Cari Blog Ini

Selasa, 31 Mac 2009

Aku mudah marah, melenting dan memberontak

Bersiaran langsung dari Kuala Selangor.

Aku telah sampai dengan selamatnya semalam, pukul 12.38 am. Eh! Pagi tadilah kan? Dengan jarak 441km dalam masa 3 jam setengah. Laju tak?

Cut the crap...

[entri ini adalah entri amarah dan diingatkan setiap manusia ada celanya. mohon maaf diatas kekasaran bahasa]

Aku manage call selama ini, cuma famili sahaja yang boleh access aku. Jadi bila ada call dari luar list accept tu, telefon aku dengan sendirinya me-reject call tersebut. Sila sms saja. Pagi tadi aku dapat sms. Katanya pejabat aku nanti akan keluar satu memo tunjuk sebab kerana sudah sebulan aku tak menghadirkan diri ke tempat kerja. Aku hairan mana pergi rakan-rakan sekerja untuk back-up aku. Memang tak ada. Mungkin masing-masing terkunci mulutnya. Bukan mereka tak tahu aku on leave with a VALID GOV's MC. Bingai!! Bukan mc swasta yang boleh dibeli begitu saja!


Apa yang nak dibuktikan oleh mereka? Tegas tak bertempat. Bukan aku sesaja tak datang kerja. Aku injured dan aku ada mc. Kenapa nak dipertikaikan kedatangan aku sedangkan ada beberapa staff lain yang boleh sesuka hati tak datang kerja dengan alasan yang tak munasabah dan tak ada tindakan pun ke atas mereka. Kenapa bila aku, yang buat kerja itu dan ini nak kena tegas bangang macam ni? F**k you!

Aku memang tengah panas hati. Kepala aku serabut nak buat perkara yang tak rasional je sekarang. Memang bila tengah marah macam-macam boleh jadi. Cibai betul! Aku bukan sakit migrain, bukan sakit beranak, bukan sakit tangan atau perut, ini sakit di bahagian kaki! Agak-agaklah nak bergerak ke sana ke sini macam orang sihat. My movement very limited!

Adakah satu idea yang bijak menyuruh aku dalam kesakitan yang macam ini duduk di rumah bujang tanpa penjagaan yang sempurna? Adakah ketua, kerani, driver atau kawan-kawan pejabat yang nak datang tengok aku hari-hari bagi makan? Pui!! Sehari dua bolehlah. Haruslah bila dah dapat mc yang panjang, keluarga aku datang menjemput aku. Haram, berapa orang saja yang tanya khabar. Yang bagi idea suruh lepak dekat rumah, senyap macam biawak dapat bangkai.

Aku balik Johor pun mengejut, cara macamana aku nak sampaikan mc pada pejabat? Owh... ini juga satu idea yang semacam pukimak babi bila ada suara yang menyuruh aku pergi fax those mc ke pejabat. Apa yang nak urgent sangat? Siap suruh mak ayah aku tolong faxkan. Setiap pejabat ada protokol, bukan semua pejabat simply boleh main fax saja. Tolonglah bercakap seperti orang ada akal. Bila aku cakap, aku ada mc, meaning aku betul-betul ada mc. Tak boleh tunggu sampai aku habis mc ke? Aku boleh serah terus pada yang berkenaan.







Sehingga hari ini kaki aku belum pulih sepenuhnya. Dan hari ini aku dapat lagi mc sehingga esok.


So, in a rude way i decided to send sms kepada ramai yang berkenaan.

Salam,
Pls remain calm. I still got 2 more days mc. I will cont. my work on wed n pass to u those mc. if i get any memo from d office, there would b no hesitation at all my end to bring this matter to ceo. ramai lg yang xdtg ofis tanpa sebab xdiambil tindakan. i hv a concrete excuses. - syima





Syimalicious: Aku bengang tahap dewa! Adakah aku dah terkurang ajar?

Isnin, 30 Mac 2009

Bila aku kata benci, aku memang betul-betul benci!

Dengan ini diumumkan aku tidak akan menggunakan JS-kit.com comment sebagai perantara antara aku dengan kamu.

Bila mana aku membuang JS-kit.com comment ini, bermakna komen-komen kamu semua sebelum ini pun akan terdelete sama sekali. Aku sayang komen-komen kamu tapi dah suratan takdir ia tidak berkekalan.

JS-kit.com comment menyusahkan untuk orang yang tak bijak IT seperti aku. Aku dah insaf sekarang. Aku bertaubat takkan buat perubahan pada comment setting yang asing macam jadah!!


Syimalicious: Di alu-alukan untuk kamu semua beromen mengomen untuk lima entri aku yang terdahulu. 5 je! Kalau tak nak komen pun tak apa.

Ahad, 29 Mac 2009

Juling Air. Mata siapa juling?

TaDaa...

Mempersembahkan anak Dinochor Juling.


