Cari Blog Ini

Isnin, 13 April 2009

Andai dapat ku undurkan masa

Dah seminggu aku tak dapat baca buku. Kusut. Aku tak boleh nak fokus. Aku tak boleh nak buat apa-apa langsung.

Kali ini aku serious agak complicated.

Hendak berbicara pada siapa?

Siapa yang akan memahami?

Tentang masa depan, tentang perasaan, tentang hati. Manusia jarang untuk memberi pendapat positif. Tambah-tambah kalau orang sekeliling kita dari kalangan konservatif dan ortodok macam gampang. Arrgghhh! dan sememangnya aku ramai kawan-kawan yang tersangat konservatif yang membaca blog aku ini. Yang menunggu masa dan saat yang sesuai untuk ambush aku dengan cerita-cerita yang sensitif. So I cannot simply post my personal story here.

Babi sangat! Aku paling tak suka rasa stuck macam ini.

Babi 1000x.




Syimalicious: Babi lagi!

Jumaat, 10 April 2009

Relakan perpisahan sementara ini

Sayang, bukan maksudku membiarkan kau bersendirian.
.
.
.
Sejak dua menjak ini, hidup aku agak merumitkan -dilanda masalah dan caca merba sedikit. Apa yang aku buat serba tak kena. Aku tidur awal, tak boleh nak fokus sesuatu dengan baik, apatah lagi nak menelaah. Selalu saja aku berasa pening dan mata berpinar-pinar. Itu sebab aku buat pengumuman untuk menghilang selama sebulan lebih.

Nyanyuk. Mungkin itu panggilan yang amat sempurna untuk aku di saat ini.


Hari ini aku ada temujanji (10am), kena pergi mengurut kaki yang tempatnya tidak jauh dari pejabat aku. Min_ena menawarkan diri untuk menemani aku. Segala proses ketika mengurut berjalan dengan lancarnya. Selapas 30minit treatment, kami pulang ke pejabat.

Min_ena mendapat pelepasan untuk balik awal ke Melaka atas urusan keluarga. Aku menyambung kerja aku semula. Hari Jumaatkan masa kerjanya singkat? Dalam pukul 12.15tgh, aku berhasrat untuk balik ke rumah sewa ku.

DAN aku lupa kunci kereta aku tertinggal di atas dashboard kereta Min_ena!

Aku dah kelam kabut. Secara tergesa-gesa aku menelefon min_ena, dia juga menjerit terkejut bila mendapati kunci keretaku masih berada di dalam keretanya yang pada ketika itu dia dah sampai ke laluan lebuhraya di Putrajaya. Arrggggghhhh! Aku bertambah kusut.

My mind puzzled.

Hari Sabtu aku ada discussion di KL.
Kunci rumah aku dalam kereta.
Esok aku kena pergi mengurut lagi.
Kereta aku akan berpanas di bawah terik cahaya matahari.
Owh! Tidak!


Takkan nak suruh si Min_ena patah balik sedangkan dia lagi sejam lebih nak sampai Melaka? Jarak Putrajaya - Kuala Selangor bukannya dekat. Aku bukan seorang yang kejam.

Aku boleh batalkan semua temujanji aku yang lain, tapi kereta aku?? Aku TERPAKSA merelakan kereta aku berpanas begitu walaupun pedih hati ini melihat. Oh! Tuhan, lindungilah keselamatan beliau. Aku perlukan bantuan guard keselamatan untuk memantau beliau.




Relakan perpisahan ini. Sementara saja sayang. Setelah mendapat kunci pada Isnin ini nanti aku berjanji akan menghantar kamu ke carwash bermain air dan buih. Aku berjanji akan membawa kamu berjumpa dengan doktor tayar untuk menghilangkan bunyi cencorot pada absorber kamu. Aku akan menjaga kamu sebaik-baiknya duduk berteduh dibawah awning rumah.

The end.



Syimalicious: Walaupun kusut, aku kena berjuang juga. Kembali kepada mode meditasi.

Khamis, 9 April 2009

Cantik betul kabinet dapur rumah Najib

Tak ada maknanya aku nak cerita pasal kabinet dapur rumah orang. Hahaha.

