Anjing, hakikat kepada seorang Melayu adalah najis dan haram. Dalam Islam pula anjing bukanlah haram 100% kerana dibenarkan seorang Muslim membela anjing untuk dijadikan suruhannya, seperti anjing pengawal dan juga anjing pemburu. Namun, disebabkan sekatan-sekatan dalam agama, maka kita mengambil jalan mudah dan terus menjauhkan diri dari anjing. Maka anjing adalah seekor binatang yang hina (walaupun tak sehina babi) dan tiada tempat dalam masyarakat Melayu. Maka pepatah ‘bagaikan anjing menyalak bukit’ ini ditujukan khas kepada mereka suka bercerita tentang orang lain (musuh) kepada umum. (Sudah habis modalkah??)
Anjing yang menyalak bukit hanya membuat bising, sedangkan bukit itu tidak terjejas sedikit pun fizikalnya.
Adakah kita perlu akan berdiam diri dengan ‘tingkahlaku’ anjing yang memekak pada tengah malam atau kita kena menghalau, menggodam dan membaling batu pada anjing tersebut ataupun adakah kita perlu mengambil tindakan drastik dengan menembaknya?
Hari ini kita berpuitis sedikit, boleh kawan-kawan?
ANJING MENYALAK BUKIT
Anjing menyalak bukit
Adalah sifir manusia
Bukit takkan runtuh dek salakan anjing.
Anjing menyalak bukit
Akan runtuh
Pada sifir Allah
Kerana anjing Allah yang punya
Kerana bukit Allah yang punya
Allah ada HAK atas ciptaan-Nya.
Ramli Abdul Rahim
Malaysia
1999
Anjing menyalak bukit
Adalah sifir manusia
Bukit takkan runtuh dek salakan anjing.
Anjing menyalak bukit
Akan runtuh
Pada sifir Allah
Kerana anjing Allah yang punya
Kerana bukit Allah yang punya
Allah ada HAK atas ciptaan-Nya.
Ramli Abdul Rahim
Malaysia
1999
Syimalicious: Aku terdengar-dengar "anjing" menyalak ni. Adakah anjing yang menyalak bukit ini sedang mencari nahas? Simbolik tak entri kali ini?