Cari Blog Ini

Khamis, 30 Oktober 2008

10 Alasan Lelaki Tangguh Kahwin

Adalah seorang minah di pejabat aku yang begitu prihatin terhadap permasalahan aku (yang sibuk-sibuk nak kawin, tapi tak kawin-kawin juga). Dia emailkan aku menatang ni. Terima kasihlah Cik Sab. Aku tahu kamu mesti bermotifkan cubaan memerli dalam senyap.

Ada betoi ke kaum adam semua?? Sila komen...

Lelaki melengahkan urusan perkahwinan kerana:

  1. Sumber Kewangan Tidak Mencukupi
  2. Ramai wanita tidak tahu betapa sukarnya seorang lelaki mengumpul wang untuk perbelanjaan sebuah majlis perkahwinan (mas kahwin dan hantaran). Meski pun mas kahwin telah ditetapkan mengikut adat dan akta negeri masing – masing, namun ada segelintir ibu bapa yang sewenang – wenangnya meletakkan nilai mas kahwin dan juga wang hantaran anak mereka sesuka hati. Malah ada yang melampau sehinggakan mencetuskan pandangan serong seseolah seperti ingin "menjual anak".
    Pendapat aku: Ibubapa kita dah belanja berpuluhan ribu untuk kita ke menara gading. (Aku tak sampai menara gading pun, boleh kasi kawtim) Takkan nak letak RM1k je untuk hantaran kan?? RM1k tu celah gigi je. Nak jamu orang dengan pasir ke? Bukan niat mereka nak jual anak, puncanya kalau kita letak hantaran rendah-rendah, tanggapan orang sekeliling pula. Orang melayu kan suka ghosip. Biar letak mahal-mahal, nanti si Lelaki tak sewenang-wenangnya nak buat main or buka cawangan baru kan? Biaq depa pikiaq sikit.

  3. Kereta vs Kahwin
  4. Lelaki akan bersusah payah memberikan keselesaan kepada buah hatinya. Kereta diangap sebagai sesuatu yang amat penting bagi sebarang urusan kehidupan termasuklah hubungan. Adalah amat penting bagi lelaki memiliki sebuah kereta (walaupun kecil dan murah) demi memastikan statusnya dimata buah hati sentiasa terpelihara. Bak kata mereka, "tak ada kereta, perempuan takkan pandang".
    Pendapat aku: Ye ker?? Ada je orang hidup bahagia naik motor bagai...sebenarnya perkara ini lebih kepada persefahaman. Normal lah mula-mula nak hidup, kena merangkak dulu. Kira durian runtuhlah ko dapat laki bawa Caldina kan?(gambar sebelah adalah gambar contoh, tiada kena mengena dengan keluarga tersebut)

  5. Payah bertemu yang bekenan di hati
  6. Fakta sebenarnya, memang sukar buat lelaki menemui gadis pilihan hati, apatah lagi wanita zaman sekarang serba – serbi memandang harta dan kemewahan. Dalil lelaki, "ada duit, sayang abang, tak de duit abang melayang".
    Pendapat aku: Lelaki sekarang MEMILIH. Memang memilih itu penting, tapi berpada-padalah. Ko dah tau muka ko tak macam Hans Isaac tapi ko nak berbinikan Erra Fazira. Logik tak? Lepas tu demand nak perempuan pandai masak, ko tu boleh ke jadi Imam?? Lagi satu, kalau ko dulu mat rempit, mat pet, kaki perempuan, kaki minum, kaki pukul pastu ko nak ustazah? Ukur baju di badan sendiri??

  7. Belum sampai jodoh
  8. Sebetulnya, jangankan teman wanita, kekasih hati pun masih belum ada.
    Pendapat aku: Jodoh bukan datang bergolek. Tuhan kata doa dan usaha perlu seiring. Dalam kes aku, aku dah berusaha tapi kurang berdoa. Padan muka sendiri.

  9. Terlalu banyak halangan
  10. Lelaki amat tidak menyenangi beberapa akta dan undang-undang perkahwinan yang diwajibkan ke atas mereka. Kursus kahwin dan ujian HIV antara beberapa perkara yang membantutkan hasrat lelaki untuk terus memikirkan soal berumahtangga. Apatah lagi jika wujudnya konflik tentangan antara Keluarga.
    Pendapat aku: Halangan pada hemat aku menjurus kepada Keluarga. Keluargalah kadang-kadang punca dan penyumbang utama kenapa lelaki tak mahu kahwin. Tambah-tambah lagi kalau si lelaki itu anak sulung atau anak emas. Susah wei! Famili terlalu bergantung kepada dia. Semua nak dia yang handlekan. Lepas tu nak jadi cupid match-making kan. Aduh! Sudah-sudahlah adat karut itu. Tak semua match-making itu berjaya. Setakat ujian HIV segala jadah itu tak jadi isu pun.

