Cari Blog Ini

Isnin, 27 Februari 2012

Berpeluh kejar tiket sambil duduk

Bekejaran sambil duduk?


Memang berpeluh, tak tipu. Aku dah experienced. Sakit bahu-bahu ni. 

Berdenyut-denyut

Tangan sakit, bontot sakit, kaki sakit. Apakah ini hukuman dunia?

Bontot terhentak konfem efek peranakan. :( kan??

Hari ini amat senang hati mengambil gambar pengantin berbanding semalam. Kawasan sawah padi.

Dah lah hari ni datang ke rumah pengantin dengan perut kosong, tak menyempat nak isi dulu.

Macam biasa, hari minggu kalau aku free aku akan ikut Azahar Ukir untuk TA event beliau. Sambil-sambil belajar ambil gambar, sambil-sambil dapat duit poket. :) Azahar ialah seorang OP yang tidak kedekut.
Sekarang musim hujan. Tak dapat nak jangka hujan turun pagi ke, tengahari ke, atau petang. Alhamdullilah, tadi cuaca tak terik. Tapi bahang matahari still boleh menyebabkan aku rentung terbakar. Aku kan cepat sunburn...

Nak jadikan cerita, masa pengantin berarak waktu tengahari tiba-tiba hujan turun. Lintang pukanglah kami berlari-larian ke khemah kenduri. Gila kau, aku dah lah tak berapa nak jaga kamera dengan teliti pastu nak bagi kena air hujan pula. Boleh bayangkan camana aku berlari sambil sorok kamera dalam baju?? Hehe.

Tapi tak ada apa-apa berlaku. Aku selamat masuk ke khemah pengantin.

Shoot pelamin, pengantin bersanding dan tepung tawar. Disebabkan hujan, ramai sesaklah tetamu di situ. Baik dengan abang-abang videografer, sanak saudara dan kawan-kawan pengantin.
Punyalah sedap shoot, aku undur punya undur tak sedar pelantar pelamin tu dah habis. Lutut lemah, sebelah kaki salah mendarat dan...

...bedebuk!

Aku dah jadi cempedak busuk depan tetamu yang berpusu-pusu di pelamin, depan pengantin, depan abang-abang ArmayaInMotion. Yes, aku terpeliot. Malu juga lah rasanya. Nak buat-buat pengsan mampus orang tak layan. Sibuk. Azahar mengambil masa beberapa saat untuk menoleh pada aku yang dah jatuh terpukang ni.

Aku ketawa. Cover line kononnya.

Aku tak ingat. Tapi seingat aku tak ada orang pun nak tolong aku bangun semula. Cis! Mentang-mentang yang jatuh ni dugong. Yang bagusnya, masa aku jatuh camera di tangan kanan aku, aku genggam cantik julang ke atas dan tangan kiri stand atas tanah. Automatic.

Aku bangun sendiri sambil ketawa 15saat dan buat muka rentung. Buat macam tak ada apa pun berlaku. Rock steady! Kemudian sambung semula ambil gambar dengan muka tak bersalah.

Shoot outdoor di sekitar sawah yang baru dicucuk benih padi. -seperti gambar di atas. Sejuk hati memandang. Masa ini aku dah rasa seluruh anggota badan aku tak best.

Dah nak tidur ni baru terasa, tapak tangan kiri pedih, pergelangan tangan kiri terasa sengal sikit, siku rasa sakit terhentak tadi, buku lali kaki kanan dah bengkak, bontot kiri pun dah mula sakit. Jalan pun tak best. Uwaaaa! Makin cacat lah aku.

Nak mengadu kat pakcik, tapi dia jauh. SMS pun restricted on weekend. :'( pakcik... Tolong chubby...

Nak urut. Sakit betul-betul ni. Rasa macam alignment badan dah lari.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 26 Februari 2012

Cempedak busuk!!

Ahad.
Shoot wedding dengan Azahar Ukir lagi dan abang-abang videografer ArmayaInMotion.

Aku jatuh. Salah jejak.

Pengalaman yang memalukan dalam sejarah hidup

Ada masa aku cerita lagi.... :(

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 25 Februari 2012

I am his CHUBBY ♥

*ini bukan entry orang yang sedang bercinta. This is more to a note to myself for future reference or rememberance.

