Cari Blog Ini

Isnin, 30 Jun 2008

Warning! Bad mood zone.


It's been a while i kept myself silent. Actually i'm ok, still alive. I'm quite buzy at this moment. And for ur information, i just came back from Skudai, cuti-cuti di rumah ayahanda dan bonda. ETA 9.30pm.

Sebagai seorang perindu yang merindui buah hatinya, aku pun singgah ke rumah dia. Tapi dia buka pintu dengan muka yang "toya". Sakitnya hati!! Kot la dia nak kata apa-apa kan?? Aku siap bawak bekalan Dunkin' Donuts yang aku bawa dari Petronas yang dekat toll Skudai tu. Hampeh! Dah la tu, aku menumpangkan kawan aku dari Melaka, langsung lupa nak pelawa dia makan donat feveret dia nih.

Dah la hari ini emosi memang tak stabil. Buat ini salah, buat itu tak kena. Pagi tadi lagi best, aku marah adik aku sebab melawan cakap aku, alih-alih aku yang nangis. Tiba-tiba je aku rasa bersalah sebab pukul dia. Then on the way back to Kuala Selangor, i drop my sister kat hostel dia (dia baru mendaftar di UTM semalam), tak semena-mena aku menangis sebab nak balik dah. And i noticed i eat a lot. A LOT! Scary...

Dan sekarang mamat ni pula macam ni perangainye. Sudahnya emosi ku kembali berkecamuk dan sentap. Dan habis semua donat tu aku makan sorang-sorang.

Jumaat, 20 Jun 2008

Lapar tahap kronik! Ver. 1.0 (Penyelamatku)


Inilah penyelamat aku. Mapley! Akhirnya ada juga yang ajak aku pergi makan. Tapi perut dah penuh masuk angin. Makan apa pun macam nak keluar balik. Kira ok la tu ada orang nak tolong bayarkan. Betul tak?


Mapley cakap "Cuba awak tengok negara berperang tu, mereka makan rumput je"

So, baik bersyukur dari berasa takbur. Nanti tuhan tarik balik nikmat boleh makan ni, baru tau?!


Ini nasi aku, aku turun makan pun tadi time diorang dah nak berkemas, jadi... REDAH jer! Yang tinggal lauk ayam rendang, sebiji telur goreng, sayur tapi aku tak ambil dan ikan masak apa tah. Telur goreng ni kongsi dua orang sebagai preparation untuk hari mendatang, mana tau tetiba jadi susah nanti kan?


Blurp! Alhamdullilah. Terasa perut penuh sangat, sampai zip kain macam nak tertanggal. I'm full at last!

See? Rezeki datang tak mengira waktu bagi orang-orang yang bersabar.

Lapar tahap kronik!


Hari ini hari Jumaat, turn aku jaga kaunter. 

Tapi sebenarnya orang yang sepatut bertugas di kaunter datang lewat. Aku pun dengan rela hati take over memandangkan Jumaat depan aku terpaksa balik JB. Next Friday is my actual schedule.
Aduh... Letih sangat, sebab tak dapat mengunyah apa-apa pun! Tapi pagi tadi aku dah breakfast cuma aku rasa aku nak mengunyah lagi. Kepala dah pening-pening, angin belahak tak berhenti-henti, kalah orang mengandung. Chop! Ke aku memang mengandung??!! Gila seyh! Aku main-main je la!

Last-last aku rasa macam hampir-hampir nak pitam, aku pun berlari turun mencari kedai yang masih buka. Korang lihat la apa yang aku beli. Roti stim dan Twisties, Mesti Mau! Tak kenyang tapi dapat la mengunyah. But still aku pening kepala.

Owh lupa! Masa on the way naik pejabat, aku dah makan dengan lahapnya sandwich aku. Tak sempat nak snap picture. Sungguh kurang sopan, tapi apakan daya bila dah lapar tahap kronik. Asid dalam perut aku dah mengelegak sangat. Awek-awek sopan diluar sana, jangan ikut aksi ini kerana tak mencerminkan budaya ketimuran anda.

Khamis, 19 Jun 2008

Under construction


With effect today, my blog will be temporary close due to the heavy work load in the office and etc. Will be back in a new design and look. See you around. But if u guys have any idea for my blog, please email me at syima.kamal@gmail.com

Selasa, 17 Jun 2008

Kenduri kahwin sekarang untuk menunjuk-nunjuk?

