Cari Blog Ini

Rabu, 30 September 2009

Bahaya SMS

Bercakap dalam telefon atau SMS?

Yang mana kamu prefer?

Selama aku menggunakan khidmat telefon mudah alih, aku berpendapat lebih baik berbual/berbincang/bertekak di dalam telefon dari menghantar SMS.

Sebab, melalui pendengaran kita dapat membezakan keadaan emosi seseorang melalui intonasi yang disampaikan. Tetapi SMS tidak dapat membuatkan kita untuk mentafsir nada penyampaian mesej tersebut. Marah ke, cemburu ke, penat ke kan? Lalu apabila tersalah tafsir maka ia mengundang tradegi Hari Raya '09 yang berlaku ke atas aku tempohari.

What say you?



Selasa, 29 September 2009

Dude hilang tempat bermanja

Aku tak pernah cerita pasal Dude selama ni. Dude bukan boyfren baru aku. Dude ialah anak angkat keluarga kami.

Dude bosan. Asyik tidur saja kerja dia.

Dulu Dude ada kawan. Nama dia Hitam. Mereka selalu ke sana ke sini bersama-sama. Kami sekeluarga agak konfius sebabnya Dude dan Hitam ini sama-sama jantan. Tapi cara pergaulan mereka sangat dramatik dan romantis. Selalu melihat mereka bertepuk tampar.

Suatu hari Hitam buat perangai. Kencing merata dalam rumah tuannya. Apa lagi, tuan rumah terus zasss Hitam dari rumah mereka. Kesian tengok Dude, macam orang putus cinta. Lemah sahaja. Macam aku sekarang.

Aku buli dia pun dia buat tak reti.


Ingat tak dinochor juling ini?


Ling (Juling)... kita kawan nak?? I lonely....



Isnin, 28 September 2009

The real Malam Raya - Takbir

Di kawasan perumahan cluster ini, komuniti/rukun tetangga di sini amat aktif. Biarpun taman perumahan baru dan kependudukan yang belum padat ada saja aktiviti kemasyarakatan diadakan.


Sebelum ini aku membesar mostly di kejiranan cina dan kejiranan melayu yang suka bergosip, jadi aktiviti Takbir dari rumah ke rumah amat asing pada aku. Since aku macam jakun tak pernah join aktiviti macam ni, aku minta mak untuk stay sekejap untuk menyaksikan satu pembaharuan. Mungkin tempat lain dah biasa kot.

Motifnya di sini, supaya para penghuni cluster dapat mengeratkan lagi ukhwah, tanda perkenalan dan menghilangkan rasa hiba bagi yang tidak pulang ke kampung halaman. Tuan rumah cuma perlu mensajikan juadah ringan dan minuman kepada tetamu untuk menghilangkan haus setelah mengalunkan takbir.




Suka tengok mereka shy-shy cat

Mula-mula gambar beramai-ramai. Sekarang turn mereka pula.

Abah suka buat bibir macam tu. Korang boleh buat?


Pose manja gitu

Bila bergambar, abah jarang senyum. Macam ini lah kalau kena paksa senyum.

Gambar natural. Tapi sayangnya gambar ini kabur. :(





Gambar-gambar best raya tahun ini (2009)

Minggu ni mesti semua dah masuk kerja. Puas beraya seminggu??! Aku tak sakan sangat beraya. Paling-paling masyuk pun sampai hari raya ke-2 je. Tahun ini dalam sejarah, kami tidak pulang ke kampung. Beraya di perantauan tanpa saudara mara.

Tanpa mereka pun meriah juga!!

Kita kasi intro gambar dulu. Bagi pengguna facebook mungkin dah ada yang view gambar-gambar ini.





















Tak mahu letak caption. Rekalah cerita sendiri.






Syimalicious: Adik no.2 tiada dalam gambar sebab bertugas demi nusa bangsa.

Ahad, 27 September 2009

Bestnya firasat mak aku

Since she knew my relationship on stake or may i say "end of world", she seem a bit dissapointed. Harapan tinggal harapan kot pada dia.