The (selective) sms-es said:-

1039am: Jaga diri baik baik. I syg u

1427pm: Yang , jgn peduli org kata. Nanti u sakit. Everybody hv right to live happy and choose their love one. Kan ?

1429pm: I love every moment spent time with u and i dont care what people talk about us. As long i'm happy with my chubby i'm fine

1430pm: I suka cara chubby. Ur strong, loving, caring, joker and pelik. Hahaha i syg u

***

credit to Googles
Kadang-kadang aku amat appreciate compliment, kadang-kadang tak. Hati mudah hanyut dengan pujian. That's why I try to avoid. Tapi hati juga nak kan kata-kata yang best untuk dijadikan perangsang bagi meneruskan hidup. (Put aside jap zikir makanan hati dan rohani- I'm not going to discuss about religious matter)

Ahhhh! Bila hati tengah berbunga semuanya indah. Kan? Dapat sms macam ni; "indah betul bunyi kentut kau tadi" ataupun "kau tau tak bulu idung kau tu yang membuatkan kau comel?" maka kita pun terawang-awangan. Sungguhkan?

Aku bukan hadap sangat sms atau mesej yang terlalu jiwang berkarat, cukup sekadar ayat-ayat biasa, yang terang maksudnya (straight to the point). Tak perlu ayat poyo macam "Saat malaikat menghampiriku dia bertanya padaku “apa yg kau inginkn hari ini? Aku menjwp “tolong jage org yg membaca mesej ini. “kerna aku SAYANG DIA”" - kan senang taip je I sayang you. Owhh! lupa masa aku muda remaja dulu, aku pernah lalui semua ni. Mungkin kesan dari penuaan aku tak boleh terima sangat sms-sms seperti ini.

Anyway, you've made my day. Ada orang perasan I look better and happy these days. This is all because of you. Your positiveness and your love aura. I nak positive aura lagi, more love, more brain wash (hehehe), more and more from you.

After all, I am ur chubby yang peliks kan??

Thanks also for paying my bills. Psst, I love you.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Macam tak makan seminggu

Nasi kenduri best!
Sabtu.

Aku ikut Azahar Ukir ambil gambar kahwin di Kg Parit Serong, Tg Karang. Macam biasa TA (tag along) dan jadi assistant dia.

Semalam aku timbang berat 66kg (itu tanpa pakaian haha). Hari ini kamu tengoklah pinggan aku, macam orang kelaparan tak jumpa makanan.

Ni pinggan sebelum shoot. Tengahari karang tak tau la...

Jumaat, 24 Februari 2012

Kacau laki orang

Laki siapa ni? Cepat ngaku kalau
tidak akak rebut....
Laki orang atau suami kepada wanita lain adalah sesuatu yang TEMPTING. Betul tak? Mereka ini tau bagaimana nak kool, nak handle perempuan, tak mudah naik angin, senang cakap ~politik mereka untuk mengawal wanita ni memang superb! Pakcik KCKS saya best-sebagai contoh. Hehehe

Mak kata aku suka kacau laki orang. Erk?!

Sticky post: Kondom dan fotografi

Sticky post uolls. Sila scroll ke bawah untuk cerita-cerita biasa Syimalicious


Kamu suka bergambar?


Suka pakai KONDOM?

Khamis, 23 Februari 2012

Release me

Nak share lagu lagi. Lagu yang agak catchy.

I never knew this song and artist until I listen to Jango. Segala media dah terhad since celik mata aku dah ingat pejabat dan workload yang aku selalu biarkan menimbun. (bertangguh lagi...) Sekali sekala online saja berkesempatan nak dengar muzik.

Biasa aku dengar Release Me oleh singer veteran Engelbert Humperdinck, yang ini pun best juga. Korang dah dengar? Ke lagu ni dah lama ke udara?




Mengharap bintang lah sangat

Okey jiwa kacau. Layan karaoke dulu jom? Asyik lagu omputih saja kan? Dinihari yang syahdu ni nak emosi sikitlah.