  11. Masih belum bersedia
  12. Kenyataannya, memikul tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin keluarga memang satu tanggungjawab yang besar dan berat. Wanita tidak ambil endah atau ambil pusing tentang itu semua. Diri sendiri kurang terurus, inikan pula ingin berumahtangga.
    Pendapat aku: Di mana ada kemaluan kemahuan di situ ada jalan. Kahwin bukan SEKS semata-mata. If he willing to change, everything possible what?
  13. Ilmu masih cetek
  14. Soal kemampuan zahir dan batin bukannya punca utama lelaki mengelak dari berumahtangga. Lelaki perlukan masa untuk mengenal anatomi terutama sekali soal hati dan perasaan seseorang wanita. Ini kerana lelaki enggan dipersalahkan jika rumahtangga ditakdirkan goyah atau huru-hara. Kerana akhirnya, lelaki juga yang dipandang hina.
    Pendapat aku: Seperti No. 6

  15. Membimbing vs dibimbing
  16. Berkahwin bukan sahaja menuntut tanggungjawab kepada keluarga malah lebih berat lagi kepada pasangan. Apa akan jadi jika anda dan pasangan anda serentak sahaja kerenahnya? Bukannya mudah mencari atau mendapatkan pasangan yang memahami. Yang tahu membawa diri dan tahu peranan haluan sebagai isteri.
    Pendapat aku: Seperti No. 6

  17. Pernah dikecewakan
  18. Hujah lelaki, wanita kerap kali mengecewakan hati mereka. Gara-gara segelintir wanita yang memburu kemewahan duniawi, ramai lelaki yang patah hati. Sanggup mengejar mereka yang bergelar duda atau orang tua semata-mata kerana RM dan harta. Apabila berjaya, yang tulus mengasihi akhirnya kecewa merana sendiri.
    Pendapat aku: Tak de maknanya! Habis kalau dulu korang jadi mat bunga, jual cinta sana sini, terima lah pembalasan. Itulah pentingnya nawaitu. Kalau niat dah tak betul, memanglah tuhan kasi ajar sikit.
  19. Beratnya tanggungjawab
  20. Memang tepat! Tanggungjawab lelaki memang besar tidak seperti wanita, serba-serbi ditanggung lelaki. Semasa bujang, wanita dtanggung oleh bapa atau saudara lelaki. Selepas berpunya, wanita ditanggung sepenuhnya oleh suami. Namun ironinya hakikat kini ramai kaum isteri yang sama membanting tulang menggalas tanggungjawab keluarga walaupun sepatutnya menjadi hak mutlak lelaki bergelar suami.
    Pendapat aku: NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH. Apa salahnya isteri membantu kan? Tapi janganlah sampai semua nak si isteri tanggung. Lemaklah tu. Silap hari bulan lelaki ambil kesempatan di atas keistimewaan ni dan dia pasang satu lagi. Siapa susah?


Sumber ilham dari email.
Sumber gambar dari google.

Rabu, 29 Oktober 2008

Selamat Tinggal Kulit Lama Ku


Biar betul??


Aku bersalin kulit? Takkan kot?


Mesti itu yang melintas difikiran korang semua.

Aku nak cerita tentang aku yang sudah menukar baju untuk blog ni. Ntahlah, aku cepat jemu sebenarnya. Ok tak imej baru aku ni?? Imej ke??



Selamat tinggal kulit lamaku...


*Tak ada ke orang yang baik hati nak buat header untuk aku macam blog mereka ini dan ini ?? Anyone?? Mentang-mentang aku tak femes...

Apa aku nak buat dengan benda ini?



Bersinar tak? Sakit tak mata korang?

Aku pernah meminati rama-rama. Sangat suka dengan apa jua barang berbentuk rama-rama. Gila dengan icon rama-rama. Pernah menyimpan cita-cita nak buat tatoo rama-rama atas bahu atau punggung macam Mariah Carey. Tapi itu dulu. Lepas banyak orang mengandaikan rama-rama itu sinonim dengan perempuan murahan. Bodoh! Otak cetek! Sekarang aku tak beria sangat kalau nampak barangan berbentuk rama-rama.



Ini antara koleksi terawal aku. Jam ini masih boleh digunakan lagi, cuma ia berdebu sebab tuan jam ini pemalas. Malas nak lap debu-debu itu.

Ini sebahagian barang-barang yang terkini.


Nak kata banyak tu tak adalah, tapi aku ada lah koleksi rama-rama. Ada yang orang hadiahkan, ada yang beli sendiri. Jangan tak tahu, setengah orang kenal aku dengan nickname Butterfly dulu. Even sekarangpun kalau aku perkenalkan diri sebagai Syima orang tetap kenal Butterfly dari Syima.

Last year Chenta hadiahkan satu brooch sempena hari jadi aku. Tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak pakai brooch tu. Brooch yang mana? Brooch rama-rama warna biru tu lah. Korang tengoklah, hampir sebesar tapak tangan aku.
Nak cucuk kat mana? Ni atleast jadi pin cucuk pada selendang ke kan?