My mom's pet

GOOD MORNING MALAYSIA!!
~lalala~





Syimalicious : I'm getting lack of ideas...

Sabtu, 28 Mac 2009

Cinta terlarang atau cinta tidak kesampaian atau cinta bertepuk sebelah tangan?


Apa kesudahan untuk Incik Zorro Baik dan Puteri Hanky Panky?

Tersebut al kisah seorang puteri bernama hanky panky, dari kelas pertengahan hendak mencari bakal suaminya. Dalam pencarian, si puteri ini seringkali berjumpa dengan lelaki-lelaki keparat & durjana yang cuma berkeinginan untuk mengambil kesempatan diatas kemewahan dan kelembutan beliau.

Setelah merantau ke seluruh kayangan hampir suku abad umurnya, si puteri jatuh hati dengan dengan Incik Zorro yang berketurunan dewa Hercules yang baik lagi berbudi bahasa. Cinta itu terdetik tanpa dirancang. Dan ia berlangsung sehingga ke beberapa purnama. Dek kerana perwatakan easy-going sang puteri, timbullah cerita bermacam-macam kisah untuk menjatuhkan si puteri ini mengikut siaran Astro Vanavil.

Fitnah-fitnah ini disebarkan oleh Mak Lampir Pipi Bulldog and the gangs.Incik Zorro dilanda kekeliruan yang amat sangat. Beliau tidak pasti dengan keputusan untuk bersama puteri hanky panky. Beliau lebih rela mengikut kehendak Mak Lampir Pipi Bulldog itu.

Alangkah musnah harapan dan impian si puteri untuk hidup bahagia seperti orang lain. Incik Zorro baik tapi tidak berpendirian. Si puteri merasakan hidupnya bagai retak menanti belah.

Apa kesudahan cerita tersebut? Dapatkah mereka bersatu? Adakah selama ini si puteri cuma bertepuk sebelah tangan??







Syimalicious: Best tak baca cerita fantasi?? Hahahahaha... terima kasih kerana sudi membuang masa anda untuk membaca kisah puteri dan bakal suaminya dan sekali gus mencuba avatar manga dari blog diva belle.

Tapi kalau korang ada idea lagi hebat sila tambah perisa untuk cerita aku di atas.
Chaiyok!


~sticky post, scroll down for new entry~

Jumaat, 27 Mac 2009

Alhamdullilah...akhirnya

Aku tidak perlu lagi berteka-teki kerana kebenaran telah berhasil sebentar tadi.

Ini bukan entri aku dipinang anak tok mudim tau.

Walaupun letih, disuruh berjalan ke sana ke sini bersama bondaku, aku bersyukur kerana apa yang aku alami selama ini bukanlah disebabkan retak.

Owh, bagi yang tidak mengetahui... hari ini aku telah bertemujanji dengan doktor.
Dia tak hensem sebab dia adalah seorang perempuan di klinik pakar ortopedik di Hospital Sultanah Aminah, JB. Serius, kaki aku masih sakit dan jalan terhinjut-hinjut tetapi tidaklah pula menggunakan tongkat sakti sebagai topang.

Perkara yang akan aku ingat selalu, doktor di sini telah menyebabkan bonda dan aku berjalan berulangkali untuk ke bahagian x-ray. Adakah doktor itu tolol atau tidak menumpukan perhatian aku pun tak pasti. Macam pelik, angkle aku yang sakit, tapi di x-ray di jari jemari kakiku. Aduyai.

Kali kedua aku membuat x-ray, aku dengar bunyi kalut-malut; suara yang agak tinggi intonasinya. Dan sebagai pesakit yang terakhir, aku mencuri dengar perbincangan mereka. Sah! Doktor yang memeriksa aku tadi adalah doktor yang belum confirm dan masih tercari-cari arah kerjaya mereka. Main point mereka, "Adakah jawatan kami floating?" Jawab doktor senior yang wajahnya amat garang dengan tegas sekali, "There is no such thing in government policies!"

Eh! Apsal aku nak cerita pasal dorang? Aku nak cerita lain pasal doktor baru sangat membahaya untuk nyawa pesakit yang kritikal. Sebab mereka baru, jadi perasaan was-was kadang-kadang akan tetap wujud dalam diri mereka. Macam tadi, pasal x-ray itu. Tahukah anda x-ray boleh menyebabkan radiasi? (Korang kena buat muka blank, konon-konon tak tahu)

Aku akan merindui rumah manis rumah (home sweet home) dan keluarga aku kerana membenarkan aku duduk seperti puteri selama hampir sebulan, menjaga makan minum ku dan memanjakan aku... sob...sob...sob... Sebak.


Pagar, jangan jadi harap pagar, pagar makan padi ok?



Jadi pengumuman untuk seantero Asia Tenggara, aku tidak lagi mendapat cuti sakit, maka aku kena kembali berkhidmat kepada nusa dah bangsa. Tapi rasa macam malas pula!!! Arrrgggghhhhhh!!

