Cari Blog Ini

Rabu, 31 Disember 2008

KAHWIN UBAT TERBAIK KEMURUNGAN

New York : Satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.

Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.

Mengambil petunjuk dari kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah sosiologi di Universiti Ohio, Adrianne Frech, dan rakannya, Kristi Williams, membuat spekulasi orang yang gembira mendapat lebih banyak faedah psikologi dari perkahwinan berbanding golongan tertekan.

Dalam usaha menguji hipotesis itu, mereka meneliti contoh 3,066 lelaki dan wanita yang ditemubual dan diuji untuk masalah kemurungan sekali sama ada pada 1987 atau 1988 dan sekali lagi lima tahun kemudian.

Dalam temubual, mereka ditanya mengenai kualii perkahwinan jika sukarelawan sudah berkahwin.

Secara purata, dengan mengambil kira perbezaan dalam kemurungan, subjek yang berkahwin lebih lima tahun antara dua temubual melaporkan peningkatan psikologi dalam temubual kedua mendapat purata 3.42 mata lebih rendah pada 84 mata skala kemurungan berbanding rakan mereka yang tidak berkahwin.

Sedikit perbezaan yang mengejutkan ialah kajian yang menunjukkan orang yang murung dan berkahwin menunjukkan mereka lebih mampu meneruskan kehidupan.

Dan AKU KEMURUNGAN SEKARANG!!!

Selasa, 30 Disember 2008

Last Farewell

Kita kan dah dipenghujung-penghujung tahun. Aku pun dah dipenghujung-penghujung kerajinan untuk meng-update blog. Serious aku MALAS.

Dengan masalah lappy aku yang masih tersadai di kedai, masalah peribadi aku, masalah di pejabat, masalah di rumah, masalah kereta. Masalah tak seheavy mana, aku je yang kecoh-kecoh pening kepala. Poyokan?

Sebenarnya aku nak kongsi kegilaan adik perempuan aku yang mana habis semua adik beradik aku kena demam lagu korea. Dulu kita sibuk-sibuk dengan drama Fullhouse, My Girl, The Coffee Prince, korang pernah dengar band BIG BANG?


Big Band terdiri dari anak muda lagi hensem umur 17 - 21 tahun. Memang akak dah tua lah kan? Tapi akak tak peduli dan akak sooka lagu dorang. Band dorang ni main muzik genre hip-hop dan R&B. Lagu dorang hits pada tahun 2007. Bagi peminat-peminat muzik genre ni boleh la cuba-cuba dengar lagu dorang macam Last Farewell, Lies, Wit U, Lalalala, Dirty Cash, etc. Ai very loike lagu LAST FAREWELL & LIES. Nanti korang googles la fasal BIG BAND. Kalau rajin cari lagi videoklip yang ada English subtitle. Dua-dua lagu yang kat bawah ni, lagu feveret aku. Kalau aku dengar muzik dorang, badan aku dah mula gerak-gerak nak menari.



LAST FAREWELL


LIES


Enjoy the videoclips. I'll update about other Korean boy band soon.

Ahad, 28 Disember 2008

Tiada motif

Aku dah ada di kampung halaman.
Mood untuk berblog belum sampai.
Keletihan.

Gambar disebelah pun tak bermotif. Cuma aku rasa rambut yang diikat macam itu cantik. Aku dah ketinggalan, aku tahu. Tapi tak kisahlah, aku tengah teruja dengan ikatan rambut macam tu.

*Entry ini tak munasabah. Tapi itu bukti aku masih hapdet. Insyaallah, bila roh rajin masuk ke dalam badan ku akan ku hapdet kengkawan.

Sabtu, 27 Disember 2008

Terlalu...

Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Terlalu banyak baca blog - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak mengular lagi....

Rabu, 24 Disember 2008

Terkena lagi ke ni?



*Kenapa aku rasa terpukul dengan kata-kata orang bijak pandai ini?? Sila terasa beramai-ramai.




Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api.

Rentetan Histeria tempoh hari

Siri menonton wayang bersama kawan-kawan di TGV Bukit Raja hari itu.

Ada isu aku lupa nak bangkitkan.

Adakah normal bila menonton wayang, orang belakang menendang-nendang atau shacking their leg kat tempat duduk kita? Babi betul! Kita sama-sama bayar tiket. Bukannya aku masuk free.

Godness! Korang tau? Yang duduk belakang aku ni rupanya orang melayu yang berlagak lulusan sekolah LONDON. Sikit-sikit " I was like....", "I thought, i was like...." tapi ayat tak habis. Poyo siot. Nak cakap omputih cakap kasi habis. Ni penyebab aku nak ludah je kat dorang. Doranglah yang paling bising. Ko dah tau nak tengok cerita hantu melayu, ko dah tau kesudahan cerita melayu jarang memberansangkan, tak perlu la nak komen-komen dalam pawagam. Kecoh siot.

Korang agak aku bergaduh tak dengan perempuan-perempuan poyoness tu?

Ye, hampir bergaduh. Masa dorang tendang-tendang kerusi tu, aku sepantas kilat menoleh ke belakang.

Aku: Fikir sikit! (ringkas tapi padat)
Perempuan gemuk serupa pau: Amboi garang nya. Orang lain pun garang juga!
Perempuan kurus macam lidi: Hek eleh kecoh je. Aku pun selalu kena.Yang kawan aku ni pula dah bajet aku akan mencetuskan adegan tarik-tarik rambut dalam panggung wayang. Owh tidak! Biarpun mulutku serupa buntot ayam, takkan aku nak jatuhkan pride aku depan orang awam. Walaupun hati aku dah mendidih 100 darjah celsius, aku biarkan saja, lantakkan dorang nak berbunyi. Tapi kalau aku melancaukan sekali, memang boleh perang tu.
Kawan aku cakap, diam lebih bijak. Maka dia memuji aku kerana aku mengambil pendekatan yang cerdik.