Ini bukan yang aku reka-reka sendiri ok?? While blog hopping aku terjumpa artikel ni. So aku nak kongsi dengan korang-korang yang belum kahwin dan kawan-kawan lelaki yang pasang niat nak kahwin lagi.


Majlis berkat jika patuhi syariat BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka. Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat.

Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya. Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? "Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.”

Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih) Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat.

Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam? Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara. Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan. Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:
“Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”“

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat. Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

“Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya,” katanya. Mohd Rani menegaskan, walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama. “Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik. “Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan. “Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,” katanya. Mohd Rani berkata, masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat. “Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,” katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.

Sementara itu, menurut Datuk Daud Che Ngah, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan. “Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk. “Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk)” katanya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.”

Katanya, dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat.

Memanglah aku tak kahwin lagi, bau-bau untuk kahwin ni pun tak ada lagi tapi sebagai manusia aku nak saling ingat mengingati. Kalau boleh aku nak kahwin sesimple yang boleh tapi memandangkan minyak dah naik mendadak, dah tentu-tentu yang lain pun turut kena tempias. Mungkin nanti aku nak buat wedding reception yang sangat kecil untuk kawan-kawan dan saudara mara terdekat. Berangan la sangat!!!

Isnin, 16 Jun 2008

Monday Blues...

As usual, i hate M.O.N.D.A.Y!! Malas nak update apa-apa. Tengah penat. Tapi sibuk melayan chatters di YM. 10.30pm nak tidur. FULLSTOP!!

Later la i update okehh??!

Ahad, 15 Jun 2008

Sentap!

I'm not sure, but i knew i was very sensitive lately. Hyper senstive. Itu tak kena, ini tak kena. Aku asyik nak marah-marah. Masalah remeh je, sebab dia terlupa untuk returned call last Thursday. And i got mad like hell. Gila ahh! Meleret-leret sampai hari ni.

As today, boss has assigned both of us to go to Shah Alam. Aku kerja pada hari Ahad yang sepatutnya hari untuk aku bangun lewat. Tapi tidak! Hari ini aku bangun sangat awal dan keluar rumah pada pukul 7.00am! We had to monitor a consumer program dekat Kelab Shah Alam.

We are so professional in front of others okehhh??!! Tak ada siapa pun tau kami macam ala-ala "angin pasang". Everything was nice. But then he asked me to accompany him to Mydin USJ. Hahaha... Sebab memang sebelum "angin pasang" ni kami pernah janji nak beli barang kat situ. After a while, mood aku semakin ok.


... di dalam Mydin ...


Aku : Abang! Cantiknya skirt ni!

Dia : Jap lagi lah... Beli barang dulu!


Oklah, aku pun berlalu dari situ dengan suka hati. Shopping barang makan, segala can food, segala instant food, segala jajan, segala toiletries. Rasa macam sikit saja barang, tapi dalam resit lepas kena punch kurang seringgit RM300. Beli apakah??

Kami lalu di booth-booth kedai tadi, pergi ke kedai yang jual skirt tadi, tapi... skirt tu dah hilang! (nangis!). Aku dah berangan nak pakai dengan pump kaler pink, baby-t kaler pink dengan cardigan kaler hitam. Mesti korang dapat bayangkan macamana perasaan aku bila skirt yang aku dah pegang tu dah dibeli orang lain!

Mula la aku sentap balik. Harus lah! Time aku tengah membelek tadi suruh aku jalan cepat-cepat. Kan dah ada orang lain beli. Aku pun balik ke Kelab Shah Alam dengan perasaan tak puas hati. Aku nangis betul-betul dalam kereta. Kan aku dah cakap, pasal skirt je aku boleh mengamuk!

Dia : Nak makan?

Aku : Tak nak!

Dia : Awak nak beli skirt tu tadi kan? Kenapa tak beli?

Aku : Abang dah ternonong ke depan, suruh orang cepat-cepat, nak beli macamana?

Dia : Dah! Jom pusing Shah Alam, kita cari skirt tu.

Aku : Tak nak! Dah tak de mood.