So aku tanya dia, "Mak, rasa-rasa mak, ikut firasat mak, adakah saya akan baik semula dengan dia?"
And my mom said, "Tak."
Owh! Ringkas tapi padat. Mungkin instinct mak betul.

The same question i've been asking to several friends, jawapan mereka juga kurang memberangsangkan...


So Syima... don't expect to much as this can lead you to suicide. Be strong!



I've tried to go on like i never knew you
i'm awake but my world is half asleep
i pray for this heart to be unbroken
but without you all i'm going to be is
incomplete ....

Kredit to ★JuJeeeeNa★'s photostream

Hari ini jalan sesak ke?

Sepatutnya balik semalam.

Tapi macam tak ada mood.

Fikir-fikir nak balik hari ini. Tapi sekali lagi perasaan dihasut supaya tidak pulang. Sebab rasanya akan lebuhraya akan sesak. Tapi sesak ke? Siapa balik KL dari JB hari ini?

Kredit untuk en.Google

Sakit hati bawa kereta slow-slow ni. Top speed kereta ku 200km/hr. Tak boleh nak cilok-cilok. Balik esok sajalah.

Maka, esok kena ambil EL nampak gayanya.


Khamis, 24 September 2009

Aku nak buat pengakuan

Aku dah semak. Tak boleh nak fikir apa dah.

Mak kata "Belum kahwin dah gaduh-gaduh..."
Abah kata "Time suka dia mengekor je awak, masa nak bagi nama untuk pindah haritu siap tanya abah. Time gaduh awak yang perempuan ni pula merayu-merayu pada dia. Abah tak suka macam ni."

Aku bagitahu aku gaduh bukan break off. (Aku tau korang mesti suka cerita ni) Aku tipu diorang. Terpaksalah, sebab diorang dah mengharap aku akan ke jinjang pelamin nanti. Tapi... tiada arah.

Aku mulut jahat. Tapi belum sampai kearah perbuatan busuk sebusuk hati yang busuk. Tak. Mulut saja yang jahat. Dan ego yang terlebih. Sejahat-jahat mulut aku sebenarnya kalangan lelaki juga pun ada yang mulut jauh lebih hebat jahatnya.

Aku dah silap percaturan. Penantian yang seakan-akan dipermainkan dan dipersia-siakan. Janji-janji kosong terus ditabur dan membiarkan aku untuk menagih harapan-harapan palsu. Tak berhasil perkenalan yang lama sebegini sekiranya dia masih tidak memahami keadaan aku, lebih-lebih lagi bila hampir waktu datang bulan.

Sedih. Tapi dia tetap buat-buat tak perasan.

Akhirnya mungkin benar telahan aku. Perpisahan ini dirancang. Perancangannya begitu teliti dan halus tapi dikaburi dengan memberi harapan dan angan-angan yang tinggi. Perempuan mulut jahat tak boleh berubah katanya. Tapi aku cakap, janganlah melihat kisah lalu untuk membentuk masa depan. Kalau itulah takdir untuk aku, nak cakap apa lagi kan? TAPI, dia tetap tiada tandingan. Dia insan yang terbaik sebenarnya.

Marilah bertepuk tangan wahai seteru-seteru ku. Kamu boleh bersedekah pisang ke masjid akan kekalahan aku pada kali ini.

My dear,
If you read this, I guess you know this is for you. I'm not behaving like one that day. Accept my appology. Apa yang berlaku it beyond my control. It's a hormone thing and my stupidity. I'm so sorry.
I admit i still love you.

I want you back for good.

See, aku merayu lagi...






Syimalicious: Everybody has their own darkside. I'm willing to change but i'm all alone. So how?

Selasa, 22 September 2009

Kau memang dahsyat!

Hari Raya ke - 2.
Perut lapar, tapi tekak tak lalu nak telan apa-apa.
Nak pergi mandi, tapi rasa tak basah.
Kalau demam temperature mesti dah up sampai 37 darjah celsius.
Yang pasti ini bukan cerita angau.