Kesimpulannya lebih baik beli LCD skrin tv 42" (jangan beli hutang pakai nama kawan) dan DVD cetak rompak. Tengok kat rumah tak ada siapa nak tendang kerusi ko.




***


Dek kerana aku ini seorang penakut, maka malam itu aku minta kawan aku teman aku tidur.
Takut.
Dan terbayang-bayang.
Dah tau penakut, tapi gagah nak tengok. Padan muka aku. Lepas balik tu aku tak terus tidur, layan tengok tv dulu, kebetulan cerita Transformers. Sampai la pukul 2.30am.

Semalam.
Kawan aku dah balik bercuti. Aku tak keruan. Takut menjelma balik. Paling tak boleh blah bila aku tiba-tiba terbayang hantu berbungkus yang Zeta kena cabar masuk makmal sekolah tu. Time nak tidur pula, aku terbayang-bayang hantu beraya kat sudut toilet dalam bilik tidur aku. Ceh!

As! Balik la sini cepat!!!

Kawan pejabat aku gelakkan aku. Kata dia hantu beraya dalam filem tu kelakar sebab gigi terkeluar, jongang. Boleh macam tu?

Esok dah balik Skudai. Tak takut dah.

Selasa, 23 Disember 2008

10 Rahsia Cinta

Mengungkapkan bagaimana wujudnya cinta dalam hati. Bagaimana kita hendak mengenalpasti yang cinta itu telah hadir dalam diri kita. Menjaga dan menguatkan lagi rasa cinta tersebut dengan pelbagai cara. Semakin tinggi komitmen kita terhadap cinta tersebut maka semakin kuatlah usaha kita untuk megukuhkan lagi perasaan itu agar tidak hlang atau pudar di telan masa.

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri Apa yang aku hormati dalam diriku?. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku hormati dalam diri mereka?.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir Apa yang dapat aku beri? dan bukan Apa yang akan aku dapat?.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan untuk melepaskanJika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajaruntuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : Aku cinta kamu. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan dan sekarang kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri;
Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ? Jika jawapannya adalah TIDAK, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Histeria

Semalam aku tengok cerita ni. Aku penakut. Cerita yang orang cakap hantu poyo pun aku seram. Jenis adrenaline cepat menangkap emosi ketakutan yang semacam gampang.

Masa decide nak tengok wayang, aku teragak-agak nak tengok cerita yang mana satu. Kami bertiga. Sorang tu nak tengok Cicakman, sorang lagi nak tengok cerita yang Keanu Reeves berlakon tu, aku nak tengok Histeria. Kami blur, sebab yang sorang ni kata cerita Histeria lawak hantu bodoh. Aku baca review cerita The Day the Earth Stood Still macam tak best je. Cicakman tengok kat Astro je nanti. Jadi kenalah tarik nombor.

Lepas main lat-ta-li-lat (nak tarik cerita apa nak tengok ni), tapi tak dapat decide pun. Last-last aku beli tiket Histeria. Brother counter tu boleh cakap, "Biasalah cerita melayu, takutnya tak, asyik terkejut je". Siap dengan memek muka yang macam menunjukkan cerita tu tak best. Keterujaanku disentap sekejapan.

Well, overall lepas aku tengok cerita ni, (ini review dari seorang penakut macam aku) ceritanya agak scary. Orang kata ini cerita lesbian cemolot dan main bunuh-bunuh. Tapi scene lesbiannya tak sampai 5 minit pun. Frust aku. Tapi aku pelik, dalam filem ni, sikit pun tak diselit baca-baca doa. Tu yang hantu suka lagi kacau. Bacalah ayat Kursi ke, Yaasin ke, 4 Qul ke. Even dalam cerita Jangan Pandang Belakang ada juga bacaan ayat Al Quran.

Allisa (Scha) lakonannya agak kekok sikit, keras kejung dan berperanan sebagai ketua The Pink Ladies. Tapi aku suka dia. Adegan cemolot si Zeta (ex-Piere Andre) pun macam real. Murni (Liyana Jasmay) si comot yang selalu kena buli, diambil kesempatan dan naif. Kesian dia. Yang lain-lain pelakon yang agak baru tapi tak mendapat tempat dihati aku.

Dalam geng ni, semua macam nak kenakan si Murni sebab dia lurus bendul, orang lain tak nak baca mentera sebab tak nak tanggung risiko. Bijak memanipulasi orangkan? Tapi bila dah selalu sangat kena buli, kita sendiri akan rasa marah. Perasaan tu akan membusut secara sendiri. Itu DENDAM namanya kawan-kawan. Bila kita diselubungi amarah, we tend to pendek akal. Jadilah seperti kesudahan cerita Histeria ini.


Kesimpulan dari filem ini:
  • Jangan kerap buli/sakat orang. Makan diri.
  • Budak naif tak semestinya baik.
  • Jangan berani tak kena tempat. Sibuk-sibuk nak tau, kadang-kadang boleh bawa bencana pada diri.
  • Sekolah, asrama memang tempat yang "berpenghuni". Kenapa ye?
  • Skandal antara guru dan pelajar masih berlarutan hingga sekarang.
  • Masyarakat melayu dengan bomoh tak boleh dipisahkan.
  • Jangan suka-suka bawa balik benda-benda aneh.
  • Busut pun tak boleh buat main-main. Memang tempat jin. Kan mak dah pesan?
Ada lagi nak tambah?

Sabtu, 20 Disember 2008

Korang terer menaip?