Korang ada idea?

Selasa, 28 Oktober 2008

Life Mein Kabhie Kabhie dan Sivaji The Boss

Siapa tengok cerita ni kat TV2 semalam? Hahaha katanya Deepavali. Banyak lah cerita-cerita Tamil & Hindustan.

Memandangkan cuti umum semalam, aku tak ke mana pun. Bersantai di rumah saja. Tengahari rasa lapar, pergi makan dekat open house. Kebetulan sangat ada jemputan. Itu dinamakan rezeki. Balik rumah tengok cerita Hindustan.

LIFE MEIN KABHI KABHI
Housemate aku tak berapa layan Hindustan, itu yang membuatkan aku pun dah lama tak tengok cerita Hindustan ni. Pertama: malulah kalau orang tahu kita tengok cerita tipu, tumbuk hero tak mati, peluru tak pernah kena hero dsb. Kedua: Nanti orang kata poyo pula, sebab cerita Hindustan sinonim dengan adegan syahdu yang secara tak langsung membuat kita menangis sekali. Tapi cerita Hindustan sekarang dah tak banyak main tumbuk-tumbuk. Dah pandai masuk adegan-adegan panas yang mengghairahkan.
Lagu yang pada aku sangat feeling ialah lagu Hum Khushi Ki Chah Mein. Sila dah download untuk dengar sendiri dan sinopsis cerita ini. Gigih tao aku mencari. Hahahah dah sampai mood jiwang!!

SIVAJI THE BOSS
Cerita ni lagi tak boleh blah. Dia ni lah hero. Kata hero, baling ke dinding pun pengsan je, kena electric shock pun tak mati. Kan dah cakap, cerita depa ni banyak merapu. Tapi jalan cerita dia banyak isi untuk kita adapt dalam kehidupan. Macam nak diaplikasi je kat Malaysia. Siapa sanggup jadi macam dia, yang berani memperjuangkan hak rakyat? Yang menghapuskan korupsi dan hipokrasi pihak atasan kerajaan yang tahu makan suapan je? Asal nak buat development atau apa-apa je lah kena ada "duit poket" masuk kat certain-certain parti. Macam shial kan? Kasi bunuh orang-orang macam tu!! En Sivaji, tolong selamatkan MALAYSIA!! Yang tak berapa best dalam cerita ni bila si isteri boleh ada sifat percayakan dengan orang luar. Tak baik macam tu, kita sebagai isteri tak boleh meragui si suami melainkan sejarahnya dah memang puaka.(Ceh wah... cakap macam dah ada laki je aku ni..) Dalam filem ni, si Sivaji ni amatlah berbakti dengan semua orang. Kiranya malaikat lah tu. Patutnya si isteri kenalah percayakan??
Part yang paling aku suka bila Sivaji ada style masukkan duit dalam poket dia. Bergaya beb.

Oklah, nyamuk dah start main pusing-pusing kat badan aku ni. Kang ada yang kena sawan nyamuk ni. Aku chow dulu.

Isnin, 27 Oktober 2008

Red Bull


Dah 10 hari berlalu. Aku merasa sangat ralat. Kenapa?

Aku tak masuk contest Red Bull tu. Walaupun perkara itu dah lepas, tapi aku nak korang tahu perasaan aku. Sekiranya dinding selembut tilam, akan ku hantukkan kepala ini. Huahuahua, rasa menyesal tapi dalam masa yang sama rasa menyampah.

Masa on the way back to Johor (Raya ke 3) aku terdengar satu iklan di radio mengenai Red Bull's Female Driver Search. Siap bagi wed's address untuk maklumat lanjut. Wah menggelitik aku tau. Teruja teramat! Tapi memandangkan kami sekeluarga nak ke Kedah pula aku, harus lah ku sabarkan hati aku untuk check website tu. Kan aku cuti raya lama hari tu?

So aku dah masuk kerja on the 7th, aku terus terjah ke website tersebut pada malamnya.

Best! Best! Best! Klik lagi...

So inilah form untuk di-fill up-kan. Semua itu macam kacang je. Last question yang aku highlightkan itu pun bisa diatur.
Aku klik lagi... Kali ini aku klik untuk tengok siapa yang dapat jadi female driver Red Bull.

I found out about the rookie. Then after reading a few sentences aku dah mula rasa hampa. Tak perlu baca panjang-panjang la. Aku klik lagi pada gambar-gambar rookie itu.


Ok tak perlu diperjelaskan lagi. Pemilihan tersebut mesti la dishort-listedkan untuk gadis kurus tinggi lampai dan ada rupa. I got the look what? But the thing is, I'm plum. Aku down sangat-sangat. Actually i should try.

Drifting and speeding is my passion. Aku nak belajar drifting tapi tak berpeluang. Speeding tak payah siapa ajar, atas diri sendiri saja. Antara berani atau tak.
Aku sedih ni...
Siapa-siapa pujuklah aku ni...