Pagi karang nak masuk lambat lah. Sebab bos tak ada, dia pergi Esset, Bangi. Dia ajak aku jadi driver dia tapi mood hilang. Nak ke Esset pula tu kan? Lagi emo tak pasal. Nak duduk pejabat saja nanti.

Jom karok!


MENGHARAP BINTANG by EZAD

Aku nak masuk tidur. Dah dekat pukul 3am.

until then.... bye!

Hati banyak tak best

Syaitan... kerja dia nak menghuru harakan umat Muhammad. Ada saja cara nak cucuk manusia ni. Dari sekecil-kecil kejahatan sampailah sebesar-besar dosa. Buat perkara jahat ni tak pernah jemu. Setuju?

Ini memang syaitan punya kerjalah bila aku rasa macam ni...

Isnin, 20 Februari 2012

Love dedication


Semenjak usia dah menjengah 30an, makin ngam pula aku dengan Lite&Easy. Owh, dah tua dah makcik. Sebab makcik ramai berkawan dengan pakcik-pakcik.

I just feel like to share this song. You know who you are. Thanx yang. I love the way you treat me. Stay with me eventhough as friend.

Janji tau... 



Words, don't come easy to me


Words, don't come easy to me
How can I find a way to make you see I Love You Words don't come easy Words, don't come easy to me This is the only way for me to say I Love You Words don't come easy Well I'm just a music man Melody's so far my best friend But my words are coming out wrong and I I reveal my heart to you and Hope that you believe it's true cause Words, don't come easy to me How can I find a way to make you see I love You Words don't come easy This is just a simple song That I've made for you on my own There's no hidden meaning you know when I When I say I love you honey Please believe I really do cause Words, don't come easy to me How can I find a way to make you see I Love You Words don't come easy It isn't easy Words don't come easy Words, don't come easy to me How can I find a way to make you see I Love You Words don't come easy Don't come easy to me This is the only way for me to say I Love You Words don't come easy  
Words don't come easy


until then.... bye!

Bulan madu Valentine


Kenyit mata sikit (imagine kenyit mata orang gatal). Haha

Mood: Berbunga-bunga

Minggu lepas, kamu celebrate Valentine? Aku sambut. Meriah! Dengan jambangan bunga 1000 kuntum bunga tahi ayam dan percikan bunga api serta dua botol epel twister.

I'm just faking my smile

You can lie to what's in your head, but you can't lie to what's in your heart. For heart never tells lies, but hidden truths.You can lie to what's in your head, but you can't lie to what's in your heart. For heart never tells lies, but hidden truths.

Oleh itu, abang-abang, pakcik-pakcik semua... Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi ORANG. -kalau membuang sebab berak tak apa.

I just get tired of waiting, assuming, hearing lies, saying sorry and getting hurt.

Ente sudah tua dan fenat!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 17 Februari 2012

Kenapa dengan hari ini??

Kenapa semua orang nak trigger kemarahan aku? Kenapa nak bagi aku rasa nak mengamuk? Pantang betul cakap tak serupa bikin!

Khamis, 16 Februari 2012

Dia mandikan saya dengan ♥

Haah. Betullah tu. Siapa yang nak mandikan aku? Eh ada... ada sangat! Ada orang tu, dia suka mandikan aku dengan perhatian dan sayang yang heavy pada aku. Bukan mandi sama-sama dalam bathtub, belum lagi...


Mood dalam keharmonian dan ketenangan begini haruslah diekspresikan dengan cara positif. Let him know. *wink* *wink*




Shower Me With Your Love
Songwriters: Jackson, B;


 My heart is filled with so much love
And I need someone I can call my own
To fall in love, that's what everyone's dreaming of
I hold this feeling, oh, so strong

Life is too short to live alone
Without someone to call my own
I will care for you, you will care for me
Our love will live forever

Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love
I've been waiting for

I close my eyes and pray all my wishes come true
Every night I go to sleep
Until you're mine,
I'll wait for you endlessly
Can't you see

Fairy tales, they do sometimes come true
If you believe, it could happen to you
Like the stars that shine way up in the sky
Our love will live forever

Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love
I've been waiting for

Like the stars that shine way up in the sky
Our love will live forever
Live forever

Shower me with your love
Shower me with the love that I long for
Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for

Shower me with your love
Shower me with the love I've been waiting for



*KCKS showered me with ♥ and I'm lovin it. "Tayang" dia...

until then.... bye!