48 words

Silalah mengular. Esokkan dah nak cuti panjang, i'm surfing of course and i found this website is interesting. Saja nak habiskan masa. Jom lah uji ke-terrer-an anda dalam menaip. Klik la pada 48 words itu. Ini setelah 4 kali mencuba baru dapat 48 words je. Cuba kalau speedtest ni diuji dalam bahasa kita, Bahasa Malaysia, mesti boleh achieve puluhan words.

Try ler... nanti comment bagi tau korang dapat berapa.

*ok back to work

Doa kamu dan Allah SWT

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.



Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...

Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Jumaat, 19 Disember 2008

Kita tak boleh meniup makanan dan minuman panas. Kenapa?


Masa kecil-kecil dulu, mesti mak atau orang gaji atau sesiapa saja akan meniup terlebih dahulu untuk menyuap makanan yang masih panas. Jangan cakap time kita budak-budak dulu lah, sekarang pun kalau kita nak minum teh tarik atau nescafe atau mee goreng yang masih berasap-asap tu pun kita tiup dulu sebelum meneguk air tu. Kan??

Tapi betul ke cara macam tu?

Sebenarnya dalam Islam, kita dilarang meniup makanan atau minuman.

Aku terbaca satu artikel, menurut Hadis Ibnu Abbas "Bahwasanya Nabi Muhammad SAW melarang bernafas pada minuman atau meniupnya". (HR. At Turmudzi dan disahihkan oleh Al-Albani).

Ini ialah penjelasannya: Apabila kita menghembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 (carbon dioxide), yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Rasulullah menyuruh kita ketika minum seteguk demi seteguk, jangan langsung minum secara one-shot sambil bernafas di dalam gelas, kerana ketika kita minum sekali gus, maka ada kemungkinan kita akan bernafas di dalam gelas, yang akan menyebabkan reaksi kimia seperti di atas.

Sesungguhnya Ilmu Allah lebih luas dari ilmu manusia.

Khamis, 18 Disember 2008

Indahnya malam pertama

Yer korang, jangan terlalu ghairah untuk membaca entry 18sx. Entry-entry begitu akan aku privatekan untuk pembacaan golongan-golongan tertentu yang berkasta tinggi. Fuh! Ayat tak boleh blah.

Ini berkenaan home-deco khas untuk kaum wanita sahaja. Tapi sekiranya anda, pembaca dari kaum sebaliknya dan berminat untuk mengetahui sila ikuti baca sehingga tamat entry.

Soalan: Apa yang penting sewaktu pemilihan cadar tilam?
  1. Fabrik?
  2. Warna?
  3. Jenama?
  4. Harga?
Masa aku mula-mula nak masuk UiTM dulu, antara pesanan mak yang sampai sekarang aku gunapakai ialah tentang pemilihan cadar tempat tidur. Of courselah kita nakkan keselesaan. Betul?

Mak aku cakap tengok pada thread count cadar tersebut. Database otak ku telah menyimpan data bahawa bilangan THREAD COUNT yang tinggi tidak akan berbulu. Rata-rata sahabat aku tak pernah mengambil berat tentang thread count. Asal cantik, menawan hati, main beli je. Jangan okey?

Apa itu THREAD COUNT dan kenapa ia penting?

Thread count digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu fabrik. Ia dikira mengikut jalinan horizontal dan vertical dalam one square inch of fabric. Dalam website ini menerangkan standard cotton; 200-220 as a good thread count, 230-280 as better, and 300-400 as best.

TAPI, bukan bermakna lagi tinggi thread count itu, lagi selesa dan mahal fabric cadar itu. Perlu diambil kira tentang campuran yang terdapat dalam jalinan fabrik itu - yarn size and ply.
Another important consideration is fiber. Sheets may be made from various cottons, various cotton blends, polyester, or other man-made fibers. Cotton/polyester blends outsell cotton sheets largely because they wrinkle less and cost less. Be sure the read the label to determine the amount of cotton in the sheets.
Untuk lebih maklumat sila googles = THREAD COUNT.

Method yang digunapakai oleh aku ialah beli cadar atas dari 250 thread count dan ia lambat untuk berbulu. No wonder mak i sanggup beli cadar yang beratus-ratus harganya. Aku bujang lagi, tak perlu demand-demand lagipun bak kata ayah aku - "beli barang seiring pangkat awak". Aku bergaji kerani, maka keranikan juga barang-barang ku melainkan ia pemberian kedua ibubapaku.
Look! Tak ada jenama dan murah bangat. Mak kata campuran cotton dan polyester mungkin sedikit panas. Tapi tak kisahlah. Yang murah banyak dijual di pasar malam dan pasaraya ekonomi selalunya tiada label tentang thread count dan cepat berbulu. Betul tak?

Ahhhh! Akhirnya time untuk aku landing menikmati malam pertamaku di atas cadar baru.

Selasa, 16 Disember 2008

Tag lagi dan menge-tag

Kena tag dari Cik Ara yang meninggalkan pesanan dalam kotak shoutbox ku ketika dinihari. Aik? tak tidoq lagi ka taim tu?? Ai tengah layan bola.

RULES:-
Do the "Letter MEME". Tag no less than 5 other people, and leave them a comment, informing them that they have been tagged. Then copy the "How-to" Letter Meme, and finish your Journal entry.

-> How you do the Letter Meme:

Dear ________(the last person who left a comment on your blog/journal):

I don't really know how to tell you this, but ___1___. I think I realized it ___2___ ___3___ and I saw you ___4___ ___5___. I'm sure you're ___6___ enough to understand ___7___. I'm returning ___8___ to you, but I'll keep ___9___ as a memory. You should also know that I ___10___ ___11___ .