Moral of the story: Lain kali kurangkan melantak. Jaga makan tu, dan jangan main bedal je.

Ahad, 26 Oktober 2008

Tag Lagi



Ini mata aku, aku nak interprem kejap.


Aku telah di-tagged. Tapi bila aku tengok balik keseluruhan, macam nak isi form untuk minta kerja. Lebih kurang resumelah. Macam malas sebab benda ni melibatkan hal-hal yang agak peribadi juga. So saksikan jawapan untuk entry kali ini yang ditagged sesuci ikhlas hati oleh Cik Oren saya.

THE SELF
[01] Real name: ******** Syima Kamal *****
[02] Nickname: Syima, Zatul, Odie, Kak Ngah, Syim, Ma
[03] Status: : In Relationship and a bit Complicated
[04] Zodiac Sign: Sagittarius
[05] Gender: Female
[06] Age: 26 years old in Nov 2008
[07] High School: SM Teknik Kangar, Perlis
[08] College:Universiti Teknologi Mara (UiTM)
[09] Height: 157cm
[10] Weight: 66kg
[11] Do you like yourself: Sometime
[12] Piercings: 4 and planning to add on.
[13] Right or left: Both la, ko ingat aku lesbian/gay ke tebuk-tebuk sebelah?
[14] Are you a freak : Sometime
[15] Hair: Rebonding (Rambut tipu) & Layered
[16] Skin: Fair
[17] Allergic: Seafood
[18] What are you doing now: kena paksa tengok bola, Malaysia vs Vietnam
[19] What will you doing 1 hour later: eating
[20] What will you doing 10 years later: Dah ada family kot and chasing for a better post/promotion(insyaAllah)

THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: They all in Skudai
[22] Siblings(included you): 6
[23] Eldest: Me!!
[24] Youngest: a boy at the age of 14
[25] Love/hate your family: Love

THE LOVE

[26] You found your another half: Yes, but that is not guaranted yet
[27] If yes, who is he/she: A.I (not Artificial Inteligent)
[28]Who you want he/she to be: Himself but if physically i would like him 6 years ago
[29] Time(s) you in relationship: Almost 2 years
[30] Ever woo boy/girl: I do... hiks
[31] Anyone woo you before: Still
[32] Did anything wrong to your other half: Everyday
[33] What was/were the wrong you had done: Macam-macam ada
[34] Ever argue with your other half: Most of the time
[35] You with your other half since: Jan 2007
[36] Are you straight/Lesbo: Straight so far
[37] Reasons you love your other half: No One (please refer to this)
[38] You and your other half in which stage: Not sure
[39] You woo he/she or he/she woo you: Both
[40] Ever think of marry he/she: Yes

THE FRIEND
[41] Your first best friend: Aku ada 1st bestfriend ker?
[42] Your first enemy: Do i look like i care?
[43] The friends you love the most: Who love me the most!
[44] The enemy you hate the most(1only): Perlu ke aku bagitahu nama dia?
[45] Your most beautiful girl friend: Fitrah perempuan, ada ke nak mengaku orang lain lebih cantik dari dia?
[46] Your most handsome boy friend: Handsome dimata aku tak semestinya handsome di mata korang.
[47] The kind of girl you hate the most: Berlagak bagus
[48] The kind of boy you hate the most: Berlagak bagus
[49] You fall in love with your close friend before: Ada ker?
[50] Your best friend is your ex-lover: Oh! Tidak mungkin
[51] If your friend backstabbing you: Babi betul!
[52] If your friend betray you: Kau tengok langit tu tinggi ke rendah nanti!
[53] If your friend woo your lover: Kalau nak dengar aku carut, buatlah.
[54] If your friends fall in love with you: Sorry, please wait for my heart to vacant.
[55] If you fall in love with your best friend: I try not too...

THE STUDIES
[56] Are you a good student: Average
[57] You always done your homeworks/assignments: No, sometime i used to pass it to my friend
[58] The teacher/tutor you love the most: -
[59] Always late to school/college: Aku tak boleh punctual, tak tahu kenapa.
[60] Your class: No komen
[61] You love your seniors: Ada dulu, siap crush & berangan-angan nak kawin.
[62] Senior who you love the most: Ada tapi aku yang buat bo-layan
[63] Your classmates good/bad: No komen, macam ciper jer...
[64] Excellent result classmate: Ada aku kesah??
[65] Laziest classmate: Akulah tu, problematic.