Oleh kerana tugas masih belum selesai kami masuk ke dalam bangunan Kelab Shah Alam dengan hati yang masih membengkak ni. Have a chit chat dengan colleagues, makan-makan, lepak-lepak dengan urusetia, tengok orang mandi kat swimming pool, akhirnya 4.30 ptg majlis pun berakhir.

Dia : Jom cari skirt tu?

Aku : Tak nak! Nak kasut.


Wah! Kasut la??! Aku ke SACC pula. Muahahaha! (Gelak jahat). Sampai sana dia ajak aku masuk Bonia. Meletup! Takkan Bonia? Aku dah sarung-sarung kasut tu tapi bila tengok harganya, aku boleh beli berpuluh-puluh pasang kasut dekat Vincci. Perlukah aku menjadi pengikis? Ikut hati memang nak, sebab memang cantik. Dah tentu kalau aku sarung ni mesti meletup satu Kuala Selangor. Tapi kesian pula kat dia. Aku tarik dia pergi Vincci. Berbeza dengan tempat mahal, Vincci memang telah ramailah customernya. Dalam keadaan sesak macam tu aku sempat la sambar dua pasang kasut.

Later aku upload gambar kasut ni. Aku tak nak jadi awek yang demanding. Ambil yang murah-murah dah la. Karang kalau putus tak ada rasa ralat sangat. Nauzubillah! Kalau boleh tak nak la putus. Then dia tarik aku masuk balik ke Bonia. Bukan beli kasut untuk aku, beli kasut untuk diri dia.

Kesimpulannya dia pujuk aku dengan beli kasut. Senang betul kan?? Perempuan... perempuan... haih... (sigh)

Sabtu, 14 Jun 2008

Tercekik tulang

Dr Wani : wei... ko kat maner?
Syima : aku dirumah, sdg meng-update-kan blog... ko keje yeh?

...selepas sekian lama....

Dr Wani : yupp! sorry ader patient tercekik tulang ikan, struggle nak kuar kan

Syima : hahahahahah kelakar... kelakar! ko berjaya tak?
Dr Wani: berjaya... dah 2 org kes macam ni...
Syima : buat macam mana?
Dr Wani: ambik ahhh! pakai alat, suruh dier nganga besar2 hahahha... kesian giler... sampai lenguh2 mulut dier
Syima : budak2 ke org tua?
Dr Wani : orang tuer
Syima : lelaki ?
Dr Wani : pompuan
Syima : esok ko keje jugak ke?
Dr Wani : kejer... pagi , ptg kejer... carik duit... heheheh
Syima : gile seyh.. kawan aku ni nak kawin


Apakah aku akan berkahwin?? Memandangkan ramai yang dah mengakhiri zaman bujang mereka, aku jadi seriau. Seorang demi seorang berkahwin meninggalkan aku membujang... uwaaaaa!!! Aku keciwa! Aku takut??! Harus la aku takut! Aku takut orang akan tag aku andalusia. Aku tak mau!

Nangis...

Bila dah tak de kerja

Hari ni aku agak bermalas-malasan di rumah. Banyak kerja, tapi malas nak pergi opis. Dah kena sound semalam, buat apa nak rajin-rajin ke opis sebab aku tak kan diiktiraf. Ditindas, di-kuli-kan je nanti. Bertambah-tambah workload dapat nanti.

So hari ni aku rasa aku nak cerita antara tugasan aku bulan lepas yg lupa aku nak masukkan dalam blog ni.

Hari tu aku ditugaskan untuk membuat pemeriksaan / pemantauan kerja-kerja stamping (MCM) untuk weigthbridge. Tau ke apa itu weightbridge? Aku pun tak pandai nak terangkan, mungkin gambar-gambar kat bawah nanti boleh bagi penjelasan pada korang semua. Tapi aku sangat gembira kerana setelah bekerja hampir 2 tahun, aku akhirnya berpeluang untuk melihat sendiri kaedah dan proses mengeluarkan lesen stamping ini.
Wajiblah tayang baby aku dulu.. kiut betul la hamster ni... kiut kan?? Ok back to the stori mori, kitorang dah sampai ke destinasi yang dituju. Nama tempat tu ialah tempat timbang berat buah sawit di kawasan perkampungan Sg. Panjang, Sabak Bernam. Aku tak pasti apa nak panggil nama tempat tu. Cis! Tapi ini lah tempat yang mana lori-lori pengangkut buah sawit ditimbang sebelum dibayar atau dijual ke tempat yang sepatutnya.

