Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Januari 2009

Apa tajuk sesuai untuk gambar dibawah?

Aku suka gambar ini. Dalam banyak-banyak gambar yang aku snap, ini gambar yang terindah pernah aku ambil. Aku tak semahir fotografer-fotografer professional di luar sana. Tak guna SLR cuma menggunakan camera phone.

Jadi pada hemat korang, apa tajuk yang sesuai untuk gambar ini?

Jumaat, 30 Januari 2009

KFC di Malaysia bukan kepunyaan Yahudi

Sembang-sembang bersama kawan-kawan, nampaknya masih ramai yang tidak tahu bahawa KFC adalah kepunyaan usahawan Islam kita. Dulu pun aku tak tahu sehinggalah aku membaca ulasan original oleh blogger Azli Shukri.


Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.


Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.


Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.


Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.


Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar
tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal dimakan tidak seperti rokok.


Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.


Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat
daripada dikaitkan dengan negara Israel.


Oleh yang demikian,
saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran
KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin.
Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.


War-war kan pada rakan taulan dan famili tentang perkara ini.

P/S: Aku akan bersantai bersama KFC sebagai menu utama untuk berlibur dihujung minggu. Selamat berhujung minggu!

Kenapa Yahudi Amat Berkuasa?

Mak aku pernah cakap, dalam dunia ini orang Yahudi lah yang paling banyak mendapat sanjungan sebab mereka pandai. Walaupun nisbah komuniti mereka dengan orang Islam kecil, mareka masih dapat menawan beberapa tanah milik orang Islam menjadi hak milik mereka. Kebijaksanaan mereka membentuk strategi yang hebat.
Jadi selama ini kefahaman aku adalah kerana Tuhan jadikan mereka bijak dan berakal lebih dari kita semua.

Tetapi selepas membaca artikel ini, baru aku faham yang orang Yahudi laknattullah bukannya istimewa pun. Allah tak pernah membeza-bezakan umatnya. Silalah baca untuk kefahaman anda.
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Petikan daripada:
http://blog.azhad.com

Aku telah memetik sumber dari adha.com

Khamis, 29 Januari 2009

Mode CNY

Aku tak berjalan ke mana pun cuti hari itu. Cuma hal emergency yang memaksa aku balik ke Pahang. Selebihnya aku mengabdikan diri di pejabat. Poyo je. Aku berehat sambil melompat-lompat membaca blog orang.

Rabu, kerja sangatlah tak menyeronokkan. Kerja kena submit report. Banyak report. Bukan nak cerita pasal kerja sangat. Nak cerita baju yang aku pakai semalam.

8.00am
Aku sambar satu baju kurung. Baju yang paling memudahkan cara dan tak perlu gosok beria. Sebab aku dah lambat. Perangai yang masih tak berubah; susah bangun pagi.

Sampai ke pejabat, bos cakap aku pakai baju CNY. Aku blur kejap, sebab baju kurung tu buat last 2 years.


Patutlah, bila aku tersedar rupanya aku sarung baju kurung plain warna merah menyala.
Bercakap tentang merah, harus aku akui merah memang ong. Aku dapat angpau lagi. Orang tua-tua cakap, bila kita baik dengan orang, orang akan ingat kita.



Aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk berbilang bangsa.

Kenapa ek?

Budak harga aka degree holder yang makan dalam.

Aku ingat cerita pasal puaka-ni-yang-rapik dah habis, rupanya masih ada yang meroyan. Baru aku faham bukan semua readers “cerdik”. Jangan fikir kita berada di kalangan para bloggers dan readers yang LIBERAL . Kadang-kadang yang berkelulusan PMR/LCE lebih bijak berfikir dari fresh graduate / DEGREE holder ini. You are just piece of sh*t . Shame on you.

Susahkah untuk menerima pandangan orang lain? Ini pandangan peribadi aku, so what the heck you people??

Owh! You did realize at last, your jobscope is equivalent to SPM post. Goodness!!

