4. Paste code dibawah betul-betul atas yang kita search tadi

<script src='http://bloggerblogwidgets.googlecode.com/files/way2blogging.org-tripleflap.js' type='text/javascript'> 
</script> 
<script type='text/javascript'> 
var twitterAccount = &quot;syimalicious&quot;; 
var tweetThisText = &quot; <data:blog.pageTitle/> : <data:blog.url/> &quot;; 
tripleflapInit(); 
</script>

    5.  Ganti syimalicious dengan username akaun twitter anda.
    6.  Save.
    7.  Preview blog dan burung anda pun berterbangan.

Kalau jadi bagitahu, kalau tak jadipun bagitahu, Okey?


 until then.... bye!

Selasa, 24 Januari 2012

Syiling baru ringan macam token funfair

Makcik duduk dan kerja di kampung ni seakan "jakun" bila memegang syiling baru ni. Nama nak merasa duit kertas baru yang lain-lain tu belum lagi. Tunggulah 2-3bulan baru melambak tukaran duit baru ni di Kuala Selangor.
gold plated tu
Syiling 50sen dah sama besar dengan syiling 20sen lama
suka kerawang-kerawang ni.
tapi apa motif tepi-tepi syiling tu dilekuk-lekukan?
tak berapa nak cantik...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKHIR SEKALI.... 

model tak berbayar lagi - motif nak tunjuk dah curvy. bukan syiling
HAHAHA!

until then.... bye!

Isnin, 23 Januari 2012

Nama baby sekarang memang nak panjang-panjang kan?

Biasanya kalau orang datang jenguk new born orang selalu buat dan bawa apa yer?? Bab-bab kemasyarakatan aku ni kurang sikit. Jadi blank. Nak kena orang advice dulu, bawa buah ke, duit ke,  pakaian macamana? Aku jenis pakaian macamana pun main bedal saja. 

Rasanya kawan-kawan yang lain dah datang tengok baby ini, aku saja yang tertinggal, mungkin masa mereka pergi tu aku MC kot. Kebetulan hari ini aku bekerja, dan kebetulan lalu kawasan perumahan dia maka aku singgah luangkan masa melawat mereka. Owh... si suami ini adalah rakan satu pejabat. Sampai rumah bukan terpa tuan rumah, melilau cari budak kecil ini dulu. Kemudian haruslah bergambar sana sini.

pucat tak muka saya? ke yang obvious ialah gigi kapak saya?
ada sesiapa berani biarkan aku pegang anak dia macam gini?
saya ialah mommy rock kan??
pelik? ibu dia kecik montek je, aku besar godang.
I mean fizikal orang nya bukan dadanya 
Inilah ayahnya merangkap kawan sepejabat aku. Aku selalu tak sebulu dengan dia, kalau aku sound dia kami tak ada sampai nak bergaduh dan dia tak adalah sampai nak tarik muka empat belas, tak bertegur sapa dengan aku. Professionalkan? Ye, aku yang tak professional asyik nak hamun orang saja.

anak bersusun dah. senang tua nanti
muka fotostat
teringin anak jantan, tapi rezeki anak perempuan juga
aku tak faham apa motif pakcik ni mendada
kami suka ambil gambar kontroversi
dah makin rapat. laga-laga bahu pula dia. ini ada kang dapat surat layang
baby dah rimas. siapa kata dada godang empuk, baby suka? 
baby kena agah baru nak diam. tapi tak tengok BB pula kan?
"cukup-cukuplah bergambar, saya dah mengantuk ni"
baby dah start annoyed. saya tak berjaya menidurkan dia
akhirnya terlena di pangkuan pengantin baru
Dah lena si Nur Alifah Zahirah binti Mohd Fairus 
"saya nak tidur, jangan kacau"
Itu saja aku nak cerita untuk aktiviti hari ini. Selamat tahun baru Cina ye!

until then.... bye!

Premium Beautiful: Corset yang paling selamat dan berbaloi

Premium Beautiful Bakal Mengubah Hidup Anda

Korset Premium Beautiful telah lama berada dalam pasaran dan memberi manfaat kepada ramai wanita di luar sana. Produk ini:
premium beautiful superbrand
  • Jaminan seumur hidup untuk semua kerosakan
  • Mendapat pengiktirafan Superbrand
  • Menggunakan teknologi Jepun, Taiwan, Jerman dan Amerika Syarikat
  • Menekankan 70% kesihatan dan 30% kecantikan



Foundation Lingeries Premium Beautiful

Pastikan bahawa anda boleh mencapai keputusan yang dikehendaki tanpa ubat-ubatan dan pembedahan.