Sekarang apa yang korang nampak tu ialah besi pemberat yang di cipta khas untuk tujuan penentusahkan alat timbang. Untuk hari tu, mereka bawa 5 MT sebab nak tentusahkan alat timbang 10MT ke atas. 3 baris = 3 MT besi pemberat. Benda cangkuk tu adalah kombinasi dua piring besi yang seberat 250kg setiap satu.

Abg-abg technician yang gagah perkasa ni sedang menyusun blok-blok besi untuk dapatkan penyeragaman bacaan pada alat yang kat bawah ni. Tapi abg-abg ni technician ker? Tak pasti, sbb tak sempat nak temuramah. Akukan pemalu. Ada abg hensem kalau tak silap yang baju biru tu, sepet-sepet je matanya. Tapi malangnya dia membontoti aku ketika aku snap gambar ni. Bila tengok lengan dia, fuh! berketul-ketul keluar urat. Tapi aku tetap suka dengan tangan yang banyak bulu. Ops!

Apa tah nama dia, benda ni la yang akan buat bacaan bila sesuatu naik atas penimbang 10MT tu. Siapa yang tau apa nama benda ni tolong bagi tau aku ok?? Aku akan buat correction.

Lepas dah dapat kan bacaan roda-roda besi tadi, mereka naikkan pula forklift dan ambil bacaan lagi. Kalau tak silap aku kalau setakat bacaan ralat (lari) 10 kg-20kg masih relevan.






Kemudian besi pemberat tadi diangkat sebaris demi sebaris dan bacaan dibuat setiap kali besi pemberat itu dinaikkan ke dalam lori.








Kerja-kerja memasukan besi pemberat tadi masih dilakukan oleh abg hensem tadi. Kalau la kamera phone aku ni boleh zooming, dah lama dah aku buat.







Mr. MCM (alamak! terlupa suda namanya, sorry!) sedang menulis sesuatu ke dalam lesen yang bakal dikeluarkan menandakan inspection telah lulus dengan cemerlang tanpa ada rasa ragu-ragu lagi. Lepas dah tulis tu semua baru Mr. MCM tulis ke dalam satu sticker sebelum ditampal pada alat bacaan tadi. Lesen sah selama setahun. Depend pada owner tempat timbang tu la dia boleh bayar untuk berapa tahun. Tapi tak silap aku setahun sekali je kot.




Ini la rupa sticker nih. Kalau korang perasan kat stesyen minyak kat pam tu pun ada. Kalau sticker ni hilang kena jawab sebab boleh buat bisnes tau tak? Warna pink tu untuk alat timbang 5MT ke atas. Bayaran lesen dalam RM600. Ikut berat la.








Sejauh mata memandang. Hijau je semua. Tenang sangat. Sabak Bernam adalah salah satu tempat pengeluaran padi Malaysia juga.



Pemandangan lagi. Seronok juga sekali sekala lepak tempat macam ni. Tapi aku tak nak forever hidup kat sini, aku muda lagi. Tak de hiburan, melainkan petak sawah, bangau dan orang-orang. Tak mau.

Baby savvy ku lagi. Makhluk ini adalah rakan setugas ku pada hari tu merangkap jurukamera, bujang lagi. Siapa nak kenal dengan dia msg aku nanti. Tapi dia ni agak playboy juga. Kalau korang teliti betul-betul, kereta aku tak de roaadtax tu. Ahaks!

Pie adalah playboy yang besar, sangat besar.

Haruslah ada syok-sendiri moment! I like taking picture of myself.
Harus la aku enterprem ngn gaya yang ayu berlatar belakangkan pemandangan sawah padi menghijau.

Ala-ala miss fotogenik gitu. Boleh? Mesti ada yang tak setuju dengan statement aku ni.


Walaupun di tengah panas, aku tetap nak berposing. Ewah! Kerja luar memang best dari menghabiskan masa dalam pejabat.

Later...