And YES, my right foot still pain!

Khamis, 26 Mac 2009

Aku mahu yang besar-besar saja!

Apa yang BESAR?? ehem....ehem....

Untuk pria yang mau cewek besar seperti aku, dengarkan ini lagu. Jom karaoke lagi hari ini.









Syimalicious: Aku rindu bangat sama cowok besar ku....

Rabu, 25 Mac 2009

Chatting with losers di alam maya

Aku tak tahulah kalau kamu pernah menghadapi perkara yang sama. Tapi aku selalu terserempak dengan loser-loser ini, untuk lebih spesifik - jumpa secara online.


Kes 1
Kenal dalam chatroom dah lama. Dari belum kahwin sampai dah beranak pinak. Tapi walaupun dah bertahun-tahun kenal, mamat ini selalu nak korek cerita kelambu orang. Orang tak pernah buat pun dia nak paksa kita mengaku buat perkara itu. Dia punya expectation pada kita ni macam "Eleh... dah kapel dua-tiga orang takkan tak pernah buat apa-apa?" WTF!! Bodoh ke apa? Lepas kita sound dua tiga ayat dia pun cakap "I open la, i can share anything."

Gila annoying!

Kemudian dia sambung balik "Ok lets talk about anything else...boleh layan tak?" Dua tiga ayat nampak normal lagi, tetiba masuk ayat ke empat atau lima dia dah start balik, "Kita sembang nakal-nakal sikit. 18sx. U dah lepas 18thn kan?"

Inilah somekind of jantan yang tipikal. Most of them adalah melayu. Kenapa jadi begitu? Dunia...dunia...


Kes 2
Aku sememangnya akan privatekan semua network profile macam Facebook, Tagged. Tak akan sebarangan terima orang yang suka-suka click add friend ni. Walaupun dah dinyatakan status aku di situ "I only accept anonymous female profile with pictures as friends. If you are a male, u have to be cute enough & 27-35yrs old to be accepted by me", tapi tak ada maknanya sebab ada juga jejantan yang umur 19thn add akak ni. Lagi menyayat hati bila umur dah baya-baya ayah aku pun gatal nak add aku.

Aku peliklah, dorang baca ke tak shout out aku atau bantai klik add friend lepas tengok gambar kita berposing ayu dan kelihatan kurus?


Kes 3
Adatlah bila kita dah terima seseorang dalam list kawan-kawan network profile, kita akan selalu berbalas message kan? Adalah satu kisah, mamat ni berlawak kasar dengan aku. Lawak kasar tak sama dengan lawak lucah tau? Kemudian aku pun balas "Cis bedebah.... bla...bla...bla..."

Akibat dari perkataan "Cis bedebah", mamat tu boleh sound "Baik lu panggil wa babi. Tak pelah, wa tak heran dengan perempuan macam lu. Tak ada adap!"

Tergamam aku. Kesilapan tatabahasa, aku disekolahkan. Tapi patutkah perkataan itu menyebabkan hati mamat tersebut terluka?


Kes 4
Ini macam cerita masa kita sekolah menengah dulu-dulu. Jalan kaki di tepi jalan, kemudian kena siul dengan sekumpulan jejantan. Tapi bila kita tak respon, kita kena hambur kata-kata nista.

Aku selalu me-reject banyak request dari strangers tak berkenaan. Seringkali membuang mereka yang tidak well-behave dalam persahabatan alam maya ni. Jadi selalu juga dapat mesej "Ko ingat ingat ko cantik sangat? Blahlah, ramai peerempuan lain lagi cantik dari ko, lagi kurus dari ko. Tak sedar diri! Babi lagi cantik dari ko". Owh, apakah?

Dulu aku selalu juga hadap, melayan mesej-mesej cacian ini, tapi sekarang tidak lagi kerana itu semua membuang masa aku sahaja. Kan??


Syimalicious: Persoalannya, kenapa? Aku nak tahu juga, pernah tak korang merasa apa yang aku rasa?

Selasa, 24 Mac 2009

BELLE, kaulah inspirasiku

Hidup aku asyik berulang alik dari hospital. Tadi pun pergi hospital, semalam pun ke hospital, Jumaat ini pun akan ke hospital. Nak kata jodoh dengan doktor, tak juga. *sigh*

Aku rindu nak pergi kerja atau dalam mandarin- shangban. Serius rindu. Nak mengumpat, mengutuk dengan kawan-kawan kaki gosip. Nak tengok muka bos bila mengelabah cari borang lesen. Nak bau busuk badan pegawai di pejabat aku. Yer, dia ada body-odor yang sangat menganiaya hidung orang. Nak guna Meebo di komputer pejabat. Nak main pingpong. Banyaknya benda aku miss.

Dan aku akan terus cuti sakit dalam seminggu ini. Owh! Tidak!