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan Premium Beautiful corset:
Potongan berdasarkan reakabentuk three-dimensional tubuh. Ia membantu peredaran darah dan metabolisme, mencipta sinergi lengkap dengan tubuh manusia. 
Berkeupayaan menyerap peluh dan membolehkan peredaran udara. Ia boleh dicuci dengan mudah sementara tetap mengekalkan daya tahannya 
Dapat ditarik ke segala arah, 360 darjah elastik sepenuhnya serta menampung aktiviti tubuh dengan bentuk asli. 
Sinar infra merah membantu meningkatkan elastik dan bentuk payudara. 

Long Brassiere



premium beautiful corset
long brassiere

Kelebihan Long Brassiere

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Meransang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik


Long Girdle 


premium-beautiful-girdle
long girdle

Kelebihan Long Girdle
1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan


Waist Nipper



premium beautiful waist nipper
waist nipper

Kelebihan Waist Nipper
1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki






until then.... bye!

Ahad, 22 Januari 2012

Konsert Abam Rain di Litar Sepang

Antara video yang orang lain ambil time concert. Dem! I can't bring my D90!

 


Hip Song yang orang lain amek

Fresh woman yang aku tergila sekejap tengok lembut pinggang dia menggelek. Delicious!

 


Setakat ini dahulu,

 

Isteri benteng cegah godaan

DARIPADA Jabir, katanya, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Apabila ada di antara kamu yang tergoda hatinya kepada seorang wanita, maka hendaklah dia pulang kepada isterinya untuk melepaskan rasa rindunya. Sesungguhnya yang demikian itu dapat mententeramkan gejolak hatinya." (Hadis riwayat Muslim)

Rumah tangga orang beriman adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri.

Rumah yang didiami bukan sekadar tempat berlindung daripada panas dan hujan, bahkan menjadi tempat untuk beristirehat, membina kasih sayang antara ahli keluarga, anak dan isteri serta mencari keredaan Allah.

Sesungguhnya, alasan yang paling kukuh mengapa manusia itu perlu berkahwin disebabkan tuntutan psikologi.

Dengan perkataan lain ia adalah fitrah yang dijadikan oleh Allah. Maka, atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, kadang-kala manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat.

Sebab itulah Islam memuliakan sebuah perkahwinan dan amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin seperti sabda Rasulullah yang maksudnya: "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)." (Riwayat Bukhari)

- Petikan hadis harian Jakim.

Sabtu, 21 Januari 2012

Sorry Folks...

Previous entries semua dah lebur...

UNDER MAINTAINANCE

*nanges makcik nak godek semula html code. Lemah!


until then.... bye!

Rabu, 18 Januari 2012

Hidup dalam kehidupan yang cibai!

‎"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"




Tapi...
Seriously aku macam dah putus asa. Hidup ni adilkan?


Hidup aku diasak dengan macam-macam hal lah. Aku tak pedulilah masalah orang lain. Semak! Serabut!


Babi!




Sekian, terima kasih




Selasa, 17 Januari 2012

Kenapa saya fobia untuk berkahwin : Part 1, Isteri curang dan bermadu

Sejak dulu aku sering menjadi tempat luahan rasa seseorang tak kira jantina atau umur. I'm a good listener. :) Yang terbaru, seorang yang aku boleh anggap seorang bapa (kerana beza umur kami 25 tahun) datang berjumpa dengan aku kerana dugaan tak putus-putus menimpanya. Beliau kusut.

Perkataan pertama yang aku boleh cakap, aku simpati / kesian dengan apa yang berlaku.

Persahabatan kami atas nama kerja menjangkau 10 tahun, jadi aku kenal hati budi, perilaku En A. Aku bercerita bukan nak mengaibkan beliau, sekadar untuk pengetahuan kita semua supaya boleh dijadikan teladan. 

Dalam soal bermadu, rupanya bukan semua lelaki jahat. Dalam 1000 lelaki jahat beristeri ramai, inilah pertama kali aku jumpa lelaki yang telus dan baik. En A telah berkahwin 30 tahun lalu dan dikurniakan 6 orang cahayamata (anak nombor dua sama umur dengan aku) serta seorang isteri yang baik dan mempunyai seorang cucu. Tapi disebabkan gatal anu atau dah jodoh dia, En A berkahwin lagi dengan seorang wanita dari seberang pada awal tahun 2000. 

Isteri ke dua kufur nikmat / tak tahu bersyukur

Dikurniakan seorang anak dari perkahwinan isteri ke dua (Si B), En A bekerja siang dan malam. Dari pengakuan beliau kadang-kadang berlaku ketidakadilan yang minor terhadap Si B. Kenapa aku pandai-pandai cakap Si B yang beliau tak pandai bersyukur? 