Jumaat, 13 Jun 2008

Emosi tergendala

Aku bekerja dalam satu organisasi yang kecil. Isunya ialah organisasi aku adalah DOTT! Patutnya aku bersyukur, kerana peluang bekerja dalam dot dot bukan senang nak dapat. Biar pun macai. But since aku di sini, aku langsung tak jumpa apa-apa keistimewaan yang perlu aku banggakan sepanjang dua tahun bekerja. Bila bercakap tentang warga dot dot, dah tentu ramai yang terlintas dalam kepala otak tentang karenah birokrasi, pilih kasih, gosip, PHD dan sebagainya. Ye la aku admit semua tempat kerja macam tu. Tapi aku nak cerita tempat kerja aku.

Oleh kerana aku ni seorang wanita vogue, perlukah aku mengikut rentak orang-orang disini hanya disebabkan peribahasa "masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang harimau, mengaum". B##ls#it! Di alaf baru yang semakin mencabar macam ni, masih ada... sebenarnya ramai yang tak nak kan perubahan. Ok.. diulangi RAMAI YANG TAK NAK KAN PERUBAHAN. Kalau boleh stagnant, bodoh macam tu jer selamanya. Sangat cacat otak okehhhhh! Tapi oleh kerana aku ni ala-ala nak merubah mereka, aku cuba buat sesuatu pembaharuan, smooth and steady. Mak ai! Aku lebih dihinggapi cas-cas negatif dari positif. Sangat sakit hati.

Tempat keje lama aku dulu sangat bersatu padu, boleh dikritik dan menerima kritikan. Kalau kat sini, kalau dulu aku pakai temulawak, A up lagi pakai maybelline, bila aku tgk tv 29", esok dia pun beli tv 29', kalau hari ini aku pakai baju lip lap lip lap, A lagi hebat dari jauh dah memancar-mancar labuci dia. Aku sambung degree, A pun sambung jugak walaupun tak de qualification. Sifat dengki mendengki yang maha hebat. Aku bukan nak menghina, tapi ini la komuniti melayu. Lama-lama asyik macam ni jer, aku pun boleh jadi macam diorang. Sangat letih! (Kes 1 - Cerita di atas adalah contoh dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang hidup ataupun dah mati)

Apa korang nak buat kalau setiap yang kita buat, kita plan, something yang kita invent dah mendapat persetujuan 70% tapi dibantah keras oleh seseorang yang pangkatnya lebih sikit dari kita? Sikit je, tak tinggi mana pun. Setan betul! Yang 70% menyokong tadi senyap tak berani nak backing kita. Apa perasaan korang? (Kes 2 - yang masih dalam perbicaraan)

Apakah korang senang duduk bila korang dah nampak kepincangan pejabat itu tapi korang tak dapat nak betulkan? Contoh, tugas B menaip. Tapi B asyik delayed. Boleh tolak-tolak kerja. Boleh lepak-lepak minum kat cafe. Dan yang pasti bos tak pernah or tak berani nak tegur. F**k okeh!! Lama-kelamaan lemak babi B akan tebal setebal lemak babi juga. Boleh?? (Contoh -kes 3)

Aku terseksa!!

Mak aku pernah cakap, "Awak tu rambutan je, bos tu ibarat durian..."

Aku tak berapa pasti nak memperjelaskan statement tu, tapi aku boleh faham, what so ever we do we still ain't got the power. There are always BIG people above us and goverment policy should be forever "YES BOSS". Tapi sampai bila? Kalau dia tak betul pun kita perlu biarkan? Dulu aku menangis sangat-sangat bila emosi tak terkawal macam ni. Ye la, aku ni kan dulu lembut orang nya, tak suka mencarut, menghina... but since i worked here, i've been more selfish, rough and rude. For god sake, this is not me! Bos lama aku pun hairan macamana aku sekelip mata berubah sikap.

Ini pemberontakan dalaman yang sedang aku facing through. Wei!! Aku tak tau apa yang aku sedang merapu ni! Gara-gara dah terencat la ni!

Khamis, 12 Jun 2008

Berita Mutakhir- Minyak oh Minyak!!

Setelah lama tidak membloggingkan diri, kini aku kembali. Baru seminggu je kan? Kerana kecacatan otak berikutan kenaikan harga minyak di Malaysia, aku tak mampu untuk mengarang bahasa-bahasa indah untuk tatapan kengkawan. Banyak perkara yang berlaku dalam seminggu ni, dan aku masih dalam kepenatan yang tak terhingga.