Mesti seantero dunia dah tahu tentang pemilihan anggota kabinet bawah kepimpinan PM baru kita DS Mohd Najib Tun Abd Razak. Aku tiadalah komen yang "bernas" tentang mereka.

Entry bergambar saja jom!

Inilah suasana pejabat aku yang menanti-nanti pengumuman menteri baru kami. Macam-macam tekaan aku dengar dari mulut mereka. Dan macam-macam reaksi aku tengok. Spekulasi-spekulasi kedai kopi pun timbul apabila tiada nama Khairy tetapi Mukhriz yang tersenarai.

Anda rasa ok dengan barisan menteri-menteri baru kita? Tepuk dada tanya iman. Jangan komen lebih-lebih nanti kena reman baru tau. Komen dalam hati ok?







Kusyuk betul abang yang berbaju biru ini. Bos di belakang pun tak baginya duduk. Tsk...tsk...tsk...


Syimalicious: Dah! Dah! Sambung buat kerja.

Selasa, 7 April 2009

Episod berjumpa dengan Blogger

Ini cerita sudah basi. Dia dah up entri ini (awal bulan Mac) sejurus aku balik dari Ipoh. Aku lambat. Sebab aku malas.

Aku selalu jengah blog dia. Sekarang dia sedang sibuk menguruskan hal-hal perkahwinan pada bulan 5 ini. Hidup dia pun selalu dihinggapi lalat. Macam aku. Hahaha. Orangnya sangatlah kecil molek. Patutlah nampak muda belia walaupun sebaya aku.

Kami ditakdirkan berjumpa di Restoran Kayu Nasi Kandar Tesco Extra, Ipoh. Tak adalah nak gosip apa sangatkan. Cerita-cerita pasal kerja, pasal kahwin, pasal LALAT, pasal study. Nak borak-borak panjang masing-masing ada hal. Aku nak balik Kuala Selangor lagi.





****



Inilah Mr Boban, aku, dan Zuris. Aku doakan semoga ko gembira dan sihat sejahtera dan terselamat dari gangguan LALAT yang mahu merampas En.Boban dan kebahagiaan ko.

Ini gerai cendol yang pernah dia cerita dulu. Ramai orang maknanya sedap. Tapi aku sudah FULL ketika itu, secara tak langsung nafsu tak membuak-buak untuk merasa cendol itu. Tapi ketika aku lapar dan dahaga, teringat-ingat aku pada cendol yang sejuk dan nyaman. Bila lagi aku berpeluang ke sana untuk merasa cendol ko tu??



Syimalicious: Ini ialah blogger ke dua yang aku berkesempatan untuk berjumpa sebelum kakak yang penyayang kepada 3 orang anak yang chumel.

Isnin, 6 April 2009

Pose-pose feveret. Jangan kamu berani-berani komen


Aku suka gambar ini. Berseri. Kegembiraan. Mungkin sebab aku tengah pangku budak kecik (anak buah kawan aku) ni kot. Dia kiut.

Aku tak boleh ingat kek tiga tingkat ini. Sedap! Setiap tingkat kek tu rasa lain-lain.

Like father like son. Baby ini bila besar mesti hensem macam ayah dia.



Kakak ini mudah "masuk kepala" dengan aku. Eh! Aku yang senang "masuk kepala" dia. Dia aktif, very talkaltive, ceria, pattern macam aku (i loike!) dan yang pasti dia bakal kakak ipar kawan aku. Insyaallah.

Gambar candid yang paling best setakat ini!

Tak sangka jumpa Mis dekat sini. Dia kawan aku masa kat Unitar dulu. Ok aku tak habis dekat Unitar sebab dapat sambung tempat lain. Mis kawan baik pengantin perempuan.



Owh kalau aku bagitahu mesti ramai yang tak boleh terima hakikat. Sebab kami kalangan yang agak vogue pada hari itu ada soalan "Kamu ni pramugari ke?" Hahaha. Aku pramugari bahagian ticketing bolehlah.

Ini pun kawan masa Unitar dulu. Lia. Sekarang dia kerja dengan Kem. Pendidikan kalau tak silap aku.

Time ini panas. Aku baru lepas bersantap. Berpeluh-peluh menikmati makanan. Aku teringat-ingat ayam goreng kenduri itu. Still.