Alkisah, diawal fasa perkahwinan semuanya okey. Servis tempat tidur, makan pakai, rumah semua terurus. Sampailah En A memberi kebenaran kepada Si B untuk mencari kerja kerana kasihankan isterinya tidak berkawan.

Bagaimana nak bekerja dalam Malaysia ni kalau tiada pengenalan diri yang sah? Maka usaha la si suami untuk mendapatkan Visa, Kad Pengenalan PR, lesen memandu kereta dan motor. Siang malam bekerja untuk menyara kedua-dua keluarga. Even wang persaraannya nanti telah awal-awal lagi dibahagi secara adil dan didokumentasikan secara sah. Dari segi pembahagian masa untuk bersama En A telah membuat perjanjian bahawa isteri pertama akan mendapat waktu kualitinya pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi Si B mendapat hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu bekerja. Cuma kadang kala akan di-switchkan masa itu.

Usah cerita lah perit jerih En A ke seberang dan menikah, diwalikan oleh bapa Si B sendiri, balik semula ke Malaysia dan didenda, tentangan keluarga sendiri dan kemudian membuat dokumen pengenalan diri Si B secara sah kerana sayangnya kepada isteri ke dua.

Disangka mendung sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Kebebasan dan kepercayaan En A terhadap Si B telah disalahgunakan olehnya. Si B mempunyai hubungan sulit dengan orang lain di tempat kerjanya. Pada mulanya angin berita tersebut ditepis sebaiknya oleh En A. Menganggap Si B tak mungkin mengkhianati beliau. 


Bangkai tikus boleh ditutup, tapi tak mungkin bangkai gajah. Tuhan itu Maha Kaya. Selang empat tahun perkahwinan, suatu malam sewaktu En A dan Si B bersama-sama menonton cerekarama "Sehangat Lantana" (cerita pasal isteri curang), Si B jadi tak keruan. Berlarutan seminggu sikapnya itu dan suatu hari Si B histeria dan meracau-racau. (Mungkin terlalu memikirkan sesuatu, jiwa tertekan lantas memudahkan gangguan makhluk halus.) En A pergi merata mencari dukun. Bila Si B sedar, beliau menangis-nangis mohon maaf dan mengaku telah terlanjur dengan lelaki hubungan sulitnya itu.

Korang boleh bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami?

Everyone deserve a 2nd chance. Kerana anak dan hati masih sayang En A memaafkan Si B. Dipendekkan cerita (nak cerita keseluruhan memang tak habis entry ni 10hari 10malam) selang 5 tahun Si B buat hal lagi, kali ini dengan jantan Lombok. Orang Lombok kan sweet talker? Si B dengan berani meminta cerai atas alasan En A tidak adil dan kurang perhatian padanya. Minta cerai! Tak payah lah nak cerita tentang hukum, sebab perkara itu memang berdosa. Si B tidak lagi melayan En A secara zahir apatah lagi batin. 

Secara psikologinya bila tiada lagi rasa cinta atau sayang, maka tiada lagi perasaan ingin bersama. Am I correct? Batin Si B mungkin telah diserahkan secara mutlak kepada jantan Lombok ini. En A tawar hati. Apa yang patut beliau lakukan pada saat ini? Semua dah buat, menasihati sampai berbuih mulut, memisahkan tempat tidur dan pukul yang tidak memudaratkan, merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama tapi tiada hasil. Si B memang tak mahu kembali pada En A. Hampir dua bulan En A tidak dipedulikan biarpun beliau berusaha memujuk.

Aku menangis.

*****

Aku tak ada pengalaman untuk menasihati bab-bab ini, berdasar logik akal aku berkata berpisah cara yang terbaik. Rosak psikologi kanak-kanak melihat si ibu membuat perkara maksiat dengan lelaki yang bukan bapanya. Jadi aku merasakan En A patut tuntut hak penjagaan anak, tarik semula taraf PRnya, visa dan segala-galanya. Biar Si B tahu langit tinggi rendah.

Memanglah ini cerita kehidupan orang, tapi aku takut sekiranya aku juga tergolong dalam isteri-isteri curang ini suatu hari nanti. Kita tak tahu masa yang ke depan. Macam-macam cara tuhan nak menduga hambanya. Ini bukan cerita Ombak Rindu. Bukan semua orang suka melihat kita bahagia, dicucuk sana cucuk sini, menghasut dan sebagainya kerana kita yang tidak tetap pendirian mudah terusik imannya.