___12___,
-Your name-
Just fill in the blanks on top based on the answers you are gonna choose below:

1. What's the color of your shirt?
Blue - Our romance is over
Red - Our affair is over
White - I'll join the monastery
Black - I dislike you
Green - Our horoscope doesn't match
Grey - You're a pervert
Yellow - I'm selling myself
Pink - Your nostrils are insulting
Brown - The mafia wants you
No shirt - You're a loser
Other - I'm in love with your sister


2. Which is your birth month?
January - That night
February - Last year
March - When your dwarf bit me
April - When I tripped on sesame seeds
May - First of May
June - When you put cuffs on me
July - When I threw up
August - When I saw the shrunken head
September - When we skinny dipped
October - When I quoted Santa
November - When your dog ran amok
December - When I changed tennis shoes


3. Which food do you prefer?
Tacos - In your apartment
Pizza - In your camping car
Pasta - Outside of Chicago
Hamburgers - Under the bus
Salad - As you ate enchilada
Chicken - In your closet
Kebab - With Paris Hilton
Fish - In women's clothing
Sandwiches - At the Hare Krishna graduation
Lasagna - At the mental hospital
Hot dog - Under a state of trance
None of the above - With George Bush and his wife


4. What's the color of your socks?
Yellow - Hit on
Red - Insult
Black - Ignore
Blue - Knock out
Purple - Pour syrup on
White - Carve your initials into
Grey - Pull the clothes off
Brown - Put leeches on
Orange - Castrate
Pink - Pull the toupee off
Barefoot - Sit on
Other - Drive out


5. What's the color of your underwear?(pepandai le cover line yek...agagagaga)
Black - My best friend
White - My father
Grey - Bill Clinton
Brown - My fart balloon
Purple - My mustard soufflé
Red - Donald Duck
Blue - My avocado plant
Yellow - My penpal in Ghana
Orange - My Kid Rock-collection
Pink - Manchester United's goalkeeper
None - My John F. Kennedy-statue
Other - The crazy monk


6. What do you prefer to watch on TV?
Scrubs - Man
O.C. - Emotional
One Tree Hill - Open
Heroes - Frostbitten
Lost - High
House - Scared
Simpsons - Cowardly
The news - Mongolic
Idol - Masochistic
Family Guy - Senile
Top Model - Middle-class
None of the above - Ashamed


7. Your mood right now?
Happy - How awful I've felt
Sad - How boring you are
Bored - That Santa doesn't exist
Angry - That your pimples are at the last stage
Depressed - That we're cousins
Excited - That there is no solution to this
Nervous - The middle-east
Worried - That your Honda sucks
Apathetic - That I did a sex-change
Ashamed - That I'm allergic to your hamster
Cuddly - That I get turned on by garbage men
Overjoyous - That I'm open
Other - That Extreme Home Makeover sucks


8. What's the color of your walls in your bedroom?
White - Your ring
Yellow - Your love letters
Red - Your Darth Vader-poster
Black - Your tame stone
Blue - The couch cushions
Green - The pictures from LA
Orange - Your false teeth
Brown - Your contact book
Grey - Our matching snoopy-bibs
Purple - Your old lottery coupons
Pink - How awful I've felt
Other - Your memories from the military service


9. The first letter of your first name?
A/B - Your photo
C/D - The oil stocks
E/F - Your neighbour Martin
G/H - My virginity
I/J - The results of your blood-sample
K/L - Your left ear
M/N - Your suicide note
O/P - My common sense
Q/R - Your mom
S/T - Your collection of butterflies
U/V - Your criminal record
W/X - David's tricot outfits
Y/Z - Your grades from college


10. The last letter in your last name?
A/B - Hate your guts
C/D - Never will forget
E/F - Always wanted to break
G/H - Never openly mocked
I/J - Always have felt dirty before
K/L - Will tell the authorities about
M/N - Told in my confession today about
O/P - Was interviewed by the Times about
Q/R - Told my psychiatrist about
S/T - Get sick when I think of
U/V - Always will try to forget
W/X - Am better off without
Y/Z - Never liked


11. What do you prefer to drink?
Water- Our friendship
Beer - Senility
Soft drink - A new life as a clone
Soda - The incarnation as an eskimo
Milk - The apartment building
Wine - Cocaine abuse
Cider - A passionate interest for mice
Juice - Oprah Winfrey imitations
Mineral water - Embarrassing rash
Hot chocolate - Eggplant-fetishism
Whisky - To ruin the second world war
Other - To hate the Boston Celtics


12. To which country would you prefer to go on a vacation?
Thailand - Warm regards
USA - Best regards
England - Good luck on your short-term leave from jail
Spain - Go and drown yourself
China - Disgusting regards
Germany - With ease
Japan - Go burn
Greece - Your everlasting enemy
Australia - Greetings to your frog Leonard
Egypt - Fuck off now
France - In pain


Dear ladyell(the last person who left a comment on your blog/journal):

I don't really know how to tell you this, but I dislike you. I think I realized it when your dog ran amok with George Bush and his wife and I saw you sit on Manchester United's goalkeeper. I'm sure you're Middle-class enough to understand that your Honda sucks. I'm returning your ring to you, but I'll keep your suicide note as a memory. You should also know that I hate your guts Oprah Winfrey imitations.

Fuck off now,
-signorina syima-

Aku nak gelak guling-guling baca surat ini. Memang tak masuk akal. Bodoh pun ada. Tengah buat menatang tag ni pun boleh kerawa sorang-sorang.

Kak ell, bila masalah kak ell bela anjing? Dah la anjing tu mengamok sama-sama dengan George Bush dan wife, akak duduk atas goalkeeper MU (marah nanti extreme fan dorang). Kita tak pernah bercinta dan kita bukanlah lesbian, sampai nak pulangkan cincin dan simpan surat bunuh diri.