Kalau kamu tak terasa, takkan kamu nak respon benda yang amat remeh ini. Kalau cerita aku tak berpengaruh, kenapa kamu nak follow-up cerita sebegini? Face the truth. Kalau kamu rasa kamu lebih hebat dari aku yang dah dapat post TETAP ini, palingkan pandangan kamu, usah ambil peduli blog ini. I

Ini cerita aku, pandangan aku.

Tapi kenapa kamu nak jengah ke sini, membaca respon-respon orang dan kemudiannya menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan komen pada entry yang dah basi. Kenapa bila opposition membuat analisa yang mengambarkan MHBN adalah satu pembaziran kamu tak meroyan? Kenapa public still merungut pasal harga barang? Apa mekanisme penstabilan harga yang diperjuangkan oleh kamu? Dan kamu cuma memantau. Jauh sekali berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.

PATHETIC!

P/S: Jangan menyorok disebalik fake profile kalau nak komen. Itu perbuatan pengecut dan tak bermaruah. Speak up like you’ve got balls! BERANI KERANA BENAR dan BENAR ITU SESUATU MENYAKITKAN. Oucch!!

*Feel stupid for publishing a counter-comment for non-profitable issue.

Sabtu, 24 Januari 2009

Selamat bercuti-cutian!!

Hari ni, aku masih bekerja.

Esok pun kena kerja.

Tapi aku ada emergency dan terpaksa balik kampung.

Hari ini aku seronok, tengok queue panjangggggggggg dekat laluan utama Kuala Selangor - Sabak Bernam. Bukan selalu dapat tengok pemandangan jammed macam tu. Sini sesak yang luar biasa.


Selamat beraya di rumah kawan-kawan yang berbangsa Cina. Silalah kutip angpau!


Gong Xi Fa Chai!!

Jumaat, 23 Januari 2009

Wanita, haid dan hukum

Ketika kita didatangi haid, banyak petua dan larangan yang perlu kita ikut. Tapi sejauh mana kebenarannya?

Contoh;
  1. Bolehkah time haid kita memotong kuku dan rambut?
  2. Betulkah kata orang ketika haid kita tak boleh basuh rambut?
Soalan no.1 tu aku dah dengar sejak masa belajar dulu. Ramai yang kata tak boleh. Soalan no.2 tu time aku dah kerja ni baru dengar. Seorang pegawai lelaki datang pada aku cakap perbuatan membasuh rambut ketika tempoh haid boleh menyebabkan mata kita lebam/ dark circle.

Ok, aku memang ada dark circle, ketara sangat. Tapi sejak kecil. Bukan sejak dah baligh ni. Ramai yang mempertikai dan membuat spekulasi bahawa mata ku lebam kerana banyak aktiviti menyasar waktu malam. TAK!! Mataku begini sebab keturunan. Ayah aku cakap sebab aku ada darah Pahang; keturunan Sultan Pahang. *sila muntah hijau!

Bukan main jenuh aku search - mengesearch akhirnya aku terjumpa beberapa artikel untuk statement-statement di atas.

Untuk soalan no.1 dan beberapa soalan yang lain ini hujahnya.

Untuk soalan no.2 sila rujuk disini.

Tapi kalau korang perasan, ada percanggahan dalam kedua-dua post yang di-link-kan itu. Silalah buat tafsiran sendiri. Hukum sains. Wallahuallam.

Orang tua-tua cakap, time period tak elok masuk kubur. Ye lah, kita tengah kotor kan? Memang tak ada salah, tapi patutnya kita dalam keadaan tak bersih duduk je lah kat rumah.

Alkisah, raya pertama tahun lepas aku nak ziarah kubur arwah tok wan aku. Mak kata duduk dalam kereta, tak payah ikut. Tapi aku degil. Masuk saja perkarangan kubur tu, Gedebuk! Aku dah jatuh dalam lecah kat situ-situ juga. Aku terseliuh.