THE PEOPLE

[66] Smart people: En Amin (ex-bos)
[67] Stupid people: Agak ramai juga yang aku jumpa.
[68] Good looking people: Abah aku.
[69] Ugly people: PTO aku (Suka-suka je label orang... hahahaha)
[70] Funny people: Ntah.
[71] Cute people: Macam aku
[72] Bad people: Kan dah ramai
[73] Honest people: Ada lagi ker?
[74] Acting people: Soalan apa ni??
[75] You are what kind of people: Outspoken, sharing, funny, kind

THE PREFER
[76] Lip or eyes: Lip
[77] Hugs or kisses: kisses
[78] Shorter or taller: Taller
[79] Hesitant or spontaneous: Sponteneous
[80] Nice stomach or nice arms: arms
[81] Listener or talker: talker
[82] Romantic or rich: rich
[83] Good husband or Good Father: Good husband

THE FUTURE
[84] Age to get marry: No planning
[85] Numbers of kid(s): 2 kids
[86] Career: Enforcement/Law but preferable Admin or HR
[87] Salary: Aku nak pencen aku nanti dalam RM5k ke... boleh? Tak banyak kan?
[88] Retirement age: Wajib bersara 58 tahun
[89] Properties value: Multi tasking
[90] Wishes: Hoping for the best in everything- dunia & akhirat.

THE VICTIMS

No victim to be tagged for today.

Sabtu, 25 Oktober 2008

Open House Office

Baca tak entry ini ??


Backdrop hasil titik peluh PPH Kamarul merangkap photographer.

Hasil yang kitorang Kak Ti buat tu sangat memberangsangkan. Memang marvellous lah open house kami. Penuh warna warni. Groovy bebeh!!


Aku excited nak bercerita tapi aku kena tidur, aku kena kerja esok. Yes esok adalah Ahad dan aku ada kerja. Aku tunjuk gambar sikit ok?

Selain tugasan asal aku yakni me-list-kan jemputan-jemputan dan rekaan kad jemputan, aku juga membantu dalam urusan mencantikkan wajah orang. See? Aku memang budak baik. Aku nak semua orang lawa. Tuan rumah kena lawa kan?
Muka Cik Fais ni sangat mencabar profession aku sebagai jurumekap. Aku akui aku banyak kekurangan dari segi ilmu, dan peralatan. Ni aku sedang mengaplikasikan teknik shading pada hidung Cik Fais.
Mispari's Angel. Boleh macam tu? Tapi yang no 2 dari kanan itu tetaplah "an apple of Mispari's eye". Tak boleh challenge punya. Makeuplah macamana pun, she's the best. Eh off topic, dah jadi cerita mengumpat pula. Yang lain semua aku makeupkan. Itupun diorang dah ngeri rasa macam tebal sangat makeup yang aku kenakan pada diorang.



Amacam, gila babeng tak makeup aku? Macam nak pergi clubkan? Aku peduli hape!!! Korang rasa heavy tak?


*nantikan sambungannya...

Jumaat, 24 Oktober 2008

Apakah?? Siapakah??

Aku kan busy. Aku tak sempat nak usha laman-laman maya untuk mencari skandal (mati la kalau chenta tau!!) sejak sibuk dengan urusan open house officeku itu. Alih-alih bila aku buka friendster aku, ia telah berubah menjadi.... bahasa melayu. Eeuuyy!!


Tak ke kelakar bila baca sesuatu laman web yang kita baca dalam bahasa inggeris bertahun-tahun dulu tiba-tiba dialih suara bahasa?? Kalau korang rasa tak kelakar, biar aku sorang yang rasa kelakar.


Bahasa jiwa bangsa. Bahasa melambangkan bangsa. Salahkah aku bersifat lupa diri kerana tidak bangga dengan bahasa kita? Sebab aku masih jumpa ramai yang bersifat seperti aku, yang terkena "jangkitan bengkak lidah", yang bermotifkan "I feel AWFUL & AWKWARD when i speak in Malay".

Itu yang menjadi persoalan.

Tapi siapakah yang memandai-mandai mengubah language dalam friendster aku?? Cakap!!


Moral of the story: Don't leave your pc/laptop unattended. (Hitz.FM)

Ok lah, hingus aku semakin dahsyat meleleh. Aku perlu cari sesuatu. Aku nak cari tomyam. Yang pedas. Biar arus hingus semakin deras.

Hingus siapa itu?

Ok...
Aku senyap dua tiga menjak ini.

Aku sibuk. Sibuk dengan preparation open h0use ofis tadi. Tapi berjaya dengan bangganya.

Semalam aku hampir kena parkinson sebab kena masak bubur caca dan bubur pulut hitam. Aku tak tau nak buat sebenarnya. Mujur ada kawan-kawan.

Orang lain yang penat lebih-lebih tapi aku yang macam nak demam. Drama sangat! Sekarang aku berhingus dan sengau, kerana titisan hujan yang makin tak menentu masa.

*Aku nak upload gambar open house office nanti.

Selasa, 21 Oktober 2008

Al-Fatihah

Marilah sama-sama mengingati kematian dan menginsafi diri.

As, rakan serumahku telah kehilangan bonda tercinta buat selamanya pada pagi tadi jam lebih kurang 1.15pg. Semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

Isnin, 20 Oktober 2008

Mari Mengumpat

Mula-mula nak minta maaf sangat-sangat sebab macam dah lama tak update blog. Sibuk. Rasanya buat-buat sibuk kot. Anyway, sementara laptop ini tengah ok, aku nak ajak korang mengumpat.