So, hillarious!

Maka, mangsa yang bakal aku tag-kan nanti ialah...
  1. hoodedlicious
  2. tny
  3. cuteaslina
  4. jumie
  5. kak ell
  6. pasa sanda
  7. kak yong

Ahad, 14 Disember 2008

Antara penjelasan mengapa tiada jodoh

Aku dapat email forward lagi. Artikel ni macam terpanah ke jiwa sendiri. Sila baca yek? Kalau terasa, simpan dalam hati. Dan insap okey?


Setengah orang mendapat jodoh pada usia 16 tahun dan setengah yang lain hanya dapat jodoh pada usia 40an dan setengah mereka pula mati sebagai anak dara / teruna.

Adakah Allah mempunyai sifat pilih kasih dengan hanya memberikan jodoh kepada orang tertentu sahaja?? Persoalan seperti ini boleh merosak akidah seseorang.

Kalau merujuk surah Assyura ayat 30, setiap musibah dari Allah adalah kerana dosa manusia. Saya redha dan mengakui bahawa segala musibah yang menimpa saya selama ini adalah disebabkan kesilapan saya belaka.
Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan.

Ramai orang telah ditutup hatinya oleh syaitan dari mengenali / muhasabah kesilapan mereka. Bila mereka gagal mengenalpasti kesilapan ini, hiduplah mereka terus menerus tanpa rahmat Allah yang satu ini.

Antara dosa perempuan atau lelaki yang menyebabkan rahmat kahwin ditolak oleh Allah ialah:

  1. Pernah berusaha melalui bomoh melalui mandi bunga, memakai susuk dsb agar dicepatkan jodoh mereka. Dosa ini sangat besar kerana mensyirikkan Allah.
  2. Mengamalkan ilmu sesat dari "ustaz" atau orang pandai yang sebenarnya seorang bomoh sesat seperti ilmu membaca mentera bila keluar rumah, ilmu kunci tubuh bagi wanita dsb. Ilmu ini mengundang pertolongan dari syaitan seperti mudah mesra dengan semua orang dsb tetapi orang ini tidak sedar akan janji iblis yang membantunya dan antara janji tersebut ialah orang ini akan dipastikan tidak kahwin sampai mati.
  3. Berkata sombong seperti seorang rakan saya "aku kalau nak kahwin, aku petik aja jari, 10 orang datang nak kahwin dengan aku". Sombong adalah milik Allah sahaja (Al Mutakabbir) dan dilarang manusia mengamalkan sifat ini. Kita pastinya melayakkan pelbagai azab Allah sekiranya mengamalkan sifat sombong ini.
  4. Terlalu memilih Mr Right / Ms Right dengan sewenang-wenang menolak pilihan yang ditentukan Allah. Kebanyakan orang yang tidak berkahwin ini sebenarnya pernah dilamar oleh seseorang tetapi terus menolak mentah-mentah tanpa merujuk kepada Allah seperti melalui sembahyang istikhorah atas alasan seperti tidak sama taraf dsb. Allah sudah menetapkan dalam Al Quran bahawa perempuan baik dijodohkan dengan lelaki baik dan sebaliknya. Kalau perempuan macam Erra Fazira*, janganlah berangan untuk mendapat jodoh suami macam Nabi Muhamad.
  5. Rosak akidah mereka dengan menolak hukum Allah seperti poligami, hudud dsbnya. Setengahnya sanggup bercakap seperti "aku sanggup jadi anak dara tua sampai mati dari menjadi isteri kedua". Membenci mana-mana hukum Allah sudah cukup melayakkan diri untuk menjadi Kafir. Dosa ini adalah dosa paling besar dalam Islam dan inilah antara punca azab musibah yang Allah turunkan seperti musibah tidak dapat jodoh.
  6. Putus asa dan mengeluh. Mengeluh bukan ciri orang Islam. Terus menerus mengeluh akan terus menerus mengundang azab Allah. Putus asa seperti berkata "biarlah aku menjadi anak dara tua sampai mati" akan mengundang musibah yang berat dari Allah iaitu kekal tidak berkahwin. Allah membahasakan orang yang putus asa ini agar mencari tali untuk menggantung diri sampai mati (bunuh diri)
  7. Banyak berbuat dosa mengundang pelbagai musibah dari Allah. Ada manusia yang malas sembahyang dan ada juga yang gemar berbuat maksiat pastinya mengundang azab musibah dari Allah. Apatah lagi kalau dosa berzina.
  8. Tidak mahu mendalami ilmu agama juga adalah satu dosa kerana belajar agama adalah wajib untuk semua orang. Tidak melakukannya mengundang dosa yang kelak mengundang pelbagai musibah azab dari Allah.

Allah tidak pernah pilih kasih dengan memberikan jodoh hanya kepada sebahagian orang sahaja. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri. Kezaliman inilah yang mengundang musibah azab dari Allah dan tidak dapat jodoh adalah antara pelbagai musibah azab dari Allah SWT.

Masalah utama dalam menyelesaikan masalah orang seperti ini ialah ORANG YANG BERMASALAH INI TIDAK MENGETAHUI BAHAWA SEBENARNYA MEREKA INI SEDANG BERMASALAH.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

*bukan aku punya ayat.

Lawak bengong di pagi Ahad

Sumber dari email lagi.

Aku godek-godek, mendelete email-email yang tak patut then i found this hillarious forwarded email. It seem (by reading the disclaimer of the email) forwarded by Ranhill's staff.

Baca yek?

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, ade seorang gadis singgah dan bertanyakan satu benda yang disebut tujuh-ratus-sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan,

"Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?"