Aku rindu meja kat workstation aku. Tempat aku selalu mensibukkan diri. Tempat aku selalu terkocoh-kocoh menghantar laporan mingguan untuk cawangan negeri. Tempat aku makan. Tapi aku tak pernah cuba untuk tidur di meja aku.

Puas aku godek-godek dalam folder yang lama-lama. Jumpa akhirnya. Jangan tengok bawah lagi. Tenung gambar ini lama-lama. Kamu ada nampak apa-apa yang tak baik? Maaf ya! Ini gambar dari telefon bimbit lama yang mana gambarnya amat tidak menonjol.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia yang aku nak tunjukkan!!



Memang tak sayang mulut dan tak jaga keperibadian aku ini kan? Aku terpaksa. Sebab dalam pejabat aku adalah perkara biasa mengambil pen atau peralatan tulis tanpa meminta kebenaran. Kadang-kadang aku pun terambil pen orang juga. Hahahaha! Bos dah pernah tegur aku. Kerani lagilah, siap sound secara keagamaan pada aku. Tapi aku peduli hape! Ada aku kesah? Tapi ada pula yang pandai-pandai tulis perkataan "astaga" kat kertas tu. Apa barang sound orang cara bertulis?

Tapi semenjak aku mempamerkan notis itu, tiada lagi kejadian mengambil barang tanpa kebenaran aku. Siap kalau ada yang nak meminjam tu, bersungguh-sungguh minta kebenaran. Hahaha!

Apalah jadi dengan meja aku tu sekarang. Mesti huru-hara...


Syimalicious: Posting kali ini diinpirasikan dari entry ini.

Isnin, 23 Mac 2009

Jom derma ovum untuk $$$

I come across to one advertisement di Facebook. Banyak-banyak ads, yang ini betul-betul menarik perhatian aku. Tagline dia Ladies... donate your eggs for ca$h!

Perkataan caSh itu yang membuat aku melompat ke page tersebut sebab mata aku dah kelip-kelip duit. (Cis! Mata duitan aku ini!) Baca punya baca step by step process untuk program ini aku dah macam berminat. Sebab boleh cecah ribuan Ringgit Malaysia! Aku kan sudah melewati usia-wajib-kahwin-kalau-tak-ko-andartu (ini orang hulu kampung yang cakap). Daripada aku membazir ovum aku ni tiap-tiap bulan, baik aku try program ini.

Aku klik dekat Ideal Donor Egg, disitulah mereka letak kriteria pemilihan untuk penderma ovum. Time ini aku nak menangis teresak-esak kerana ini adalah tidak adil!! Ke aku yang kurang fasih dalam agama??? Korang baca ye apa yang dia nak...

Ideal Donor Egg
21-35 years old (i'm in that range of age)

Healthy (yes, i consider myself healhty)

Good facial features (muka ai kan macam mix gitu, pipi tak melayut macam bulldog)

In a steady boy-girl relationship (tak kisahlah... menda ini boleh tipu)

Living in Klang Valley (Kuala Selangor dengan KL apa lah sangat)

Added advantage if :

Highly educated i.e. Diploma/Degree/Masters/PhD holder (min Diploma kan??!)

Chinese/Japanese (alaaa....)

Has experience as an egg donor

Married with children

*
*
*
*

Non-Muslim (sebenarnya ini yang paling teratas dalam list)


Punah sudah harapan untuk mencari duit tambahan! Agama kita benarkan kita derma ovum ke tak?? Siapa tahu?


Syimalicious: Silalah sebarkan maklumat ini pada kawan-kawan non-muslim. Nanti mintalah komisen. Boleh kongsi-kongsi.

Jumaat, 20 Mac 2009

Ke Jinjang Pelamin kisah percintaan mereka 1.0

Uish, sejak mc yang berminggu-minggu ini kerap sungguh aku mengupdate. Tidur pun dah tak tentu masa. Pukul 3am tidur, 12tgh baru celik mata.

Nafsu makan usah cakap, menjadi-jadi. Siap bos di pejabat cakap "Habislah syima, mc lama makin bulat nanti." Kawan-kawan office yang baca ni tolong sampaikan salam aku pada bos, pesan pada dia walaupun aku bulat atau berbentuk empat segi sekalipun, aku tak minta dia belikan baju aku.
.
.
.
Amaran: Entri ini akan berlaku limpahan gambar-gambar yang gojes dan penuh momento.



Aku nak buat liputan ekslusif perkahwinan kawan sepejabat aku, Adilme dan kawan baru yang agak rapat, Maria. Aku telah mendapat jemputan untuk hadir ke majlis bersejarah mereka ini. Aku punya jemputan agak special sikit sebab Maria telefon dan memaksa untuk aku mengambil cuti khas buat beliau. Dan ini pertama kali aku membantu majlis perkahwinan secara langsung.