Aduh, berbisa betul penangan sakit hati.

Bercakap tentang hati, menjaga hati memang senang nak diterang secara teori. Tapi di alam realiti, tak semudah itu nak tackle semua permasalahan hati itu secara matang dan professional.

Dah berjanji tapi pangkah dengan seribu alasan.
Dah bersumpah setia tapi mengungkit perihal lama. SIALAN!!
Memang dasar mulut berbau longkang, kau cakap aku nak menyihirkan kau?? Samalah kau dengan betina sorang tu.

Memang bukan luck aku. Hari ini hari kau, esok lusa hari aku. Dunia ni bulat, sentiasa berpusing.








Syimalicious: Tak sengaja berdendam di bulan mulia ini.

Ramai ke yang masih bercuti raya?

Hari Raya ke - 3

Aku sedang mengibarkan bendera jepun.
Patutlah emosi penuh amarah semalam.

Log in blogspot. Dalam dashboard - blog reading list aku macam slow je update. Yang selalu ber-update cuma blog-blog politik. Orang lain masih sakan beraya ke?

Dah masuk hari ke tiga ni, aku dah hilang mood nak beraya. Baju raya beli hari itu pun tak pakai lagi. Nama nak pergi ziarah jiran sebelah tak mahu. Nak balik kampung pun malas. Aku hasut mak ayah aku supaya duduk rumah sahaja.

3 hari ni asyik masak, makan, masak, makan. Hari raya yang pertama masak kuah kacang isi ayam. Hari raya ke dua masak kuah soto. Hari ini masak kuah lontong. Esok tak tahu nak masak apa pula.

Semalam buat kek. Bentan. 2 kek pula tu. Keliling kek hangit. Bahagian tengah kek sahaja yang ok pun, tapi tak moisture. Hari ini buat lagi kek, dah masak cantik tapi aku lupa bubuh esen vanila. Matilah bau hanyir telur.

Awat lah sengal hari ni??


Isnin, 21 September 2009

Berpesta makanan di bulan Syawal 1430H

Gitu tajuk nak lain dari lain.

Anyway, aku tak nak membebel tak tentu arah di bulan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya itu saja aku nak wish pun. Tahun ini aku tak sempat nak meng-edit kad raya maya untuk kawan-kawan blogger dan readers. Udahku bilang... memang aku sibuk.


Dalam rendah diri ada tinggi budi.

Dalam miskin harta ada kaya jiwa.

Dalam lembut lidah ada terlanjur kata.

Dalam gurau senda ada silap kata.

Salam Aidilfitri dari rumah keluargaku di JB.

Maaf Zahir dan Batin.


Motif gambarku berpaling? Sebab tatkala aku ungkap kata-kata kemaafan, aku akan mudah mengalirkan air mata dan hidungku depan kalian semua. Aku mahu mencover reputasiku.







Syimalicious: Handphone aku lagi satu hilang dalam rumah dalam keadaan ter-off. Macamana nak misscall?

Jumaat, 18 September 2009

Peringatan: Sudahkah anda menunaikan kewajipan anda?


Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Aku tahu aku belum kahwin, dan masih bawah tanggungan abah. Tapi sebab aku dah ada kerjaya sendiri dan abah pun dah pencen, aku rasa tak salah aku bayar zakat fitrahku sendirikan?

Aku rasa duduk di Kuala Selangor ni manja sangat. Sebab apa?

Bos dengan baik hati minta amil (kawan-kawan surau dia) datang ke pejabat untuk memudahkan kami membayar zakat.
Jom tengok babak-babak menarik.




Kami adalah eksaited untuk membayar zakat secara 1st time.



Anda dah bayar ke?

Misi mencari kuih raya

Mesti korang semua dah siap kuih dalam balang untuk pagi raya nanti. Tahun ini seperti biasa anak solehah ini akan mencari dua tiga bagai jenis kuih untuk perayaan yang dah tak seberapa meriah ini.