Aku nak sangat bercerita episod perit getir yang aku lalui dalam seminggu ni tapi biar gambar menceritakan segala-galanya.


Sorry for the bad picture. At 5pm, bos aku dah suruh stanby untuk buat pemantauan di stesyen-stesyen minyak menghala Sekinchan-Sg. Besar-Sabak Bernam. Sangat mengharukan by 8pm dalam kebasahan jalan dan hujan renyai-renyai kereta dah mula queue up on the road. Semua nak kejar untuk isi full tank yang cuma akan bertahan untuk beberapa kilometer sahaja. Aku dah senak perut sangat fikir masalah yang akan timbul dek kenaikkan harga minyak ni. Aku tengok orang kat dalam kereta sebelah, serious je. Mungkin tengah fikir macam apa aku fikir. But in the same time ke-teruja-an wujud dalam diri aku menyaksikan satu fenomena yang sangat jarang berlaku. Jalan sangat jamn di kawasan kampung!! Mereka pun guna minyak juga kan?



Sebuah stesyen minyak di Sekinchan. Tengok saja la, bukan kereta, motor saja yang berebut, lori pun berebut!! Jangan tak tahu kami terpaksa leraikan perang mulut mereka yang berlumba-lumba untuk isi minyak ini. Ye lah, semua jadi tamak, pentingkan diri sendiri bila keadaan terdesak macam ni.
Ini pula di pump station di Sabak Bernam. Macam pesta plak! Boleh?? Ada yang bawak botol-botol kosong untuk buat minyak reserve. Berapa lama nak tahan wei! Ramai pula aku tengok Rempitan mengisi minyak motor diorang. Hai.... masih nak merempit lagi dalam keadaan genting macam ni.



Keadaan agak terkawal di BHP Sabak Bernam (Kalabakan kot?) but still the cars had to queue up to wait their turn.

Aku sangat respect dengan abang-abang polis yang turut menjaga trafik malam tu. Sebenarnya pakcik-pakcik yang bawa motor ni akan bawa botol kosong, so while waiting the car betul-betul berhenti dan tuang minyak, dorang ni la yang sambar nozzle dari tangan pump attendant, then tak berhenti-henti bertukar tangan si penuang minyak dalam botol ini. Kesian kat kereta yang beratur panjang-panjang kena menunggu. Tapi ada satu insiden yang aku tak tau nak klasifikasikan sebagai lawak atau simpati. Brader ni dalam lingkungan 30-an, rambut ala-ala rockers moden, panjang la. Tiba-tiba menjerit " Woi! Orang lain pun nak isi minyak jugak. Bini aku dah nak beranak kat umah tu. Bukan nak isi banyak pun! RM10 je!" Aku bajet tu salah satu taktik nak tuang minyak, nak potong line la konon-konon. When it come to his turned, dia memang isi RM10 je! Dan dengan keadaan macam kelam kabut, kereta tu memecut keluar dari stesyen. Boleh? Maka aku terus berasa amat bersalah kerana buruk sangka terhadap brader itu. Sorry abang rockers!


Dah pukul berapa tu? Selagi belum sampai detik pukul 12mlm selagi tu la orang ramai masih berpusu-pusu nak isi minyak. Sampai satu masa semua kenderaan dah tak boleh bergerak sebab banyak yang cuba nak potong queue. Bunyi hon yang menggamatkan suasana. Aku meng-volunteer-kan diri jadi anggota Rela untuk meng-trafik-kan diri dengan kejelitaan yang ada. Ha'ah, mana anggota Rela? Bukan dorang ke yang selalu jaga trafik bila kenduri? JPA ke? Semua tak de, ni kes nak ambil peluang isi full tank kereta/motor.


Kesian aku, kesian semua. Aku buat kerja pun orang ramai masih komplen. Aku buat kerja banyak pun gaji macam tu juga. Minyak naik, claim tetap sama. Sadis sungguh!!

Rabu, 4 Jun 2008

What the F**K!!!

MINYAK PETROL NAIK RM2.70 SELITER???

One word only...

Late night yesterday, i received a message from En. Scuba. I would like to call him En. Scuba because he's into scuba-diving. So... this was his message which then i forwarded to my friends.