Habis baju raya aku. Adik perempuan aku papah aku ke surau nak basuh lumpur yang melekat pada kain baju kurung aku. Boleh dia cakap, "Adik main kat mana ni?" dengan suara menganjingkan aku. Cis!

Sejak itu apabila time period, aku takkan masuk ke tempat-tempat yang sensitif.


****


Meleret pulak. Back to the question.

Persoalan yang utama sekarang apa hukum potong kuku, potong rambut dan cuci rambut ketika haid??

Khamis, 22 Januari 2009

Neno...Neno...Neno...

Sticky mode. Please scroll for new entry.

PMS alert!
Aura kemarahan luar biasa mungkin menjejas kemeriahan blog ini.
Harap maklum.


* dijangka berlanjutan dari 17 - 24 Jan 2009. TQ

Rabu, 21 Januari 2009

Erkk?

Hari ini macam suwey sikit. Sikit ke?

Seawal pagi, baru aku perasan kunci kereta aku tertinggal dalam kereta kawan aku yang lain, A, yang telah menyebabkan aku tak dapat pergi kerja ontime. Selalunya memang tak pernah ontime pun. Bila hari ni berkobar-kobar nak masuk pejabat awal, macam ini pula jadinya. Langsung aku telah menyusahkan kawan sepejabat aku, S, untuk menjemput aku di rumah. Dalam kereta aku, ada handbag, purse, kad kuasa, nametag dan pas keselamatan. Rasa gonjeng bila tak usung semua tu.

Tengah hari, aku nak keluar pergi curier barang pada orang, tetiba bos tahan aku sambil senyum kambing,
Bos: Nak pergi mana ni?
Aku: Nak tolong member si D curier barang dia ke Penang...
Bos: Tolong saya...
Aku: Tolong apa?
Bos: Bayarkan bil rumah saya kat pejabat pos.

Adeh. Bukan tak nak tolong. Tapi aku rasa hidup aku mudah, tak pernah sekalipun pergi pejabat pos untuk bayar bil. Kata dah online sekarang. Apa barang susah payah beratur. Aku tanya bos, kenapa tak nak pakai Maybank2U ke, Cimb Clicks ke, dia jawab "TAK NAK LAH!" Ish bos aku ni, tak nak ke tak reti sebenarnya? Sooooo OLD TIMER. Tapi sebagai antara pekerja (satu batch) yang mendapat SKT agak tinggi dalam pejabat itu, maka aku buat juga kerja budak pejabat.

Sampai di pejabat pos dengan membawa kereta kawan aku yang turbo dan agak bermasalah, aku beratur sambil berpeluh-peluh. Memang lencun baju aku. Masa sampai giliran, kakak kaunter tu minta RM60.15. Bos cuma bagi aku RM60 tepat. Alamak, sungguh malang bila 15 sen je tak cukup. Aku raba-raba dalam poket, mujur ada balance duit curier tadi.

Aku lapar, tapi tak ada sen untuk makan. Aku pendamkan niat untuk makan sambil menunggu seorang kawan aku si S yang menyimpan makanan tengahariku balik dari kerja luar. Aku berjaya paw kawan aku RM2.00 untuk beli kuaci dan teh ais bungkus.

Selepas lunch, aku nak sambung balik kerja tertangguh. Kerja untuk dapatkan data kuantiti penggunaan petrol dan diesel dari jabatan dan agensi kerajaan dari sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Aku mula menyenaraikan ke semua jabatan dan agensi terbabit. Masuk senarai yang ke 32, TIBA-TIBA blackout. Habis segala benda yang aku taip dalam komputer tadi terpadam. Cis bedebah! Mudah-mudahan ada recovery sebab aku pakai Office 2007.

Akhirnya kawan aku si S tiba di pejabat dengan perut yang kenyang membiarkan aku memakan sisa-sisa makanan yang dia tapau pagi tadi. Agak gelojoh. Sehingga ke petang, masa aku dihabiskan dengan mengumpat dan mengata bersama kawan-kawan (D dan S) dan bermain ping pong sehingga pecah peluh.