Gadis itu menjawab,

"Awak tahu kan ,benda kecik kat tengah enjin, saya dah hilangkannye dan nak yang baru"

Gadis itu cakap dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka ke atas, dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu,

"benda 710 tu ade kat kereta ni ker?"

Gadis itu menuding dan berkata,

"mestilah ader, tur haa bendanyer...."
.
.
.
.
Sila tgk gambar...
.
.
.
.
Matilah kena gelak. Inilah punca kaum lelaki cakap perempuan ni cuma tau pakai kereta je. Tapi nama sebarang part dalam enjin tak tau. Payah macam ni...

Sabtu, 13 Disember 2008

Eksiden di Ijok

Semalam.
Dalam keadaan rushing mengejar masa, kami ingat nak ambil jalan shortcut. Lalu Ijok-Sg Buloh untuk tembus ke Damansara. Actually bos tunggu kami di Kapar, tapi kami buat kepala sendiri nak ikut jalan Sg Buloh.

Sampai Ijok (sebelum jalan bengkang-bengkok) tiba-tiba jamn yang amat. Nampak lampu biru berkelip-kelip. Roadblock ke? Driver dan co-pilot tarik seatbelt. Lori berderet-deret.

Tiba di suatu area yang gelap tak berlampu jalan, kami nampak sebuah treller oren melintang jalan.
"Ahh sudah, mesti ada yang mati ni".
"Mana kepala lori?"
Macam biasa (orang Malaysia) bila dah tengok eksiden kita pun slowdown kereta.
"Eh! nampak tu?"

Ada sebuah lori terpukang dalam longkang.


Memang thrill, sebab kereta yang dipandu kena melalui ruang yang agak sempit - antara kepala treller dan body lori terpukang itu. Lihatlah betapa dekatnya jarak sehingga aku boleh snap gambar lori itu.

Melepasi jalan jamn itu, kami relieve sikit. Boleh kejar masa lagi. Tapi tengok jalan yang opposite. Jamn panjang berjela-jela.

KESIAN korang yang tengah drive itu!

Aku dan driver jadi detektif conan sekejap.
Jalan gelap. Lori 3 tan itu tengah laju. Treller tu baru keluar dari simpang hutan dan tak perasan lori tu. Driver lori cuak dan cuba untuk mengelak, lalu salah percaturan dan masuk longkang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan rasanya.
(Sila mesej saya untuk no pendaftaran kenderaan lori tersebut-sekiranya anda kaki nombor.)

Tapi ke mana kitorang nak pergi?? Siapa boleh agak?

Jumaat, 12 Disember 2008

Dia kata tak sedap :(

Aku nak merajuk. Sedih tau. Sob...sob...

Entry aku hari ini nak pakai bahasa sopan.

Saya susah payah buat puding castard + coaktail. Saya bubuh dalam tuppeware plastic yang free yang boleh masuk microwave tu, dengan harapan bila awak makan puding saya ini awak akan cakap SUKA macam awak makan puding ini. Tapi saya gagal menawan hati awak bila awak kata "Puding ini masam."

Langsung awak letakkan bekalan yang saya bawa tu atas meja saya, saya makan sorang-sorang. Sampai habis.

Khamis, 11 Disember 2008

16-year-old girl charged with attempted suicide



The unrepresented teenager at the court for Children yesterday
The unrepresented teenager at the court for Children yesterday

KUALA TERENGGANU: A 16-year-old girl was charged yesterday in the Court for Children with attempting to commit suicide.
The teenager was alleged to have committed the offence at the YT Midtown Hotel rooftop on Nov 21 by attempting to jump off the building.

Prosecution was handled by Nelson Ensit. The girl, accompanied by her mother, was unrepresented.

Court registrar Kahirul Anuar set bail at RM2,500 in one surety and set Jan 22 for mention.

It was reported on Nov 22 that the teenager threatened to jump off the ledge of the 10-storey hotel following a quarrel with her boyfriend.

This is the first in many years that anyone has been charged with attempted suicide.

The measure is being taken after a spate of suicides and attempted suicides in recent weeks prompted Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar to tell the New Straits Times that police were considering enforcing the law.

******

Today's news.

SERVE YOU RIGHT!
You wanted this for Malaysian's attention kan? If you got problems, this is not the way to solve it. Rambut blonde, lagak macam orang putih, tapi nak bunuh diri. Beb, aku pun budak hingusan yang bodoh, suka cakap nak bunuh diri macam orang tak berakal tapi tak sebodoh kau membelakangkan keluarga dan agama sampai nak suicide.

Adeh... what is gonna happen to our youngster nowadays? Credit to PDRM for charging her. For those who believe suicide will resolve everything , think again. It is on the wrong side of the law.

Notakaki : Selangor cuti hari ini, itu sebab akak ada masa nak tengok berita.

Selasa, 9 Disember 2008

Tip Goda Alam Perkahwinan (18sx!)

Ni dah tentu-tentu entry ini bukan datang dari aku. Haih, kalau aku yang mengarang bendalah ini sure aku boleh tandingi Dr HM Tuah. Biasalah kalau email forward-forward ni kan, jadi aku rasa ada baiknya aku kongsi dengan korang.