Perjalanan ke Ipoh amat mencabar kredibiliti aku sebagai pemandu. Dengan hujan yang sangat lebat aku rasa macam give up nak teruskan perjalanan, tambahan pula aku gatal mencuba jalan lama mengikuti Sabak Bernam-Bagan Datoh-Teluk Intan-dan seterusnya. Bila sampai di tol, aku boleh biol sekejap tak lalu laluan Smart Tag, jadinya bila sampai di exit Ipoh kereta bershushun di laluan tunai.



Time aku sampai pengantin perempuan tengah menyiapkan diri sambil dihiasi mak andam. Pengantin lelaki agak terlewat sikit kerana tersangkut dalam hujan lebat di highway. Tok kadi juga lewat 30minit dari waktu yang dijangka.



Setelah semua barang hantaran disusun, dan pengantin perempuan duduk di tempat khas, pengantin lelaki dan wakilnya mengambil tempat di ruang untuk mengakad nikah. Ini debaran yang dinanti-nantikan sebab orang memang suka bertanya berapa kali si pengantin lelaki ini lafaz akad. Kalau dah buat preparation semua akan ok kan? Mereka sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz. Hebat. Adilme sempat mengerling ke arah aku dengan muka yang berlagak.



Prosiding diteruskan dengan upacara menyerah mas kahwin dan tukar cincin. Haih... bila pula time aku kan?



Malam berinai menyaksikan aku sebagai "pengapit terjunnya". Memang aku rasa kena dajal pun ada. Huhuhu tapi inilah pengalaman yang jarang aku kutip. Dah jadi pengapit ni, alamatnya lambatlah aku kahwin.


Syimalicious: Aku dah letih meniarap. Nanti aku sambung lagi. Dah mengantuk.

Khamis, 19 Mac 2009

Doktor mengugut?

Hari ini hari last mc setelah doktor Hospital Tg Karang bagi dua minggu untuk berehat. Walaupun kaki aku dah susut bengkaknya dan walaupun aku boleh berjalan sikit-sikit tapi di pergelangan kaki aku tidak menunjukkan sebarang petanda ingin baik.

Demi mengambil langkah berjaga-jaga aku telah ke Hospital Johor Bahru untuk membuat pemeriksaan susulan. Doktor cakap melihat daripada bengkak di kaki aku ni, nampaknya aku tak boleh lagi berjalan seperti biasa dan tak boleh memakai high heel lagi.

Aduh! Aku dah terbayang-bayang aku bakal berjalan ke pejabat dengan jalan terhenjut-henjut. Time kahwin nanti masa berarak jalan macam nenek kebayan... Owh! Tak sanggup. Aku taknak jadi Suster Ngesot.

Aku degil. Doktor pesan berehat sepenuhnya, tapi aku naik turun tangga. Rumah keluarga aku dua tingkat, nak makan kena turun melalui tangga juga. Gediklah kan kalau nak berhidang makan kat katil.

Doktor perempuan itu bersuara dalam bahasa campuran "You are not properly rest. I'll give you 5 days more-MC....bla...bla...bla... but you have to come on Monday, i will check your kaki. ...bla...bla...bla... kalau tak baik juga kaki, i buat you kena admit di wad."

OMG!! What the....?

Ayah aku percaya dengan tidak memanja-manjakan sakit ni, kaki aku akan cepat sembuh. Tapi apa yang dah jadi? Ayah aku suruh mengurut, tapi hari itu doktor tak bagi. Aku percaya perubatan moden dan perubatan tradisional sama-sama bagus.

Dah dua minggu kaki aku masih bengkak di buku lali, apa yang harus aku buat sekarang??




Aku nak pakai kasut tumit tinggi balik!!!!

Testing!

Don't hate me because wo de hen ke'ai


Hah! Apa kata korang kalau aku berambut sebegitu dan asli? Kena tak pada raut wajah yang mempersona ini??

Jangan muntah. Ini rambut pinjam saja. Tapi ok tak? Aku ingat time sesiapa merisik nanti aku nak sarung rambut ni lepas tu letak veil. Atleast lebih indah dari rambut aku yang dulu. Kan?



Syimalicious: Tanda-tanda malas nak update dah ada ni...

Rabu, 18 Mac 2009

Main kejar-kejar di hari Ahad

Kesian aku kan? Hari Ahad korang semua membukang tidur. Aku pagi-pagi dah terkejar-kejar kena pergi kelas.

Inilah pengorbanan bila dah tua-tua baru nak belajar. Cis! Pinjam sekejap ayat Min_ena.

Tapi hari Ahad tu aku skip satu kelas, kerana terlalu mengantuk aku bangun pukul 8am. Ikutkan pukul 7am kena keluar rumah untuk ke sana. Mana tak mengantuk, aku sampai rumah pukul 12.30mlm, sebab ada assignment last minute aku buat sampai pukul 4am. Tapi tak sia-sia jugalah aku dapat B+ untuk assignment itu. Layaklah dengan kerja last minute kan?