Tamat sudah ke-suwey-an ku.

Selasa, 20 Januari 2009

Dia ke kat Pasar Malam tu?

Pada petang Sabtu yang lepas...

Rutin hari Sabtu kami memang macam ni. Selalunya kami akan ke pasar malam antara pukul 5.30ptg - 6.30ptg. Tapi oleh kerana aku tadi terleka dengan surfing segala bagai, maka selepas Maghrib baru keluar dari rumah.

Yong tau foo
yang biasa As beli dah banyak benda habis, macam cili sumbat isi ikan. Tapi dah lapar kena beli juga la.

Kat situ ada satu apek buka tapak yang jual tanglung merah untuk CNY. Aku jengah jap. Macam berkenan pula tengok rumah jiran aku bergantung-gantung tanglungnya. Kita kan masyarakat majmuk? Aku beli sepasang tanglung, cakap pada apek tu nak pasang dekat pejabat.


Pastu jalan-jalan lagi, aku terdetik macam nak singgah tempat orang jual-jual buku ilmiah tu. Lalu aku telah terbeli buku-buku ini. Aduh, masa nak bayar buku-buku itu, aku tak cukup duit. Pada aku mahal. RM30. Tapi bila ingat mak cakap "lebih baik berbelanja untuk perkara ilmiah dari makanan yang akhirnya jadi tahi", aku pun tekad meminjam duit As. Ya, aku cuma pinjam RM10 sahaja. Adik beradik tak ada hal lah.

Ok buku-buku inilah. I shy you...

Tapi, ketika menuju ke kereta keluar dari pasar malam, aku terperasan seseorang. Seseorang yang pernah menjadi buah hati ketika zaman belajar dahulu. Seseorang yang pernah menjadi kesayanganku suatu ketika dahulu. Seseorang yang pertama menyentuh hati perempuanku. Dan seseorang itu berpaling dan merenung aku.

Tak mungkin. Dia berjalan seorang.

As far as i concerned, about 3 years ago he married to a woman and moved to Sg Petani. Apa jadah dia nak datang pasar malam sini? Gilosh. Sah aku mamai. Tindakbalas aku ialah berjalan laju-laju seperti walkathon. Masuk ke kereta terus telefon Chenta. Tak mungkin seseorang itu adalah dia. Mungkin pelanduk dua serupa.

*Tiada lain selain Chenta.


Isnin, 19 Januari 2009

Lain kali jangan kurang ajar ya?

Aku dapat email.


Salam sejahtera,

Berkenaan aduan puan mengenai salah laku anggota pejabat pertanyaan Balai Polis Kuala Selangor. Maklum balas yang kami terima dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor memaklumkan bahawa anggota tersebut telah diberi 'surat teguran' agar lebih berhati-hati dan mengawal emosi ketika bertugas dan berhadapan dengan orang awam.Diharap puan berpuashati dengan penjelasan ini.

Sekian, terima kasih.

Pegawai
e-Aduan
Bukit Aman.
Ok, bukan nak riak, ini kira sebagai satu pengajaran untuk kita semua. Tambah-tambah penjawat awam. Kamu nak terpukang, terkehel, sakit hati, itu biar menjadi internal problem. Jangan terbawa-bawa emosi tu ketika berhadapan dengan public.

Kes ini tercetus semasa aku nak log satu repot polis di IPD Kuala Selangor. Laporan polis ini adalah sebahagian dari ISO untuk melengkapkan kertas siasatan. Aku ada saksi. Kawan pejabat juga.

Korang bayangkan, kita tak dipelawa duduk, senyum pun tidak, diherdik pula lagi. Mana pergi budi bahasa? Apa dah jadi dengan motto polis MESRA, CEPAT, BETUL?? Jangan fikir kerana kamu dari badan beruniform yang mempunyai kuasa, kamu sewenang-wenangnya tunjuk belang pada public. Tak tau ke kamu, kadang-kadang yang mengadap di meja kaunter pertanyaan itu bukan calang-calang orang? Mungkin peguam, hakim, guru besar, atau orang macam AKU?