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips. Nanti bolehlah try. Jangan baca saja, praktikkan sekali lepas ini.
  1. Cuit-cuit
    Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka.
  2. Kenyit-kenyit
    Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.
  3. Ops, maaf terpegang
    Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
  4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air
    Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
  5. Tersentuh tangan
    Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
  6. Urut mengurut
    Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
  7. Usik melalui telefon
    Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.
  8. Suapkan makanan.
    Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.
  9. Betul-betulkan rambut.
    Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.
  10. Jalan macam itik pulang petang.
    Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.
  11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan. (hah! pikiaq kot lain lah tu??!)
    Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.
  12. Ops… tuala terlepas
    Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda.
  13. Jeling-jeling
    Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.
  14. Gesel-gesel
    Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…
  15. Cubit-cubit
    Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya?
  16. Hembusan lembut pada telinga
    Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi
  17. Ciuman di dahi
    Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya? "Wah, mesranya pasangan tu". Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.
  18. Sembur wangian pada bilik
    Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.
  19. Tolong betulkan baju
    Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia. Bisikkan kata romantik pada telinganya. Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.
Lepas baca entry ini pasti ramai yang tak sabar-sabar untuk berumahtangga. Korang yang baca ni, wajib bacakan doa supaya aku dipercepatkan jodoh. Tak sabaq jugak nak kawin nih.

Akhirkata, Selamat berumahtangga!!

Isnin, 8 Disember 2008

Selamat menyambut Aidiladha


gambar dipetik dari sumber googles

Selamat Hari Raya Haji, korang!! Pagi tadi makan apa? Well, I'm sure everyone is having a good and quality time with their family; solat sunat sama-sama, makan rendang, makan ketupat, bertandang rumah saudara mara.

As for me, I'm not going anywhere. Tak balik kampung. Duduk sorang-sorang kat sini. Berkorban tapi tak ada motif. Korban apa entah?

Sekarang cuba tanya pada diri kita;
  • Apakah perasaan kita setiap kali hari raya haji?
  • Bagaimanakah kita merayakannya?
  • What first come to mind bila menyebut tentang Aidil Adha ataupun hari raya haji?
  • Korban?
  • Lembu?
  • Solat raya?
  • Pergi ke Makkah?
  • Tak ada duit raya pun?
  • Takde orang main bunga api?
  • Tak meriah?
  • Takde terasa apa?
  • Apakah pengajaran yang kita dapat daripada ibadah haji?
  • Tahukah kita bila disunatkan berpuasa dan bila haram berpuasa berkaitan dengan haji?
  • Apakah takbir kita di raya haji sama dengan takbir kita di raya puasa?
  • Bilakah disunatkan makan pada hari raya haji?
  • Di manakah solat raya patut diadakan?
Chewah.. macam ustazah je. Berapa ramai yang dapat menceritakan apa disebalik Aidiladha ini? I'm sure tak ramai yang yakin 100% mampu menjawab soalan mudah macam ni. Ye lah, kita dah tinggal alam persekolahan terlalu lama. Kalau tak diingatkan selalu memang akan mudah lupa.
Erti Aidiladha ialah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail, yang merupakan satu contoh ketaatan dan pengabdian, dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya. Sila surf sendiri ok?

Info tambahan untuk ingatan aku dan kawan-kawan.
  • Hari Arafah - 9 Zulhijjah - sunat berpuasa bagi sesiapa yang berada di luar Arafah
  • Hari Nahar - 10 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Hari Tasyriq - 11, 12, 13 Zulhijjah - haram berpuasa
  • Bagi hari raya Aidiladha, sunat makan selepas korban. (Bagi hari raya Aidilfitri, sunat makan sebelum solat hari raya)
  • Solat hari raya (kedua-dua raya) seeloknya dibuat di padang yang lapang dan luas, supaya boleh turut dihadiri oleh wanita-wanita yang sedang uzur, kerana khutbah hari raya adalah untuk semua orang, bukan hanya lelaki sahaja.
  • Ibadah korban adalah sunat muakkad
  • Akikah boleh dibuat untuk diri sendiri seandainya akikah untuk diri kita belum lagi dibuat oleh ibu bapa kita.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar,
LaIlahaillaLlah waLlahuakbar,
Allahuakbar waliLlahilhamd



Semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang berfikir dan menghayati...

Ahad, 7 Disember 2008

Tanah runtuh : Bukit Antarabangsa






Innalilla hiwainna illaihirajiun...

Bila kita mendengar atau melihat sesuatu yang buruk berlaku itulah yang patut kita ucapkan. Aku tak bijak untuk memberi komen tentang keadaan yang berlaku semalam.

I would like to express my deepest condolence to all the victims of the landslides in Bukit Antarabangsa. It was definitely shocking especially baru-baru ini dah ada kes tanah runtuh at Jalan Semantan. I'm not aware of previous incidence until this devastation.





I couldn't imagine to those who live around that area how terrified and insecure for them to wait for a help dan paling mengharukan esok dah Aidiladha. Sedih. Trauma.



Nak salahkan siapa? Sekarang bukan masa nak menunding jari. Itu peringatan dari Tuhan. Tak faham-faham lagi? Bumi kita dah sakit. Tarah sana, gondol sini. Bukit ialah kawasan tadahan air. Orang kaya nak cari apa duduk kat atas bukit? Haih!

*Gambar adalah courtesy dari Malaysianinsider, serta blog di merata tempat.

Aku seorang PENGHUTANG

Rakan-rakan blog yang dihormati,

Saya sudah meningkat dewasa, dalam ertikata lain saya sangat cepat menjadi pelupa. Maka tolong ingatkan saya TENTANG TAG dan AWARD yang pernah anda berikan kepada saya. Tolonglah! Saya nak jawab semua tag itu kerana saya dah kurang cerita kehidupan untuk dikongsi dengan anda semua.

Sebenarnya tak ada apa-apa pun. Hehehehe. Tapi sebab rasa bersalah, aku nak jawab tag dan aku nak ambil award korang kasi tu. Tolonglah yeh??

*bila sengal menjengah dalam kepalaku...

Khamis, 4 Disember 2008

Kuiz syok sendiri




He's a Great Boyfriend




You guy definitely loves you and knows how to treat you right.
You have a five star boyfriend - so make sure you treat him right too!