"Ceritakn ttg diri saya dlm SATU pkataan, cuma 1! HTR pd SY n htr sms ini pd rakan awk yg lain & lihat brapa byk benda pelik n bgs org fikir ttg awk. Cubalah, Best!"

It's funny ok??! When i got their feedback, and these are what they said:-

1. SAVOC Neeney >>> notty!
2. Pn Afrida >>> stylo
3. Zul ex-UiTM >>> tembam
4. Cikgu Ayu >>> brutal!
5. Lanz Flaky >>> gemuk!
6. Cik Fais >>> friendly
7. Cik Sab >>> scandal!
8. Cik Rieha >>> beautiful 
9. Daus (ex-UiTM) >>> unpredictable
10.Hasli (ex-SMTK) >>> seksi
11. Kadir >>> sweet

Tapi ada jugak yang ke-sengal-an:-
12.En Husna >>> nk crita ttg apa?

adeh....

Tapi Chenta hati ku kata >>> loving
mesti la kan?? aku kan pari-pari romantik?

Paku di hati....

Just now i got an email from Cik Rieha. It touched me.

This is the story goes...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....

It's better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all
doubt.. -Abraham Lincoln-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... . Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... .. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.

Selasa, 3 Jun 2008

Meh makan seafood (Part 2)

Ok lets go with the Part 2. Ya Allah! I was so sleepy yesterday. Jom usha gambar. Kali ni lebih byk foto aksi tengah makan dan selepas makan. Aku curi sedikit masa kat opis ni.
Sebenarnya curi banyak masa...hehehe


Ni dalam pinggan aku, i have to eat.
Sgt rugi kalau tak makan ok??
Ni lah Dmade, jejaka idaman malaya...
boleh macam tu?
Ni pulak Sab, dia dah kenyang...
so tengah duduk pun boleh tido...
Bila dah kenyang, suka hati...
Fais sibuk layan skandal sambil cungkil gigi
dengan straw.
Upacara menuang teh cina
..bersedia untuk minum...

"meriah betul bila cakap telepon cik fais ni" kata si Sab


Makanan dah licau (habis) tapi kenapa Fais berkerut?


Bonzer membisikkan sesuatu...


Rupenyer... Bonzer lapar lagi yeh? Meh nak suap...


Peace!! Kami dah kenyang


Owh! Bonzer yang menaja makan malam kami...


Alhamdullilah... kenyang bangat semalam!!

Isnin, 2 Jun 2008

Meh makan seafood (Part 1)

Monday blues. I hate Monday! Hari ni aku rasa tersangat liat untuk pergi kerja. Jam dah menunjukkan pukul 8.00pg, dan aku bercadang untuk masuk waktu anjal WP3. I've got only 30mins to get prepared.

Kerja...

dan kerja...

Hari ini juga aku tak dapat apa-apa arahan tugasan luar. Bagus untuk aku kerana banyak fail lesen yang tak tersettle. Tapi bila dah banyak fail, aku jadi pening dan loya. Tapi jangan nak pikir bukan-bukan, aku tak mengandung.

BFF agaknya kesian melihat keadaan aku, langsung mengajak aku pergi makan. Mula-mula nak makan berdua, pastu terpikir nak ajak Dmade. Lepas 15minit aku terpikir untuk mengajak dua orang lagi rakan sekerja yang kuat melantak dan tidur iaitu Fais & Sab.

Alasan mengajak mereka kerana ..... (tidak lebih dari 15 patah perkataan)


1. Kami boleh tolerate antara satu sama lain

2. Kami sama-sama diabaikan kasih sayang oleh bos

3. Kami boleh tanya dan memberi pendapat yang jujur atau pun yang membunuh

Tak kisah la apa pun alasannya, Bonzer nak buat amal jariah hari ini. Bonzer kata "Saya nak Fais dan Sab rasa dihargai, tambah-tambah lagi untuk Unit Harga" Fais, kalau awak masih tak bersyukur lagi, tak tahu la...

Meh tengok apa kami makan...

Udang ketak/lipan masak cili kering



Baby squid masak tak tau tp sangat SEDAP!


Sayur minyak goreng bawang putih


Ikan siakap stim Thai... marvellous!


Claypot Stingray


Ready to rumble!! yum...yum!



Aku nak cerita lagi, tapi aku mengantuk plak. Sambung esok lagi.

Later...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...