Aku bukanlah nak minta disembah, dilayan seperti dewa, tapi treatlah sebagai manusia. Jangan main herdik je. Inilah akibatnya. Sejauhmana benar mereka mengawasi dan memberi surat teguran kepada anggota tersebut, aku pun tak pasti. Tapi mudah-mudahan anggota tersebut mendapat pengajaran.

Jadi, sengal macamana kita pada public, SENYUM. Itu yang terbaik.

Ahad, 18 Januari 2009

Hubungan Saya dan Dia - Tny sibuk nak tau kan??

Tag ni dah lama nak mampos. Akhirnya roh rajin aku ada rasa nak menyelesaikan hutang-hutang tag. Maaf ya Tny. Aku kayuh pelan-pelanlah beb. Renyah buat tag ni sebenarnya.

1. What is the relationship of you and him/her?
  • He said i am his lover. But we don't see the way to make it happen as husband and wife yet. Do pray for us. Amin.

2. Your 5 impressions towards him/her
  • I love his look. Sweet! His eye brow captured my heart!
  • He is physically BEST to hug
  • Responsible to his family
  • I can count on him (7/10)
  • He will never reveal/show his feeling; (sad, anger, etc) unless if he is being force.
3. The most memorable things he/she had done for you.
  • After a year we've been together, akhirnya dia mengaku/berani memperkenalkan pada orang lain aku adalah gufrennya !
  • He paid for my UiTM course fee. It cost him RM1259.
  • Terharu masa dia sanggup carikan char kuewtiau walaupun hari itu aku dah marah dia berbakul-bakul. PMS-thing-la!
  • Dia nak cari jam untuk diri sendiri, tapi terbeli aku punya sekali. Sooka!
  • Banyaklah darling kalau nak list out.

4. The most memorable things he/she have said to you?
  • He is not the type to say I Love You.

5. If he/she become your lover, you will...
  • If he become my REAL LOVER FOREVER, it is everyday-valentine for me. Syukur sangat!

6. If he/she become your enemy, you will...
  • I will try not to get in love again. Avoid boys, throw them rock!!

7. If he/she become your lover, he has to improve on...
  • Self esteem
  • Financial (optional, i love him not for his money)

8. If he/she become your enemy, the reason is...
  • I am not a good cook for him.
  • I am still what i am 3 years back
  • Or HE MIGHT BE HAVING AN AFFAIR WITH A NEW BITCH!

9. The most desirable thing to do on him/her is?
  • Hish! Tak kan BLOWJOB? Desirable? I always want him to be HAPPY with me. No arguement. Mesti boring pula kan?

10. The overall impression of him/her is...
  • He is good husband matereial.

11. How do you think the people around you will feel about you?
  • Do i look like i care what they feel about me??

12. The character of you for yourself is?
  • BITCH with attitude. Outspoken but good at heart. Owh is there any lalats don't agree with me? I don't give a damn.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
  • My words and my anger! Owh darl, forgive me for that!

14. The most ideal person that you wanna be is?
  • My mak. She never get mad when she knew my abah got girlfriends because this is what she said "Orang lelaki ni kalau ditahan, disekat,dilarang... lagi nak buat. Let it be." Alhamdullilah, they are already 20years of marriage.

15. For the people who likes you, say something about them.
  • Ahhh! I like you too!!

16. Ten people to tag:
  • Jumie
  • Pasa Sanda
  • Amibestgila
  • Rieha
  • Izan
  • zuris
  • hoodedlicious
  • Shu Mistyla
  • Cikgu Rashid
  • cuteaslina
Seramai ini sahaja aku boleh letak nama. Baru aku sedar aku dah tak ramai kawan bujang lagi. Semua dah kahwin belaka. Nak tag yang bujang lain, dorang tengah ada masalah jiwa. Takut kena pelangkung. Memang lah tak terhad pada yang bujang je pun, tapi kaum yang dah kawin tu trang tang-tang tengah bahagia. Tak perlu nak kecoh-kecoh kan.