Pen-tipu!

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.



Ex aku maksum walaupun banyak berbohong dan memberi alasan...




Sorry lagi... lagi-lagi sorry...

Menjaga hati.

Senang ke susah?

Menjaga hati tu sama macam mengampu ke?


Rabu, 15 Februari 2012

Di mana?

♥ Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...

♥ Di mana ada hati yang terluka,biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...

♥ Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...

♥ Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya...

♥ Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...

♥ Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...

♥ Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...

~ dalam diri aku, tiada lagi perkataan "kita". Aku sendiri terkontang kanting mengorak langkah, aku sendiri mengemudi bahtera. Aku juga bola yang selalu disepak ke sana ke mari.

Tidak perlu lagi ada rasa sayang, tiada guna berhibur menipu diri sendiri. Mana keyakinan? Mana harapan? Apa erti bahagia?

NIL. Sendiri lebih baik.


Sources: Page FB Jom Sayang


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wordless Wednesday: 42-31-44

Sources: Facebook
until then.... bye!

Selasa, 14 Februari 2012

Jodoh... rahsia Allah

SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU... 
SEKERAS mana saya BERSABAR... 
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...



Jika ALLAH tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang, dan sebaik-baik yang merancang itu adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.





Isnin, 13 Februari 2012

Seorang lagi naik pelamin


"Barang siapa yang berkahwin sebelum aku, maka setakat itu sahaja lah persahabatan kita"~Syimalicious

Haha!

Gila meroyan apa aku ni?

Ahad, 12 Februari 2012

Sempena kematian Whitney Houston

Dan juga bersempena dengan Valentine Special saya nak tujukan lagu ini pada.....

PADA DIRI SENDIRI. dan KCKS




Everyone falls in love sometime
Sometimes it's wrong, and sometimes it's right
For every win, someone must fail
But there comes a point when
When we exhale (yeah, yeah, say)

[Chorus]
Shoop, shoop, shoop
Shoop be doop, shoop, shoop

Sometimes you'll laugh
Sometimes you'll cry
Life never tells us, the when's or why's
When you've got friends, to wish you well
You'll find your point when
You will exhale (yeah, yeah, say)

[Chorus]

Hearts are often broken
When there are words unspoken
In your soul there's answers to your prayers
If you're searching for a place you know
A familiar face, somewhere to go
You should look inside yourself
You're halfway there

Sometimes you'll laugh
Sometimes you'll cry
Life never tells us, the when's or why's
When you've got friends, to wish you well
You'll find your point when
You will exhale (yeah, yeah, say)

[Chorus]


RIP Whitney. Jumpa di syurga.

until then.... bye!

Jumaat, 10 Februari 2012

Mistik: Sihir Penahan Pernikahan

Sihir ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ia berlaku disebabkan sifat hasad  dan khianat serta permusushan yang hebat kepada mana-mana individu. Selalunya terjadi kepada wanita.


Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

Saya suka tengok accident!

Hari tu lepas balik kerja, aku terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori terbabas masuk parit.

pandangan jauh sebab kereta terlajak ke depan
kasi zoom sikit ~ Lori tanker tergolek dog

Kiut! Aku suka tengok lori accident tambah-tambah kalau kesemua tayar naik ke atas. Macam kura-kura. Haha. Tapi ini kes masuk parit. Macam leher terkehel saja. Nanti kalau aku terjumpa accident lori lain depan mata, aku share dalam blog ini hokey??




until then.... bye!

Khamis, 9 Februari 2012

Sendu di hati tak siapa yang tahu

Sedih lagi.
Aku mudah kalah dengan hal berkaitan emosi. Sangat kalah.
Nora dah balik ke KL. Dah tak ada kawan nak disakat. Kesian pada dia, kesian juga pada aku.


Kerapkali aku bertanya, kenapa laluan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku tak setabah Nora? Rupanya sakit memendam rasa lebih teruk. Kritikal. Dipalsukan kegembiraan, dibuat-buat keceriaan itu. Tipu manusia lain.