Dalam banyak-banyak kelas, aku suka kelas Mandarin. Tapi betullah, how fast you catch-up certain subject bukan bermakna markah anda tinggi dalam test; reading & speaking. Disini peranan bodek membodek amat penting.

Tapi aku redha. Kita kenalah berbaik sangka dengan lecturer itu. Mungkin aku yang gagal menepati piawai yang ditetapkan.

Masa ini kami diminta membawa sekeping gambar keluarga untuk diceritakan dalam mandarin. Aku tak menghafal langsung. Sebab kalau hafal tapi tak faham, apa jadahnya? Aku rasa aku dah bersedia, apa yang aku nak cakap semua dalam kepala. Aku rasa aku tau apa yang aku nak cakap.


Ini Su. Dia dari JB tapi dia tak ada blog. Hahaha. Kunun-kunun buat muka cuak macam tak pandai. Tapi markah dia lagi banyak. Tsk...tsk...tsk...

Turn aku dipanggil. Owh! Untuk pengetahuan aku ke sekolah hari itu pakai tongkat. Nampak tak tongkat aku? Hajat nak minta simpati. Tapi sampai kat depan tu, aku macam kena sampuk. Blank. Penyakit parkinson datang secara tiba-tiba. Apa yang lecturer tanya aku sengih dan jawab "Wo bu zhidao". Sah! Aku ada penyakit pekak badak sebab aku tak dapat capture apa yang dia tanya. Sedih.

Gila! Disebabkan aku tak dapat datang kelas yang lepas, masa tu juga lecturer nak aku buat quiz dan ujian membaca. Entah apalah result aku tu.

Kenapa aku nak cerita semua ni dalam blog? Entahlah, kadang-kadang manusia ni bila datang angin monsun, fikiran dia kacau sikitkan? Anggap saja aku tengah jiwa kacau.


Syimalicious: Wo shi er shi qi sui le. Wo hai meiyou jiehun. Sob...sob...sob

Selasa, 17 Mac 2009

Mata gerak-gerak isyarat blogger mahu datang

Semalam, aku lepak-lepak makan dengan mak aku. Bersembang sambil menikmati saat-saat masa yang berkualiti bersama bonda terchenta. Mak aku cakap mata kanan dia terasa bergerak-gerak. Mengikut pengalaman dia, gerak-gerak mata itu petanda ada orang nak datang ke rumah. Aku gelakkan saja.

Mata aku pun selalu gerak-gerak. Orang kata kanan untuk maksud yang baik, kiri untuk perkara yang malang. Tapi, aku rasa terpedaya pula sebab macam tak ada apa-apa berlakupun.

****


Hari ini aku terima sms. Ada orang nak datang ke rumah. Huh? Time tu aku baru celik mata. Mulalah kelam kabut pergi mandi. Mujurlah sangat blogger itu orang Pontian. Satu jam tempoh masa nak sampai ke rumah aku. Fuh! Sempatlah aku dan mak mengemas, sapu-sapu rumah kan?

Ini dia...

Budak kecil ini mungkin sedang sangat pelik tengok aku; kakak montel yang cacat. Mesti dia tengah berfikir, "Kenapa orang ini tangkap gambar aku. Tak kenal pun."
Budak kecil ini sedang mengadu sesuatu pada ibu dia
Budak kecil ini suka berposing rupanya. Kakak-kakaknya yang lain malu-malu.Aku dan mereka


Inilah keluarga Kak Ell. Mereka ada hal di JB kalau tak silap. Dah alang-alang lalu area Kangkar Pulai, Kak Ell datang menyinggah ke rumah untuk tengok aku dan saja-saja nak berkenalan. MIL dia pun ada. Sangat sporting habis! Lupa pula nak snap gambar MIL Kak Ell.

Actually kami (aku & Kak Ell) tak banyak perkara bercerita. Aku sibuk mengacau Arryan. Yang banyak bercerita adalah parent aku dengan MIL dan suami Kak Ell. Aik? Siapa yang nak berkenalan ni?? She is so motherly... mak saya cakap.
Tak pe Kak Ell, lainkali kita bercerita together-gether.

Kak Ell datang bawa buah tangan nenas dalam tin tu. Besar sangat! Adik aku sangat teruja dengan nenas itu. Lupa pula, Pontian kan sinonim dengan nenas. Betul ke aku cakap ni? Dengan agar-agar kering. Rasa oren. Terima kasih Kak Ell dan keluarga.

Sewaktu kunjungan Kak Ell ke rumah, Arryan baru bangun tidur. Jadi Arryan agak blur-blur sikit. Yang kelakar, bila dia tengok gambar mak ayah aku atas coffee table, dia cakap "Atok..atok.." dengan pelat budak kecil. Hahaha.