Ceh, bukan mengumpatlah! Suka aje korang kalau aku buka topik panas macam ini. Sebenarnya nak bagi post title nampak grand je. Aku nak cerita pengalaman aku menganyam ketupat, bukan mengumpat.

Kenapalah sibuk-sibuk nak buat ketupat kan? Ceritanya, pejabat aku yang tercinta ini nak buat "open office" (ada ke istilah ni?). So tak meriahlah majlis kalau tak ada ketupat reben kan? Jadi bila reben dah dibeli, kita start dengan memotong reben. Kak Ti merangkap kerani pejabat aku sangat expert. Kalau dengan reben dia boleh anyam satu ketupat dalam lebih kurang 1.5 minit, dengan daun kelapa lagi dahsyat; tak sampai 1 minit kot.
Kebetulan masa tu bos keluar dari biliknya, nampak pula kami segerombolan duduk bersila buat benda ini. Ceh, lepas puas dia kutuk-kutuk kami (aku, Sab dan Fais) dia pun join sekali. Rupanya nak juga tunjuk bakat terpendam. Bos aku pandai buat ketupat okay?!


Inilah bos aku.

Aku dan Fais masih bertungkus lumus untuk menyiapkan ketupat reben yang seketul tu. Fais sampai hampir melorot tudung dari kepalanya sebab terlalu khusyuk menyelit-nyelit reben itu. Lepas tukar color ni, tukar pula... kot-kot color yang ditukar tu ada "ong" dan berhasil. Akhirnya kami berganding bahu, tapi malangnya lagi bertambah rumit. Sab mengambil jalan selamat dengan menjadi pemotong reben. Jadi bos atau kami tak boleh kutuk-kutuk dia. Hiks!

Maka habislah sesi pertama ketupat reben untuk hari itu. Tapi aku masih tak puas hati, aku nak juga buat sampai berjaya! Korang tengok la, sampai pen pun jadi penyendal. Sesungguhnya kesabaran itu penting. Dan aku bukanlah contoh terbaik untuk menunjukkan sifat sabar itu.

Kak Ti

Rabu, 15 Oktober 2008

LIFE is complicated and so does LOVE


Minggu ini minggu cerita hati dilanda kekecewaan. Aku tak dapat nak positifkan diri untuk bercerita tentang hal-hal gembira yang berlaku di sekeliling aku. Walaupun masih bulan Syawal, aku rasa macam tak best, tak ada mood untuk bercerita tentang raya. Aku tau ramai yang notice aku tak ada entry tentang raya. Next time okay?

Al kisah, ex aku (yang bukan macam ex pun) tiba-tiba boleh sms aku. Tak ada angin, tak ada ribut, aku terima sms "Peritnya sakit menanggung rindu..." Aku pun, "Online jom?" So tadi akhirnya dapat la aku mengorek cerita dia.
"Actually...i baru je putuskan hubungan dgn GF i...i dok baca balik email2 kami"

Abg, ingat nie....
Tiada insan lain yang bernama lelaki bertakhta di hati syg melainkan abg.
Syg sayang , cinta dan kasihkan abg.
Syg selesa berada di sisi abg.
Syg suka pujuk rayu abg.
Syg suka manja abg.
Syg suka cemburu abg.
Syg suka di marahi abg.
Syg suka di cubit abg.
Syg suka peha syg kena tampar.
Syg suka abg cium pipi syg.
Syg suka abg kiss bibir syg.
Syg suka abg usap kepala syg.
Syg suka tidur kat bahu abg.
Syg suka pegang tangan abg.
Syg suka bau abg. ( tp jgn over bau sgt, potong stim syg hehehe )
Syg suka rambut abg kemas.
Syg suka pakaian abg kemas.
Syg suka sebab abg pandai.
Syg suka abg ble di bawa berbincang.
Syg suka abg menasihati syg.
Syg suka abg bercukur.

Puncanya, dia mengaku dia mengkhianati cinta wanita itu. Mengejar nikmat dunia dengan wanita lain dan terperangkap. Bila wanita itu syak, dia terus marah-marah berpanjangan (perangai biasa lelaki untuk cover perbuatan dia) dan akhirnya terpacul ayat-ayat yang membunuh perasaan wanita tersebut."...aku tak mau tgk muka kau lagi"

Rupanya bukan aku seorang yang patah hati, dia pun. Ironinya, kami dilahirkan dalam bulan yang sama dan berbintang Saggitarius. So dua-dua dah emo. Aku sedih sebab dia bersedih. Jiwanya sensitif, dan bukan niat dia untuk mengotori perhubungan dengan wanita tersebut, aku faham lelaki memerlukan masa untuk diri sendiri. Cuma langkahnya tak kena. Banyak perkara kami bincangkan. Baru aku tahu wanita tersebut pernah mencemburui aku. Come on, we both just like one-month-relationship only. Kami bersetuju bukan semua kisah gelap boleh diceritakan, dan bukan semua pasangan dapat menerima dengan hati terbuka. Itu kesilapan terbesar aku dan dia.