Aku takut. Sebab ex-bf aku cakap aku perempuan yang tak tahu erti setia walaupun hakikatnya aku adalah seorang yang sangat setia. Bila kerap diulang-ulang maka terhasillah aku yang memang tak tahu untuk setia. Ahhh! Soal kahwin bukan untuk sehari dua. Aku tak mahu fikir risikonya. Lagipun pada umur 30an, soal untuk membina keluarga macam dah terlewat. Tak lama selepas itu, menopous. Dalam pada itu si suami akan menikah lagi. :(

Tak mahu kahwinlah. Takut. Nanti aku jadi isteri yang derhaka
The end. @0220hrs


Ahad, 8 Januari 2012

Encik ex-boyfirend dah nak kahwin?

Ni antara update terlaju aku. Hihi

Hajat petang ini aku nak ke stadium untuk mencari stamina. Dalam erti kata lain jogging la. Tapi tengok rumah serupa tongkang pecah, duduk balik di sofa... termenung. Tak tahu nak buat mana satu.

Gatal tangan. Mengadap notebook semula. Konon nak check Nuffnang. Blogger tak aktif tak meriah lah menjana kewangan di situ, tetiba terasa hati sangat nak tengok  keyword search. Dan TER-pandang "padang piol map kawen". Hampir terpengsan aku... Tapi tak pengsan pun, cuma berderau rasa darah naik ke kepala.

Jangan tanya aku betul ke tidak. Sebab aku tak nak ambil tahu. Tak teringin nak tahu (TIPU!!). Tak mahu tahu. Lagipun buat apa nak ambil tahu? Cukup-cukuplah 3 tahun jadi perempuan simpanan dia dulu. Tak sepatutnya aku terkejut, kalau dia kahwin dulu dari aku pun sebab dia memang layak. Orang mulia taraf-taraf syurga ni memang murah rezeki kan??

Eh tahniah la ex-boyfriend!



Jumaat, 6 Januari 2012

"Kita boleh buat bukti di mahkamah esok"





LOL! KANTOI...

Singa betina mengamuk. Garang sangat. Kalau macam ni lah gayanya, aku setuju sangat kalau laki tua ni kahwin lain. Haha! Tak ada diplomasi langsung. Yang pukul awek karat tu kenapa? Pukul lah laki tua tu sebab gatal. 

Selalu kalau perang macam ni si perempuan mesti pergi serang orang ke tiga. Ye lah, I'm not in her shoe. I can say anything I want at this moment. Tapi kenapa serang yang orang ke tiga tu? Cuba fikir, kalau laki kita tak melayan, jadi tak secret love affair tu? 

Apa punca laki kita ni cari lain? Sebab kita garang sangat ke? Tak manja? Jarang nak masak untuk dia ke? Tak suka kemas rumah? Gemuk sangat ke? Banyak sebab...kan?

Si anak pun tak betul, siap bakar lagi mak dia suruh pukul awek karat tu.

Sorrylah aku rasa lawak sangat. 

"aloh gilo demo nih!"

"kalu semua nak tau perenpuan ni memang gatal"

I just love the slang. Hihihi

P/S: Yang... nak date kat hospital pun tak selamat ni, camana?? Haha

 

Khamis, 5 Januari 2012

Perempuan simpanan? Kekasih gelap? Apa beza?

Perempuan simpanan

Apa yang korang faham tentang perempuan simpanan?
Perkataannya sahaja menunjukkan sesuatu yang tak baik. Kotor. Tidak bermaruah. Kasar sekali bunyinya kan?
Jadi mistress pada orang kaya lah best, semua dapat!
Perempuan simpanan atau mistress atau gundik atau kekasih gelap, sama saja maksudnya. Barang/objek simpanan sang lelaki. Bermotifkan keseronokan dan seks. Mungkin fahaman aku dan orang lain tak sama, atau boleh jadi sama. Jadi aku rasa macam nak share untuk menghuraikan pengertian perempuan simpanan dalam bahasa aku.

Dalam wikipedia,

A mistress is a long-term female lover and companion who is not married to her partner; the term is used especially when her partner is married. The relationship generally is stable and at least semi-permanent; however, the couple does not live together openly. Also the relationship is usually, but not always, secret. There is an implication that a mistress may be "kept"—i.e., that the lover is paying for some of the woman's living expenses.
Keyword dia di sini; wanita belum berkahwin yang bersama dengan lelaki yang sudah berkahwin. Secretive.