Dulu masa muda remaja, mak pun kudratnya masih kuat, kami adik beradik duduk di dapur pagi raya buat kuih samprit. Pagi raya ok? Sungguh haru. Tapi itu kenangan yang paling tak boleh nak dilupakan.

Dah tua-tua begini tak feel la raya ni. Aku sangat bersedih hati kerana terlalu cepat masa, tup-tup dah penghujung bulan Ramadhan. Tanda-tanda kiamat kan?

Jalan masuk dan agar-agar kering.


Ok, misi mencari kuih raya ini mendapat kerjasama BFF. Kami dapat tahu tempat yang kami nak pergi ini memang marveles rasa kuihnya itu. Salah seorang rakan sepejabat jual kuih-kuih ini mendapat keuntungan berganda mencecah RM empat angka di sekitar Bangi. Macam tak percayakan?

Ingat nanti tahun depan pun nak cuba nasib jual kuih-kuih raya ni. Nanti beli dari aku ok??

Perjalanannya agak jauh ke pedalaman. Jalan buruk sebab jentera atau kenderaan berat melalui jalan kecil tersebut. Biasalah Daerah Kuala Selangor/Sabak Bernam.


Time aku datang tu aku buat-buat macam pelancong luar negeri datang nak beli borong. Tengok masa tu kakak tengah timbang-timbang kerepek. Yang dalam palstik tu semua tempahan. Punya hebat tak hebat la bisnes ni, owner (embah) dia cakap dia tak hantar pun kuih-kuih ni keluar, tak menyempat, semua dah ada yang meng-order awal-awal dulu.


Aku sibuk cari kuih raya. Limited tu. Dah tinggal sikit-sikit saja. 1st come, 1st serv kata embah.. Kalau tak silap aku, embah kata ada 16 jenis kuih yang dijual. Agak-agaklah aku nak borong banyak bukan main kan?? Confius... sangat confius. Jadi rambang mata nak memilih.

Pilih punya pilih habis la dalam RM300 dengan BFF. Adalah lebih kurang 20 balang kuih dan 10 paket kerepek.





Syimalicious:
Kuih raya ni aku makan adik beradik je. Sebab kami tak suka orang datang rumah. Hahaha!

Khamis, 17 September 2009

Masalah itu sahabatku



Lyrics | Lenka lyrics - Trouble Is A Friend lyrics


Masalah ialah kawan ku.
Kawan adalah masalah.
Kawanku ialah masalah.


Ada beza tak untuk setiap ayat tu??




Libasan rambut raya


Tahun lepas tak maintain, tahun ni ada rezeki lebih sikit maka aku kasi can la dia lurus balik.


Nanti balik kampung boleh la aku libas-libas ala-ala iklan shampoo gitu.






Rabu, 16 September 2009

Hebat sangatkah mendokumentari perasaan teruja meminum air kencing syaiton?




Aku terjumpa video ini masa lalu lalang dalam blog Sue Anna Joe yang femes tu. Kebetulan pula katanya dia pun dapat video ini dari blog Cursing Malay.

Bila baca komen dalam blog Cursing Malay tu dah ada pula yang berbalah. Katanya inilah punca kerendahan moral sekiranya ditadbir oleh UMNO. Hai... macam-macam orang ni.

Pada aku, lantak pi lah kan. Video ini jadi kelakar sebab yang mabuk ni orang yang bukan guna bahasa melayu universal untuk mabuk. Even dalam drama melayu kita pun tak ada slang "Dok mollek", dll. Apa-apa pun "Kite minung dulu"... Boleh tak lepas ni minum arak tapi guna english language? Jangan cuma tahu sebut CHEERS!!! huhuhu


Hahahaha ntah apa-apa aku hari ini.



Selasa, 15 September 2009

Kena tangkap basah pun ada hikmahnya

Hari itu aku dapat fast response pasal cerita ini. Nampak sangat kita semua ni suka gosip kan??

Al kisah, tidur malam ku terganggu memikirkan akan dia yang berada di dalam jail di pejabat agama, dia call aku lagi.

"Aku takut. Ko tak ada kawan yang boleh tolong ke?"