Aku serik untuk bercinta kerana takut dikecewakan dan frust lagi.
Dia serik untuk bercinta sebab takut akan kecewakan satu lagi hati seorang wanita....dan frust lagi.

*Kisah aku mungkin dapat diselamatkan lagi, tapi entahlah...biar masa yang menentukan.

Kasih Yang Tak Dianggap


aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff





* Aku kecewa dan gundah gulana

Hujan super lebat


Bila hujan, best tidur. Maka tak ada maknanya aku nak update kerana hujan begini amat best tidur. No wonder panas je malam tadi. Lagipun dah pagi kawan-kawan. Moh la beradu..

Krohh...krohh...krohh
ZzzZzzZZzzzZZzzzz

*Esok aku keje okay??

Selasa, 14 Oktober 2008

Adeh!

Setiap kali nak update blog, mesti ada hal! Tensi la... Mesti korang bosang masuk blog aku. Asal ada cerita aku dapat call untuk stanby. Kena KERJA!!!

Hari ini harga minyak turun RM0.15 lagi. Jadi aku nak pergi buat pemantauan stesyen minyak. Karang kalau balik awal, dan aku masih bertenaga aku nak update. Banyak gila cerita aku nak kongsi. Buat sementara aku terpaksa cari artikel yang boleh copy & paste. Korang study la pasal CINTA itu dulu ok?

Isnin, 13 Oktober 2008

CINTA

Kepada teman-temanku..

Kepada teman-temanku yang... Single/Solo/Kesepian.......
Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang Allah peruntukkan buatmu.

Cinta bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........

Dan lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari maksiat2 cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban kenerana Jahannam.. Naudzubillah...

Kepada teman-temanku yang.. "Not So Single"/"Sudah Berpunya"/"Sudah ehem ehem..."
Cinta itu satu ujian. Selamanya anda bercinta, anda diuji dengan ujian-ujian yang getir. Anda mungkin tidak menyedari kehebatan ujian yang Allah sediakan saat anda menyambut cinta seseorang. Tapi ketahuilah, pandangan mata, pengucapan kata, luahan hati, khayalan2 mu saat kau menunggu matamu lelap, lintasan2 perasaan yang halus, tiap angan-angan, setiap baris sms dan segala yang anda lalui bersama'nya' adalah satu ujian dari Allah. Bagaimana anda mengarahkan cinta yang Allah anugerahkan itu agar Dia tidak melaknatmu, agar cinta itu bebas dari noda dan dosa?

Jangan pernah terangsang dengan nuansa cinta romantisme dari barat. Setiap dari kita perlu menjawab dihadapan Allah kelak. Semoga cinta yang dilontarkan pada hati2 kalian bakal mendekatkan kalian pada Rabbul Izzati.. Ameen ya Rabb.....

Saat cinta itu ditarik dari kalam hatimu atau hatinya, ketahuilah bahawa ada hikmah disebalik segala perancangan Allah. Mungkin saja ALlah lontarkan sekelumit perasaan benci itu sebagai ujian, atau mungkin saja kerana dia bukan lagi jodohmu. Redhalah.. semoga Allah redha padamu.
Kepada teman-temanku yang.. "Play Girl, Play Boy.."Jangan pernah mengucapkan kata-kata cinta jika anda tidak merasainya.
Jangan pernah berkisah tentang perasaanmu yang indah tapi palsu, jika ianya tidak ada disana.
Jangan pernah menyentuh kehidupannya, jika yang kau niatkan hanya untuk merosakkan satu hati.
Jangan pernah membuatnya jatuh cinta padamu, jika kau tidak mampu menyambutnya.

Kepada teman-temanku yang... Telah berkahwin..Semoga Allah melimpahkan rahmat pada kalian dengan zuriat yang ramai. Semoga zuriat kalian bakal menjadi penyambung lidah Nabi, semoga jundullah kecil itu bakal menjadi para pejuang agama, meredah taufan menongkah arus. Semoga jodoh kalian berpanjangan, dan semoga kalian menjadi tongkat kepada pasangan-pasangan anda. Semoga segala khilaf didalam rumahtangga anda menjadi 'murabbi' kehidupan yang fana ini. Semoga lidah anda fasih memohon maaf dan bisu dari berkata kasar. Semga anda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta diakhiri dengan pengakhiran yang baik.