Kak Ell ialah kawan blogger yang ke tiga aku jumpa live. TQ sesangat kerana sudi singgah ke rumah. Dan sudi meneguk air teh bujang yang saya buat ye?

****


Then lepas Kak Ell sekeluarga pulang, mak aku cakap "Kan betul mak cakap ada orang nak datang. Mata mak gerak-gerak semalam."


Syimalicious: Mak aku ada 6 sense rupanya dan ini merupakan entry yang sangat cepat aku publishkan.

Jai Ho make me feel Hindustani

Aku sampai rumah pukul 8pm semalam. Letih. Meredah hujan lebat sepanjang highway dari Sg. Besi ke Johor Bahru. Mujur semalam pool car dengan kawan-kawan. Time aku letih Su pula yang drive. Tapi hujan lebat sesangat!

Hari ini nak start blog pun macam larat tak larat. Tapi bila on pc, terus jadi bersemangat...sikit. Owh yer, tengahari tadi aku terima kunjungan dari seorang blogger. Nanti aku cerita lagi. Mood aku sedang mengarah ke lagu dalam movie Slumdog Millionaire. Mungkin dah lama cerita ini berlalu. Tapi sebabkan masih ada yang bercerita dan memberi komen dalam blog masing-masing aku jadi ghairah untuk menonton cerita ini.

Bila boleh tengok movie ini dey??!
Sehingga kini, aku belum dapat tengok cerita itu secara pirated atau di panggung wayang. BFF, tolong cari dvd itu di kedai yer? Balik dari sini saya mahu tengok!!! As, sudahkah anda mendownload cerita ini?

Tujuan utama aku ialah mengenai lagu Jai Ho ni. Aku punya rajin search di youtube cari official videoclip dia... TIADA. Dalam youtube tulis;

"This video is not available in your country.
We are unable to show you the original featured video for this channel due to age or location restrictions."

Mesti dalam video tu mereka amat sexy bagai. Itu sebab aku tak boleh view. Atau aku yang salah cari sebenarnya? Tapi aku jumpa muzik video+lirik ini pun dah puas. Nak dengar lagu je. Aku tak dengar Jai Ho versi original lagi, aku nak dengar versi remix Pussycat Doll Hindustani yang telah di Inggeriskan.

Cantikkan diorang dalam sari hitam macam tu? Aku nak cari satu juga.




Sila kuatkan volume speaker anda supaya ada rasa tergedik-gedik untuk menari berguling-guling.


Chorus;
you are the reason
that i breathe
you are the reason
that i'm still believe
you are my destiny

no, there is nothing
that can stop us
nothing can ever
come between us
so come and dance with me
(feel me it's destiny)




Syimalicious: Tengah gila kejap lagu ini. Kejap saja.

Sabtu, 14 Mac 2009

Cara-cara nak tunjuk "Sorry, i'm not interested"

Amaran: Jangan sesekali menghafal skrip ini untuk dilafazkan kepada lelaki tersayang. Tapi kalau nak cakap juga, try lah. Tak ada salah pun.

HE: May I have the pleasure of this dance?
SHE: No, I'd like to have some pleasure too !

HE: How did you get to be so beautiful?
SHE: I must have been given your share !

HE: Will you come out with me this Saturday?
SHE: Sorry! I'm having a headache this weekend !
HE: Go on, don't be shy. Ask me out!
SHE: Okay, get out!

HE: I think I could make you very happy
SHE: Why? Are you leaving?

HE: What would you say if I asked u to marry me?
SHE: Nothing. I can't talk and laugh at the same time!
HE: Can I have your name?
SHE: Why, don't you already have one?
HE: Shall we go and see a film?
SHE: I've already seen it!

HE: Do you think it was fate that brought us together?
SHE: Nah, it was plain bad luck !

HE: Where have you been all my life?
SHE: Hiding from you.

HE: Haven't I seen you someplace before?
SHE: Yes, that's why I don't go there anymore.

HE: Is this seat empty?
SHE: Yes, and this one will be if you sit down .

HE: So, what do you do for a living?
SHE: I'm a female impersonator.

HE: Hey baby, what's your sign?
SHE: Do not enter.



Happy weekend people.

I'm going back to Kuala Selangor today. Esok sekolah, ada test. Wish me luck.
(ambil feel student kunun-kunun)


*Gambar google itu tiada kena mengena dengan aku.

Jumaat, 13 Mac 2009

Kotak komen cacat macam aku yang separa cacat


Mesti ada yang dah aware pasal kotak komen baru aku ini. Aku cuba berjinak-jinak dengan JS-kit ini. Kunun-kunun nak buat pembaharuan. Hari ini banyak pula yang mengomenkan. Tapi aku tak tau nak moderate komen korang itu macamana.
Sudahnya...
.
.
.




Harem.... semua hilang. Tetiba komen dari Cik Aslina bertukar menjadi nama aku.