Yang mana dah buat tu, linklah kat aku, nak tengok.

Pergi makan ke buat kerja ni?

Pagi semalam aku dan yang lain-lain ditugaskan untuk membuat edaran harga musim perayaan (Tahun Baru Cina) di Sg Besar. Dah tiba waktu tengahari, kerja pun selesai, kami pergi makan-makan.



Kelapa ni nampak macam besar sangatkan? Isi pun cantik.



Khusyuk makan


Ini tempat baru yang aku pun tak pernah cerita pada korang. Aku akan update lagi. Gambar tak banyaklah. Nanti-nantilah sambung.

Jumaat, 16 Januari 2009

Panduan menyerlahkan keindahan kamar beradu

INGINKAN bilik tidur kelihatan menarik dan nyaman sentiasa? Di sini ada beberapa langkah untuk menyerlahkan lagi penampilan bilik tidur:

Jika bercadang menghias bilik, lebih baik membeli cadar selepas bilik dicat. Pilihlah cadar mengikut keserasian atau konsep warna bilik supaya keseragaman warna menjadikan bilik nyaman.

Jika membeli cadar sebelum mengecat bilik, jalan paling selamat ialah dengan membeli cadar putih atau polos. Bagi menaikkan seri boleh diletakkan bantal kecil berwarna-warni.

Elakkan cat warna terang seperti oren, merah muda atau hijau pucuk pisang untuk dinding bilik tidur. Pilihlah warna lembut yang boleh mendatangkan kesan harmoni.

Gandingkan cadar polos dengan sarung bantal berjalur atau corak kotak bagi menyerlahkan penampilan. Corak ini juga sentiasa segar dan tidak lapuk ditelan zaman.

Jangan pilih cadar bercorak besar jika bilik tidur kecil. Ia membuatkan bilik tampak sempit dan sesak. Sebaliknya, pilih cadar berwarna cerah dan bercorak kecil.

Cadar warna gelap menyerap cahaya dan tampak berseri pada waktu malam.

Cadar juga mengalami perubahan gaya. Untuk selamat, pilih cadar yang bersifat klasik kerana cadar seumpama ini tidak ditelan peredaran masa atau gaya. Jika memilih cadar mengikut peredaran zaman, anda terpaksa berbelanja lebih membeli cadar baru apabila musim bertukar.

Susun kusyen kecil beraneka warna di atas bantal tetapi pastikan ia tidak dibawa tidur untuk mengelakkan ia daripada kotor.

Anda boleh menggubah jambangan bunga kecil yang sesuai diletakkan di atas katil sebagai penyeri.

Elakkan daripada menggunakan cadar, sarung bantal dan sarung kusyen warna atau corak senada kerana ia memberikan kesan yang agak membosankan.

*diambil secara salah dari sini.

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

JANGANKAN LELAKI BIASA , NABIPUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA , FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DI DALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,

TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,


JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SSEMAKIN DERITA, KENALKAN MEREKA ,
KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !

AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,

WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,

LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH

Khamis, 15 Januari 2009

Kelucahan di dalam kesejukan air (Part II)

Aku dah tiga hari mengalami masalah tidur. Aku mengantuk tapi tak boleh tidur. Dah tiga hari berturut-turut tidur pukul 3am. Arrgghhhh!

Kita layan gambar je la.

Mereka ialah pasangan gay terhebat di kalangan kitorang. Gambar kantoi ini dirakam sewaktu mereka sedang meluahkan perasaan masing-masing bersaksikan air sungai yang sejuk dan berderu-deru itu.