Selamat sudah kawan aku mengakhiri zaman bujangnya yang penuh onak berduri. Aku? Uih! Banyak lagi matlamat aku tak tercapai. Sabar dulu bah!


Syimalicious: Ini entri last tentang kenduri kawan aku di Ipoh. Aku janji tiada lagi entri tentang ini lagi. Sekian.

Ke Jinjang Pelamin kisah percintaan mereka 2.0

sambungan...

Aku macam malas nak cerita banyak. Mood nak update pun tak ada ni. Kita layan gambar nak?



Ini masa majlis khatam quran. Aku masih tidur-tidur ayam sebab menginaikan pengantin sampai subuh.



Majlis berarak pengantin.

Pesilat ini didatangkan khas dari Terengganu, sepupu sepapat pengantin perempuan.




Pose halal dari pasangan pengantin baru.



Bak kata seorang blogger (kak tijah kiut orang nogori), ini time makan biadap. Hahaha... haruslah ada adegan suap menyuap.


Tonggak utama majlis perkahwinan.
Tipu. Tidak berkenaan. Saja mahu expose.

Gambar kenangan dari kenalan sebelah pengantin lelaki.


Ini majlis yang tak sempat aku nak bertandang kerana aku ada kelas hari itu. Sob...sob...



Syimalicious: Inilah ciri-ciri orang dah tak ada cerita. Aku sibuk bulan April ini.

Sabtu, 4 April 2009

That is really awesome widget!

Siapa perasan "sesuatu" hari ini?? Biar aku tolong bagitahu. Adakah kamu sedar kewujudan widget baru ini?


Sesuatu itu berada di sudut kanan di paparan skrin PC/Desktop/Notebook kamu.

Pagi nanti housemate aku akan meroyan dek kerana kejap lagi dia perlu menghadirkan diri untuk test subjek killer yang membosankan. Anyho... Goood Luck yo! Oleh kerana semalam minda dia tak berapa nak waras, dia telah up satu (sebenarnya dia up tiga entry sekaligus) entry baru yang sangat menarik perhatian aku.

Widget itu ada kena mengena dengan dia. Bukan aku nak kata dia yang cipta, tapi cerita sebenarnya ada dalam entri dia. Aku tak ada idea nak eloborate sebab aku sibuk rasa sakit hati tengok cerita Cloverfield yang tak ada ending munasabah di channel Cinemax. Tapi aku suka cerita macam tu. Hahaha. Ok off topic.


Credit to YouthMedia and Aslina too.


Syimalicious: Get this widget to promote your blog in entire network now!

*Catatan peribadi buat diri aku; dua orang budak praktikal yang menyewa rumah aku sudah keluar dari rumah ini kerana tamat kontrak praktikal di Klinik Komputer; secara rasminya hari Jumaat bersamaan 3 April 2009. Yeay!

Jumaat, 3 April 2009

Kena buatan orang

Saja nak bagitahu, orang pejabat yang tak mahu bercakap dengan aku itu hari, tetiba tahan aku bertanyakan khabar kakiku di tengah jalan. *Tengah jalan merujuk kepada ketika aku nak ke kereta untuk pulang ke rumah.

Dia: Kaki kau dah baik?
Aku: Bengkak lagi kat buku lali.
Dia: Lama sangat bengkaknya. Kau tak bawa mengurut ke?
Aku: Doktor kata tak boleh urut. Sebab kalau mengurut tendon koyak lagi.
Dia: Ni buatan orang rasanya sebab lama sangat.
Aku: Erk?




Syimalicious: Kalau betul ada orang hantar "benda" pada aku, kenapa tak santau kan saja. Boleh aku kurus kejap. Wakakaka!

Tapi nauzubillah... aku suka cakap nak santau orang, tapi tak terfikir nak buat santau betul-betul. Dosa!

Blogger's Code of Conduct

Hari itu kawan blogger aku terjumpa satu blog yang meniru bulat-bulat apa yang dia tulis. Kenapa boleh jadi macam itu? Aku pun suka juga kopipes info-info untuk kita share tapi aku letak kredit untuk entri itu.

Tapi yang kakak ini bengang sangat sebab Cik kopipes itu langsung tak tinggalkan apa-apa pesan; (terima kasih atau hi) dan tidak meletakkan sebarang kredit buat beliau.