Hantu macam aku ni mana ada kawan baik-baik yang kerja dengan pejabat agama.

Dalam lebih kurang pukul 11 pagi dia telefon lagi, "Pegawai tu nakkan penjamin yang kelahiran negeri ####, baru aku boleh keluar."
Dan sekali lagi aku tak mampu nak berbuat apa-apa. Sekadar menjadi pendengar setia. Selebihnya dialah yang kena usahakan sendiri.

Setelah berjaya dibebaskan, dia khuatir kalau-kalau dia dan jantan belukang itu akan naik ke mahkamah. Of course la, nanti jadi sensasi macam cerita Memey dan Norman Hakim.

Esoknya dia dan jantan belukang itu dipanggil untuk memberi keterangan. Tak ku sangka pada hari jatuhnya Nuzul Quran si pegawai penyiasat berkata "Awak beli fail kes ni. RM1000. Tiada tawar menawar." Okay, itu tipu sebab aku saja tambah-tambah. Yang pasti pegawai itu minta bayar RM1000 untuk close case.

And my friend managed to pay 3/4 from the actual amount. And the rest will pay after Hari Raya.




****


"Syima, nanti ko tikam no bilik aku. 309. Sebab aku kena tangkap berdua, tikam 2309."
Lalu dengan selamba kataknya aku menyuruh rakan sepejabat yang memang tidak berpuasa untuk menikamnya. Dia lebih arif. TAPI tak kena. Aku habis RM10 untuk sesuatu yang sia-sia dan BERDOSA.

Kawan aku telefon lagi selepas beberapa hari kemudian. "Syima, aku kena! Tapi nombor naik 4390. Aku kasi pusing."
Aku jadi excited, mana tahu kalau dapat dalam riban-riban.

"Tapi aku tikam 50sen ja. Aku dapat RM460"

Adeh...




Sekadar gambar hiasan. Thnx to google. 3rd prize tu nombor kereta bekas dudaku. Haha!


Andai kata dia tikam RM2 paling bangsat pun, dah tentu aku berjaya menumpang kekayaan sementara yang tidak diberkati tuhan itu.



Untuk sekian kalinya, menu berbuka untuk hari yang ke-24 Ramadhan

Semenjak Ramadhan bermula hingga pada hari semalam, aku tak pernah buat mana-mana review untuk juadah berbuka puasa.

Bukan apa, setiap kali masuk ke bazar ramadhan mesti nafsu mengila nak itu, nak ini. Lepas tu tak makan. Buang dalam tong sampah. Jadi kawan syaiton ni rojim. Lagipun aku memang sibuk kan?

Tapi semalam aku beli satu juadah sahaja. Eh! Tak adalah satu, adalah beberapa lagi tapi main dishes aku pada hari semalam ialah NASI AMBENG.


Boleh ke aku cerita pasal makanan ni? Tak pe lah kan...? Lagi satu jam je pun.

Ini antara juadah-juadah lain sebagai sampingan.

No 1. ialah paru masak sambal. Aku cubit sikit-sikit je. Sebab itu lauk si kawan makan dengan bubur lambuk kurang pedas.

No.2 ialah popia dan samosa yang femes di Kuala Selangor, dimana aku pernah ada kes dengan owner dia dulu. Walaupun dulu dia pernah sumpah bahawasanya haram bagi aku dan kawan-kawan membeli di gerai popia beliau. Tapi aku tak peduli.

No. 3 ialah bubur lambuk kepada si kawan yang gastrik, yang langsung tak boleh berpuasa dan makan nasi. Asal makan je muntah belahak.

No. 4 ialah kuih pelita berlemak kesukaan ku. Tiap-tiap hari nak mengadap kuih ni. Ada dadah kot sampai aku rasa addict.


Adakah ini rupa buruk lantak?









Syimalicious: Oleh kerana nafsu negro ku mendatang, nasi ambeng itu berharga RM8.00 kerana ada tambahan dua ketul ayam; ayam masak merah dan ayam goreng berempah.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...