Perempuan simpanan tak boleh disamakan sebagai pelacur sebab pelacur menggunakan transaksi seks tanpa melibatkan sebarang perasaan untuk mendapatkan wang dan akan tidur dengan ramai orang. Tapi perempuan simpanan ekslusif untuk seorang lelaki sahaja. Mungkin dalam kes-kes terpencil perempuan simpanan mempunyai hubungan ekslusif bersama lebih dari seorang lelaki. (Tapi macamana nak ukur kesetiaan kalau dah ramai?)

Kekasih gelap

Kekasih gelap pula bukanlah disebabkan pasangannya adalah gelap, oleh kerana hubungan itu tersembunyi maka kekasih tak sah taraf ini dipanggil kekasih gelap. Kawan-kawan sekeliling tidak akan tahu menahu tentang hubungan ini. Rahsia. Bergantung pada individu. Tak seperti normal couple di alam percintaan yang lain, kalau boleh mereka nak war-warkan tentang hubungan mereka pada kawan-kawan, facebook, twitter dll.

Menjadi perempuan simpanan dikatakan semua keperluannya ditaja. Dari undergarment, dress, perfume, aksesori, rumah, kereta dll semua dipenuhi oleh si lelaki. Di sini bezanya status perempuan simpanan dan kekasih gelap. Bezanya ialah kekasih gelap tidak afford untuk menaja semua keperluan si kekasih. Nak beli spender untuk "bersama" pun si perempuan itu sendiri yang beli guna duit sendiri.Cuma sesekalilah bila si lelaki itu dapat bonus atau menang judi, merasalah si perempuan ini seutas jam, contohnya. Penggunaan kekasih gelap ini sesuai untuk pasangan yang lelakinya tidak mewah, hidup sekadar di kelas pertengahan atau bawah lagi. Atau mungkin berduit tapi tak mahu berbelanja besar pada perempuan mainan sementara. Kiranya status kekasih gelap ni adik kepada perempuan simpanan.
Isteri sekarang pun dah pandai "makan luar". This picture refer to the man hiding under the bed.
Kenapa nak jadi kekasih gelap kalau tahu tak mampu?
Bukan tak mampu. Lelaki kan tak pernah puas dengan yang satu.? Yang halal disimpan di rumah, yang haram itu lebih nikmat. Ahh! Sama saja lelaki perempuan. Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak jadi semua ni. Pokoknya manusia tak pernah puas. Dah nama kekasih biarpun kekasih gelap, sharing is caring kan? "Duit  I duit you juga. Kita masing-masing ada komitmen. Kita tempuh susah senang bersama-sama." So dalam erti kata lain, sama-sama menaja satu sama lain. Haha!

Isteri ke dua, tiga dan empat adalah perempuan simpanan

Aku juga mempunyai anggapan menjadi madu yang sah taraf turut boleh di samakan sebagai perempuan simpanan tapi versi halal. Jangan nak melenting tak tentu pasal ye ahli-ahli agama yang lain. Aku cakap berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan melalui bacaan dalam merata blog dan artikel. Kenapa aku cakap macam tu? Gugel sendiri lah. 70% bercerita mengenai penderitaan, berat sebelah, tak adil yang dilakukan si suami. Realiti manusia akhir zaman. Mesti ada orang cakap, "Saleh Yacob pun boleh kahwin empat. Tak ada masalah pun kan?" Korang dah cek gaji dia, side income dia berapa? Bila banyak duit, boleh allocate bulan-bulan besar, hati, perut, jiwa dah kenyang, isteri-isteri tak kan bunyi la bro. Lagi satu, ilmu agama cukup tak?
Yang common berlaku, kalau kahwin ramai ni selain nak mengikut sunnah Nabi (kononnya), mereka ni lebih kepada "gatal batang" atau strategi untuk dapatkan income household per month lebih dari isteri-isteri.

Nikmat sementara, sedap sama2,
untungnya adalah lelaki
Menjadi perempuan simpanan atau kekasih gelap tak serumit permohonan nikah di Malaysia. Tidak perlu hantaran atau mas kahwin ribu-ribu. Tidak memerlukan dokumen untuk ditandatangani. Tidak memerlukan pengesahan majikan atau ahli keluarga. Both parties main peranan. Si lelaki tanya "How?", dan si perempuan cakap "Deal!" = DONE. Dengan cuma persetujuan si perempuan atau si lelaki, berbekal rasa suka dan senang hati, jalinan hubungan terlarang ini berlaku.

Tepuk dada, tanya selera. Berselerakah anda untuk menjadi objek seks pada mereka ini? Padankah pulangan atau keuntungan masa dan tenaga yang anda bazirkan untuk perhubungan sebegini? Kalau disuruh tepuk dada, tanya IMAN dah tentu perkara ini salah, berdosa. What say you?


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...