Jadi kak ell, i dah tolong u untuk up this entri sebagai info tambahan.


Source :Wikipedia

O'Reilly and others came up with a list of seven
proposed ideas:
  1. Take responsibility not just for your own words, but for the comments you allow on your blog.
  2. Label your tolerance level for abusive comments.
  3. Consider eliminating anonymous comments.
  4. Ignore the trolls.
  5. Take the conversation offline, and talk directly, or find an intermediary who can do so.
  6. If you know someone who is behaving badly, tell them so.
  7. Don't say anything online that you wouldn't say in person.

The Blogger's Code of Conduct is a proposal by Tim O'Reilly for
bloggers to enforce civility on their bloggers by being civil themselves and moderating comments on their blog. The code was proposed due to threats made to blogger Kathy Sierra. The idea of the code was first reported by BBC News, who quoted O'Reilly saying, "I do think we need some code of conduct around what is acceptable behaviour, I would hope that it doesn't come through any kind of regulation it would come through self-regulation."

Syimalicious: Aku tak perlu nak eleborate atau komen apa-apa, sebub semua yang baca blog ini literate dan boleh faham. Kan?

Khamis, 2 April 2009

Kau bilang aku baik-baik ya??!

Hari ini hari kedua aku masuk kerja setelah sebulan lamanya pergi bercuti.
lalala~

Sejak sms itu hari, ada makhluk yang tak mahu bercakap dengan aku dan aku sangat SUKA HATI! Nak tengok sampai bila...

Hari Selasa lepas Kuala Selangor dilanda thunder storm yang menakutkan. Pejabat disambar kilat dan terus blackout. Ditakdirkan desktop aku dan seorang rakan meletop dalam kejadian tersebut.

Aku tak dapat teruskan kerja sebab ketiadaan PC. Jadi aku berfoya-foya dalam pejabat, dan lepak di tempat Min_ena.

Sekejap tadi kontraktor elektrik datang untuk betulkan bekalan elektrik. Setelah dibaiki maka banyak ramailah meng-on PC masing-masing dan PC aku masih tak boleh guna. Dan dalam keadaan begini beberapa PC dan printer akan terubah setting dengan sendirinya.

****

Adegan 1

Kawan: Syima! Tolong tengokkan printer. Tak boleh print. Meletup dah kot.

Aku: (malasnya...) Aku tak boleh jalan. Kaki sakit.

Maka kawan aku itu menolak aku yang sedia duduk atas kerusi yang beroda.

Aku periksa printer, macam tak ada connection dengan elektrik. Aku tarik cabel power supply...

.
.
.
.

then aku tengok power plug tak cucuk di soket itu.

Kalau ini terjadi pada anda, apa tindakan wajar yang patut diambil?



Adegan 2

Kawan: Wei, kenapa printer tak boleh print out ni?

Aku: (malas lagi...) Aku rasa setting dialah. Tunggu Sandra datang check ok?

Kawan: Ko lah ni pandai-pandai ubah setting.

Aku: Apa pula aku, ko ingat duduk di PC min_ena ni boleh adjust setting PC lain ke?

Kawan: Ko kan "hooker". Mesti lah tau punya?!

Aku: Apa dia? "Hooker"?

Kawan: "Hooker" - kan ko pandai menceroboh pc orang?

Aku: Wei bukan hooker la bodoh, hacker!! Hooker tu pelacur, bengong!

Jadi sekarang kamu nak marah ke gelak?

Itulah kawan aku dari pantai timur. Hacker jadi hooker. Mula-mula nak cepuk saja pasal panggil aku dengan perkataan macam itu, tapi mungkin dia tersilap sebut. Abaikan.




Syimalicious: Susah juga orang yang tak ada cert dalam IT, buat kerja IT. Lainkali sebut betul-betul ok? H.A.C.K.E.R.

Give me ur Banana. Let me taste ur Banana




Iklan camera Olympus.

Mula-mula adik aku play lagu pada iklan ini aku rasa macam lucah melampau. Tapi bila view tak ada apa-apa pun, bahasa penyampaian membuatkan aku tersilap tafsir.

Tapi bila kerap main lagu ini, macam best pula.



Syimalicious: Hahahahaha.. lepas ini mesti korang bersiul lagu ini.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...