Kesian Ro aka Empingan Jagung (baju biru) dia tak dapat menikmati air sungai macam kitorang. Adalah sebabnya. Kalau korang perasaan, pasangan gay tadi masih bertepuk-tepuk manja sewaktu gambar ini disnap.


Ahli Persatuan Kuat makan merangkap AJK makanan untuk program picnic ini.

Presiden Persatuan Kuat Makan Kuala Selangor (PKMKS)

Aku, yakni orang asli Cameron Highland yang cun lagi vogue cuma hendak interprem semata-mata. Aku tak suka main asap.


Gembira!!

Presiden PKMKS turun padang beramah mesra dengan AJK

Aksi Hero Remaja. Excuse me??

Gembira lagi!!!

Aksi Hero Maskulin XL

Walaupun Ro aka Empingan Jagung tak dapat mandi tapi dia banyak berjasa dalam mengipas BBQ kami.


Aksi kipas lagi.


Gambar romantika yang tak boleh blah. Aku jadi saksi percintaan Lia dan tunangnya. Berdarah hidung jap.

Kami bertiga bakal putus kawan kerana hantu Digi (yang tengah) akan menyambung persahabatannya dengan seseorang yang berlidah kacukan biawak kerbau.


Sesi mencari kutu.



Ini striker aku. Banyak jugaklah gol yang dijaringkannya.

Best game dalam air. Walaupun cedera dek batu-batu yang menyucuk kaki dan kepala lutut kami, pengalaman macam ni sangat best. Kitorang abadikan moment terindah yang tak terucap dalam pose-pose dibawah. Credit to Fazli kerana camera handphone 2MP nya itu memberi efek gambar yang sempurna dan cantik.








Sebelum balik, kena posing dekat jambatan gantung Babylon


Letih siot. Nak menapak naik tangga cenuram tu betul-betul menguji ketahanan mental dan spiritual. Hiks! Sebabkan aku dah tak aktif bersukan, stamina pun yilek. Memang sengsaralah nak panjat tangga tu.


Chenta aku sampai nangis sebabkan tangga itu. Hihihihi...


Pasangan gay tadi tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan aku sebelum aku pulang masuk ke hutan.

TAMAT

Rabu, 14 Januari 2009

Preparation (Part I)

Rentetan cerita haritu, aku rasa gambarpun dah menceritakan segalanya.

Tak adalah gempak sangat, kitorang pergi Ulu Yam je. Yang menyebabkan kami teruja, ini picnic yang julung-julung kali diadakan. Perancangan mengejut, preparation yang ala bombastik, aku andaikan satu kejayaan yang besar untuk kami semua. Jemputan pula dari kalangan-kalangan orang tertentu sahaja. Bangun seawal 6 am, kerana excited dan nak chop tempat best untuk berlibur nanti. Maklumlah, hari Sabtu takut ramai yang bawa keluarga bercuti-cutian. Kitorang berkumpul di rumah Cik Leha dan Cik Minah. Sementara nak tunggu para bapa sampai, kami bergotong royong membuat sandwich. Korang tengoklah betapa sibuknya para-para ibu buat kerja.


Barang dalam bonet kereta.

Cuba teka, aku dah mandi pagi ke belum?

Morning smile oleh mereka yang belum mandi lagi. Kitorang sampai dalam pukul 9am lebih kurang - Point3.

Orang asli Cameron Highland yang cun lagi vogue. Berat jugalah bakul tu.

Untuk menuruni tangga yang curam macam itu dengan bebanan yang dipikul bukanlah sesuatu yang mudah.

Tak larat nak cari port jauh-jauh. Dekat toilet sudah. Kami orang 1st sampai situ.

Nak bakar arang untuk BBQ ayam nanti. Nyum...nyum...

Ala-ala poyo posing depan camera macam buat kerja la konon.

Chak! You are on candid camera!!

Nak tunggu ayam lambat lagi, makan bihun dulu. Ini Cik Leha yang masak.

Geng jaga badan. Only fruit for breakfast.


Kebuluran melanda.


*bersambung

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...