Tapi aku tak mampu menyorok rasa. Seperti dia.


Rabu, 8 Februari 2012

Siapa yang jadi anak siapa ni?


Siapa yang kena interview? Nora ke parent aku?
Cuti Thaipusam kali ini plus dengan Maulidur Rasul maka aku ambil cuti direct seminggu. Memang tak ada rancangan nak balik dengan Nora, tetapi memandangkan dia ada agenda sendiri di JB, jadi aku pelawa dia tinggal di rumah beberapa hari.

Mak ayah aku menatang dia bukan main. Maklumlah tetamu yang bijak mengambil hati orang tua dan pandai memasak. Gambar di atas menunjukkan cik Nora bercerita tentang kelebihan daun-daun ulam yang orang kita sekarang jarang makan. Aku memang out lah bab-bab cerita hutan dan sungai air tawar. Mak ayah aku orang lama, mestilah seronok berkongsi cerita.

Alih-alih aku merasakan aku di sisihkan. Nak join cerita tak reti. Duduklah memencilkan diri kat sudut hall dan bermain Facebook. Hahaha.

Parent aku insist untuk dia stay lebih lama. Mana boleh kan, dia kena kerja. Jadi petang tadi masa hantar Nora pergi ke stesen bas, sayu saja mak aku. Dah tak ada kawan menyembang. Aku tak reti menyembang macam Nora sembang.

Aduyai...

Wordless Wednesday : Cerminku retak seribu

Ada sesiapa nak sponsor tukar cermin kereta ni?

until then.... bye!

Isnin, 6 Februari 2012

Cuba teka di mana saya??

Rambang mata.
Nafsu membuak-buak.
Feeling orang kaya jap.

Later lah up entry. Nak pergi merayau lagi..

Port lepak En. K & geng setaman

Inilah tempat ayahanda mengeluarkan peluh. Owh tapi gambar ini tak nampak pula hasil cucuk tanam beliau.

[syima] Sent you a message!

Sent to you via Samsung's SH100. Samsung Smart Cameras. Innovation makes it easy.

Ini ikan apa kawan-kawan?

Mak kata bukan jenahak. Nora kata pun bukan. Abah kata ini adik beradik jenahak.

Ini ikan apa? Nak masak pun pening kepala...

Sabtu, 4 Februari 2012

Geram nak cari tele-lense!

Lens comparison

Tokina AF80-200mm f/2.8 AT-X PRO vs. Nikkor 80-200mm F2.8D ED AF

Lens comparison
Tokina AF80-200mm f/2.8 AT-X PRONikkor 80-200mm F2.8D ED AF

Tokina AF80-200mm f/2.8 AT-X PRO

Nikkor 80-200mm F2.8D ED AF

Available mount(s)Canon EF, Nikon F, Pentax K, Sony / Minolta ANikon F
Application(s)Portrait, Sports, LandscapePortrait, Sports, Landscape
Category(s)Tele zoomTele zoom
Multiplier
Stabilizernono
Focal length80 - 200 mm (2.5× zoom)80 - 200 mm (2.5× zoom)
Lens construction17 elements in 11 groups16 elements in 11 groups
Angle of view35mm: 30.3-12.3°
digital: N/A
35mm: 20-8°
digital: 12.3-3.17°
Number of bladesN/A9
Maximum aperturewide: f/2.8 tele: f/2.8wide: f/2.8 tele: f/2.8
Minimum aperturewide: f/32 tele: N/Awide: f/22 tele: N/A
Minimum focusing distance180 cm180 cm
MagnificationN/A0.17×
Filter size77 mm77 mm
Size∅ 84 × 184 mm∅ 86.4 × 188 mm
Weight1350 g1301 g
Notes
tripod collar
AF speedN/AN/A
AF sound
Internal focusingyesno
Internal zoomN/AN/A
Fix front lensyesN/A
Mount typemetalN/A
Weather sealedN/AN/A
Drop in filternoN/A
Ultrasonic AFnono
APS-C sized circlenono
Low dispersion lens elementyesyes
Hard caseN/AN/A
Soft caseincludedN/A
Lens hoodincludedN/A
Tripod adapterN/AN/A
Review URL
Discontinuedyesyes

Mana best?? Tahulah barang ini dah discontinued. Memang bajet aku cuma untuk membeli barang 2nd hand. Confuse... confuse... mana satu nak beli ni?? Tolong bagi idea please...