Camana pun terima kasih Ceera, Diva Belle, Gua, Zuris, Ain, Tny kerana berpeluang mengomen menggunakan JS-Kit ini.


Pengumuman:

Aku sedang bereksperimen; TRY & ERROR.


Korang tekan mana huh?? "Leave a comment" ataupun "Reply"??


P/S: Usaha excalator kejayaan. Practice make perfecto kan?

Artis gigih!

Walaupun sudah larut malam...

Walaupun assignment berlambak...

Walaupun tiada keseniaan artistik itu...

Walaupun kaki masih sakit...

.
.
.
.
.






Aku dengan gigih BERJAYA menyiapkan HEADER di atas!!!



Sila beri tepukan yang gemuruh atas usaha murni ini!

P/S: Matilah... assignment due 12tgh ini. Telah di-auto publish pada pukul 1am.

Khamis, 12 Mac 2009

Ku khabarkan cinta buatmu tapi aku dusta

Jom kita karaoke lagu penawar duka lara aku ni jap. Miming pun tak apa. Janji kita nyanyi sama-sama. Aku tau suara korang tak sesedap mana tapi aku tak kisah. Kita miming ok? Nyanyi guna telinga.




You are the candle, love's the flame
A fire that burns through wind and rain
Shine your light on this heart of mine
Till the end of time
You came to me like the dawn through the night
Just shinin' like the sun
Out of my dreams and into my life
You are the one, you are the one

CHORUS:
Said I loved you but I lied
'Cause this is more than love I feel inside
Said I loved you but I was wrong
'Cause love could never ever feel so strong
Said I loved you but I lied


With all my soul I've tried in vain
How can mere words my heart explain
This taste of heaven so deep so true
I've found in you
So many reasons in so many ways
My life has just begun
Need you forever, I need you to stay
You are the one, you are the one

CHORUS:

You came to me like the dawn through the night
Just shinin' like the sun
Out of my dreams and into my life
You are the one, you are the one

CHORUS:

Said I loved you
But this is more than love I feel inside
Said I loved you....But I lied



P/S: Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Buat check up kaki

...sambungan cerita dulu

Hari ke 3 - tidak menunjukkan tanda-tanda untuk surut bengkak di kaki.



BFF ajak aku ke klinik untuk buat pemeriksaan pengimejan (xray). Mula-mula kami ke Poliklinik Sinaran yang berdekatan rumah aku. BFF cakap, untuk xray mereka charge RM50. Ketika dalam keadaan gawat begini RM50 adalah berharga. Aku ditemani As ke sana.

Keluarlah aku terhenjot-henjot. Sampai di kaunter, aku cakap nak buat xray.
"Doktor cuti hari ini." budak kaunter tu jawab. Aduh marahnya aku! BFF dah terkebil-kebil. Semalam dia tanya okay je, tak ada pula kerani klinik tu nak cakap doktor cuti ke apa. Aku pun tanya soalan tambahan "Rate sini berapa?" Dia buat muka blur. Pantang aku bila orang yang incharge customer service tak bijak bahasa inggeris ni. Annoying ok? Ke budak klinik tu dengar aku cakap "rape" (rogol)??

Kemudian kami ke klinik ke dua, Klinik Penawar. Kali ini aku tak larat nak terhenjot-henjot. BFF yang keluar bertanya. Jawapan yang hampir serupa " Doktor tak masuk petang ini, datang esok. Doktor ada." Hampa aku.

Nak tak nak, ini last resort. Kami ke klinik kesihatan Kuala Selangor. BFF aku yang pergi tanya lagi. Tapi orang kat dalam cakap "Sini mana ada xray, hospital adalah", mesti dengan gaya yang poyo. Maklumlah... kerajaan.

Aku kena pergi ke Hospital Tg Karang. Ini satu lagi benda aku nak komen, hospital dalam pekan/kampung. Aku ni punyalah terhenjot-henjot, sementara BFF cari parking kereta; aku melangut dekat kaunter, tapi mereka buat muka sardin sibuk bersembang. Biarkan aku termanggu. Ada ke patut? Memang sakit hati. Senyum pun tak makcik-makcik ni.

Lepas registration semua, aku dipanggil masuk ke bilik MA. Dia tanya sakit apa. Aku notis dia pandang perut aku. Cis. Then bila nampak aku terhenjot-henjot dia punya concern tu buat aku cool balik.
"Kenapa tak ambil wheelchair dekat Kecemasan?"
"Nurse buat tak tahu je pun" aku jawab dengan penuh emo.


Akhirnya merasa aku naik wheelchair. Yeay!

*Bukan semua orang yang kerja kerajaan tak berperasaan, lembab. Dalam entry ini banyak betul perkataan terhenjot-henjot kan?



P/S: Tiada lagi kata ganti nama Chenta ye kawan-kawan. Sila setkan minda anda untuk BFF. Kenapa saya tukar?? Adalah sebabnya.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...