Keep Him :-)




This guy's got marriage on the brain - and should propose soon...
That is, if you play your cards right. Keep doing what you're doing.
Marriage material guy doesn't like drama - or hot today, cold tomorrow relationships.
So keep it flowing peacefully, and you'll capture his heart.

How to make sure you're ready: Make sure that you love marriage-minded-guy because he's a fantastic catch - not because he's eager to walk down the aisle.






What Your Ideal Wedding Dress Says About You




Your Personal Style:
Young and flashy. You dress like a celebrity, and you love to accessorize.
Your Ideal Wedding:
A huge party with all your friends, with lots of toasting and dancing
Your Philosophy on Marriage:
The person you marry should be your best friend.
Your Perfect Marriage:
Is when you still surprise each other with romantic gestures



Korang... apa motif aku sebenarnya? MOTIF?

Seafood at last!

Kerjaan. Ya, aku kerjaan semalam. Dengan selesema yang super teruk. Sikit-sikit bersin. Bos assign me to get a map. Peta topografi daerah Sabak Bernam. Hina ok? Daerah Sabak Bernam tak ada peta yang color printed. No specific peta topografi. Jupem pun tak buat. That one is limited. Itu apa yang pegawai Digis Majlis Daerah Sabak Bernam bagitahu. Ke hulur- ke hilir kena tendang. Sekejap kena ke Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, sekejap ke MDSB. Haih.

Tapi tak kisahlah. Alang-alang dah sampai tempat orang ini, aku berkesempatan untuk makan tengahari di sana. Dah lama tak cerita pasal makan-makan.

Ini sup tofu isi ketam. Kena tambah kicap cuka yang masam. Aku tak suka campur cuka. Tak sedap.
This is my 1st time trying this cuisine. Butter prawn but this version. Quite sweet and i'm impress with the taste. So yummy!
Baby kailan.
Must eat! But this one is not ok. Tukang masak tak pandai masak. I gave 5 out of 10.
Sembilang claypot.

Macamana *aksi kami yang gila kebulur dan kelaparan, MAKAN?



Blurp! Alhamdullilah. Licin dan tidak membazir.


4 orang makan - sekotak rokok Dunhill 14'= Rm60 sajork! Murahkan?
Gambar telah tidak sengaja terblur kerana terlalu dekat ketika proses menangkap gambar as the camera's functions are too complicated. Aku tak pandai sebenarnya.


*Notakaki: Tengok tangan siapa yang gagah melicinkan gravy dalam pinggan itu. Memang sedap. Kalau kat rumah tu, dah jilat pinggan dah tu.

Rabu, 3 Disember 2008

Harga minyak turun. Tapi perut aku?

Berita mengenai penurunan harga minyak petrol tak perlu aku ceritakan lagi. Memang semua menunggu-nunggu saat ini. Alhamdullilah. Setakat ini dah 4 kali penurunan harga petrol dan diesel, kalau tak silap aku. Jadi semalam aku setakat keluar memantau stesyen-stesyen minyak.

Aku, Cik Ro dan Dmade ditugaskan untuk memantau stesyen-stesyen minyak di sekitar Sg Buloh Sasaran - Jeram - Sg Sembilang. Tak banyak sangat stesyennya pun. Ada 3 je. Mujur 3, tak banyak kerja. Harga turun after 12.00 tengah malam kan?

Aduhai, semalam nak dijadikan cerita angin bertiup sangat kencang (tanda-tanda nak hujan lebat), memang tersangat kencang. Sampai aku jadi creepy duduk rumah sorang-sorang sebab walaupun sliding door rumah bertutup rapat, still angin masuk membuai-buai langsir. Dah la tu, bila dah berangin macam tu, ada pula bunyi "wooooooooo.....woooooooooo". Yes, aku penakut. Disebabkan itu, aku decide keluar rumah awal untuk ambil mereka yang lain.

Tapi hujan turun tak lebat. Renyai-renyai je. Sementara nak menunggu detik pukul 12.00 malam kami decide masuk ke kawasan Pantai Remis. Ini cerita aku sebenarnya.

Kitorang makan kerang bakar. Not my favourite, but setakat nak habiskan masa boleh la kunyah-kunyah kejap. Lagipun Cik Ro hantu pantai. Time tu, angin kuat tak hengat. Memang kuat lah! Julung-julung kali aku merasa angin pantai yang begitu deras.

Jom layan gambar. Rambut aku dan ke-kemek-kan tudung Cik Ro tu petunjuk betapa angin pantai sangat kuat. Ni sementara nak menunggu kerang bakar itu sampai.




Time tengah makan.






Gambar bila dah habis makan. TaDa..Hasilnya...
Berdasarkan timbunan kulit kerang itu, dapat aku simpulkan bahawa pendirian Cik Ro adalah tetap. Aku makan bersepah-sepah sebagaimana mood aku yang mudah semak. Kajian aku menyatakan Dmade mempunyai perut yang kecil kerana tak makan banyak. - Dr. Syima





Mulut rasa nak mengunyah lagi. Masa aku muda-muda dulu sukalah juga makan kerepok Bika ni. Bagi mengimbau kenangan kami masa muda-muda dulu, kami bedal 4 bungkus keropok Bika yang mana aku telah makan 2 bungkus daripadanya. Dulu keropok ni punya packaging besar, sekarang dah kecik. 3 kali suap dah habis.




Lepas makan, kami jalan-jalan dan posing tepi pesisiran jalan bertar. Kami meneruskan tugasan kami dan sampai rumah pukul 2.00am masing-masing. Pagi ini mengantuk yang menggila. Dan aku dilanda selesema yang super teruk!!

Weh, persoalannya... aku kuat makan recently. Kain baju kurung aku banyak macam dah sendat. Berat dah naik ke?

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...