Tapi ada orang advice tak yah beli menatang ni sebab berat. 1.3kg. Macam angkat dumbell je kan?? Ishhh... Kehendak atau keperluan ye??

until then.... bye!

Jumaat, 3 Februari 2012

Jambangan bunga dari secret admirer

Mak, Abah! Anakmu yang tua ini dapat bunga. Orang hantar ke ofis. Tiba-tiba je. Out of sudden. Terus snap gambar upload dalam FB.
Siapa gerangan si pemberi?
Ingatkan dalam drama telenovela atau cerekarama saja adegan hantar bunga ke ofis. Ke aku mimpi? Tak pernah seumur hidup berdepan kejadian macam ini. Aku gadis rock. Mana main bunga hantar ke pejabat. Punahlah imej gadis kental yang kasar bahasanya. Kental sangat ke jiwa aku?

***
Jam menunjukkan 1155hrs.
Masa itu lagu Adele, I set fire to the rain dah 70juta kali diulang dari pagi. Mesti kawan depan kubikel aku dah bernanah telinga dengan lagu ini diulang-ulang.

Tiba-tiba,
Ofismate: Fuyooo...! Syima dapat bunga. (sambil berjalan menuju ke kubikel aku membawa jambangan bunga yang kecil comel tu)

Ada pakngah lain?
Aku tergamam. Betul ke ni? Ke mereka ni nak main-main? Sebab masa tu tak nampak bunga pun, plastik wrap itu yang lebih obvious. Aku terima bunga tu dan belek. Ada tulis "From Pakngah". Lima minit menjadi kaget dan blurr. Aku mana ada pakngah lain selain pakcik. Masa tu perasaan dah menekan, jantung berdegup usah cakap, laju mengepam darah yang naik ke otak. Rasa takut pun ada, rasa gembira nak melompat-lompat pun ada, rasa terkejut, rasa berbagai rasa. Lalu terkeluar sedikit air mata kerana terharu tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya motif bunga itu.

Aku menjerit. "Siapa yang nak main-main ni? Tak suka lah." Nak tahu siapa yang hantar. Bingkas bangun menuju ke kaunter sebab apa jua surat, dokumen atau parcel accessnya melalui kaunter sahaja. Aku tanya ofismate aku itu dan dia kata ada orang perempuan datang bagi bunga dan sebut nama penuh aku.

Dah berkerumun orang datang ke meja aku tengok bunga itu. Tak ada lah berkerumun, maksudnya 2 - 3 orang yang "concern" silih berganti datang nak tengok bunga. Barangkali pelik la kot sebab tempoh hari macam orang sasau hilang arah, alih-alih hari ini dapat bunga.

"Siapa bagi?"
"Pakngah ke?"
"Pakngah bawah?"
"Pakngah la tu...."
"Patutlah asyik dengar lagu cinta..." (lagu adele ni lagu kecewa kan?)
"Hai makngah..."
"Amboi makngah dapat bunga..."
"Pergh... Syima dapat bunga..."
"Pakngah? Pakngah mana ni??"
"Beli bunga bagi diri sendiri ke?"

Sudahnya bertali-tali menyambut sorakan yang seakan menganjingkan aku tu. 
Dan last sekali...
"Bunga ni sempena Thaipusam ke?"

***
Bos dalam laluan nak ke biliknya.Tiba terpandang ke arah kubikel aku.

Bos: Uihhhhhhhhhhh! Siapa bagi ni? (tanya bos kepada ofismate ku)
Ofismate: Pakngah

Bos: Pakngah mana? (seraya melihat aku)
Aku: (aku dah ketawa besar) Mana saya tau. Tiba-tiba je ni.
Bos: Owwhhh... patutlah nak minta cuti seminggu.

Memek muka bos seperti tidak suka, menatap muka aku dengan menguntum satu senyuman tak ikhlas, senyum kambing.

Maafkan saya bos, saya tak bermaksud nak berlaku curang.

Aduyai...


until then.... bye!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...