Kepada teman-temanku yang... Berpatah Hati/HeartBroken. Salah seorangnya akulah tu...Kelukaan hati cuma berlarutan/berpanjangan.. selama mana anda membiarkan hati anda merasakan sedemikian. Kedalaman luka hati anda, akan berterusan selagi mana anda membiarkan pisau itu menancap hati anda. Cabarannya bukan saja bagaimana anda bangkit dari luka itu, tapi bagaimana anda melihat luka hati anda dari sisi yang lain, dan bagaimana anda mengambil pengajaran dan teladan dari apa yang berlaku. Biawak tidak akan jatuh pada lubang yang sama, Pisang tidak akan berbuah dua kali, melainkan jika anda benar-benar bodoh dan tidak siuman.

Perasaan yang hiba, sendu yang berpanjangan, penyesalan yang menggunung, mungkin saja kafarah dari dosa-dosa yang anda lakukan sewaktu anda dibuai dengan perasaan cinta yang enak. Itu juga satu ujian, bagaimana anda berlapang dada dengan apa yang terjadi, dan bersegera kembali pada Allah dan muhasabah diri anda. Sabar itu adalah kunci segala pintu yang tertutup.

Kepada teman-temanku yang... Naive/Tidak pernah bercinta/Ragu-ragu dengan Cinta....
Jatuh cinta, tapi jangan pernah bercinta. Keduanya beda, laksana langit dan bumi. Konsisten dengan perasaanmu, banyakkan beristighfar, dan jangan terlalu persistant. Berkongsi sejauh mana syariat Allah membenarkan, dan pintalah sejauh mana syariat Allah mengizinkan. Memahami pengertian cinta, bukan dengan nuansa yang disajikan dari musuh-musuh ALlah, tapi pengertian sebenar, dikembalikan pada Quran dan Sunnah. Saat cinta melacak rongga sukmamu, saat cinta merenggut ragamu, carikan pengobatannya didalam helai-helaian Qalamullah, bukan dari deretan sms. Obatnya ada didalam kisah-kisah cinta Rasulullah dan para sahabat, bukan didalam kisah-kisah cinta Romeo dan Juliet yang direka oleh sang kuffar.

Ingat sekali lagi, cinta itu satu anugerah, jangan pernah lupa, segalanya adalah UJIAN. Pegang erat Quran dan Sunnah, insyaALlah cinta itu tegar dan tidak membinasakan.

Kepada teman-temanku sekalian..

Doaku buat kalian, semoga anda dianugerahkan calon acuan Al-Quran, yang dengan cintanya anda semakin bersemangat, semakin gigih berusaha dan bekerja untuk Islam. Mungkin anda tidak berasa cinta padanya, tapi doaku, bukannya agar anda mendapat cinta seperti idaman hatimu, tapi agar kau mendapat cinta orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari cintanya padamu. Semoga cinta itu bisa menyelimutimu dari panas api neraka Allah..
Ameen ya Rabb

*Aku emo...

Ahad, 12 Oktober 2008

Perangai macam sial

Jiwa aku tengah kacau.
Aku tak mampu nak tidur lagi.

Kenapa perempuan berjiwa sensitif? Atau cuma aku yang berperasaan macam ini?
Susah betul jadi wanita, mudah tersentuh, mudah terasa.

Kalaulah aku boleh lupakan apa yang aku rasa, kan mudah? Kalaulah perasaan itu bolehku buang begitu sahaja.

Aarrgghh!!

Sabtu, 11 Oktober 2008

Usah Tinggal Daku Kekasih


Usah tinggal daku kekasih
Usah biar aku bersedih
Percintaan ini memang zalim
Tak bermata tak berhati
Seolah-olah kini teracunnya dunia

Kita pernah riang bersama
Kita pernah rasai duga
Mereka ingin kita berpisah
Tanpa harga tanpa nilai
Tanpamu aku sepi

Ku tetap akan berpegang janji
Tuk hidup bersamamu walau diri sengsara
Tiada lagi airmata dapat ku merayu
Untuk bersamamu

Jangan tinggalkan aku
Walau sementara
Jgn biarkan dendam mempermainkan kita

Di mataku hanya kau
Penawar dari syurga
Usah dikau tinggalkan
Tinggal daku kekasih

Khamis, 9 Oktober 2008

Mood Hari Raya

Baru nak update blog, tetiba Chenta call ajak pergi makan-makan rumah terbuka.

Bila dah cuti lama-lama macam ni, kerja di pejabat bertambun-tambun. Arghh...! Serabut kepala otakku!

Aku kena pergi bersiap untuk pesta gemok-gemokkan badan.

Later...

Selasa, 7 Oktober 2008

Masih lembik

Mesti semua orang masih dalam bahang suasana hari raya. Aku pun. Aku baru saja balik dari JB semalam. Letih. Highway tak jamn pun tapi kerana hujan lebat, trafik agak slow. Actually travelling amat memenatkan. Mujur sangat aku tak balik kelmarin. Ada yang sampai 15jam atas jalan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kesian.

Cuma aku pelik, bila aku nak demam ni??

Masih tak mampu nak upload cerita dalam blog. Letih bangat. Mata pun dok kuyu-kuyu kat pejabat ni. Nanti dah segar bugar kita cerita-cerita ok?

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...